senang-senang datang la lagi eyh..sahabaT amatlah dialU-alUkan...

Tuesday 24 May 2011

jauhi 17 amalan yang menyebabkn azab kubur..

 

 


Bismillahirrahmanirrahim.

 

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

 

Sahabat yang dirahmati Allah,

 Disebutkan oleh Imam Ibnu Qayyim rahimahullah bahawa seksa kubur ditimpakan kerana berbagai macam dosa dan maksiat, di antaranya:

 

1. Melaga-lagakan (mengadu domba) dan mengampu.

 

Nabi S.A.W berwasiat kepada Sayidina Ali : "Wahai Ali ! Saya melihat tulisan pada pintu syurga yang berbunyi "Syurga itu diharamkan bagi setiap orang yang bakhil (kedekut), orang yang derhaka kepada kedua orang tuanya, dan bagi orang yang suka mengadu domba (mengasut)."

 

2. Tidak basuh dengan suci selepas buang air kecil.

 

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Bersih-bersihlah kamu daripada kencing, sebab umumnya seksa kubur itu kerana kencing. (yakni hendaklah dicuci kemaluan sebersih-bersihnya.)

 

3. Solat tanpa bersuci.

 

Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya : “Allah tidak menerima solat tanpa bersuci”

(Hadis Riwayat Muslim )

 

Diriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. pernah melihat seseorang melakukan solat, sedangkan pada tumitnya ada sedikit yang tidak terkena siraman air wuduk. Nabi S.A.W. memerintahkannya untuk mengulangi wuduk dan solatnya .

(Hadis Riwayat Ahmad dan Abu Dawud)

 

Nabi S.A.W. menyuruh orang tersebut untuk mengulangi solatnya kerana solat tersebut dilakukan tanpa bersuci dan tidak sah.

 

4. Berdusta.

 

Rasulullah S.A.W. bersabda kepada Sayyidina Ali k.w. yang bermaksud :

"Wahai Ali ! Berbuatlah jujur sekalipun hal itu akan membahayakan dirimu didunia. Sesungguhnya kejujuran itu bermanfaat di kemudian hari. Dan janganlah berdusta sekalipun bermanfaat bagimu ketika itu kerana kedustaan itu akan menyulitkan kamu di kemudian hari."

 

5. Melalaikan dan malas mengerjakan solat.

 

Nabi S.A.W. ada bersabda yang bermaksud :

“ Bermula orang yang meninggalkan solat pada hal ia dalam keadaan sihat, maka Allah tidak memandang kepadanya dengan pandangan rahmat, dan baginya kelak azab yang amat hebat melainkan kalau ia bertaubat dari perbuatannya itu”

 

 

6. Tidak mengeluarkan zakat.

 

Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud :

“Barangsiapa mempunyai emas atau perak senisab, sedang tidak di keluarkan zakatnya, kelak di hari kemudian ia akan di kejar-kejar oleh ular yang besar dan sangat berbisa dari neraka yang mengigit tangannya sehingga terpotong, kemudian tangannya kembali sebagai sediakala, di gigit lagi ular itu, demikianlah setiap masa, sehingga akhirnya orang yang bakhil itu akan di seret ke Neraka Jahannam”

 

7. Berzina

 

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :

“ Jauhilah oleh kamu akan zina, kerana kecelakaannya empat macam iaitu hilang seri (cahaya) pada wajahnya , di sempitkan rezekinya , dan kemurkaan Allah atasnya dan menyebabkan kekal di dalam neraka.” (Hadis riwayat Thabrany dan Ibnu Abbas)

 

8. Mencuri

 

Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : ”Tidak dipotong tangan seseorang pencuri itu kecuali seperempat dinar atau lebih daripada nilai wang mas”

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

 

9. Berkhianat.

 

Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : “Empat perkara, siapa yang terdapat padanya empat perkara ini, maka ia adalah munafik tulin, dan siapa yang terdapat padanya salah satu darinya, maka padanya ada satu ciri kemunafikan; apabila diberi amanah ia berkhianat, apabila bercerita ia berdusta, apabila membuat janji ia mungkiri dan apabila berdebat ia curang.” (Hadis Riwayat Bukhari no. 34, 2459, 3178 dan Muslim no. 2635. dari Abdullah bin Amr bin Ash r.a.)

