ape maksUd saya? anda adalah anda bermaksUd kiTa sendiri yang mampU mengUbah nasib dan diri kiTa bUkan orang lain.
Untuk apa manusia dilahirkan ke dunia ini? Di manakah manusia itu sebelum ia dilahirkan? Dan untuk apa pula manusia dimatikan? Persoalan ini adalah persoalan setiap orang, yang mesti dijawab dengan hati-hati dan adil. Tepat jawapannya, tepat pulalah matlamat hidup yang dipilihnya.
Salah jawapannya, salah pulalah matlamat hidup yang ditujunya. Melihat kepada kelompok-kelompok manusia yang berbagai-bagai nama dan ragamnya, kita dapat mengagak apakah tujuan dan matlamat hidup masing-masing. Yang pasti, lain kumpulan, lain pula matlamat yang ingin dicapai. Maka lainlah cara dan pendekatan serta tindakan yang mereka lakukan untuk mencapainya.
cOntohnya Orang-orang Yahudi, yang kini menjadi pencatur dunia, mempunyai matlamat hidup yang berbeza dengan Kristian. Puak nasionalis pula ada matlamat yang tersendiri. Dasar sosialis pula lain matlamatnya. Demikianlah halnya dengan orang-orang komunis, kapitalis, sekularis, feudalis, ateis, free thinker dan lain-lain. Masing-masing ada tujuan dan matlamat yang rersendiri. Alangkah banyaknya matlamat hidup yang direka atau diajarkan oleh manusia.
Mungkin sebanyak manusia sebanyak itulah matlamat hidupnya. Para saintis tentu ada pandangan tersendiri tentang matlamat hidup. Ahli sukan pula tentu hidup untuk sukan. Orang kebudayaan barangkali tentu hidup untuk itu. Pendek kata, terpecahnya manusia kepada bidang kebolehan masing-masing telah sekaligus menentukan matlamat hidup yang berbeza antara manusia. Namun secara umum, melihat pada sikap mereka, manusia di seluruh pelusuk bumi ini menjadikan hidup mereka untuk:
1 . Makan, minum, berumahtangga, beranak-pinak dan tua, kemudian mati; itu saja. Sebab itu persoalan hidup mereka ialah bagaimana mencari duit untuk dapatkan keperluan-keperluan tadi. Halal, haram, wajib atau sunat tidak diperhitungkan lagi. Bekal untuk hidup di akhirat tidak masuk dalam kira bicara hidup di dunia ini. Tuhan tidak penting bagi mereka. Cuma waktu susah, barulah teringat dan minta tolong pada Tuhan. Apabila telah berjaya dan selamat, selamat tinggallah Tuhan! Bagi umat Islam, yang menganggap hidup ialah untuk makan minum dan nikah kahwin itu, upacara-upacara agama yang dilakukan lebih dirasakan sebagai tradisi atau adat daripada untuk taat pada Allah dan bekalan hidup di akhirat. Atau kalaupun memang dimaksudkan untuk Allah dan sebagai bekalan ke akhirat, tetapi hanya kerana kebiasaan bukannya dari hati yang benar-benar yakin dan takut pada Allah atau cinta pada Allah SWT. di katakan begitu kerana orang yang benar-benar beriman dan bertaqwa, hidupnya bukan hanya untuk makan, minum, nikah kahwin dan kemudian mati.
2 . Sebahagian manusia lagi menjadikan matlamat hidup mereka, selain untuk makan minum dan nikah kahwin (sebagai keperluan asasnya), untuk dapatkan kuasa. Dengan kuasa, mereka berharap untuk menguasai dan mencorak bangsa dan kaum lain di dunia. Cita-cita, hidup dan matlamat perjuangan mereka ialah menjadi tuan pada manusia di dunia. Dengan itu dapatlah mereka menguasai dunia, memiliki nama dan jawatan serta kekayaan seluruhnya. Lalu berjuanglah mereka untuk menjatuhkan penguasa-penguasa yang ada atau untuk menawan daerah, negeri atau negara yang belum ditawan. Apa yang mereka mahu ialah kuasa dunia jatuh ke tangan mereka. Kelompok ini akan mengorbankan tenaga, harta dan jiwa raga demi mencapai matlamat mereka. Mereka juga sanggup memimpin, menzalimi, membunuh dan berperang untuk tujuan dan matlamat tadi. Kucar-kacirnya dunia dan kehidupan manusia hasil daripada sikap mereka, tidak dihiraukan atau dirisaukan kerana itulah juga syarat-syarat untuk sampai ke matlamat mereka. Gagal satu cara, mereka akan cuba 1001 cara lagi, tanpa menghitung buruk baiknya. Apabila dapat kuasa pula, mereka akan bertindak sesuka hati. Itulah yang terjadi di seluruh dunia sekarang. Perebutan kuasa menjadi satu budaya dunia, yang akibatnya tiada satu negara pun yang sunyi daripada krisis, rusuhan dan peperangan.
