senang-senang datang la lagi eyh..sahabaT amatlah dialU-alUkan...

Saturday 30 April 2011

it iS mazda rX7..






The Mazda RX-7 is a sports car by the Japanese automaker Mazda. It was produced from 1978 to 2002. The original RX-7 featured a 1146 cc twin-rotor Wankel rotary engine and a sporty front-midshiprear-wheel drive layout. The RX-7 was a direct replacement for the RX-3 (both were sold in Japan as the Savanna) and subsequently replaced all other Mazda rotary cars with the exception of the Cosmo.




The original RX-7 was a sports coupé. The compact and lightweight Wankel engine (rotary engine) is situated slightly behind the front axle, a configuration marketed by Mazda as "front mid-engine". It was offered as a two-seat coupé, with optional "occasional" rear seats in JapanAustralia, the United States, and other parts of the world. These rear seats were initially marketed as a dealer-installed option for the North American markets.




The RX-7 made Car and Driver magazine's Ten Best list five times. In total, 811,634 RX-7s were produced..


le manS race..

h22a, mazda rx7 fb

mazda rx7 fC
maZda rx7 fd



untUk maklumat lebih lanjUt sila ke sini..



sila jaga ikhtilat anda ya sahabat-sahabat..


Statistik kelahiran anak luar nikah di Malaysia

Terdetik dalam hati nak tulis artikel ni bila melihat maksiat zina semakin berleluasa di Malaysia. Tidak dinafikan perkara ini amat sukar dibendung 100 peratus, manakan tidak, zaman nabi pun berlaku maksiat ni. Namun Islam telah menggariskan  beberapa cara untuk membendung gejala ini daripada terus menular.

Berdasarkan kepada laporan rasmi, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melaporkan terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008.

Ini bermakna secara purata, 2,500 kes anak luar nikah direkodkan pada setiap bulan atau 83.3 kes pada setiap hari. Jika diunjurkan lagi, satu kes pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat!

Bayangkanlah sahabat-sahabat sekalian, kalau dikira secara detail 83 kes bermakna purata mereka yang berzina sehingga menyebabkan kelahiran anak luar nikah sebanyak 166 orang sehari. Stastistik itu untuk yang berzina sampai menyebabkan kelahiran anak, bagaimana pula mereka yang berzina tapi tidak mengandung sama ada disebabkan menggunakan  menggunakan alat pencegah kehamilan atau sebab-sebab lain? mungkin lebih 500 atau 1000 orang berzina setiap hari.

Apakah yang menyebabkan maksiat ini semakin hari semakin menjadi-jadi? Kajian yang telah saya lakukan kepada beberapa orang individu menunjukkan ianya disebabkan berlaku percampuran antara lelaki dan perempuan.

Percampuran pelajar lelaki dan perempuan di tempat pengajian

Telah maklum diketahui umum bahawa mencampurkan pelajar lelaki dan perempuan dalam institusi pengajian dari peringkat yan paling rendah sehinggalah peringkat yang tertinggi menjadi kebiasaan di Negara kita. Segala aktiviti yang berkaitan dengan pembelajaran & kokurikulum tanpa pengasingan. Lebih teruk lagi, asrama lelaki & perempuan berdekatan tanpa ada apa-apa menghadang. Terlalu banyak cerita yang diceritakan  pelajar-pelajar agama di universiti & kolej tempatan banyak peristiwa buruk yang berlaku rentetan daripada percampuran tersebut.

Pelajar-pelajar ini menyatakan menjadi kebiasaan pelajar-pelajar membuat hubungan istimewa sesama mereka. Ini disebabkan terlalu kerap melihat dan bermesra dengan pelajar perempuan di dalam satu kelas dan satu kampus.

Lebih-lebih lagi pelajar perempuan yang mempunyai rupa paras menawan, menjadi rebutan di kalangan pelajar-pelajar lelaki. Sehinggakan ada yang mengirim bunga untuk menawan hati sigadis jelita tersebut. Perhubungan begitu mudah, dengan telefon bimbit memainkan peranan yang penting dalam misi menakluki hati pelajar yang diminati serta sebagai alat yang dapat melayan perasaan pasangan-pasangan yang bercinta ini.

Terdapat juga pelajar yang menjalin hubungan ‘istimewa’ dengan pensyarah muda yang memiliki rupa, yang baru menjawat tugas sebagai seorang pensyarah. Dalam kelas menghormatinya sebagai pendidik, dalam telefon bimbit dijadikannya sebagai seorang kekasih yang dirindui.

