" akU hanyalah inSan biaSa yang akan sentiaSa mengharapkn keredhaan Illahi"
senang-senang datang la lagi eyh..sahabaT amatlah dialU-alUkan...
Saturday, 2 October 2010
mencaRi kekasih yang halal demi mendaPat kebahagiaan di dUnia dan akhiraT...
aSsalamUalaikum sahabaT2...
Nabi kiTa Nabi MUhamad s.a.w tidak pernah memulai dakwah kepada Islam, iman dan tauhid dngan menggunakan kekuatannya, akan tetapi dengan LISAN, HUJJAH dan KETERANGAN.
Firman Allah Ta’ala::
“SERULAH (MANUSIA) KEPADA JALAN RABBMU DENGAN HIKMAH DAN PELAJARAN YANG BAIK SERTA BANTAHLAH MEREKA DENGAN CARA YANG PALING BAIK..” (Q.S An-Nahl: 125) ms. 65
sedarLah bahawa Islam itU sebenaRnya adalah agama yang amaT mudah unTuk dipraktikkan jiKa kiTa betUl2 menghaYaTinya..
Firman Allah SWT: “.....Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi ia berkehendak membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmat-Nya kepada kamu, supaya kamu bersyukur (Surah al – Maaidah: 6).ALLAH mendatangkan mUsibah bUat diri kiTa ini unTuk menjadikan kiTa seorang hamba yang tahU untuk bersyUkur...mengingaTinya di kala kiTa senang mahUpun suSah..bUkannya cUma kiTa sUsah sahaja...inSyaALLAH...
Dalam ayat lain, Allah SWT berfirman:“......Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran.....” (Surah al – Baqarah: 185)..ujian yang daTang kepada kiTa adalah tanda sayangnya ALLAH pada kiTa...sUpaya kita kembali padaNYA... dan tidak terUs hanyUt dalam dUnia yang semenTara ini..
Firman-Nya lagi: “Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukum-Nya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah” (Surah an – Nisaa’: 2) Ini diperkuatkan lagi dengan hadith – hadith Rasulullah SAW yang menyeru umat Islam agar memudahkan sesuatu urusan selagi ia tidak melanggar syara’.Kata seorang sahabat lah.a: “(Rasulullah SAW) tidak memilih di antara dua perkara melainkan baginda memilih yang paling mudah selagi ia tidak berdosa” (Riwayat al – Bukhari).
Sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya agama itu mudah. Dan tidaklah sesekali seseorang yang menyusahkan urusan agama melainkan ia akan tewas...” (Riwayat al – Bukhari) dan sabdanya lagi: “Mudahkanlah janganlah menyusahkan...” (Riwayat al – Bukhari).
Berkenaan dengan mencari jOdoh pula...hendaklah kita mengUtamakan keredhaan ILLAHi..Apabila sesuatu perkara menyukarkan pelaksanaan perkara yang telahpUn dihalalkan oleh Islam, maka mudahkanlah. Manusia apabila bersih hatinya gemar kepada perkara yang halal, akan tetapi sejauh mana kesabaran boleh mengekang nafsu fitrah manusia yang sukakan manusia yang berlainan jantina dengannya.
Perkahwinan hari ini khususnya di Malaysia sudah sampai masanya dilonggarkan urusannya sebagaimana zaman Rasulullah SAW. Lihatlah sebuah hadith panjang yang diriwayatkan oleh Sahl bin Sa’id as – Sa’idi lah.a katanya: Telah datang seorang perempuan kepada Rasulullah SAW, lalu ia berkata: “Wahai Rasulullah, saya datang untuk memberikan diriku kepada tuan. Lalu Rasulullah SAW melihat kepadanya, iaitu baginda memandangnya dari bawah ke atas dan dari atas ke bawah. Kemudian Rasulullah SAW menundukkan pandangannya, lalu perempuan itu menganggap bahawa Rasulullah tidak memutuskan apa – apa tentang dirinya. Kerana itu dia duduk, lalu berdirilah seorang di antara sahabat dan berkata: Wahai Rasulullah, sekiranya engkau tidak berhajat kepadanya, maka kahwinkanlah saya kepadanya.
Lalu baginda bersabda: Apakah engkau mempunyai sesuatu ? ia menjawab: Tidak,demi Allah,wahai Rasulullah. Sabdanya: Pergilah kepada keluargamu dan lihat apakah engkau dapat memperoleh sesuatu daripadanya. Lalu ia pergi dan kembali, lalu berkata: Tidak ada, demi Allah, saya tidak mendapatkan apa-apa. Lalu Rasulullah SAW bersabda: Lihatlah, walau sebentuk cincin besi. Maka, ia pun pergi dan kembali semula dan berkata: Tidak. Tidak ada, demi Allah walaupun sebentuk cincin besi, tetapi aku hanya mempunyai kainku ini. Sahl berkata: Ia mempunyai selendang untuk bakal isterinya separuh. Lalu Rasulullah SAW bersabda: Apa yang engkau lakukan dengan kainmu itu? Jika engkau memakainya, tentu perempuan itu tidak dapat memakainya, dan jika ia memakainya, tentu engkau tidak dapat memakainya.
