senang-senang datang la lagi eyh..sahabaT amatlah dialU-alUkan...

Saturday 23 August 2014

Indahnya senda gurauan Rasulullah s.a.w



Cuba anda perhatikan bagaimana 

indahnya senda gurauan Rasulullah 

s.a.w. iaitu seperti diriwayatkan 

bahawa seorang tua perempuan telah 

mendatangi Rasulullah s.a.w. Maka 

baginda telah bergurau dengannya 

dengan berkata: Orang tua tidak 

boleh masuk syurga. Lalu menangislah 

si perempuan tua itu, tetapi segera 

Rasulullah s.a.w. berkata lagi: 

Anda tidak lagi menjadi tua bangka 

pada ketika itu! Lalu dibacakan 

kepadanya firman Allah Ta’ala.




“Kami (Allah) pertumbuhkan mereka itu (kaum wanita) suatu tumbuhan. Maka Kami tukarkan 
mereka itu menjadi dara-dara.”  (al-Waqi’ah: 35-36)



I LOVE RASULULLAH

( MH370-MH17 ) PERMAINAN AMERIKA???


Tulisan Datuk Ruhanie Ahmad bertajuk 'Perspektif geopolitik tragedi MH370-MH17' dalam Mingguan Malaysia 20 Julai lalu yang membawa perbincangan keluar dari lingkungan yang sempit, luaran dan merujuk kepada media Barat sahaja wajar diberi perhatian. Ruhanie melihat tragedi kedua-dua pesawat itu di luar kepompong yang dibentuk oleh media Barat dan membawa khalayak melihat sisi geopolitik yang terlepas pandang atau sengaja tidak mahu memandang kerana mahu menjaga hati kuasa besar tertentu.
Untuk melihat tragedi MH17, kita jangan melupakan sejarah politik yang keruh, tegang dan panas antara kuasa besar Amerika Syarikat (AS) dengan Rusia yang sebelum ini begitu dominan dalam Kesatuan Soviet. Ketegangan kedua-dua negara mencetuskan Perang Dingin yang berlarutan hingga kini. Walaupun selepas runtuhnya Kesatuan Soviet dan negara-negara blok komunis di Eropah Timur, Perang Dingin AS - Rusia tidak pernah berakhir.

Media Barat sedaya upaya melindungi pihak yang sebenarnya menembak jatuh MH17 dengan memesongkan tumpuan kepada Rusia dan puak pemisah pro-Rusia. Ketika berlaku pergolakan politik antara Ukraine dan Rusia selepas semenanjung Crimea dan Sevastopol mengisytiharkan menyertai Rusia, AS memberi sokongan kepada Ukraine.

Kalau benar pemisah pro-Rusia yang menembak MH17, kenapa mereka memilih pesawat Malaysia? Ada yang mengatakan puak pemisah menyangka MH17 itu pesawat yang membawa Presiden Rusia, Vladimir Putin. Tetapi kenapa pula pemisah pro-Rusia mahu membunuh Putin? Seperkara lagi pelancar peluru berpandu BUK berteknologi tinggi dan menembak pesawat bukan seperti melastik burung yang barangkali kita tidak jelas jenisnya. Tersalah tembak tidak boleh diterima akal kerana era tidak ada teknologi secanggih sekarang pun sangat jarang tersalah tembak pesawat, inikan pula teknologi pada pelancar BUK.
Seperkara lagi Rusia mempunyai hubungan diplomatik yang sangat baik dengan Malaysia. Maka tidak ada sebab Rusia atau pemisah pro-Rusia mahu menembak pesawat komersial Malaysia yang tidak ada sebarang kepentingan pun dengan kuasa besar itu. Tetapi hubungan baik Malaysia dengan Rusia ada kemungkinan membimbangkan AS. Malaysia adalah satu-satunya negara strategik yang belum berjaya 'dipegang' AS di rantau ini.

Tragedi MH370 telah mengeruhkan seketika hubungan Malaysia dan China apabila sebahagian besar penumpang pesawat yang hilang itu adalah rakyat China. Sejarah hubungan baik Malaysia - China sudah 40 tahun dan ini sebenarnya sangat meresahkan AS. Di dunia ketika ini hanya ada tiga kuasa utama; AS, China dan Rusia. Malaysia sebuah negara yang berkecuali dan menjalin hubungan baik dengan ketiga-tiga kuasa utama ini sama ada dari segi hubungan dagang mahupun diplomatik.

Geopolitik

Ruhanie menulis, "Ini kerana kedua-dua tragedi tersebut memanifestasikan percaturan mutakhir di mana Malaysia seakan-akan mahu dijadikan antara aktor kepada percaturan geopolitik global di Asia Timur yang melibatkan China, dan di wilayah berkonflik di Ukraine yang melibatkan Rusia. Ini sebabnya tragedi MH370 seolah-olah mahu melaga-lagakan Malaysia dengan China, sementara tragedi MH17 seolah-olah hendak mengadu-dombakan Malaysia dengan Rusia. Kedua-dua tragedi tersebut juga seakan-akan bermotif menjadikan Malaysia lebih bergantung kepada AS serta sekutu-sekutunya dalam mencari penyelesaian kepada musibah yang menimpa MAS mutakhir ini." (Ruhanie Ahmad - Mingguan Malaysia 27 Julai 2014)

Daripada petikan di atas, Ruhanie menekankan 'tragedi' itu seolah-olah diwujudkan untuk meraih kebergantungan Malaysia kepada AS dan pada masa sama merenggangkan hubungan dengan Rusia dan China.
Semua kemungkinan ini tidak wajar dipinggirkan. Dalam perebutan untuk muncul menjadi kuasa besar dunia, AS telah terbukti membuat apa sahaja misalnya menyerang Iraq dan menjadi dalang dalam Arab Spring.
Apa juga pendekatan yang diambil oleh kerajaan untuk menyelesaikan misteri tragedi dua pesawat MAS, perlu diingatkan jangan terperangkap dengan permainan AS.

Rusia bukanlah baik tetapi dalam konteks geopolitik seperti yang dicetuskan oleh Ruhanie, Rusia tidak ada kepentingan untuk menembak pesawat penumpang milik Malaysia. Tetapi kalau dilihat pula teori campur tangan AS, perkara ini ada asasnya iaitu untuk mengeruhkan hubungan diplomatik antara Malaysia dan Rusia. Langkah kerajaan Malaysia yang mengambil pendekatan diplomasi satu tindakan bijak. Laporan media Barat tidak boleh dijadikan asas kerana mereka berkerja untuk Zionis dan AS.
- KU SEMAN KU HUSSAIN

Followers