3. Terdapat sekumpulan manusia lagi yang menjadikan matlamat hidup mereka untuk mencari kemuliaan diri. Yakni dengan menunjuk-nunjuk dan membangga-banggakan diri. Dengan kata lain, mereka ingin lebih daripada orang lain. Kerana dengan demikian mereka rasa mulia dan akan dimuliakan oleh orang. Mereka tidak mahu terhina dan diperhina-hinakan lantaran kemiskinan dan serba kekurangan. Atas tujuan dan matlamat ini mereka bertungkus-lumus mencari kelebihan sama ada harta benda, ilmu pengetahuan, pangkat dan gaji, kecantikan atau lain-lain. Mereka menggunakan apa saja peluang yang ada hinggakan hasad dengki, dendam, marah, fitnah, tipu, menindas dan lain-lain tidak terkawal lagi. Hilang lenyaplah perpaduan dan kasih sayang sesama manusia. Hidup nafsi-nafsi, sentiasa dalam keadaan tegang dan hati berpecah-belah sekalipun jasad lahir berdekatan, bahkan sekalipun dalam sebuah parti! Itulah kerenah hidup manusia hasil daripada matlamat hidup yang mereka tentukan. Di dunia tidak bahagia, apatah lagi di akhirat.
Tidak keterlaluan saya katakan, orang yang hidup untuk makan minum dan nikah kahwin, hidupnya samalah seperti binatang-binatang. Cuba lihat bagaimana binatang hidup. Kehidupan haiwan tidak lain hanyalah untuk mencari makan, dan apabila kenyang, yang betina pun mencari jantan dan sebaliknya. Kemudian berehat-rehat dan bersuka-suka; apabila rasa lapar cari makan lagi. Begitulah sampai mati, tidak ada apa yang ditinggalkan kecuali anak-anak. Tamadun binatang tidak pernah menjadi lebih baik dari sebelumnya. Kalau sebelumnya tidak berpakaian, sampai hari ini pun masih begitu.
Demikianlah manusia yang hidup untuk makan minum dan nikah kahwin. Pada dasarnya sama saja dengan haiwan-haiwan itu, cuma yang berbeza ialah jenis makanan dan minuman, tempat dan tekniknya. Sebab manusia ada akal untuk memikirkan bagaimana memodenkan hidupnya. kalau haiwan pun ada akal yang tinggi, mereka juga boleh memodenkan cara hidup mereka tadi. Walhal tidak sepatutnya manusia yang ada akal dan jiwa yang tinggi ini hidup setaraf dengan haiwan. Sebab itu mereka marah apabila dikatakan macam binatang, sebab memang mereka berasa tidak patut dianggap begitu. Dan memang fitrah manusia tidak dapat menerima tuduhan ini. Mereka sedar sepatutnya matlamat hidup manusia mesti lebih mulia dan lebih tinggi daripada sekadar makan minum dan nikah kahwin.
Bagi orang yang hidup untuk dapat kuasa pula, taraf hidupnya sama seperti binatang buas di rimba atau di padang pasir, iaitu singa dan harimau. Mentang-mentang mereka besar, kuat dan berani, mereka mahu memperhambakan binatang lain. Bahkan dibunuh dan dimakannya walaupun sesama binatang. Kemudian saling berebutan dan serang-menyerang sesamanya. Semua penguasa di dunia yang sedang gilakan kuasa, hampir begitulah halnya. Mentang-mentang kuasa di tangan, boleh buat apa saja, sehingga perasaan dan kepentingan orang lain tidak dihitung lagi. Nilai-nilai Islam tidak diambil kira lagi. Demi kepentingan dan kepuasan sendiri, dilaga-lagakan manusia dengan manusia, negara dengan negara atau diperangilah siapa yang tidak disukai. Benar-benar telah menjadi seperti binatang buas. Marahlah mereka apabila dikata begitu, sebab fitrah manusia memang tidak suka dikata, dihina, sekalipun mereka sudah keterlaluan mengata-ngata dan menghina orang lain. Baginya dia menghina orang lain tidak mengapa, jangan orang lain yang menghina dirinya.