Bukanlah semata-mata saya membongkar perkara-perkara aib sedemikian untuk melekeh & mencela. Saya terpaksa berbuat demikian, hanyalah bertujuan menyatakan hukum syariat tentang pencampuran pelajar lelaki & perempuan. Harap maaf!!! ‘Perkara yang baik dijadikan teladan dan perkara yang buruk dijadikan sempadan.’ Inilah realiti yang berlaku serta diakui sendiri oleh pelajar-pelajar IPT, baik dari aliran agama mahupun aliran biasa (lebih parah). Ini kerana, jawapan yang saya terima adalah sama dalam kalangan pelajar IPT iaitu pencampuran pelajar lelaki dan perempuan itu membawa kepada terjerumusnya mereka ke lembah maksiat

Takutilah bala  Allah Taala yang berbentuk bencana alam seperti ‘Tsunami’, gempa bumi yang melenyapkan dan membinasakan apa saja atau  wabak penyakit seperti wabak ‘Je’, selsema burung, selsema khinzir dan lain-lain, datangnya tiada diduga. Ianya disebabkan oleh maksiat-maksiat yang dilakukan oleh penduduk bumi itu sendiri. Hadis yang bermaksud:

“Tiadalah timbul @ nyata (secara terang-terangan) pada sesuatu kaum manusia, penzinaan dan amalan riba melainkan mereka sendiri meluluskan AZAB ALLAH (BALA BENCANA ALLAH).”

Percampuran jemaah lelaki dan perempuan dalam ibadah

Ibadah merupakan suatu amalan yang boleh mendekatkan diri seorang hamba dengan tuannya. Sudah pasti ketika beribadah seorang hamba yang betul-betul niatkan ibadah untuk dekatkan diri kepada Allah sukar melakukan maksiat. Masakan tergamak seseorang yang beriman melakukan maksiat ketika merasakan dirinya memerhatikan dan diperhatikan Allah.

Namun sesatu yang pelik, Islam mengasingkan antara lelaki dan perempuan ketika tunaikan  solat sedangkan ketika itu kita merasakan Allah dekat dengan kita masakan berani kita melakukan dosa? Cuba kita perhatikan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, dia berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda: 

“Sebaik-baik saf bagi lelaki adalah yang paling hadapan dan seburuk-buruknya adalah yang paling belakang. Sebaik-baik saf wanita adalah yang paling belakang dan seburuk-buruknya adalah yang paling hadapan.” (Hadis Riwayat Muslim)

susanan saf ketika solat:
Imam - Lelaki dewasa - Kanak-kanak lelaki - Kanak-kanak perempuan - Wanita Dewasa.

Ini membuktikan tunas-tunas maksiat boleh bercambah ketika ibadah ditunaikan, sebab itulah jemaah lelaki dewasa dan perempuan dewasa dipisahkan oleh saf kanak-kanak lelaki dan perempuan. Ini juga merupakan sebab mengapa nabi menyifatkan saf lelaki paling buruk adalah saf paling belakang dan saf wanita yang paling buruk adalah saf paling hadapan.

Kalau dalam ibadah khusus Islam pisahkan lelaki dan perempuan disebabkan takut suburnya tunas-tunas zina bagaimanakah ketika di luar ibadah khusus? sudah tentu pengasingan antara lelaki dan perempuan lebih diperlukan lebih-lebih lagi dalam aktiviti-aktiviti sukan dan kokurikulum. Kalau tidak semakin berleluasalah maksiat zina di negara kita..

Friday 29 April 2011

kod maKanan yang ada unSur khinzir@ babi..

E100, E110, E120, E 140, E141, E153, E210, E213, E214, E216, E234, E252,E270, E280, E325,E326, E327, E334, E335, E336, E337, E422, E430, E431, E432, E433,E434, E435, E436, E440,E470, E471, E472, E473, E474,E475,E476, E477, E478, E481, E482, E483,E491, E492, E493, E494, E495, E542,E570, E572, E631, E635, E904.

Monday 25 April 2011

kerana bermimpikan neraka..ya-ALLAH...

http://peribadirasulullah.files.wordpress.com/2011/04/kerana2bmimpi2bmelihat2bneraka2bjahannam.jpg?w=312&h=234




Pada zaman Rasulullah saw, jika para sahabat yang mulia bermimpi, biasanya mereka akan mengadu dan menceritakannya kepada baginda Rasulullah. Suatu malam seorang sahabat Nabi yang masih remaja bernama Abdullah bin Umar ra, pergi ke Masjid Nabawi. Dia membaca Al-quran sampai keletihan. Setelah lama membaca al-Quran, dia berasa mengantuk dan ingin tidur.




Seperti biasa, sebelum tidur dia menyucikan diri dengan cara berwuduk, kemudian barulah merebahkan badan kemudian berdoa,


“Bismika Allahumma ahya wa bismika amutu. Ya Allah! Dengan nama-Mu aku hidup dan dengan nama-Mu aku mati.”


Demikianlah, Rasulullah saw mengajarnya dengan cara tidur yang baik. Sehingga, dalam tidur pun, malaikat masih mencatatnya sebagai seorang yang tidak lalai. Dengan menyucikan diri, roh orang yang tidur akan mendapat hikmah dan siraman doa para malaikat.
Dengan perlahan-lahan dia memejamkan mata. Abdullah bin Umar terus bertasbih menyebut nama Allah hingga akhirnya terlelap. Di dalam tidurnya yang nyenyak, dia bermimpi. Di dalam mimpinya itu, dia berjumpa dengan dua malaikat. Tanpa berkata apa-apa, dua malaikat itu memegang kedua tangannya dan membawanya ke neraka.




