senang-senang datang la lagi eyh..sahabaT amatlah dialU-alUkan...

Monday 30 August 2010

engkaULah segala-galanya..



Jera Jiwa ini bila renung wajah hari.
Mencari jauh tentang hati
Kerna ia semakin hilang dan pudar
Dan waktu letih mendukung diri
Menjalani hidup bersamamu..

Ingin saja aku putuskan
Untuk tidak bersamamu lagi
Bila kerap aku memikirkan
Ia semakin hampir menjadi
Tapi takut hidup tanpa mu
Aku tidak sanggup lari
Dari rasa cinta dan benci ini

Adakalanya aku ingin mencapai pelangi dulu
Bersama kamu lagi…
Adakalanya aku ingin mengemgami tanganmu
Agar kita sedar ada janji yang belum terpatri

Cinta…selalu dalam hati ini
Ia tidak bicara tapi meyentuh
Biarpun tidak sepenunhnya kamu mendapat
Benci…dengan sikap kamu ( kamu berhak benci jua pada aku)
Melalai waktu dengan alasan
Sehingga aku sering berkelahi
Berkelahi dengan perasaan
Berkelahi dengan kamu
Dan hujungnya tiada tindakan
Maka aku haruskan lakukan demi keselesaan

Kau cinta dihatiku
Jadilah seperti cinta yang kumahukan
Jangan engkau penat
Melayan sikap dan perasaan ini
Kerna keindahan tidak semestinya bertahun
Ia tergugat juga dek debu tempiaran

Kau bintang di hatiku
Berkeliplah selalu dengan aku dengan sikecil ini
Jadikan dia kebahagianmu
jika aku lah punca Jiwamu tersiksa,maafkan aku
kelautkan ego dan hati kerasmu
Bentuk ia dengan kelembutan dirimu

Jika hari ini tiada kebahagian antara kita
Jangan engkau bimbang akan esok
Kerna kita bisa mencuba untuk memlikinyanya...
Sebuah kebahagian….


akU muLa memikirkannya...


cinTa oleh lelaki..

Lelaki memang dilahirkan secara fitrah pandai memikat. Ayat ‘power’, pandai memujuk dan merayu adalah antara ciri-ciri semula jadi yang ada pada lelaki. Malah, dalam dunia haiwan pun, ada ciri itu apabila si jantan bijak memikat si betina.


Disebabkan kelebihan itu, ramai wanita yang layu dan cair apabila berhadapan dengan lelaki sedemikian.

Justeru, wanita perlu mengetahui rahsia lelaki supaya mereka tidak mudah tergoda dan tunduk kepada lelaki terutama yang digelar ‘hidung belang’.

Jika lelaki mengirimkan SMS lebih daripada sekali setiap hari walaupun hanya untuk mengucapkan “apa khabar?” atau “sudah makan ke belum?”, tandanya dia ada perhatian kepada anda. Lelaki tidak akan melakukan perbuatan itu terlalu kerap jika tiada maksud lain.

Jika lelaki menelefon anda tanpa sebab dan hanya memberitahu: “sekadar mahu mendengar suara anda..”, tandanya dia suka anda tetapi malu untuk memulakan kerana lelaki tahu mereka harus memulakan langkah pertama.

Andai lelaki mendiamkan diri selepas pertengkaran panjang, maksudnya dia sudah letih dan ingin pertengkaran itu dihentikan kerana hakikatnya si lelaki tidak suka berperang mulut dalam tempoh lama.

Andai lelaki memegang tangan atau membelai rambut anda selepas pertengkaran, tandanya dia merasa bersalah kerana membuat anda marah. Lelaki paling lemah jika wanita menangis dan dia mudah mengalah. Jadi, sesekali gunakan senjata ‘air mata’ untuk menewaskan lelaki.

Jika lelaki bersandar di bahu anda dan meminta membelai rambutnya, tandanya anda adalah satu-satunya wanita yang dia cinta kerana lelaki paling lemah apabila wanita manja dan lemah lembut dengannya.

Jika lelaki memberitahu dia sanggup melakukan apa sahaja untuk anda, ada dua kemungkinan sama ada dia sukakan anda atau memang dasar playboy. Lelaki yang mempunyai cinta sejati ingin wanita itu tahu dia akan sentiasa berada di samping wanita yang disayangi tetapi lelaki hidung belang biasanya menyulam dengan kata-kata pujian yang kurang jelas.

Andai lelaki menangis di hadapan anda, tandanya dia amat sayangkan anda kerana dasar lelaki memang sukar menangis kerana air mata bagi lelaki ibarat permata. Jika menangis, memang dia cintakan anda.

Andai lelaki suka melanggar peraturan yang anda buat, tandanya dia tidak gemar dengan apa yang anda lakukan. Lelaki tahu apa yang salah dan benar tetapi hanya dia tidak suka diperintah bukan dilarang. Semakin dilarang, semakin dilanggarnya.

Jika lelaki cemburu, ada empat kemungkinan:

- Dia sayang dan takut kehilangan anda

- Dia mahu menguasai anda

- Dia tidak mahu ada pesaingan

- Dia mungkin mempunyai trauma dan tidak pernah menceritakan kepada anda.


Jika lelaki diam membisu, tandanya dia benar-benar marah kerana selagi dia bercakap, dia belum terlalu marah. Awas, jika lelaki tiba-tiba diam, lebih baik anda jangan terus berleter, buruk akibatnya.

Jika lelaki bercerita masa lampau yang buruk, tandanya dia memberitahu supaya anda tidak melakukan perkara yang sama.