Bagi kumpulan yang matlamatnya mahu tunjuk lebih tadi, tarafnya sama dengan taraf hidup pokok kayu. Walaupun sebelah-menyebelah tapi berlumba-lumba untuk lebih daripada yang lain. Masing-masing berusaha melepaskan dan meninggikan pucuk masing-masing. Kalau pucuknya yang tinggi itu menyebabkan pokok lain tidak dapat hidup pun tidak mengapa. Itulah hidup nafsi-nafsi. Beruzlah di tengah-tengah masyarakat, atau berseorangan di tengah-tengah ramai. Mementingkan diri sendiri. Masing-masing tunjuk sombong sedang masyarakat benci dan meluat pada golongan ini. Dalam masyarakat begini tidak akan wujud perpaduan. Hati berpecah-pecah walaupun duduk berdekatan. Perhubungan mereka bukan hubungan hati, cuma hubungan fizikal yang terpaksa dilakukan untuk keperluan hidup. Misalnya tauke kilang dengan perkerja-perkejanya. Masing-masing perlu-memerlukan tapi kasih sayang antara mereka tidak wujud lagi. Begitu juga murid dengan guru, pemimpin dengan rakyat. Kasih sayang tidak wujud. Yang ada ialah kepentingan yang diperolehi daripada orang lain. Krisis dan pecab-belah adalah hasil akhirnya.
Demikianlah matlamat hidup manusia yang berbagai-bagai, dan kesannya pada masyarakat. Dengan matlamat itu manusia gagal menempuh sejarah kemuliaan tapi jatuh ke. taraf haiwan dan tumbuh-tumbuhan malah lebih hina daripada binatang ternak.

Firman Allah: Terjemahannya:
Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi Neraka Jahanam) kebanyakan daripada jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakan oleh mereka untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakan oleh mereka untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan rnereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakan untuk rnendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binarang rernak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.
(AL A’raf: 179)
Matlamat belum tentu dapat dicapai tapi keburukannya telah menjadi penyakit yang berbagai-bagai pada masyarakat. Keamanan, keadilan, perpaduan dan keselamatan tidak wujud lagi. Melihatkan ini, manusia patut berfikir kembali di mana silapnya dan apa jalan keluar daripada kesilapan ini. Melihat kepada asal kejadian kita dan kesudahan hidup kelak, orang yang bijak dapat mengagak hidup sebenarnya bukan di sini. Dunia merupakan laluan atau jambatan sahaja. Maka hidup di dunia bukanlah matlamat. Bukan di sini berakhir segala-galanya. Bukan di dunia ini kita membuat kesimpulan tentang hidup. Keputusan percubaan hidup bukan di dunia ini. Sebenarnya ada lagi hidup sesudah hidup di dunia ini. Yakni kehidupan di tempat kita tinggal sebelum datang kedunia ini. Ini adalah logik sepertimana orang yang merantau akan kembali ke tempat asal. Kita bukan berasal dari dunia ini, tetapi dari satu alam yang lain. Maka ke sanalah kita akan kembali. Itulah dia Alam Akhirat. Firman Allah: Terjemahannya:
Dia yang menciptakan kamu daripada tanah, kemudian la menetapkan ajalmu dan ajal yang ditentukan di sisi-Nya, kemudian kamu bimbang (juga kepadanya) .
