Terjemahannya:
Sesungguhnya agama yang diterima di sisi Allah hanyalah Islam.
(Ali imran: 19)
Satu-satunya agama yang Allah akui kebenarannya, kesempurnaannya dan terbaik untuk manusia ialah Islam. Sebab Islam itu ialah agama yang datang dari Allah, manakala agama-agama lain adalah bikinan manusia semata-mata. Adakah sama sesuatu yang datang dari Allah dengan sesuatu yang direka oleh manusia? Jauh, jauh sekali bezanya. Agama Allah adalah lengkap dan sesuai dengan kerjadian semula jadi (fitrah) manusia itu. Sedangkan agama lain banyak kurangnya serta banyak yang bertentangan dengan kemahuan fitrah manusia. Kita lihat apa kata Al Quran terhadap agama-agama lain:
1. Surah An Nisa’ ayat 171:
Terjemahannya:
Wahai ahli kitab janganlah kamu melampaui batas dalam agamamu dan janganlah kamu mengatakan tehadap Allah kecuali yang benar. Sesungguhnya AL Masih, Isa putera Maryam itu adalah utusun Allah dan (yang terjadi dengan) kalimat-nya yang disampaikan-Nya kepada maryam dan dengan (tiupan) roh daripadanya Maka berimanlah kamu kepada Allah dan rasul-rasul-Nya dan janganlah kamu mengatakan itu tiga'' Berhentilah (daripada ucapan itu). Itu lebih baik bagimu sesungguhnya Allah Tuhun yang Esu, Maha Suci Allah daripada mempunyai anak, segala langit dan di bumi adalah kepunyaan Allah. Cukuplah Allah untuk jadi pemelihara.
2. Surah Al Maidah ayat. 18:
Terjemahannya:
Orang-orang yahudi dan Nasrani mengatakan: “Kami ini adalah anak-anak Allah dan kekasih-kekasih-Nya.” Katakanlah: maka mengapa Allah menyeksa kamu kerana dosa-dosamu?” (Kamu bukanlah anak-anak Allah dan kekasih-kekasih-Nya) , tapi kamu adalah manusia biasa antara orang-orang yang diciptakan-Nya. Dia mengampuni bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan menyeksa sesiapa yang dikehendaki-Nya. Dan kepunyaan Allahlah kerajaan antara kedua-duanya. Dan kepada Allah kembali segala sesuatu.
3. Surah At Taubah ayat 30
Terjemahannya:
Orang-orang Yahudi berkata: “Uzair itu putera Allah,” dan orang Nasrani berkata: “Al Masih itu putera Allah.” Demikian itulah ucapan mereka dengan mulut mereka, mereka meniru perkata orang-orang kafir yang terdahulu dilaknatilah mereka; bagaimana mereka sampai berpaling?
Jelas sekali Allah menolak agama-agama yang dibikin oleh fikrah manusia. Sebab ia tidak sesuai dan tidak sempurna untuk tujuan sebenar penciptaan manusia. Secara logik kita lihat bagaimana Kristian, misalnya, tidak sesuai dengan fitrah manusia:
1 . Mengatakan Tuhan itu tiga. Tiga dalam satu. Satu pecah tiga. Sedangkan Tuhan sepatutnya hanya satu dan Esa, supaya pentadbiran kerajaan langit dan bumi ini berjalan dengan arahan dan menuju kepada satu tujuan. Kalaulah Tuhan itu tiga, Tuhan yang mana satu yang menguasai dan mentadbir alam ini sebenarnya?
2 . Paderi-paderi Kristian yakni pope tidak boleh berkahwin. Sedangkan keinginan untuk bcrkahwin adalah fitrah manusia. Siapa menentang fitrah maka kosong, menderita dan terseksalah hidupnya. Sebab itu selalu kita terdengar cerita-cerita paderi yang konon tidak boleh berkahwin, tapi terlibat dengan kes zina dan perogolan. bukti bahawa agama yang meraka anuti tidak mengisi tuntutan fitrah nurani manusia. Lalu mereka membelakangkan agama, dan menunaikan tuntutan fitrah secara berahsia-rahsia kerana takut malu. Menyedari hakikat ini, pernah seorang Kristian dari Sweden, yang kini sudah Islam dan tinggal di Mesir (saya pernah beberapa kali ke rumahnya) berkata, “Pada saya, sebenarnya orang Kristian sedar tentang kebanaran Al Quran dan Nabi Muhammad. Tapi rasa sombong telah menghalang mereka untuk memeluk Islam dan meninggalkan kristian.