Dalam mimpinya itu, neraka itu bagaikan perigi yang menyalakan api berkobar-kobar. Luar biasa panasnya. Di dalam neraka itu, dia melihat orang-orang pernah dikenalinya. Merak dipanggang dan menanggung seksa yang tiada bandingan pedihnya.


Menyaksikan neraka yang mengerikan dan menakutkan itu,, Adullah bin Umar berdoa,


“A’uzubillahi minannaar! Aku berlindung kepada Allah dari api neraka!”


Setelah itu, Abdullah bertemu dengan malaikat lain. Malaikat itu berkata, “ Kau belum terselamat dari api neraka!”


Pagi harinya, Abdullah bin Umar menangis mengingatkan mimpi yang dialaminya. Lalu dia pergi ke rumah Hafshah binti Umar, isteri Rasulullah saw. Dia menceritakan tentang mimpinya itu dengan hati yang cemas. Setelah itu, Hafshah menemui baginda Nabi dan menceritakan mimpi saudara kandungnya itu kepada beliau.


Ketika itu juga baginda bersabda. “ sebaik-baik lelaki adalah Abdullah bin Umar jika dia hendak melakukan solat malam!”


Mendengar sabda Nabi itu, Hafshah bergembira. Dia terus menemui adiknya, Abdullah bin Umar dan berkata “ Nabi mengatakan bahawa kau adalah sebaik-baik lelaki jika kau mahu bersolat malam. Dalam mimpimu itu, malaikat yang terakhir kau temui mengatakan bahawa kau belum terselamat dari api neraka. Itu kerana kau tidak melakukan solat tahajud. Jika kau ingin selamat dari api neraka, dirikanlah solat tahajud setiap malam. Jangan engkau sia-siakan waktu sepertiga malam; waktu dimana Allah swt memanggil-manggil hamba-Nya; waktu ketika Allah swt mendengar doa hamba-Nya.”




Sejak itu, Abdullah bin Umar tidak pernah meninggalkan solat tahajud sehingga ke akhir hayatnya. Bahkan seringkali dia menghabiskan waktu malamnya untuk solat dan menangis dihadapan Allah swt. Setiap kali mengingati mimpinya itu, dia menangis. Dia berdoa kepada Allah swt agar diselamatkan dari api neraka. Apalagi jika dia juga ingat sabda baginda:
“ Sesungguhnya, penghuni neraka yang paling ringan seksanya pada hari kiamat adalah seorang yang diletakkan pada kedua tapak kakinya bara api yang membuat otaknya mendidih. Dia berasa tidak ada orang lain yang lebih berat seksanya daripada dia. Padahal sesungguhnya seksa yang dia terima adalah yang paling ringan di dalam neraka.”




Dia berusaha sekuat tenaga beribadah kepada Allah, mencari redha Allah, agar termasuk dalam golongan hamba-hamba-Nya yang terhindar dari seksa api neraka dan memperoleh kemenangan syurga.




Akhirnya, dia boleh merasakan betapa nikmatnya solat tahajud. Betapa agung keutamaan solat tahajud. Tidak ada yang lebih indah dari saat-saat dia sujud dan menangis kepada Allah swt pada malam hari.




Wallahu’alam….







tanda-tanda kita cintakan ALLAH..







http://www.muftisays.com/blog/images/uploads/5-banner.jpg



Abu Laits telah menegaskan, bahwa seseorang dinyatakan takut kepada Allah
SWT dapat terlihat tanda-tandanya dalam tujuh macam hal sebagai berikut:





1. Ia memiliki lidah yang selalu menjadikannya sibuk berdzikir atau
bertasbih kepada Allah dengan membaca Al-Qur’an dan mempelajari ilmu agama.





2. Ia memiliki hati yang selalu mengeluarkan dari dalam hatinya
perasaan tidak bermusuhan, iri, dengki dan lain sebagainya.





3. Penglihatannya tidak akan memandang kepada hal-hal yang haram, tidak
memandang dunia dengan keinginan hawa nafsu, tetapi ia memandanginya dengan
mengambil i’tibar dan pelajaran. Rasulullah SAW bersabda; “Barang siapa
memenuhi matanya dengan hal-hal yang haram, Allah SWT akan memenuhi matanya
besok di hari kiamat dengan api neraka”.





4. Perutnya, dia tidak memasukkan hal-hal haram kedalamnya, sebab yang
demikian itu adalah perbuatan dosa, seperti sabda Nabi kita Muhammad SAW
yang artinya: “Ketika sesuap haram masuk dalam perut anak cucu Adam, semua
malaikat di bumi dan di langit membenci dan melaknat kepadanya, selama
suapan itu masih berada dalam perutnya dan kalau ia mati dalam keadaan
seperti itu, maka tempatnya adalah jahanam.