(Al An’am: 2)
1. Sekarang mari kita lihat ke dalam diri tentang segala yang kita miliki, yang dikurniakan oleh penciptanya. Kita mempunyai akal fikiran, nafsu dan jiwa (hati atau roh) yang boleh mencapai alam ghaib dan Alam Akhirat. Mana satu yang mesti diikut? Dan bagaimana mentadbir akal fikiran dan nafsu serta roh tadi? Hal ini sangat perlu diperhitungkan buat menentukan matlamat hidup yang sebenar-benarnya. Nafsukah yang hendak kita turutkan,
2. Tentang jiwa, Allah berfirman: Terjemahannya:
Sesungguhnya Kami telah ilhamkan pada jiwa itu dua Jalan iaitu jalan kefasikan dan jalan ketaqwaan.
(Asy Syam: 8)
Ertinya manusia boleh memilih sama ada untuk berbuat fasik atau untuk bertaqwa.
Sesudah itu Allah menerangkan apa tujuan dan matlamat hidup manusia di dunia ini. Firman-Nya: Terjermahannya:
tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk menyembah-Ku.
(AZ Zaariat: 56)
Maknanya, menurut ajaran Allah atau agama Islam, hidup ialah untuk Allah. Dan untuk memudahkan urusan itu, Allah telah memberi persediaan pada setiap orang dengan jiwa yang boleh bertaqwa dan diberinya akal untuk memikir, mengkaji, menilai dan memilih. Kemudian terpulanglah kepada masing-masing untuk memilih jalan hidup sama ada menuju Allah atau menurut nafsunya. Kalau kita hidup untuk Allah bukan maknanya tidak boleh makan minum, nikah kahwin, beranak-pinak dan mendapat kuasa serta mencari kekayaan, kemajuan dan lai-lain lagi. Boleh, cuma taraf kedudukan perkara itu buka sebagai matlamat tapi sebagai alat. Perbezaan antara matlamat dengan alat ialah: matlamat mesti dicapai, sedangkan alat tidak mesti. Matlamat hanya satu tapi alar bukan satu.
Maknanya alat boleh dipilih atau boleh ditukarkan bergantung pada keperluan dan keselamatan untuk mencapai matlamat. Sedangkan bagi matlamat, tidak ada pilihan kerana ia hanya satu. Orang yang hidup untuk Allah jauh beza cara hidupnya dengan orang yang hidup untuk dunia. Hasilnya pun berbeza. Hidup untuk Allah ertinya menggunakan dunia ini sebagai alat untuk tegakkan hukum Allah dan mendapatkan keredhaan Allah. Sedangkan orang yang hidup untuk dunia, sedaya upaya, baik atau buruk, hidup atau mati dia mesti mendapatkan dunia itu sama ada kuasa, kekayaan atau lain-lain. Orang ini mungkin gunakan ayat Quran untuk dapatkan dunia. Demi untuk dapatkan dunia, mereka jual Quran dan hadis. Sebab itu ada ayat Al Quran bermaksud:
Terjemahannya: jangan kamu jualkan ayat-ayatku dengan harga yang sedikit
(Al Maidah: 44)
Maksudnya, jangan ditukar ayat Quran dengan kuasa, harta atau wanita cantik yang kita idamkan. Kalau tidak dapat dunia, dia akan kecewa atau membuat masalah. Kalau dapat pula, dia menjadi sombong, bermegah dan bimbang akan kehilangannya. Sedangkan dengan Allah manusia tidak perlu berebut-rebut,tidak sombong, tidak megah dan tidak takut. Alat-alat itu sama ada dapat atau tidak, tidak menjadi masalah. Sekiranya dapat, alat itu akan digunakan, dan kalau tidak dapat, mereka tidak putus asa dan akan mencari jalan lain. Yang penting, lakukan apa yang boleh untuk tujuan mendapat keredhaan Allah.
Alangkah indahnya hidup ini dan dunia ini sekiranya semua manusia mahu menjadikan hidupnya untuk Allah. Tidak akan berlaku pertentangan lagi kerana masing-masing melalui jalan yang satu, sama arahnya menuju kepada keredhaan Allah. Dalam perjalanan itu setiap orang akan berusaha mencari keperluannya iaitu apa jua mata benda dunia, untuk dikorbankan demi mencapai matlamat hidupnya. Misalnya wang ringgit, ilmu, pengalaman, jawatan, harta, negara dan lain-lain. Masing-masing akan menggunakan perkara-perkara itu sebagai alat untuk menegakkan hukum Allah di dunia ini. Seandainya alat-alat itu boleh meruntuhkan hukum-hukum Allah, alat-alat itu tidak boleh dipakai lagi. Hendaklah dicari jalan lain yang selamat. Begitu juga jikalau sesuatu alat itu susah untuk didapatkan, maka berjuang menegakkan hukum Allah hendaklah dibuat dengan alat-alat lain yang mudah didapati. Jangan kerana tidak mendapat alat, matlamat pun dilupakan. Masih banyak lagi alat yang lain.