3 . Agama Buddha juga bertentangan dengan fitrah kerana sesiapa yang ingin serius dalam agama itu mesti jadi peminta sedekah kepada masyarakat. Dengan periuk sebiji berjalan tanpa kasut, pergilah mereka mengutip makanan setiap pagi daripada sesiapa yang ingin memberi’. Ini sangat memalukan. Bukankah mengemis itu lambang rendah dan hinanya imej manusia? Agama Buddha juga tidak membenarkan sami-saminya berkahwin. Ini bertentangan dengan kemahuan semula jadi (fitrah) manusia.
4 . Agama Hindu pula, seperti yang lain,’ tidak ada ‘syariat’ (peraturan) yang tertentu. Ertinya agama ini tidak memberi garis panduan yang jelas dan tepat untuk membolehkan seseorang mengatur hidup sepenuh masa sebagai seorang Hindu. Agamanya cuma berkisar pada upacara ibadah. la banyak mengambil kaedah hidup agama lain untuk diikuti. Inilah ketidak sempumaan agama itu. Tentang ketuhanan, katanya, akan sampai kepada satu peringkat di mana manusia boleh nampak dan bercakap dengan Tuhan. Dan, katanya lagi Krishna itu utusan Tuhan, sama seperti Nabi Muhammad SAW. Apabila ditanya, mengapa Krishna tidak mengatakan seperti apa yang dikatakan oleh Nabi Muhammad SAW? Kenapa Tuhan membeza-bezakan agamanya? Mereka diam. Nyata bahawa agama bikinan akal manusia tidak menjawab semua persoalan dan tidak mampu menyelesaikan semua masalah. Sedangkan Islam sifatnya universal dan sesuai dengan fitrah. Firman Allah SWT dalam Quran: Terjemahannya:
maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama (Allah); (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. (itulah) agama yang lurus tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui
(Ar Rum 30)
Untuk membuktikan syariat Allah sesuai dengan fitrah. lihat beberapa contoh:
1 . Manusia sifatnya suka menghambakan diri kepada tuannya yang menolong, melindung dan yang mengambil berat tentangnya. Atau dengan kata lain manusia rela mengabdikan diri kepada siapa yang dicintainya. Kalau kecintaannya itu perempuan maka menjadi hambalah ia pada perempuan itu. Kalau kecintaannya ialah kereta, menghambalah dia pada keretanya. Kalau cintanya atau pautannya pada nafsu yakni menurut kata nafsu, jadilah dia hamba nafsu. Tapi aneh, manusia sangat marah kalau digelar hamba betina, hamba kereta atau hamba nafsu. Fitrah menolak sekalipun sikapnya memanglah betul begitu. Mengapa? Sebab fitrah manusia ingin menjadi hamba Allah. Dan keinginan menjadi hamba kepada selain Allah itu bukan fitrah. Katakanlah kepada siapa saja sama ada orang kafir atau Islam, “Kamu ini hamba Allah,” nescaya ia mengiakan dan rasa senang dengan kata-kata itu sama ada di mulut atau di hati. Hal ini adalah kerana fitrah manusia telah Allah ciptakan untuk menyembah-Nya dan untuk menghambakan diri kepadaNya.
Lihat firman-Nya:
Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk menyembah Aku.
(AZ zaariat 56)
Allah mahu manusia menyembah-Nya dan tidak pada yang lain. Maka dijadikan fitrah manusia itu mempunyai rasa bertuhan dan menghamba diri pada-Nya. Tanyakanlah pada orang-orang yang menyembah Allah atau tidak menyembah Allah, adakah dia ingin menyembah Allah dan suka pada orang-orang yang menyembah Allah. Nescaya mereka menjawab memang suka. Suka pada pekerjaan menyembah Allah dan suka pada orang yang melakukannya. Cuma kalau mereka tidak melakukannya, itu bukan kerana benci, atau hati tidak mengakui, tetapi kerana nafsu dan syaitan menghalang dan melalaikan Mereka. Mereka tidak kuasa melawan nafsu (yang sifatnya ego), lalu menurutinya. Kalaulah bukan kerana ‘nafsu dan syaitan, nescaya manusia ini akan sentiasa merindui dan membesarkan Tuhannya dan sangat taat pada-Nya. Fitrah roh sudah kenal Allah dan mengaku untuk menyembah-Nya. Di dalam Al Quran ada diceritakan hakikat ini: Terjemahannya:Allah bertanya kepada roh: “Bukankah Aku Tuhanmu?” Mereka menjawab ''betul (Engkaulah tuhan kami) , kami menjadi saksi .”