5. Tangannya, dia tidak memanjangkan tangannya kearah hal-hal yang
haram, tetapi memanjangkannya untuk memenuhi keta’atan.





6. Telapak kakinya, dia tidak berjalan kepada hal-hal yang haram atau
kedalam kemaksiatan, tetapi berjalan di jalan Allah SWT dengan bersahabat
atau berteman dengan orang-orang yang sholeh.





7. Keta’atannya, dia menjadikan keta’atannya itu murni dan ikhlas
karena Allah SWT.



Amaliah-amaliah yang tersebut diatas, memang tidak mudah untuk dilaksanakan,
tetapi bagi orang-orang yang benar-benar mengharapkan kebahagiaan yang abadi
di akhirat kelak, beban berat yang mesti dilaksanakan itu bukan lagi menjadi
persoalan, meskipun ia harus merangkak sedikit demi sedikit.

Sudah barang tentu, untuk menanamkan rasa takut kepada Allah SWT hingga
mendarah daging dan tertanam atau terpanteri di dalam hati, harus terlebih
dahulu membiasakan diri dengan memenuhi perintah Allah SWT mulai sejak
kecil. Oleh karena hal tersebut, sudah sepatutnyalah kita mengajak dan
mendidik anak-anak dan adik-adik kita untuk sholat, membaca Al-Qur’an,
beramal shaleh, menta’ati segala perintah Allah SWT dan menjauhi segala
larangan-Nya. Insya Allah dengan usaha seperti itu dari hari ke hari,
ketaqwaan kita akan selalu bertambah dan meningkat terus, dan ingatlah
bahwasanya iman yang kita miliki terkadang bertambah dan terkadang
berkurang, “al-imaanu yazdaadu wa yanqushu”, dan ketika iman kita berkurang
atau menurun, maka syaitan menjadi kuat menguasai diri kita di sebabkan
karena pertolongan nafsu dan segala kesenangannya, pada saat itulah kita
tertipu oleh hawa nafsu. “Musuhmu yang paling jahat adalah nafsumu sendiri
yang berada diantara kedua sisimu”.



Dengan demikian berarti kita harus mempunyai modal besar dalam mengarungi
hidup yang penuh dengan aneka ragam godaan syetan dan duniawi. Allah SWT
berfirman: “Dan hendaklah setiap manusia memperhatikan apa yang dia ajukan
untuk hari esok”.



Dengan memenuhi perintah Allah SWT, tentu kita akan senantiasa mengoreksi
diri, apa kekurangan kita? Apa kesalahan kita? Dan kapan kita memperbaiki
diri? Kapan kita berbuat amal kebajikan? Kapan kita beramal sholeh?.
Dengan demikian, tepatlah apa yang di katakan oleh Sayyidina Umar bin
Khattab Radiallahu ‘anhu:



“Hisabilah diri kalian atau adakanlah perhitungan pada diri kalian sebelum
kalian di hisab”.





Sekali lagi marilah kita adakan perhitungan, sudahkah kita penuhi
perintah-perintah Allah? Dan sudahkah kita menjauhi larangan-laranganNya!







waALLAHualam..







Sunday 24 April 2011

Apabila kau ingin SESEORANG sebagai TEMAN,



Apabila kau ingin SESEORANG sebagai TEMAN,

Janganlah kerana KELEBIHANNYA..
Kerana mungkin dengan 1 KELEMAHAN..
Kau mungkin akan menjauhinya....

Andai kau ingin SESEORANG sebagai TEMAN,

Janganlah kerana KEBAIKANnya..
Kerana mungkin dengan 1 KEBURUKAN..
Kau akan menbencinya....

Andai kau inginkan SESEORANG sbg TEMAN..

Janganlah kerana ILMUnya..
Kerana apabila dia BUNTU...
Kau mungkin akan menFITNAHnya...

Andai kau inginkan SESEORANG sbg TEMAN...

Janganlah kerana sifat CERIAnya..
kelak andai dia tidak pandai menceriakan..
Kau mungkin akan menyalahkannya...

Andai kau inginkan SESEORANG sbg teman,

Terimalah dia SEADANYA,
Ikhlaskan dalam perhubungan...
Sinarinya dengan takwa & Iman...
Saling hormat-menghormati..
Jujur..amanah..& segalanya..

Krn dia seorang TEMAN ,
Yang hanya manusia biasa....
Ada Kelemahan...
Ada Kekurangan..
Ada Keburukan..

Jadilah, saling lengkap-melengkapi..
kerana TIADA SIAPA YANG SEMPURNA...

JIKA TIDAK, TINGGALKANLAH DIA..
KERNA..

"DIA SEMESTINYA TIDAK PERNAH KESEORANGAN..."
"ISLAM is the WAY of LIFE..."