Misalnya kalau belum dapat negara, masih boleh digunakan jawatan, harta benda atau ilmu untuk menegakkan hukum Allah. Jangan, kerana negara belum dapat, banyak hukum Allah yang lain diabaikan. Tidak dapat buat semua, jangan tinggalkan semua. Begitulah mengikut kaedah syarak. Kalau ada wang ringgit, gunakan ia untuk mengisi tabung jihad, menolong fakir miskin, membayar zakat, naik haji atau membeli kain menutup aurat. Ini pun perjuanganlah namanya; perjuangan menegakkan hukum Allah. Kalau ada ilmu pula, maka dengan ilmu itu, pertamanya mengamalkan ilmu itu pada diri dan keluarga, supaya menjadi contoh kepada orang yang kurang berilmu.
Kemudian ilmu itu diajarkan kepada masyarakat supaya mereka menjadi orang yang berilmu pula. Seterusnya diperjelas kebenaran dan ditolaklah kemungkaran agar dengan itu tertegaklah hukum-hukum yang diperintahkan dan runtuhlah hukum-hukum yang ditegah. Ilmu adalah senjata perjuangan Islam yang penting. Dengan ilmu yang banyak hukum Allah boleh ditegakkan. Kemudian kalau ada jawatan maka gunakanlah ia untuk menegakkan keadilan, membela orang yang susah, dan membantu orang yang menegakkan kebenaran. Kemudian gunakan jawatan untuk memberi sokongan pada pejuang-pejuang Islam yang menegakkan hukum Allah. Begitulah halnya dengan alat-alat yang lain, yang juga dapat digunakan untuk menegakkan perjuangan. Sekiranya dalam mempertahankan alat-alat ini, kita derhaka pada Allah maka alat telah menjadi matlamat. Sebenarnya bermacam-macam alat lagi yang perlu, yakni untuk setiap aspek kehidupan yang diperlukan oleh masyarakat. Lebih banyak alat, maka lebih pesatlah perjuangan menegakkan hukum Allah.
Tapi sekiranya tidak ada alat-alat ini, maka jangan kerana itu kita langsung tidak mahu tegakkan hukum-hukum Allah yang boleh ditegakkan tanpa memerlukan alat-alat itu. Hal ini kalau berlaku, tandanya kita sudah menjadikan alat itu sebagai matlamat. Contohnya, kita perlukan kuasa pemerintahan negara sebagai alat untuk menegakkan hukum Allah. Dengan kuasa kita akan bebas menegakkan hukum Allah, mampu pertahankan diri daripada musuh dan menolak kejahatan pengkhianat. Tapi katalah kita tidak dapat kuasa walaupun sudah berjuang berpuluh-puluh tahun untuk itu maka, kiranya berlaku demikian, bukan bermakna kita tidak payah memperjuangkan hukum-hukum lain (iaitu yang boleh dibuat tanpa kuasa pemerintahan negara). Sebab tujuan kita menegakkan hukum Allah, bukannya untuk mendapatkan negara. Tanpa negara pun banyak lagi hukum Allah yang boleh kita bangunkan. Bangunkanlah dahulu berdikit-dikit, moga-moga satu masa Allah mengizinkan tertegaknya negara Islam. Antara contoh-contoh lain yang menunjukkan alat menjadi matlamat ialah:
i. Seorang yang menuntut ilmu tetapi terpaksa melanggar banyak perintah Allah seperti bergaul bebas, dedah aurat dan lain-lain. Menuntut ilmu itu adalah alat, sedangkan matlamatnya ialah mencari keredhaan Allah. Tapi kalau pertahankan menuntut ilmu sampai derhaka pada Allah, itu maknanya alat jadi matlamat. Bukan Allah lagi matlamatnya tapi ilmu telah jadi matlamat. Oleh itu carilah ilmu di tempat yang tidak menjurus kepada menderhakai Allah.