(Al A’raf: 172)
Tapi apabila dihasut oleh syaitan dan nafsu, manusia menjadi degil dan derhaka dengan Allah. Mereka lupa Allah dan melanggar segala perintah-Nya. Namun hati kecil tetap rasa bersalah dan ingin sekali mentaati Allah seperti dengan sembahyang, puasa, mengeluarkan zakat, naik haji, berjuang, menutup aurat dan lain-lain. Hati mereka sebenarnya tidak tenang terutama waktu susah dan waktu memerlukan pembelaan daripada satu kuasa. Ini terjadi kerana mereka melakukan sesuatu yang bertentangan dengan kemahuan hati kecil atau fitrah mereka. Manusia ateis yang kononnya tidak percaya Tuhan itu, sebenarnya cuba membuang rasa bertuhan dari hatinya. Namun begitu, rasa itu selalu datang terutama waktu sendirian atau waktu sangat memerlukan pertolongan ketika manusia lain tidak mampu memberikannya. Mereka sebenarnya menipu diri sendiri dan berperang dengan diri sendiri. Orang begini tidak bahagia hidupnya walau dalam istana, serta ada kuasa, takhta, wanita dan harta.
Mereka yang percaya Tuhan tetapi tidak kenal Tuhan yang sebenar yakni Allah SWT, dan tidak tahu pula syariat-Nya, adalah orang-orang yang selalu tertanya-tanya. Banyak persoalan yang tidak selesai pada dirinya. Misalnya: ‘Mengapa Tuhan itu tiga dan sudah mati sebahagiannya? Atau ‘Mengapa aku mengambil patung atau tokong ini sebagai perantaraan?’ ‘Apa keistimewaan patung ini?’ Tanpanya pun hati aku memang boleh berhubung dengan Tuhan dan terasa akan ada-Nya!’ Begitulah contoh-contoh persoalan yang tidak pernah terjawab. Akhirnya mereka lupakan saja kerana mengelak daripada berbagai-bagai masalah. Mereka melupakan permasalahan yang tidak terjawab supaya ia tidak merunsingkan fikiran. Bagi orang Islam yang tidak ikut perintah Allah, tidak ikut syariat dan Sunnah Rasulullah (kerana ikutkan nafsu), dia sering buntu dan gelisah dalam hidup. Sebab hatinya tidak bersandar pada Tuhan yang boleh memberi segala-galanya. Sedangkan nafsu tidak akan memberi kepuasan dan ketenangan. Hanya hamba-hamba Allah yang betul-betul ikut Islam secara keseluruhan saja yang akan menikmati hidup yang bermakna di dunia dan lebih-lebih lagi di akhirat. Sebab mereka menempuh jalan hidup yang paling selamat!
2 . Manusia ingin menambah ilmu. Ingin mencari pengalaman dan ingin pandai, dan tidak bergantung hidup pada orang lain. Manusia tidak mahu hidup beku, jahil dan papa kedana. Itu adalah fitrah Semua orang memilikinya walau apa pun jua bangsa dan agamanya. Memang Allah jadikan jiwa manusia begitu kemahuannya. Oleh itu Allah datangkan agama Islam yang mengajar supaya manusia mengisi tuntutan fitrah itu. Firman Allah: Terjemahannya:
katakanlah “Berjalanlah kamu muka bumi, kemudian lihatlah bagaimana kesudahan orang yang mendustakan itu.
(Al An’am: I I)
Ertinya kita disuruh mengembara untuk cari pengalaman Rasulullah SAW bersabda: Terjemahannya:
Menuntut ilmu wajib bagi Ielaki dan wanita.
(Riwayat lbnu Abdi Al Barri)
Terjemahan:
tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad.