Ceria2lah slalu..^__^
Salam ukhwah..Salam Pertemuan & Perhubungan dgn kalian...

P/S:

Salam Perjuangan pada kalian sumenya...
semoga perjalanan kita sume diredhai & dirahmati Allah..
syukran atas nasihat & keikhlasan dlm ukhwah yg terjalin selama ini..



waALLAHualam...





pahala yang berpanjangan walaUpun sesUdah mati...





Dari Anas r.a. berkata bahawa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya.


1. Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya.

2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya.

3. Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.

4. Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.

5. Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung.

6. Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.

7. Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya

8. Yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Qur'an maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala dan selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri.


Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah S.A.W. telah bersabda : "Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga macam :

1. Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah)

2. Ilmu yang berguna dan diamalkan.

dan
3. Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya...


waALLAHualam...




Saturday 23 April 2011

hati yang baik..^__^











Ciri hati yang sihat


Pertama:
Jika ia tertinggal wiridnya dari Al-Quran atau zikrullah, atau suatu peribadatan lainnya, maka ia merasakan sakit yang tiada terperi melebihi sakit orang yang tamak dan kikir ketika kehilangan barang kesayangannya.

Kedua : 
Ia sentiasa merindui untuk mengabdikan diri di jalan Allah seperti rindunya seseorang kepada orang yang amat disayangi.

Ketiga :
Tujuan hidupnya hanya satu, iaitu taat kepada Allah SWT

Keempat : 
Bila ia sedang melakukan solat, maka hilanglah semua kegundahannya pada kenikmatan dunia yang sementara. Di dalam solat telah ia temukan kenikmatan dan kesejukan jiwa yang suci.

Kelima: 

Sangat menghargai waktu dan tidak mensia-siakannya, melebihi rasa kekhuatiran orang bakhil menjaga hartanya.

Keenam:

Tidak pernah terputus dan malas dalam mengingati Allah.

Ketujuh:

Lebih mengutamakan pada pencapaian kualiti atas suatu amalan perbuatan daripada kuantitinya. Lebih cenderung kepada keikhlasan beribadat.


Empat jenis racun hati


Pertama: Berlebihan dalam berbicara
Kedua:Berlebihan dalam memeandang
Ketiga: Berlebihan dalam makan
Keempat: Berlebihan dalam bergaul



waALLAHualam..




jOM belajar menjadi orang yang lebih beradab..




Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:”Sesungguhnya Allah S.W.T sukakan bersin dan benci pada menguap. Jika salah seorang kamu bersin dan memuji Allah S.W.T, hendaklah orang Islam yang mendengarnya mengucapkan “(Yarhamukallah)”. Sedangkan menguap itu adalah daripada syaitan. Maka jika seorang kamu menguap hendaklah ia mengembalikannya (menahannya) sedapat mungkin, kerana apabila kamu menguap, syaitan akan ketawa melihatnya.”


Huraian :
1. Islam selaku agama yang mulia amat menekankan kesopanan dan kesantunan dari sekecil-kecil perkara hinggalah sebesar-besarnya sama ada dalam pergaulan, percakapan ataupun tingkahlaku refleks seperti menguap, bersin dan sebagainya.

2. Ketika menguap terdapat adabnya yang tersendiri iaitu hendaklah meletakkan tangan di mulut ketika menguap untuk menutup pandangan yang tidak elok ketika mulut terbuka dan juga untuk menghalang sesuatu daripada masuk ke dalam mulut. Selain itu kita disuruh mengurangkan bunyi ketika menguap, seboleh-bolehnya tidak kedengaran langsung.
(tutup mulut dgn tangan kiri...tapi bukan guna telapak tangan...guna belakang telapak tangan....)
3. Manakala apabila bersin pula kita hendaklah memalingkan muka ke arah lain sambil menutup mulut dan hidung untuk mengurangkan bunyi bersin tersebut selain untuk mengelak daripada terkena jangkitan pada orang lain. Selepas bersin hendaklah mengucapkan “alhamdulillah” dan orang yang mendengarnya hendaklah mengucapkan “yarhamukallah” sebagai mendoakan kesejahteraan orang yang bersin itu serta dibalas pula oleh orang yang bersin dengan mengucapkan “Yahdiinaa wayahdiikumullah”.

4. Bersin yang terlalu kerap melebihi 3 kali menandakan seseorang itu kemungkinan diserang selsema manakala menguap yang terlampau kerap menandakan seseorang itu tidak cukup tidur selain menunjukkan ciri-ciri kemalasan yang patut dihindari dengan melakukan aktiviti senam ringan dan sebagainya.




waALLAHualam..



Friday 22 April 2011

mengaPa kita sebagai orang ISLAM perlu kecewa??