 

10. Memfitnah sesama umat Islam.

 

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

 

11. Makan riba.

 

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud :

“Hai orang-orang yang beriman , bertakwalah kepada Allah dan tinggalkanlah riba (yang belum di pungut) jika kamu orang-orang yang beriman. Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba) maka ketahuilah , bahawa Allah dan RasulNya akan memerangimu . Dan jika kamu bertaubat (dari mengambil riba), maka bagimu pokok hartamu, kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya.”

(Surah Al- Baqarah ayat 278-279)

 

12. Tidak menolong orang yang di zalimi

 

Firman Allah S.W.T. dalam hadis qudsi yang maksudnya : “Wahai segenap hambaku, sesungguhnya Aku telah mengharamkan perbuatan zalim atas diri-Ku dan Aku telah menjadikan hal tersebut sebagai perkara yang haram antara sesama kalian, maka janganlah kalian saling menzalimi.”(Hadis Riwayat Muslim)

 

13. Minum khamar ( tuak, arak atau minuman keras )

 

Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud :

“ Empat ( macam manusia) tidak Allah masukkan mereka itu ke syurga dan tidak akan merasai kenikmatannya, peminum arak , pemakan riba, menzalami (memakan) harta anak yatim dengan tidak hak dan derhaka pada ibu atau bapa.”

(Hadis Riwayat Al-Hakim)

 

14. Memanjangkan kain hingga di bawah mata kaki

 

Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : “Barangsiapa menyeret pakaiannya kerana sombong maka Allah tidak memandangnya pada hari kiamat”.(Hadis Riwayat Bukhari)

 

15. Membunuh

 

Firman Allah S.A.W. yang bermaksud :

“Dan barangsiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya ialah Jahannam , kekal ia di dalamnya dan Allah murka kepadanya, dan mengutukinya serta menyediakan azab yang besar baginya.”

(Surah An- Nisaa’ ayat 93)

 

Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud :

“ Orang yang mati terbunuh , akan datang di hari kiamat dengan mengantungkan kepalanya di salah satu tangannya , sambil memegang pembunuhnya dengan tangan yang lain , sedang darah terus mengalir. Apabila mereka berdua sudah ada di hadapan Allah, maka orang yang terbunuh itu berkata :' Ya Allah, inilah orang yang telah membunuh aku'. Maka Allah berkata kepada sipembunuh :' Celakalah engkau', lalu di bawalah orang itu ke neraka.”

 

16. Mencaci sahabat Rasulullah S.A.W.

 

Allah S.W.T. berfirman, yang bermaksud : "Orang-orang yang terdahulu lagi yang pertama-tama (masuk Islam) di antara orang-orang Muhajirin dan Anshar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah reda kepada mereka dan mereka reda kepadaNya. Allah menyediakan bagi mereka syurga-syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya; mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Itulah kemenangan yang besar". (Surah at-Taubah ayat 100)

 

Al-Qadhi ‘Iyaadh berkata :”Jumhur ulama berpendapat bahawa orang yg menghina/mencaci maki para shahabat Rasulullah S.A.W. harus dihukum takzir (yakni harus didera menurut kebijaksanaan hakimIslam )”. [Fathul Bari VII hal. 36].