Begitulah yang dikatakan Islam agama fitrah. Yakni apabila sesuatu itu disukai oleh fitrah maka Islam mendorong atau membenarkannya. Disebabkan Allah yang jadikan fitrah manusia itu demikian, maka Allah pun datangkan cara bagaimana keinginan fitrah itu disalurkan. Tanpa petunjuk dari Allah, nafsulah yang akan memimpin manusia untuk melaksanakan kehendak fitrah itu secara melulu. Kesannya akan buruk sekali. Misalnya, apabila ilmu yang dituntut itu ilmu yang haram (ilmu sihir atau ilmu yang tidak dikaitkan dengan tauhid dan jiwa sufi) maka ia akan membawa akibat buruk. Walaupun adakalanya ilmu itu bersumber dari Islam, tetapi tanpa dikaitkan dengan tauhid dan akhlak, ia akan membuatkan manusia sombong, dengki, bakhil, pemarah, rasuah dan lain-lain.
Demikian juga halnya kalau mengembara yang tidak dipandu oleh syariat atau tidak diniatkan kerana Allah atau untuk kebaikan, ia akan membawa hasil yang buruk. Sebab itu Islam menurunkan panduan-panduan yang rapi dalam melaksanakan tuntutan fitrah itu. Dalam mencari kekayaan yang diingini oleh fitrah semula jadi manusia, misalnya, Islam tidak melarangnya. Malah Allah mendorong dengan firman-Nya: Terjemahannya:
Apabila telah ditunaikan sembahyang hendaklah kamu bertebaran di muka bumi dan hendaklah kamu cari kurniaan Allah, dan ingatlah Allah banyak-banyak moga-moga kamu dapat kemenangan.
(Al Jumaah: 10)
Nabi SAW bersabda:
Terjemahannya:
berniagalah kerana sembilan persepuluh daripada rezeki itu ada dalam perniagaan.
Tapi mencari harta tidaklah boleh dibuat secara sewenang-wenangnya. Islam mengaturkan cara-cara yang bersih dari riba, tipu dan tindas-menindas, kerana hal-hal yang buruk itu adalah bertentangan dengan fitrah. Hasilnya pula tidak untuk berfoya-foya, berjudi atau membekukannya dalam bank, tapi untuk kebaikan seperti membantu fakir miskin, membina projek keperluan masyarakat atau membantu usaha jihad fisabililIah. Hal ini diatur begitu rupa kerana ia sesuai dengan fitrah. Sebaliknya apa yang Islam halang, adalah bertentangan
3. Siapa saja, sama ada Islam atau yang bukan Islam, suka kepada makan sedap; lelaki sukakan perempuan, perempuan suka lelaki; ingin kepada badan sihat dan fikiran yang waras. Begitulah fitrah manusia. Kalau keinginan fitrah ini tidak tercapai manusia akan rasa susah, dukacita dan gelisah. Allah yang menciptakan manusia sedemikian rupa, tahu cara yang sebaik-baiknya untuk manusia mencapai keinginan-keinginan itu, dan tahu juga cara-cara yang boleh merosakkan manusia dalam usaha mereka mencapai keinginan-keinginan itu. Oleh itu Allah telah menurunkan petunjuk bagaimana keinginan itu boleh dipenuhi dengan sebaik-baiknya. Islam tidak menghalang keinginan fitrah tetapi tidak pula terlalu membiarkan keinginan itu dipenuhi secara melulu. Makan sedap, misalnya, diharuskan dengan syarat jangan makan makanan yang haram berlebihan. Malah, mengikut Sunnah Rasulullah SAW, sunat hukumnya makan daging seminggu sekali. Demikian juga Islam menunaikan keinginan fitrah manusia untuk berkahwin. Ia memang dianjurkan oleh Rasulullah SAW:
Terjermahannya:
Berkahwin itu sunnahku siapa yang benci pada Sunnahku ini bukanlah dia daripada umatku.
Terjemahannya
Dua rakaat sembahyang orang yang berkahwin lebih baik daripada 70 rakaat sembahyang orang bujang.