Frust , kecewa dan putus asa sering melanda kebanyakan masyarakat hari ini.Ada isteri yang kecewa dengan suaminya, suami kecewa dengan isteri, ibu bapa kecewa dengan anak-anak. Tak kurang juga yang kecewa melihat orang lain beroleh kejayaan, sedangkan diri sendiri masih kekurangan.Kecewa sering dikaitkan dengan stress dan dalam keadaan stress manusia boleh bertindak di luar dugaan.Islam agama motivasi, agama memajukan diri dan mempertingkatkan prestasi hidup dalam segala bidang.Oleh itu, tidak timbul rasa kecewa atau putus asa, sekiranya tidak berjaya setelah penat berusaha. Ini kerana bagi orang-orang beriman, mereka tahu sebagai hamba, mereka tidak berhak terhadap sesuatu melainkan yang telah Allah S.W.T tentukan. 


Setiap orang memang dikehendaki berusaha, tetapi sama ada berjaya atau tidak, hanya Allah yang menentukan. Setiap sesuatu itu ada hikmahnya yang Allah rahsiakan. Perkara yang seseorang itu rasa baik tidak semestinya baik di sisi Allah. Sebaliknya yang tidak baik pd kita, tidak semestinya tidak baik pada Allah. Manusia cuma nampak pd yang baik. Pada hal dalam perhitungan Allah, ada perkara yang kita tidak suka tetapi disukai Allah. Misalnye dalam kehidupan berumahtangga seperti dijelaskan dalam Firman Allah S.W.T yang maksudnya : 


Kemudian bila kamu tidak menyukai mereka (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak. (A n Nisaa :19). 


Sebagai contoh lagi: A keluar rumah berusaha untuk mencari rezeki,manakala B tidak keluar rumah. Walaupun A tidak berhasil, sebab Qada Tuhan dia memang tidak ada rezeki hari tu. B tidak boleh berkata: untung aku tidak keluar, tidak berusaha, sedangkan A yang berusaha pun tidak mendapat hasil. Mungkin A berusaha mencari rezeki dan dengan Qada Tuhan tidak berhasil, tetapi Allah redha dan berkati usaha itu A diberi ganjaran pahala.


Menyerah diri tidak bermakna berserah bulat-bulat seperti kata-kata: Memang sudah ditakdirkan hidup saya miskin. Tetapi setakat mana usaha yang telah dilakukan. Jika belum berusaha tidak boleh berkata, ia adalah takdir.Ketenangan jiwa diperolehi oleh orang-orang yang pasrah menerima sesuatu itu sebagai ketentuan Allah. 



Firman Allah S.W.T yang maksudnya: "Sesungguhnya orang-orang beriman itu adalah mereka yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, bertambahlah iman mereka (kerananya) dan kepada Tuhanlah mereka bertawakkal." (Al Anfaal:2)


Manusia mudah berputus asa kerana melihat sesuatu dari satu sudut sahaja. Mereka lupa di sebalik kelemahan mereka itu ada kekuatannya dan disebalik kekuatan mereka itu ada kelemahannya. Kecemerlangan seseorang tidak seharusnya dilihat dari segi kejayaan akademik atau kekayaan sahaja, tetapi cemerlang manusia sepatutnya dilihat dari berbagai sudut umpamanya hari ini ramai orang kecewa apabila anak mereka tidak cemerlang dalam pelajaran kerana jarang orang melihat kecemerlangan dalam bentuk anak soleh dan berakhlak mulia. 


Janganlah beranggapan apabila Allah memberi Rahmat dengan rezeki melimpah ruah sebagai satu nikmat semata-mata, sebaliknya anggaplah ia juga satu ujian kerana ujian Allah tidak semestinya dalam bentuk kesusahan. Ramai orang yang diuji dengan kesusahan menghampirkan diri kepada Allah, tetapi tidak ramai orang yang diberi nikmat semakin mendekati Allah. Kehidupan kita ada dua dimensi masa-tidak semestinya di dunia susah di akhirat pun susah. 


Tidak semestinya di dunia senang di akhirat juga senang. Bergantung kepada pengisian dan amalan semasa hidup. 




Allah S.W.T berfirman: Dan apa saja yang diberikan kepada kamu, maka itu adalah kenikmatan hidup duniawi dan perhiasannya; sedang apa yang di sisi Allah adalah lebih baik dan lebih kekal. Maka apakah kamu tidak memahaminya? Maka apakah orang yang Kami janjikan kepadanya suatu janji yang baik(syurga) lalu ia memperolehnya, sama dengan orang yang Kami berikan kepadanya kenikmatan hidup duniawi, kemudian dia dihari kiamat termasuk orang-orang yang diseret ke dalam neraka? (Al Qashash:60-61)





waALLAHualam..







semUanya tentang maSa....hargailah...







Ambillah waktu untuk berfikir. Itu adalah sumber kekuatan...

Ambilah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi...


Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan Ambilah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan....

Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang di berikan olehNYA....

Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagian...

Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah muzik yang mengetarkan hati...

Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti...

Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah bilai keberhasilan...

Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah menuju ke syurga.....





waALLAHualam..





Monday 18 April 2011

pandangan mngenai cinta..