 

 

17. Mati dalam keadaan membawa bidaah.

 

Nabi S.A.W bersabda maksudnya : “Barangsiapa membuat buat hal baru yang baik dalam Islam, maka baginya pahalanya dan pahala orang yang mengikutinya dan tak berkurang sedikitpun dari pahalanya, dan barangsiapa membuat-buat hal baru yg buruk dalam Islam, maka baginya dosanya dan dosa orang yang mengikutinya dan tak dikurangkan sedikitpun dari dosanya” (Sahih Muslim hadis no.1017, demikian pula diriwayatkan pada Sahih Ibn Khuzaimah, Sunan Baihaqi Alkubra, Sunan Addarimiy, Sahih Ibn Hibban dan banyak lagi).

 

Sahabat yang dimuliakan,

Imam Ibnu Qayyim rahimahullah selanjutnya berkata, "Ketika keadaan manusia banyak yang melakukan dosa-dosa di atas, maka kebanyakan ahli kubur adalah dalam keadaan diseksa. Dan orang yang selamat daripadanya amatlah sedikit. Secara lahirnya, kuburan itu memang hanyalah tanah biasa, padahal didalamnya terdapat penyesalan dan seksa.

 

Di atasnya nampak tanah, batu-batu yang terukir dan bangunan, tetapi di dalamnya adalah bencana. Mereka mendidih dalam penyesalan sebagaimana periuk mendidih dengan apa yang ditanaknya. Sedangkan angan-angannya tak mungkin lagi dipenuhi."

 

Imam Ibnu Qayyim rahimahullah mengatakan, sebab-sebab keselamatan seksa kubur adalah dengan menjauhi sebab-sebab terkena seksa kubur, yakni berbagai macam maksiat dan dosa. Untuk itu, Ibnu Qayyim rahimahullah menganjurkan, hendaknya setiap muslim melakukan perhitungan atas dirinya setiap hari, tentang apa dosa dan kebaikan yang telah dilakukannya pada hari itu.

 

Selanjutnya, hendaknya ia memperbaharui taubatnya kepada Allah dan tidur pada malam itu dalam keadaan taubat.

 

Jika ia meninggal dunia pada malam itu, maka ia meninggal dalam keadaan telah bertaubat. Jika bangun dari tidurnya maka ia siap menghadapi harinya, dan bersyukur kerana ajalnya masih ditangguhkan. Dengan demikian ia masih berkesempatan beribadah kepada Rabbnya dan mengejar amal yang belum dilakukannya.

 

Sebelum tidur, hendaknya pula ia dalam keadaan berwuduk, senantiasa mengingat Allah dan mengucapkan zikir-zikir yang disunnahkan Nabi S.A.W. sehingga ia tidur. Jika seseorang dikehendaki baik oleh Allah, nescaya dia akan diberi kekuatan untuk melakukannya.

 

Kemudian Ibnu Qayyim rahimahullah menyebutkan ketaatan yang dapat menyelamatkan dari seksa kubur, di antaranya:

 

1. Senantiasa mengikatkan diri di jalan Allah.

 

2. Mati syahid di jalan Allah.

 

3. Membaca surat Al-Mulk.

 

4. Meninggal kerana sakit perut.

 

5. Meninggal dunia pada hari Jumaat.

 

Oleh itu beramallah dengan amalan soleh secara berterusan dan jauhilah segala perbuatan atau perkataan yang boleh mengundang dosa dan maksiat di sisi Allah S.W.T. Mukmin yang berhati-hati dan sentiasa muhasabah diri adalah lebih baik daripada mukmin yang berpuas hati dengan amalan-amalan yang telah dikerjakannya...







wallahua'lam..



 

keberkatan hidup kita..



Dari Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w. sabdanya:

Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak pahala orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala itu dari pahala-pahala mereka, dan 

(sebaliknya) sesiapa yang mengajak kejalan mengerjakan sesuatu amal yang menyesatkan, adalah ia menanggung dosa sebanyak dosa orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dosa itu dan dosa-dosa mereka.

waALLAHualam..

Saturday 21 May 2011

bila agama dipisahkan dari kehidupan..





