senang-senang datang la lagi eyh..sahabaT amatlah dialU-alUkan...

Wednesday, 14 July 2010

Wasiat Buat Isteri Tercinta..


Segala puja dan pujian yang memenuhi ruang langit dan bumi kupersembahkan kepada ALLAH, Tuhan yang Maha Hebat.

Selawat dan salam yang berkekalan kusampaikan buat Rasul Kekasih ALLAH, juga buat ahli keluarga serta sahabat baginda yang dimuliakan.

Sayang...

Kuharapkan dirimu tidak akan jemu untuk terus membaca rangkaian wasiat-wasiat yang kutitipkan buatmu. Semoga ia menjadi panduan berguna disaat dirimu memerlukannya serta bagi menggantikan diriku untuk menemanimu sewaktu jasadku tidak lagi mampu bersamamu.

Sayang...

Disaat aku suratkan wasiat ini buatmu, jerit tangis, air mata dan darah adalah teman yang amat akrab bagi saudara seiman kita di Tebing Gaza. Sehingga ini masih belum ada sesiapa pun yang dapat menghentikan kekejaman Yahudi Israel yang saban waktu menghujani peluru-peluru dan bom keatas saudara kita di sana. Maka hendaklah dirimu ingat bahawa mereka itu adalah saudara kita dan wajiblah engkau membantu mereka walau dengan apa jua kemampuan yang kau punyai. Walaupun hanya sekadar doa dan qunut nazilah.

Sayang...

Ketahuilah oleh mu bahawa doa itu senjata orang mukmin. Jadikanlah ia kebiasaan buatmu kerana ianya salah satu jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhanmu. Pintalah apa sahaja hajatmu kepadaNYA kerana sesungguhnya hanya DIA yang boleh mengabulkan permintaanmu itu walaupun permintaanmu itu kelihatannya mustahil dimata manusia.

Sayang...

Setiap kesusahan itu akan disusuli ALLAH dengan kemudahan. Oleh itu bersabarlah engkau atas apa jua ujian yang ALLAH timpakan buatmu kerana ia merupakan penilaian tahap keimanan dan ketaqwaanmu kepada Tuhan. Mengadulah kepadaNYA kerana sesungguhnya DIA sentiasa mendengar setiap pengaduanmu walaupun tatkala itu tiada seorang pun manusia yang sudi mendengarnya.

Sayang...

Ingatilah DIA tatkala senang, maka nescaya DIA sentiasa mengingatimu tatkala susah. Sebutlah namaNYA ketika sendirian, maka DIA sentiasa menyebutmu diketika keramaian. Tiada jaminan yang dapat membebaskan dirimu dari kepanasan neraka kecuali jaminanNYA. Sesungguhnya syurga itu dimasuki bukan kerana amal tetapi kerana rahmat dan kasih sayangNYA.


waHai sahabaT, haYaTilah setiaP peSanan dari seOrang inSan ini yang bergeLar sUami bUat iSTerinya yang kini teLah pUn 'diTinggaLkannya'...kaSih sayang kerana ALLAH, insyaALLAH kekaL hingga ke hari kiamaT..jOdoh, ajaL maUT di tangan ALLAH, bUkannya kiTa yang berhak menenTUkannya..ya-ALLAH, dOSakU menggUnung tinggi, akU sedar ya-ALLAH..amPunilahkU ya-ALLAH....



No comments:

Followers