Melibatkan diri dalam perhubungan erat yakni dunia percintaan yang lebih ke arah nilai-nilai di atas semuanya adalah plastik atau tiada pengertian cinta hakiki sebenarnya. Cinta di atas lebih ke arah kepada rangsangan nafsu yang disalah erti kerana perhubungan persahabatan yang rapat dan terbuai oleh dodoian perasaan.





Sebab hakikat percintaan yang di benarkan oleh Islam ialah asas daya tarikan kepada kewarakan seseorang yang menjadi tarikan kepada cinta yang bersyariatkan islam.




Kebanyakan persahabatan yang lebih bermotifkan memikat sememangnya lebih ke arah sentimental value yakni lebih kepada pemberian hadiah tidak kira apa jua barangnya. Jika tidak berminat masakan nak mengorbankan wang kepada seseorang. 









Romantik pada dasarnya adalah bukan satu prinsip di dalam Islam. Oleh itu, bagaimanakah akan wujudnya hubungan romantik sekiranya mereka tidak berhubungan atas alasan kalau hanyalah melalui asas pendekatan Islam ?





Cinta di dalam Islam sebenarnya tiada hubungan romantik atau caring atas alasan jika benar pencinta pencinta yang memahami corak Islam lebih ke arah menulis peringatan peringatan Allah yang senantiasa takutkan kemurkaan Allah di dalam konteks cara perhubungan walaupun mungkin tidak pernah berdating. 




Malah orang yang bercinta di dalam bentuk syariat Islam takut untuk berhubungan secara menulis kerana was was dengan keupayaan menahan bentuk luahan hati yang akan menimbulkan zina hati.





Malah orang yang benar benar beriman takut untuk berhubungan melalui telefon atau kaedah bercakap yang penuh lemah lembut dalam bentuk hubungan lain seperti chat kerana biasanya kekerapan hubungan percakapan lebih ke arah tidak tertapis dan bisa menggoda keimanan dengan rasa rindu dengan suara dan gurauan sehingga akhirnya membuat tautan rasa cinta asmara dana bermula kecuali bagi mereka yang benar-benar tidak ada masalah hati, itu pun boleh menjadi satu bentuk perhubungan awalan jika tidak disekat.




Semakin kerap berhubung akan menjadikan semakin rapat perhubungan dan akhirnya tanpa mengimbangkan kewarasan akal dan lebih mementingkan perasaan dan nafsu akhirnya menjerumus kepada kefahaman itulah cinta yang sebenarnya.




Kerana atas dasar apa rasa rindu yang amat sangat? Sedangkan hakikat rindu yang sebenar ialah rindukan Allah. Orang yang beriman dapat menangkis ketahanan rindu apabila asas
cinta benar benar berlandaskan iman .




Bukankah di dalam Islam sendiri sudah menggaris pandu corak meminang wanita, tetapi anak-anak muda dewasa ini lebih suka kepada bercinta dan
mencari cinta serta mencari masalah di dalam konteks perhubungan cinta yang mana akhirnya akan terjebak di dalam lautan cinta yang memabukkan.







Cinta berasaskan Islam ialah cintakan kebaikan, keimanan dan keutuhan pendirian kerana ia adalah asas kepada tiang pengukuhan iman di hari depan.




Malah cinta di dalam Islam lebih ke arah rasa hormat, malu dengan kewarakan responden kerana itulah cinta hakiki yang tidak boleh dijual beli.






Malah malu untuk berkata-kata di sebalik kata-kata yang tidak sepatutnya.







Apabila individu itu benar-benar mencintai seseorang itu atas sifat-sifat di dalam diri respondennya, ia lebih ke arah sifat mengkagumi untuk memilikinya tanpa syak dan was was akan kebaikan, keimanannya dan keutuhan pendirian responden. Jika ia benar-benar memahami konteks iman didalam percintaan yang terbina di dalam dirinya, daya tarikan ke arah cabaran cabaran cinta luaran murahan yang mendatang tidak bisa menembusinya. Maka tidak ada dua tiga ke atau empat sikap jatuh cinta di dalam satu masa.







Malah, masalah samada sayang atau tidak sayang tidak timbul kerana asas cinta sebenar ialah keupayaan untuk sama sama menggembeling meningkatkan iman andaikata terbina ikatan yang di akhiri ukhwah di dalam percintaan iaitu ikatan rumahtangga. Cinta berasaskan Islam dan syariat lebih ke arah memupuk ukhwah islamiyah di dalam pemantapan jasmani dan rohani. 






Itulah cinta yang sebenar di dalam Islam. Bukan seperti sebahagian dari anak-anak muda yang tidak memahami konteks percintaan hakiki yang mana terlalu mudah jatuh cinta dengan hanya sekali pandang, dan juga dengan hanya tautan kata -kata.







Sememangnya tidak dinafikan kuasa cinta benar-benar dapat menguasai respondennya. Ada yang berubah sikap dengan rangsangan cinta. 