Cerita ini hanyalah sebagai pengajaran, tiada sesiapa pon yang salah dalam cerita aku ini' yang salahnya ialah PERATURAN-PERATURAN DUNIA KINI




Seperti yang kita ketahui, Kerajaan Negeri Melaka telah menubuhkan sebuah sekolah harapan(SEKOLAH ALI KETAM) bagi mengurangkan kes pembuangan bayi, Apakah pendapat Prof(nama samarn dlm ujian lisan tuuu)?






Peghhh, lepas tuu semua budak-budak kelas aku mula nak bertanya tentang cara kerajaan menangani isu ini(politik ke??eh tak laahhh). Semua mengatakan tidak setuju tertubuhnya sekolah ini.!! Dalam keadaan yang terdesak Cikgu aku pon menutup sesi soal jawab, lalu cikgu menyoal pelajar-pelajar semua, dia soal lebih kurang macam nie laa:
Pada pendapat anda, bagaimanakah cara yang paling berkesan untukmenangani masalah ini?
Hahaha soalan yang dinanti-nantikan.. Aku menjawab bergini:
Mengikut statistik, bangsa yang paling ramai terlibat dalam khas pembuangan bayi adalah Bangsa Melayu, jika kita sebut Bangsa Melayu ia juga melibatkan agama Islam. Oleh itu hukum-hukum islam perlu dilaksanakan.
Hahaha, ini yang lawak nie... Cikgu aku pon membalas lebih kurang macam nie laa(aku pon x berape faham):
Jika dilaksanakan juga, tetap tak berubah. Contohnya: Ponteng sekolah, hukum macam mana pon tetap macam tuuuu....
Aku diam jewlaa, nak saung nanti dia ngajuk plok....
 Hukum hudud nie HUKUM MANUSIA HUKUM ALLAH??
 "Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman."24:2

 P/s:Tok Guru Nik Aziz berkata: "Satu masalah yang timbul diseluruh dunia islam, yang telah ditimbulkan oleh musuh islam, Ialah mengasingkan hidup daripada peraturan Allah" 



*shared..


waALLAHualam..









Wednesday 18 May 2011

doa untuk suami isteri..


Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku buat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada
terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus
bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yang akan
membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala
perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di
Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan
segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di
DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari
menyakiti perasaannya

Sekiranya...
suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu maka
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah
dan ragamnya

Tetapi Ya Allah...
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku
seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yang terbaik untuk aku
harungi segala dugaan Mu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya..
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang
melalaikan..
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan
keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya
keluar dari terus terlena

Ya Allah...
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan
ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap membuat keputusan..
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai
isteri..
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka Berikanlah aku
petunjuk kearah rahmat Mu

Ya Allah sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu..
Aku buta tanpa bimbinganMu..
Aku cacat tanpa hidayahMu..
Aku hina tanpa RahmatMu..

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang soleha
Isteri yang sentiasa dihati

Amin, amin Ya Rabbal Allamin..

Sunday 15 May 2011

menikah menurut Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam





Assalamualaikum..






Dari Anas bin Malik , bahwasannya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda

إِذَا تَزَوَّجَ الْعَبْدُ، فَقَدِ اسْتَكْمَلَ نِصْفَ الدِّيْنِ، فَالْيَتَّقِ اللهَ فِيْمَا بَقِيَ .
...“
Jika seorang hamba menikah, maka ia telah menyempurnakan separuh agamanya; oleh karena itu hendaknya ia bertakwa kepada Allah untuk separuh yang tersisa.”Hadits hasan

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda

مَنْ رَزَقَهُ اللهُ امْرَأَةً صَالِحَةً فَقَدْ أَعَانَهُ عَلَى شَطْرِ دِيْنِهِ، فَلْيَتَّقِ اللهَ فِي الشَّطْرِ الثَّانِي .

