Kita rasa pelik dan aneh manusia hari ini. Sebagai renungan, mari kita lihat pelik dan anehnya tentang suami isteri yang bekerja. Antaranya:
1. Mereka mengeluh tentang penjagaan anak-anak, tapi isteri disuruh bekerja atau dia sendiri (si isteri) sUka bekerja..pernah dengaR tak cakaP sesetengah orang " kO ni kan, beranak je pandai, nak beSarkan anak tak reTi !!"..inilah maSalahnya...
2. Mengeluh mencari pembantu rumah amat susahnya, tapi isteri disurUh bekerja di luar rumah.dah tU taknak berhenTi kerja. kOnonnya sUami nak cari dUit lebih. memang taK saLah taPi janganlah samPai rUmahtangga hurU hara... sUami perlU pandai mengatUr rUmahtangganya....
3. Tidak senang bila isteri kurang memberi layanan. Bagaimana hendak melayan suami, balik ke rumah isteri sudah letih. Adakalanya dia bekerja balik larut malam..
3. Isteri-isteri ada yang cemburu dengan pembantu-pembantu rumah tapi malangnya dia sendiri yang hendakkan pembantu..daPat pula yang mUda-mUda lagi, kalaU tUa tak kisah la sangaT ( walaUpun tetaP cembUru )..
4. Ada suami isteri takut mengambil pembantu rumah, maka dipanggillah ibunya untuk menjaga anak-anaknya. Sudahlah kita dahulu dia menjaganya, sekarang anak kita pula kita suruh dia menjaga. Di mana adab kita dengan orang tua? Sepatutnya orang tua kita itu kita suruh dia rehat-rehat sahaja dan kita jaga dia, bukan dia yang hendak menjaga kepentingan-kepentingan kita.
5. Kita inginkan isteri taat setia kepada kita. Bagaimana dia hendak setia, sebelum kahwin lagi dahulu perangai kita telah diketahuinya. Di samping itu dia makan gaji, duit ada di poket. Adakalanya gaji dia lebih besar daripada gaji kita dan kelulusannya lebih tinggi dari kelulusan kita. Dia boleh berdikari. Bagaimana hendak memberi sepenuhnya ketaatan kepada kita.
6. Yang isteri pula tidak senang kurangnya layanan suaminya. Dia lupa, yang melayan makan minum suaminya orang gajinya atau ibunya. Dia balik sudah keletihan. Adakalanya suami ada di rumah, dia belum balik lagi dari kerja. Adakalanya suaminya bercuti rehat, isteri tidak dapat cuti. Adakalanya suami ada kereta, isteri juga ada kereta. Masing-masing pakai kereta masing-masing, seorang ke hulu seorang ke hilir. Sesetengah isteri sudah balik ke rumah pun, orang cari dia lagi kerana dia orang penting masyarakat. Bila hendak layan suami? Orang datang ke rumah bukan cari kita, mereka cari isteri kita, justeru dia orang besar negara. Bagaimana tidak tersentuh hati suami.
7. Kita tidak senang dengan anak-anak kita. Selalu sahaja keluar rumah, balik lewat malam. Taat setianya sudah tidak ada lagi dengan kita. Macam-macam hal dibuat di luar rumah. Kita lupa kita suami isteri makan gaji, selalu tidak ada di rumah. Anak-anak terbiar dan tidak terurus. Kalaupun ada yang melayan, orang gaji. Mana sama dengan ibu bapa. Kita sebagai ibu bapa, bila balik, badan sudah letih. Mudah sahaja marah-marah dengan anak-anak. Sudahlah begitu, kita sebagai suami isteri atau ibu bapa di dalam keluarga, tidak ikut syariat pula. Kalau bersembahyang pun tidak berjemaah. Anak-anak tidak diberatkan bersembahyang. Beradab dengan ibu bapa tidak diajarkan. Bagaimana makan minum, berpakaian, tidur baring, berehat, adab dengan jiran tidak pernah didisiplinkan.
Kemudian kita susah hati anak-anak telah menjadi liar. Sudahlah begitu, TV pula memainkan peranan mendidik kita dan anak-anak kita di luar adab sopan agama dan bangsa.

Pengaruh TV itulah yang membangunkan insaniah kita dan mereka. Kemudian kita merasa terseksa di dalam keluarga kerana masing-masing tidak ada rasa bersama dan kerjasama, tidak ada timbang rasa, tidak ada hormat-menghormati dan bertolak ansur sudah tidak wujud.
Kemudian kita yang di dalam rumah tangga atau keluarga yang sudah kusut itu pergi bekerja ke pejabat, ke kilang, ke sekolah. Sudah tentu sekalilah kita membawa fikiran yang kusut, jiwa yang berserabut di tempat kerja kita. Penyakit rumah tangga itu terpalit pula di tempat kerja. Di sana pula sudah tidak dapat bahagia.
Tidak nampak lagikah manusia itu di mana puncanya kehilangan kasih sayang, keharmonian dan kebahagiaan?
renUng2kanlah...
No comments:
Post a Comment