ii. Dalam rumahtangga, kalau kerana ikut kata isteri, kita sampai menderhakai Allah, itu maknanya alat jadi matlamat. Allah jadi alat, isteri jadi matlamat.
iii. Bagi pemerintah, matlamatnya ialah menegakkan pemerintahan Islam, negara hanya alat sahaja. Tapi kerana kepentingan diri atau kerana hendak jaga hati rakyat, dia tidak tegakkan pemerintahan Islam maka waktu itu berdosalah dia kerana telah membelakangi Allah. Allah jadi alat, memerintah jadi matlamat.
iv. Seorang mufti yang takut untuk memberi fatwa kerana kepentingan gaji atau jawatan selain daripada Allah maka jatuhlah ia kepada syirik khafi kerana membelakangi Allah, atau mengubah hukum atau melanggar hukum disebabkan takut dilucutkan jawatan. Patutnya utamakan perintah Allah daripada kehendak-kehendak lain. Jadi, mufti tadi telah menjadikan Allah sebagai alat dan jawatannya sebagai matlamat atau tujuan hidupnya. Inilah yang banyak berlaku pada mufti-mufti di dunia.
Banyak lagi contoh lain seperti di kilang, di pejabat dan lain-lain.
Demikianlah sedikit sebanyak bagaimana caranya untuk menuju kepada matlamat hidup, yakni untuk mengabdikan diri kepada Allah. Umat Islam harus sedar hakikat ini dan wajib menjadikan hidupnya semata-mata untuk Allah. Kalau tidak, untuk apa kita jadi orang Islam? Sedangkan setiap kali berdiri sembahyang, menyembah Allah kita ucapkan janji dan sumpah: terjemahannya
katakanlah “Sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidupku dan matiku untuk Allah
(Al An’am: 162)
Dan kita lafazkan juga: Terjemahannya:
Hanya pada-mu aku mengabdikan diriku dan hanya kepadamu jua aku memohon pertolongan.
(Al fatihah 5)
Apabila hidup diuntukkan pada Allah, ertinya apa juga tindakan kita, cakap kita, fikiran kita dan hati kita, semuanya dalam menegakkan hukum Allah. Dalam diri, dalam rumahtangga, dalam masyarakat, dalam ekonomi, pendidikan, pergaulan, politik, perubatan, akhlak dan dalam apa juga kerja, semuanya mesti menurut syariat Islam.Perkara yang wajib dan sunat dilaksanakan, manakala yang haram dan makruh ditinggalkan. Perkara-perkara yang harus, terpulang. Tapi yang sebaiknya, yang harus juga hendaklah dijadikan ibadah. Begitulah pengertian hidup untuk Allah. Begitulah hidup menurut pandangan Islam. Bukannya ibadah sembahyang dan puasa saja yang diwajibkan. Apa saja bidang hendaklah dibuat kerana Allah dan menurut peraturannya. Bukan tutup aurat saja yang diwajibkan hukumnya. Apa saja bentuk hablumminallah dan hablumminannas, semuanya mesti dibuat menurut cara Islam. Orang yang tidak melakukan tuntutan ini
semuanya sekali dikira orang yang mengambil sebahagian isi kitab dan menolak yang selainnya. Ini sangat dimurkai oleh Allah. Firman-Nya: Terjemahannya: Apakah kamu mengambil sebahagian saja isi kitab dan menolak yang selainnya? Tidaklah yang demikian itu melainkan akan hina hidup di dunia dan di akhirat akan dikembalikan pada azab yang pedih.
(Al Baqarah: 8.5)
Tapi hal inilah yang banyak berlaku hari ini. Hatta pejuang-pejuang Islam yang lantang suaranya memperjuangkan Islam, cuma buat sembahyang, puasa, haji, zakat, tutup aurat dan lain-lain, tapi terus-menerus terlibat dalam pergaulan bebas, menjayakan pendidikan sekular, membantu ekonomi riba, bermain politik kotor, menggunakan kuasa untuk kepentingan diri dan menzalimi orang-orang yang menegakkan kebenaran, menangkap orang yang baik, melindungi orang jahat, hidup dalam kesombongan, hasad dengki, bakhil, mengata, memfitnah, mengadu domba, berfoya-foya dan macam-macam lagi budaya liar yang sangat dibenci oleh Islam. Lihat apa kata Allah dalam Al Quran:
Adapun orang yang melampaui batas dan lebih mengutamakan kehidupan dunia maka sesungguhnya Nerakalah tempat tinggalnya.