”Barangsiapa yang dikaruniaioleh Allah seorang wanita yang shalihah, berarti Dia telah menolongnya atas separuh agamanya. Maka hendaklah ia bertakwa kepada Allah pada separuh yang kedua.” (HR. Al-Hakim) shahih

Nikah mempunyai manfaat yang sangat besar diantaranya:

1. Tetap terjaganya keturunan manusia, memperbanyak jumlah kaum muslimin dan
menggetarkan orang kafir dengan adanya generasi yang berjuang di jalan Allah dan membela agamanya.

2. Menjaga kehormatan dan kemaluan dari berbuat zina yang diharamkan yang merusak masyarakat

3. Terlaksananya kepemimpinan suami atas istri dalam memberikan nafkah dan penjagaan kepadanya. Allah berfirman:

“Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh karena Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita)” (4: 34)

4. Mendapatkan ketenangan dan kelembutan hati bagi suami dan istri serta ketenteraman jiwa mereka.

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya
pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir” (QS. Ar- Ruum:21).

5. Menjaga masyarakat dari akhlak yang keji (zina) yang menghancurkan moral serta menghilangkan kehormatan.

6. Terjaganya nasab dan ikatan kekerabatan antara yang satu dengan yang lainnya serta terbentuknya keluarga yang mulia yang penuh kasih sayang, ikatan yang kuat dan tolong-menolong dalam kebenaran.

7. Mengangkat derajat manusia dari kehidupan ala binatang menjadi kehidupan insan yang mulia. Dan masih banyak manfaat besar lainnya dengan adanya pernikahan yang syar’i, mulia dan bersih yang tegak berlandaskan Al Qur’an dan As Sunnah.






waALLAHualam..





A picture of you reminds me




A picture of you reminds me
How the years have gone so lonely
Why do you come and leave me
Without saying that you love me

I'm saying i love you again
Are you listening
Open your eyes once again
Look at me crying

If only you could hear me
Shout your name
If only you could feel
My love again
The stars in the sky will
Never be the same

If only you were here..





now I realise that U always with me, i luv u ALLAH...


waALLAHualam..



Saturday 14 May 2011

jasa guruku..







aku kini juga seorang Murabbi...








Mengapalah hati ini, di manakah salahnya?

Aku ada guru, dia telah berjasa padaku
tetapi cintaku padanya tidakpun ada

Guruku tidak ada pun di hatiku, di manakah salahnya?
Sepatutnya guru patut dicintai dan diingati
Mereka ada jasa padaku, sepatutnya aku terhutang budi

Sepatutnya aku ingat selalu
Sepatutnya aku doakan mereka selalu
Agar Tuhan mencucuri rahmat dan
memberi keampunan kepada mereka
Sepatutnya setelah mereka kembali kepada Allah,
tanda kasih kepadanya aku sepatutnya menziarahi
keluarga mereka

Tetapi aku tidak pun mencari, aku tidak pun bertanya - tanya
di mana keluarganya?

Agar aku dapat berbuat baik kepada mereka
Sebagai membalas kebaikan dan mengenang jasa guruku
yang telah memberi aku ilmu

Sepatutnya hubungan rahim dengan guru tidak boleh diputuskan
Penghubungnya keluarga mereka, itulah penghubung dengan guru
yang sudah tidak ada di dunia

Begitulah ajaran Tuhanku
Tetapi aku tidak pun melakukannya
Ingatanku kepada guru lebih-lebih lagilah terus kulupakan

Aku sedih sebenarnya mengapa terjadi begini?
Di manakah salah silapnya?
Silap akukah atau silap guru?