Sebagai contoh ada yang semakin beriman, semakin baik dan semakin terdidik kerana nasihat dan peringatan oleh orang yang dicintainya. Tetapi adakah rangsangan itu akan terus berkekalan andaikata cinta berpaling arah atau tidak menjadi. Inilah yang dibimbangi kerana rangsangan cinta murahan hanya satu kepura-puraan yang tidak berkekalan atas asas tujuan untuk memikat hati. Ada yang jadi baik dan bercakap yang baik-baik di depan orang yang dicintainya. Maklumlah orang yang dicintai itu seorang yang beriman. 




Tetapi bila bercakap dengan kawan-kawan lain mulalah membebel entah apaapa kerana tiada asas malu.




Sebab itu di dalam konteks perhubungan cinta sesama Islam, jika ingin memulakan ikatan cinta itu berasaskan cinta yang penuh didikan iman, perhatikan muamalat responden agar tidak tersalah jatuh di dalam jerat percintaan yang tidak patut. Sebab ia lebih ke arah mengheret masalah baru. 







Mungkin akan menjatuhkan ke lembah hina seperti yang terjadi di dalam kes Nur Aisyah Bukhari. Semuanya bermula dari kesilapan Nur Aisyah sendiri yakni tidak memerhati, memikir baik-baik dan memutuskan apa yang di cintainya itu layak atau tidak untuk dicintai. Sungguhpun di katakan Nur Aisyah sudah terdidik sebelum ini, akan tetapi iman yang sebenarnya ialah dari asas pendekatan dirinya sendiri. Ilmu yang dipelajarinya sekiranya tidak diamalkan akan menjadi perosak di dalam dirinya maka itulah yang berlaku di dalam diri Nur Aisyah.







Begitu juga dengan anak-anak muda kita bila mana seorang pemuda menyampaikan hasrat cintanya, jangan mudah terusik hati. Perhatikan agamanya, kebaikannya dan segalanya sejak dia belum mengenali kita. Maksudnya ialah sifat asalnya dan muamalat asalnya, kerana jika kita mudah membenarkan hati dilalui, ia hanya akan membuka peluang kepada ke arah ketidak fahaman konsep cinta berasaskan islam. Uji mereka dulu dengan corak akhlak dan pergaulan iaitu jangan membenarkan kita dirapati akan perasaan mereka agar menimbulkan keraguan dan was-was yang kita tidak menerima cinta mereka. Ini tidak, anak-anak gadis dan pemuda suka melayan dan melayan dan akhirnya terbuai kata-kata asmara yang terbina sendiri dan menimbulkan kerosakan hati di dalam hati mereka sendiri. 




Biarlah dikatakan diri kita ego tetapi ego untuk kebaikan iaitu menjaga diri untuk mengimbangi antara kewarasan akal dan iman yang akan menjadi benteng dan senjata melumpuhkan pihak lawan.





Benarkah begitu? Sebab bagi perempuan mahupun lelaki yang beriman mempunyai sifat sifat yang konkrit di dalam pendirian mahupun akhlak. Bukankah akhlak yang cantik terbina dari didikan hati naruni iman yang cantik?







Bagi yang memahami dan mengerti apa itu iman, dia tidak ragu-ragu untuk terus memiliki perempuan itu dengan jalan terbaik iaitu apa? Tentulah sekali dengan meminang wanita ini. Sebab wanita ini bukan calang-calang imannya. Tentulah terfikir di hati mereka "Akulah yang paling bertuah andaikata aku berupaya memiliki wanita yang paling payah untuk dikuasai kerana apabila diberinya cintanya pada aku, akulah orang yang paling agung dan terhormat di atas pemberiannya itu dengan cara yang diizin dan dihalalkan oleh Islam dan Allah Ta`ala"






Oleh itu, kata-kata bidalan "Berkawan biar beribu bercinta biar satu" tidak begitu tepat di dalam konteks Islam dan patut ditambah "Bercinta biarlah untuk teman di akhirat yang dihalalkan oleh Islam" disebabkan faktor-faktor semua panahan cinta di atas konsep berkawan adalah tidak tepat dan bercanggah di dalam konteks perhubungan di dalam Islam kerana ia hanya boleh menjatuhkan ke arah perhubungan dalam suasana fitnah.




Akhir kalam, hanya Jauhari sahaja yang mengenal Manikamnya yakni hanya orang-orang yang beriman akan menghargai dan mengagungi keimanan orang yang patut dicintainya kerana hanya orang yang baik-baik sahaja yang inginkan sesuatu yang baik. Di situ sudah menampakkan penilaiannya di mana jodoh yang baik adalah untuk orang yang baik dan begitulah sebaliknya. Kerana orang yang tidak baik tidak menyanggupi untuk hidup bersama dengan orang yang baik kecuali dalam dirinya itu adalah mempunyai zat yang baik juga.




Berkata Imam Nawawi:

"Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu"











Followers