Lalu lelaki itu duduk sehingga telah beberapa lama dia duduk, dia berdiri lagi dan Rasulullah SAW lihat dia berpaling (pergi). Kemudian Rasulullah SAW menyuruh orang memanggilnya. Lalu dia pun dipanggil (semula). Maka,apabila dia datang baginda bertanya: Apakah engkau menghafaz sebahagian al-Qur’an? Katanya: Bersamaku ada beberapa surah, dan dia menyebut bilangannya. Tanya baginda: Bolehkah engkau membacanya daripada luar hati engkau (membaca tanpa melihat tulisan)? Jawabnya: Ya!. Sabda baginda: Pergilah, sesungguhnya aku telah menikahkan dia kepadamu dengan (mas kahwin) ayat – ayat al-Qur’an yang telah kamu hafaz itu”. (Hadith Sahih.Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
begitU mUdah dan indahnnya ISLAM itU...maSyaALLAH...
Kata as-Syeikh Sayyid Sabiq satu tajuk perbahasan Kebencian (Islam) terhadap Sikap Melampau di dalam Mahar, kitab Fiqh as-Sunnah jilid ke-2, mukasurat 109 :
“Dan kebanyakan manusia jahil dalam pendidikan ini, dan menyeleweng daripadanya dan terikut – ikut dengan adat Jahiliyyah yang melampau di dalam kadar mahar...”. Benar, pihak wanita berhak menetapkan nilai mahar (mas kahwin/wang hantaran) sepertimana firman Allah SWT:
“Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu mas kahwin mereka sebagai pemberian yang wajib. kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian dari maskahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat yang lazat, lagi baik kesudahannya” (An-Nisaa’: 4).
Akan tetapi perlu diingat Islam menyekat pintu mahar yang melampau. Golongan yang mempertahankan sikap buruk ini gemar menggunakan cerita bahawa suatu ketika Umar al-Khattab lah.a ingin menetapkan nilai mahar dan cadangannya itu dibantah oleh seorang wanita dan akhirnya Umar lah.a mengalah dengan mengatakan: “Perempuan ini benar, Umar salah”. As-Syeikh Nasiruddin al-Albani lah.h di dalam kitab Irwa’ul Ghalil, 6 mukasurat 347-348 menyatakan bahawa riwayat cerita ini adalah dho’if (lemah) dan sudah pasti riwayat yang lemah tidak boleh dijadikan sandaran hujah. “Biarlah mati adat, jangan mati syari’at”.
Begitu juga dengan persoalan keizinan ibubapa. Terdapat dikalangan ibubapa yang sangat sukar memberikan keizinan kepada anaknya untuk berkahwin pada awal usia. Mereka akan berusaha semahunya melawan kehendak si anak bagi mengelakkan si anak kahwin muda dengan mengemukakan alasan-alasan yang pelbagai. Antara kata-kata yang biasa didengari; “Nanti nak bagi anak orang makan apa? Pasir?”, “Tunggulah habis belajar dulu...nanti tak fokus belajar..”, “Bagilah mak ayah rasa duit gaji dulu..”, “Siapa nak tanggung adik-adik belajar?”, “tak ada RM 15000, jangan cakap pasal kahwin!”, “Abang dan kakak kau pun tak kahwin lagi, mana boleh langkah bendul”, “Dia (pasangan) bukan orang Kelantan. Mak dengan ayah nak orang Kelantan jugak,” “Kita keturunan Syed / Syarifah, carilah yang sama keturunan dengan kita” dan banyak lagi kata-kata ibu bapa yang kurang memahami konsep perkahwinan dalam Islam.
dinaSihatkan..hentikanlah sikap yang tidak bermanfaat ini kerana keperluan kepada pasangan hidup itu adalah fitrah manusia. Tidak mungkin ada mana-mana manusia yang boleh menyekat fitrah. Jika disekat, sudah tentu manusia akan memberontak dan akhirnya berlakulah perkara yang tidak diingini seperti zina, rogol dan sumbang mahram. Sekiranya diteliti hal ini, pola pemikiran masyarakat Melayu Islam hanya berkisar tentang penyediaan harta dan masalah keturunan sahaja.