(An Naazi’at : 37-39)
Firman-Nya lagi: Terjemahannya:
Apakah manusia itu menyangka bahawa sekali-kali tiada sesiapa pun yang berkuasa atasnya? mengatakan; “Aku telah menghabiskan harta yang banyak. ” Agakah dia menyangka tiada sesiapa pun yang melihatnya? Bukankah Kami telah menjadikan untuknya sepasang mata dan lidah dan sepasang bibir?dan Kami telah menunjukkan padanya dua jalan. Tapi dia tidak menempuh jalan yang mendaki lagi sukar . Tahukah kamu apakah jalan yang mendaki lagi sukar itu? laitu melepaskan hamba daripada perhambaan atau memberi makan pada hari kelaparan (kepada) anak yatim yang ada hubungan kerabat atau orang miskin yang sangat fakir Dan (dia tidak pula) termasuk orang-orang yang beriman dan saling berpesan untuk bersabar dan saling berpesan untuk berkasih sayang. Mereka (orang beriman dan saling berpesan) adalah golongan kanan Dan orang-orang kafir kepada ayat-ayat Kami, mereka adalah golongan kiri. Mereka berada dalam Neraka yang di tutup rapat.
(AL Balad: 5-20)
teliti dan halusnya agama Islam. Dalam soal-soal yang kecil, apatah lagi yang besar, ada hukum-hukumnya yang mesti ditegakkan. Jika tidak, Allah tidak sayang untuk menghukum kita dengan api Neraka-Nya. Kalau begitu, hendaklah kita umat Islam sentiasa serius dalam hidup. Jadikan ia betul-betul untuk Allah dan bersungguh-sungguhlah melaksanakan keseluruhan ajaran-Nya. Walaupun ia memang berat bagi nafsu dan syaitan, namun itulah kejayaan yang hakiki. Allah akan hiburkan dengan Syurga. Walhal kalau kita gagal, di dunia pun kita susah dan terhina, di akhirat akan terseksa selama-lamanya. Wal’iyazubillah Ingatlah gesanan Allah: Terjemahannya:
Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan carilah jalan yang mendekatkan diri pada-Nya, dan berjihadlah pada jalan-Nya, supaya kamu mendapat keuntungan.
(Al Maidah: 35)
Firman-Nya lagi: Terjemahannya:
ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah amat berat seksa-Nya dan bahawa sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi maha Penyayang.
(Al maidah 98)
Para pembaca budiman, untuk mengetahui lebih luas lagi tentang ini, sila baca tulisan di blog saya yang bertajuk tentang lman. Di antara lain, tulisan itu menyebut:
“Orang-orang yang beriman sudah tentu akan beramal.Tetapi orang yang beramal belum tentu benar-benar beriman. Dan orang langsung tidak beramal lebih lemahlah imannya atau langsung tiada iman. Sebab itu Allah sering mengingatkan bahawa amalan yang akan diterima-Nya hanyalah amalan daripada orang-orang yang beriman.”
“Orang-orang yang beriman itu sentiasa tenang. Dia tidak susah kalau berharta, maknanya tidak takut harta itu akan habis atau hilang , tidak juga cemaskan harta itu kalau-kalau tidak bertambah dan tidak kecewa kalau cita-cita tidak tercapai. Orang beriman tidak juga susah kalau miskin. Dia berusaha dan berikhtiar juga untuk jadi kaya. Sebab inginkan kekayaan itu adalah fitrah tetapi dia cukup yakin bahawa usaha dan ikhtiar tidak akan memberi bekas kalau tidak dengan izin Allah.”
“Kerana itu dia boleh tenang. Tidak keluh-kesah dan memandang ringan akan ujian itu kerana dia yakin segala-gala yang terjadi adalah pemberian Tuhan dan tidak akan ada seorang manusia malah seluruh kuasa dunia yang akan boleh mengubahnya"
No comments:
Post a Comment