Apakah berlaku kesilapan kedua-duanya?
Aku baik sangkalah dengan guru, yang silap aku sebenarnya

Maafkan aku wahai guru-guruku
Aku selama ini telah melupakanmu
Jasamu sungguh banyak kepadaku

Tidak sepatutnyalah aku melupakanmu
Ampunkanlah aku wahai Tuhanku karena kesilapanku ini
Ampunlah dosa-dosa guruku dan cucurilah rahmat ke atasnya
karena jasa mereka kepadaku
Di waktu aku menulis ini aku menangis wahai Tuhanku
Kalau aku tidak memberitahu pun Engkau memang tahu
Aku menangis karena sedih,
tidak sepatutnya aku melupakan guruku yang telah berjasa padaku
Tidak ada jalan lain untuk menebus kesilapanku ini
Melainkan aku doakan mereka



Allahummaghfirlahum warhamhum wa’afihim wa’fu’anhum

Amin




( Syeikh Imam Ashaari Muhammad At Tamimi )




aku sayangkan kamu sahabat..bacalah wahai sahabatkU..





aSsalamUalaikum...

Entah mana silapnya.. Mungkin pada kata-kata yang berbaur lain rasa dan cenderung tersilap sangka, mungkin juga perlakuan yang menuntun akal menafsirkannya dengan lain makna, mungkin dan mungkin dan terlalu banyak mungkin.. Aku dah penat.. Penat memikirkan mana silapnya dan silapnya dari siapa.. Sebab makin difikir, makin aku tak jumpa tepiannya..


Entah apa khabar sahabat itu sekarang.. Harap aku, doa aku, semoga sentiasa bahagia, selalu berada dalam lindunganNYA, walau aku mungkin tak mampu lagi jadi sahabat seakrab seperti dulu-dulu kala, aku tetap berdoa agar dia beroleh kejayaan yang diingininya selama hidup ini.. Mak pesan tak baik gaduh-gaduh.. Pengajaran yang aku dapat dari kesilapan kita, berterus teranglah walau kejujuran dan kebenaran itu kadang-kadang sangat pahit.. Dan jujurnya aku terus terang, aku sayangkan kamu sahabat.. =)


tak baik gadUh tau..cepat salam..^__^


waALLAHualam....



Thursday 12 May 2011

mencari yang HALAL adlh fardhu bagi umat ISLAM..