Benar ya sahabaT, semua manusia mahukan kesempurnaan. Akan tetapi, kita hanya mampu berusaha mencari yang terbaik. Sabda Rasulullah SAW: “Dinikahi wanita kerana empat perkara; kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka, pilihlah yang beragama, nescaya engkau beruntung” (Hadith Sahih,Muttafaqun ‘Alaih). Inilah neraca pertimbangan yang perlu dilihat oleh ibubapa dan sesiapa yang ingin berkahwin. bUkanlah harTa yang bertimbUn menjadi ukUran, bUkan paras rUpa yang jeliTa dan tamPan jadi tarUhan...inilah silaPnya maSyarakaT sekarang ini..
Kepayahan berkahwin di Malaysia tidak terhenti setakat itu sahaja.Ia ditambah lagi dengan perbelanjaan mengadakan walimatul ‘urus yang melebihi had. Walimatul ‘Urus hendaklah diusahakan sesederhana mungkin berdasarkan kemampuan dan hendaklah diundang sekali orang-orang miskin. Rasulullah SAW bersabda tentang mengundang orang-orang kaya sahaja bererti makanan itu sejelek-jelek makanan. Ini seperti yang banyak berlaku akhir-akhir ini di Malaysia. Ramai golongan Muslim yang kaya-raya mengadakan majlis perkahwinan di hotel-hotel lima bintang dan dewan-dewan eksklusif. Islam tidaklah mengharamkan mengadakan walimah di tempat-tempat ini, akan tetapi kebiasaannya, para tetamu yang dijemput hanyalah di kalangan orang-orang kaya dan ternama.
Ingatlah sabda Nabi SAW: "Makanan paling buruk adalah makanan dalam walimah yang hanya mengundang orang-orang kaya sahaja untuk makan, sedangkan orang-orang miskin tidak diundang. Barangsiapa yang tidak menghadiri undangan walimah, maka ia derhaka kepada Allah dan Rasul-Nya". (Hadith Sahih Riwayat Muslim dan al-Baihaqi dari Abu Hurairah). Jelas larangan baginda SAW tentang hal ini. Semua manusia adalah sama disisi Allah SWT melainkan orang yang bertaqwa dan para ulama’.
Firman Allah SWT: “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu Dengan Yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan Yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu)” (al-Hujerat: 13)
Allah SWT berfirman: “Wahai orang-orang yang beriman! apabila diminta kepada kamu memberi lapang dari tempat duduk kamu (untuk orang lain) maka lapangkanlah seboleh-bolehnya supaya Allah melapangkan (segala halnya) untuk kamu. dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) - beberapa darjat. dan (ingatlah), Allah Maha mendalam pengetahuannya tentang apa yang kamu lakukan” (al-Mujaadilah: 11).
Perkara terakhir yang ingin disentuh ialah mengada-adakan perkara yang jauh daripada prinsip Islam dan seolah-olah meniru tatacara perkahwinan agama lain. Hal ini berlaku dalam beberapa adat perkahwinan masyarakat Melayu seperti bersanding, menepung tawar, memakai pakaian yang tidak menutup ‘aurat khususnya wanita, tabarruj (berhias secara berlebihan), bersalaman antara lelaki dan wanita, berkaraoke atau berhibur secara melampau dan sebagainya.
Firman Allah SWT: " Apakah hukum jahiliyah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin ?". (Al-Maaidah :50) dan sabda baginda SAW: “Barang siapa meniru sesuatu kaum (tasyabbuh), maka dia (juga) sebahagian dari kaum tersebut”. Jauhilah sikap ini sekalipun ia sudah lama berlaku di dalam adat masyarakat kita kerana banyak adat-adat yang bercanggah ini, asalnya dari agama Hindu yang suatu ketika dahulu menguasai kebanyakan kerajaan Nusantara.
Sikap toleransi yang kuat masyarakat Melayu dahulu sangat meninggalkan kesan buruk kepada perkembangan Islam hari ini. Mereka menerima Hindu, Buddha dan akhirnya menerima Islam. Akan tetapi malangnya pada masa yang sama, tidak mahu meninggalkan adat dan kepercayaan batil Hindu dan Buddha yang diamalkan dahulu bahkan cuba menerapkan unsur-unsur dari dua agama tersebut untuk diselaraskan dan diubahsuai supaya ‘nampak macam Islam’.
Maka, kita menyeru kepada masyarakat Islam Malaysia supaya mengubah sikap dan berlumba-lumba melaksanakan perintah Allah SWT supaya urusan perkahwinan kita diredhai dan diberkati serta dijauhkan dari maksiat. Sesungguhnya permulaaan yang baik menunjukkan kesudahan yang baik juga. Maka, permulaan proses hidup berumah tangga yang baik, akan menatijahkan satu keluarga yang soleh dan ta’at pada perintah Allah SWT.
Wallahua’lam.
No comments:
Post a Comment