Hari2kU yg dilalui semakin hari semaKin kuraSa mencabar.. Inilah sebuah kehidupan.. Tanpa cabaran memanglah hidUp kiTa paSTi akan terasa bosan.. Hidup harus punya tujuan.. itU yang paLing penTing... Tanpa tujuan apa yg ingin kita capai ?? Bukanlah hidup hanya utk mem”fulfill” hak asasi.. ye ? Bukanlah kehidupan hanya utk makan..Bukan, Bukan dan Bukan..Kita boleh semak semula didlm surah az-zariyat:56 mengapa Allah swT teLah ciptakan kita:
“Tidak ku ciptakan jin dan manusia melainkan utk beribadah kepadaKu”
Ya Ibadahlah kata kunci yg kita cari .. Ibadah bukanLah hanya sembahyang lima waktU sahaja ya.. Tapi ibadah itu punya banyak cabangnya.. MerangkUmi semua aspek kehidupan, dari yg sekecil-kecilnya hinggalah kepada yang sebesar-sebesarnya.. Banyak yg perlu kita selidiki dlm hidup ini sebenarnya.. sampai biLa pUn, masa terkadang diraSakan tidak mencukupi.. Astaghafirullah.. Tapi benarlah, masa seorang pejUang itu pendek jika nak dibandingkan dengan apa yg ingin di sampaikannya..beTuL kan?
Teruslah kita mencari sesuatu yg PASTI.. Jgn pernah berhenti dan mengalah dlm kehidupan ini.. Jgnlah bersendirian daLam mencari ilmu.. Bersama-samalah melakukannya dgn sahabat perjuangan yg juga menuju jaLan yg sama supaya hidup terasa lebih bererti..
Jangan biarkan kawan kita sendiri.. sePi... Teringat ketika zaman pemerintahan Khalifah Umar Bin Abd Aziz..Beliau pemerintah yg sgt2 bertakwa.. sampaikan serigala yg berkumpul bersama kambing pun tidak mengambil kesempatan utk menerkam kambing itu.. Can you imagine betapa adilnya pemerintahan beliau??
Sampai binatang pun merasai nya dan hidup aman damai?? MasyaAllah..
Terasa cemburu jUga daLam diri ini.. InginkU punya iman yg tinggi, yg tidak mudah rapuh dilanda badai, Tidak basah walau ribut petir melanda, tidak tergOda dengan gOdaan syaiTan dan nafsU ya-ALLAH..…ya Allah berikanLah daku kekuatan..
Selagi kaki masih mampu melangkah selaju boleh. Pantang ku berundur dlm kehidupan ini!!!
Di dalam kehidupan ini, sedar taK? kiTa tak punya sesiapa kecuali diri sendiri. Tetapi daLam kita bersendiri, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.
Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorg sahabat, begitu jugaLah dengan dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita cUma tahU unTuk mengambilkira tentang harapan dan perasaan kita. Kita raSa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya.
Bagi kita, Itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri. Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti.. Kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri beribu alasan, memaksa dia menerima alasan kita.
Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya?? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa..tetapi kita sering terlupa.
Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia. Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan, Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita, Hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.
Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya?
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita?
Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?
Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniUP semangat daLam diri kiTa setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?
Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah??
Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan? Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan,
Kerana dia juga seorang manusia, dia jUga pUnya rasa takut, rasa bimbang, sedih dan kecewa. Dia juga ada kelemahan dan Dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan. Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka. Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan, disebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan, kita tidak tahu.. tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu. ..
renUngkanLah.. saaT sama2 gembira ataU kerana ingin menUmPang kesenangan kiTa, ramai kan yang nak berkawan, saaT kiTa 'rebah', dihina !! di mana inSan yang pernah mengakU 'sahabaT' tU?? hiLang? ataU turut sama menghina? menyingkirkan kiTa??
cakaP senang..bUaT?? sUsah......kan? insyaALLAH..sama-sama kiTa perbaiKi diri..
Redha Allah adaLah tujuanku,bUkan redha manUSia semaTa-maTa... Semoga tetap istiqomah dlm perjalanan yg panjang ini...
Salam Ukhwah...
waALLAHuaLam..
No comments:
Post a Comment