JAKIM :-1. Restoran berikut telah mendapat pengesahan halal JAKIM
1)McDonald
2) A&W
3) Secret Recipe
Restoran/syarikat berikut telah ditarik sijil pengesahan halal JAKIM kerana gagal mematuhi syarat dan piawaian halal:
1) Victoria Station
2)Kam Lun Tai
3)Lotus
Family Restoran
Restoran/syarikat berikut tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM :
1) San Francisco Steakhouse
2)Chicken Rice shop
3)Kiwi Express
Bagi minuman ringan keluaran syarikat F&N seperti coke dan 100 plus telah mendapat pengesahan halal JAKIM.
Bagi kuih bulan dan kuih bakul yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM adalah halal sebagai contoh yang dikeluarkan oleh syarikat.
KG Pastry atau Noraini’s Cookies dan lain-lain yang ada menggunakan logo halal JAKIM kecuali kuih bulan dari Kam Lun Tai kerana telah ditarikbalik pengesahanhalalnya disebabkan berlaku perlanggaran syarat dan peraturan halal yang ditetapkan.
2. Ayam segar yang dibungkuskan atas nama Farmbest adalah dikeluarkan oleh Syarikat Sin Mah S/B, syarikat
ini telah mendapat pengesahan halal JAKIM.
3. Assalamualaikum Terima Kasih Pada yang bertanya,
Mewarnakan rambut dr segi hukum syarak terbagikepada :
1.Harus mewarnakan rambut dengan warna selain hitam.Warna hitam hannya harus bagi yang berpenyakit sahaja.
2.Makruh mewarnakan rambut bagi orang muda.
3.Haram mewarnakan rambut bagi orang yang terlalu tua.
4.Haram mewarnakan rambut tanpa tujuan.
5.Harus mewarnakan rambut dengan izin Suami.
Dari segi ingredient pewarna rambut yg ada dipasaran terbahagi kepada 2 jenis yang mana kedua-duanya adalah halal dari segi bahan kandungan. Yang menjadi persolan adakah pewarna tersebut menyerap air atau tidak ??
Pewarna rambut yang dipasaran biasanya akan tertulis pada kotak PERMANENT DYE atau SEMI PERMANENTDYE.
Mengikut kajian jenis yang Semi-Pamenent Dye adalah jenis yang tidak menyerap air dan ianya tidak boleh dipakai oleh orang islam.Begitu juga sebaliknya.JAKIM sendiri tidak pernah mengeluarkan sijil halal untuk produk pewarna rambut kerana ianya di kilangkan di luar negara. Utk pengetahuan, JAKIM hanya akan keluarkan sijil halal utk produk yang diproses di malaysia sahaja .
Wassalam
4. Sehingga kini pengeluar supplement dan produk makanan kesihatan yang telah berdaftar dengan JAKIM adalah syarikat Upha , kebanyakan supplement food darisyarikat Upha telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan soft gel untuk kapsul yang digunakan adalah halal, bagi produk jenama Blackmores, Solaray,Seven Seas, 21 Century tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM,kerana itu tidak dapat dipastikan kapsul yang digunakan itu walau pun didakwa bersumberkan lembu tetapi tidak diketahui sama ada lembu itu disembelih atau tidak.Produk yang tidak mendapat pengesahan halal ini adalahkerana itu adalah produk import, maka pengedar dan
pengeluar bertanggungjawab mendapatkan pengesahan halal dari badan islam dinegara asal produk tersebut diimport.
5. Restoran Dome dan seluruh rangkaiannya tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, maka kerana itu tidak dapat dipastikan status kehalalan makanan/minuman yang disediakan di restoran ini.
6. Soalan : Saya ingin tahu samada semua stall di foodcourt Suria KLCC halal kerana tiada papan tanda yg membezakan gerai yg halal dengan yg tidak halal. saya juga ingin tahu samada semua restoran di Suria KLCC menghidangkan makanan yang halal (walaupun ada yang menjual arak): Madam Kwan’s, Spring Garden, Rain Nudle House,Bukhara, Chillis, California PIzza, Kelantan Delights, Chakri’s Palace, Rotiboy Bakeshoppe, Auntie Anne’s Pretzels,Cinnabon, Al-Marjan, Bong Sen (Vietnamese), Chinoz On the Park, Dome Caf , Genki Sushi, Gloria Jean’s Coffees, House of Sudanese Food, San Francisco Steak House/Santini.
Jawapan: Gerai-gerai makan di Medan Selera di KLCC tidak ada yang mendapat pengesahan halal JAKIM termasuklah juga semua restoran yang disenaraikan itu.
7. Baker’s Cottage telah mendapat pengesahan halal dari JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor ), La Boheme
tidak dapat dipastikan status halal kerana tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM.
King’s Confectinery telah mendapat pengesahan halal JAKIM, Status makanan yang disediakan di Giant dan Tesco ada sebahagiannya yang telah mendapat pengesahanhalal JAKIM, manakala Jusco hendaklah merujuk kepada logo halal yang digunakan pada pembungkusan produk kerana Jusco tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM secara khusus.
8. Kedai Bread Talk & Bread Story tidak pernahmendapat pengesahan halal JAKIM.
9. sehingga kini JAKIM tidak pernah memberi pengesahan halal ke atas Restoran Burger King , maka dengan itu tidak dapat dipastikan status kehalalan produk yangdijual.
10. Pernyataan mencampurkan minyak babi untuk pembuatan sausage ayam, fish ball dan lain-lain adalah tidak benar bagi produk terbabit yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM. Bagi produk Ramli Burger dan Ayamas, memang telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan kedua-dua syarikat ini sentiasa mematuhi peraturan halal JAKIM.
11. Coffee Bean telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan semua bahan yang digunakan adalah halal tetapi Starbuck memang tidak pernah memohonpengesahan halal JAKIM, maka tidak dapat dipastikan kehalalan bahan/produk di tempat tersebut.

waALLAHualam..




Followers