Demikianlah indahnya Islam. Dalam usaha mengelakkan masalah dalam perkahwinan, ditentukan pula syarat rukunnya yang wajib dipenuhi. Tanpa memenuhi syarat, rumahtangga akan goyang dan tumbang. Islam membenarkan berkahwin dan mengharamkan zina. Sebab zina akan menzalimi dan menganiayai kaum wanita. Anak hasil perzinaan yang tidak tentu bapanya itu akan terlonta-lonta hidupnya. Ke mana anak itu akan bawa diri? Hal ini tidak ada siapa yang suka. Fitrah menolak. Sebab itulah Allah mengharamkannya kerana ia bertentangan dengan fitrah. Apa tidaknya, seseorang yang berzina itu akan melibatkan sama ada ibu orang atau isteri orang anak perempuan orang. Siapa pun akan marah kalau keluarganya yang terlibat. Kalau begitu sanggupkah kita berzina sedangkan kita sendiri tak suka perkara itu berlaku dalam keluarga kita?
Dalam islam ada kaedah:
ertinya Tidak mudarat dan tidak memberi mudarat.
contohnya:
1. Kahwin boleh tapi jangan dengan isteri orang.
2. Kaya boleh, tapi jangan cara mencuri atau tipu duit rakyat.
Tiada orang, sama ada Islam atau bukan Islam, yang menganggap zina itu baik. Kalau berlaku juga, itu adalah kerana manusia sudah jadi syaitan dan nafsunya sudah jahat sekali. Namun hati kecilnya tetap menolak; ertinya dia sentiasa dalam keadaan melawan hati kecilnya. Orang ini tidak tenang hidupnya. Dia diburu rasa bersalah dan bcrdosa sepanjang masa.
Islam membenarkan poligami bagi lelaki yang sanggup atau perlu berbuat begitu. Ini sesuai sekali dcngan fitrah lelaki, tapi mengapa kaum wanita sangat menolaknya? Di sini seolah-olah Islam tidak sesuai dengan fitrah wanita khususnya dalam masalah poligami. Sebenarnya tidak begitu. Poligami, kalau dilaksanakan betul-betul mengikut syariat, banyak baiknya pada wanita. Fitrahnya pun suka, cuma nafsu yang tidak suka. Poligami sebenarnya membaharukan rasa cinta dan ghairah suami isteri. Giliran yang sama adil antara isteri-isteri adalah wajib bagi suami. Ini akan menyuburkan rasa cinta suami isteri, kerana kalau lama tak jumpa rindu berbunga kembali. Walhal kalau tidak berenggang, datang rasa jemu dan letih terutama bagi pihak isteri. Mungkin pula akan timbul perselisihan atau bermasam muka. Tapi apabila suami pergi, datang rasa rindu dan menunggu-nunggu suami pulang.
Cinta-menyintai itu fitrah. Ingin berkeluarga ramai juga fitrah. Tapi nafsu tidak suka. Macam juga fitrah manusia yang suka untuk jadi hamba Allah tapi nafsu tidak mahu, maka ia tidak sembahyang. Ingin kasih sayang suami tetapi tidak taat. Ikut nafsu, hilang bahagia. Itulah indahnya poligami. Tetapi wanita yang nafsunya sudah liar dengan hasad, tamak, sombong, bakhil, cinta dunia, tidak berasa indahnya itu sebab nafsunya mahu dunia untuknya seorang. Orang lain peduli apa. Seperkara lagi, kegagalan poligami kerana ia dilaksanakan tidak mengikut Sunnah. Sebab itu nampak buruk sekali dan menakutkan kaum wanita. Peraturan yang dibuat oleh pihak yang berkenaan terhadap poligami tidak dapat menyelesaikan masalah kerana tidak mengikut syariat.
Untuk membina badan yang sihat dan otak yang cergas, Islam memang membenarkan riadah. Tapi sukan itu mestilah daripada jenis yang membawa faedah, bukan hanya sia-sia. Contohnya menunggang kuda, berenang, memanah dan lain-lain. Perkara-perkara yang sia-sia bertentangan dengan fitrah. Di samping itu ditegah melakukan perkara yang boleh merosakkan badan dan fikiran seperti arak dan dadah. Sebenarnya fitrah manusia, walaupun yang bukan Islam, benci dengan mabuk-mabuk dan ketagihan akibat arak dan dadah. Tapi kerana dorongan nafsu, mereka menentang fitrah. Orang begini hidup dalam serba salah dan tidak bahagia kerana apabila ia menentang fitrahnya, sekaligus ia menentang Allah.
