senang-senang datang la lagi eyh..sahabaT amatlah dialU-alUkan...

Friday, 2 July 2010

marah ker??

Sabda Rasulullah SAW tentang marah

1. "Marah itu membinasakan iman"

2. "Tidak ada marah seseorang itu melainkan hampir ia kepada api neraka"

3. "Marah itu daripada syaitan, syaitan itu daripada api, tidak ada yang
boleh membinasakan api kecuali air."



Ada 3 peringkat marah:-

1. Tidak marah..
maksudnya orang itu tiada langsung sensitiviti terhadap sesuatu perkara.
Walau apa jua orang buat kepadanya atau agamanya , tiada langsung persaan marah dlm dirinya.
Sifat seperti ini dicela oleh agama.


2. Marah bertempat...
seseorang itu akan marah bila ia berkaitan dgn agamanya,
contohnya kalau ada orang melakukan perbuatan yang merendah2kan agama Islam,
sbg seorang Islam, mestilah kita rasa marah.
Sifat seperti ini dituntut oleh syarak.


3. Marah ikut nafsu....
seseorang itu marah secara keterlaluan kerana mengikut nafsu amarahnya sahaja.
Perkara yg tak penting pun boleh timbulkan kemarahan yang mendalam baginya.
Sifat seperti ini juga dicela oleh syarak.



Cara Mencegah:

1. Amalkan segala ilmu yang ada. Seperti yang kita tahu,
kalau kita sedang marah ketika berdiri, maka duduklah, jika kita sedang duduk,
berbaringlah, kerana dgn demikian boleh mengurangkan rasa marah dlm diri kita.
Selain itu, ambillah wudhuk sepertimana hadis di atas, syaitan itu dari api,
dan tida yg dpt memdamkan api kecuali air.


2. Ingat akan ayat al-Quran yg menerangkan kelebihan org yg menahan marah.


3. Ingat akan siksaan Allah akibat perasaan marah yg tidak bertempat.


4. Jika kita selalu marah, kita akan mudah dapat musuh dan hilang kawan...
jadi beringatlah..!!


5. Tahu tak, kalau kita marah muka kita jadi sangatlah buruk.. ..macam ni...lawa ker?

...pikir-pikirlah...


6. Jangan bersangka buruk dgn orang lain, ingatlah setiap orang ada kelebihan dan
kelemahannya yang tersendiri...




"Barangsiapa yang menempuh jalan untuk mencari ilmu maka Allah akan mempermudahkan baginya
jalan ke Syurga "..(muslim)


waalahUalam teman-teman...

No comments:

Followers