Akhlak yang baik, budi pekerti yang mulia yakni membuat kebaikan sesama manusia hingga menghiburkan hati manusia, semua orang suka. Bagi orang yang suka menyakitkan hati orang lain, itu pun dia tidak mahu orang lain menyakiti hatinya dan suka kalau ia dihiburkan. Begitulah fitrah. Maka Islam agama fitrah itu datang memerintahkan agar manusia berakhlak baik sesama manusia. Sabda Rasulullah SAW:
terjemahannya
Sebaik-baik manusia ialah manusia yang paling banyak membuat kebaikan untuk manusia lain.
Dengan itu, sesiapa saja yang berakhlak buruk dengan sesama manusia, seperti sombong, bakhil, hasad dan lain-lain, bererti dia menentang Allah dan juga menentang fitrahnya. Orang begini bukan sahaja dimurkai Allah tapi dia membenci dirinya sendiri. Hidupnya tidak tenang dunia dan akhirat. Kalau manusia saling isi-mengisi fitrah, aman damailah masyarakat. Tapi apa yang berlaku sekarang, kita susahkan orang tapi minta orang jangan susahkan kita. Al hasil, sengketa merata-rata. Begitulah huraian tentang sesuainya agama Islam dengan fitrah manusia. Dan siapa yang tidak ikut Islam ertinya menentang fitrahnya. Mereka ini sekalipun kaya-raya, berjawatan tinggi dan banyak ilmu, tidak akan tenang hidup mereka di dunia apalagi di akhirat. Kerana bukan saja dia bermusuh dengan Allah tapi juga bermusuh dengan dirinya sendiri. Pada lahirnya manusia nampak ia senang-lenang tapi hatinya hanya Allah saja yang tahu; kosong, gelisah, terseksa dan serba salah, dan mudah marah.
Di Barat hari ini, orang yang kelihatan bijak pandai dan senang-lenang itu dilaporkan ramai yang terkena sakit jiwa. Hinggakan bilangan yang masuk ke hospital sakit jiwa lebih daripada bilangan orang yang masuk ke universiti dan kolej. Bunuh diri juga sudah jadi perkara biasa. Lihatlah akibat manusia menentang agama Tuhannya. Di Timur juga, umat Islam yang sudah rosak imannya kerana terlalu menurut nafsunya sedang menghadapi masalah yang sama. Cara hidup yang mereka pilih telah menghantar nereka ke lembah masalah dan kesusahan. Itulah hidup yang diperjuangkan oleh Yahudi dan konco-konconya. Mereka konon menjanjikan keseronokan hidup tapi akhirnya manusia menderita dibuatnya. Lihat apa kata Allah kepada orang-orang Yahudi:
Terjemahannya:
Dan kamu akan melihat kebanyakan daripada mereka (orang-orang Yahudi) bersegera membuat dosa, permusuhan dan makanan yang haram. Sesungguhnya buruk apa yang dikerjakan itu. Mengapa orang-orang alim mereka, pendeta-pendeta mereka tid.ak melarang mereka mengucapkan perkataan bohong dan memakan yang haram! Sesungguhnya amat buruk apa yang mereka kerjakan itu.
(Al Maidah: 62-63)
Hanya Islam satu-satunya agama yang sistem hidupnya benar dan sebaik-baiknya untuk diikuti. Yakni kehidupan Sunnah yang telah dilaksanakan oleh Rasulullah dan Khulafa ur Rasyidin serta semua salafussoleh. Contohilah mereka itu, nescaya manusia akan kembali kepada fitrah murninya dan akan bahagia di dunia dan akhirat. Antara ciri-ciri hidup mereka adalah:
1. Beriman dan bertaqwa.
2. Beribadah dan berzikir.
3. Berakhlak mulia dengan Allah dan sesama manusia.
4. Berjuang dan berjihad dengan Allah dan sesama manusia.
5. Berkorban pada jalan Allah.
6. Menuntut ilmu dunia dan akhirat untuk melaksanakannya.
7. Bekerja mencari rezeki yang halal, di samping membangunkan tamadun ummah.
8. Taat dan patuh pada Allah, pada Rasul dan pada pemimpin yang taat pada Allah.
9. Berkasih sayang.
10. Bertolong bantu dalam kebaikan dan menolak kejahatan.
11. Bermaaf-maafan.
12. Bertolak ansur di sekitar dan di sudut-sudut yang dibolehkan.
No comments:
Post a Comment