Andai lelaki merenung mata anda tanpa berkelip, dia sebenarnya sedang mencari jawapan, apakah anda benar cinta dan sayangnya. Kebanyakan lelaki tidak merasa selamat dalam hubungannya, mungkin kerana trauma percintaan dahulu atau pengaruh persekitaran.

Kesimpulannya, wanita lebih tabah dan bersemangat berbanding lelaki yang hanya kelihatan kuat pada fizikal tetapi lembut di dalamnya. Itulah rahsia dalaman lelaki, mudah-mudahan menjadi pedoman kepada wanita ketika berhadapan dengan manusia bernama lelaki.


itUkah hakikaTnya? waALLAHualam...

carilah jOdoh yg trbaik....

Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda dalam doa-doa lewat solat. Allah itu Maha Mendengar. Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Yakinlah pada janji-Nya kerana kita orang yang beriman. dan janganLah kiTa ragU pada janji-janji ALLAH...

Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr. Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti. Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah. Kita juga selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah dihati kita, alangkah bahagianya orang itu. Hakikatnya, apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah, kita ditimpa pelbagai karenah.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh dihadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang motosikal itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta. Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda pasti ada baik dan buruknya.


ini bergantUng pada diri kiTa sendiri, yang penTing kita bersyUkur pada segaLa pemberiaN ALLAH pada kiTa..

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asal impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu bergelar ibu ayah, belajarlah dulu. Jika belum bersedia untuk bersabar dengan karenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi setelah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.


Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti segala tuntutannya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan – bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya. Berkahwinlah demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai.


" Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi."


Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi ada imbas kembali. Hati remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.Parut lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada. Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah jahil, keburukan yang paling hodoh adalah sesat.

Tidak berguna adanya mata andai tidak dapat melihat, tak guna adanya hati kalau tak tahu menilai. Nilailah hati itu dengan teliti sebelum pergi mengundur diri kerana segalanya bermula dengan niat yang bertempat di hati.



Wednesday 25 August 2010

pimPinlah akU ya-ALLAH..


Aku semakin lemah ya-ALLAH,
Terkujur layu penUh dengan masalah,
Bagaimanaku hendak kUharungi semUa ini,
Andai diri ini banyak kelemahannya,

Mengenali diri yang sangat hina ini,
Dipandang orang hanya sebeLah mata,
Aku terkapai-kaPai jaDinya,
Ya Allah, hinanyakU kerna dihina,

Aku cUba tUk gembira,
Melayani orang disekelilingkU,
WalaupUn kU sedar kU tak diperlukan,
Asalkan akU dapat mengubati lara,

Tapi sampai maSa nanTi akU paSTi tersUngkur,
Benci akU dengan masalah,
Meraung dirikU penUh dengan keperitan,
Tiada siaPa yang tahU kecUALi-MU ya-ALLAH,

Ketika ini akU sangaT mengharapkan,
PeLUkan ambil berat dari siaPa?
kU harapkan mereka datang,
Adakah mereka sedar aku memerLUkan?

Sebaliknya inginkU mencari mereka,
Difikir semula, mereka jUga dah cukup dengan masalah,
Aku untUk diriku, mesti semua aku rasai,
Berjuang melawannya sekuat hati,

Atau semuanya ini,
Kerana aku melupai-MU ya-ALLAH?
Sedang aku diuji, lagi ku memberOntak,
Bukannya aku menurut menginSafi,

Semakin lama, kini aku lemah,
Otakku hanya memikirkan maSalah,
Bilakah kesudahan yang baik,
Untuk diriku....?

Aku rindukan mereka,
Aku perlukan mereka,
Kembalikanlah mereka untukku,
Mereka yang mampu memahamiku,

Ya Allah,
Ampunkanlah doSa-doSaku,
Berilah aku peluang yang baru,
Aku tahu KAU yang MAHA MengetahUi,
Aku sangat mencintai Mu,

Pimpinlah ku ke jalan yang benar...

amiin ya-ALLAH..


Sunday 22 August 2010

aurat wanita yang tak pernah habis dibahaskan..


Sesungguhnya aurat wanita Islam bukanlah hanya tudung semata-mata sebagaimana yang difahami oleh sebahagian umat Islam sebaliknya apa yang paling penting ialah setiap Muslimah mestilah memahami batasan aurat dalam hayatul khassah (kehidupan khusus) dan hayatul am (kehidupan umum) menurut syarak selain menyedari keharaman bertabarruj atas semua wanita sama ada belum atau telah putus haid. Menutup aurat juga hendaklah didasari dengan iman dan taqwa iaitu mengharapkan keredhaan Allah semata-mata, bukan atas dasar hak asasi atau rutin harian.


Memetik kata-kata Sheikh Ali Thantawi:

"Terdapat perbezaan yang besar antara seorang yang terjaga lewat pagi kemudian terus bergegas untuk keluar bekerja. Disebabkan kesibukan menjalankan tugas, beliau tidak berkesempatan untuk makan dan minum sehingga tibanya waktu malam, sementara seorang yang lain yang turut mengalami keadaan berlapar dan dahaga tetapi telah berniat untuk berpuasa, telah mendapat pahala daripada amalannya disebabkan niatnya, sementara orang yang pertama tidak memperoleh apa-apa sedangkan dia turut berlapar dan dahaga. Begitulah keadaannya dengan amalan-amalan kebiasaan yang lain, bilamana diniatkan untuk mendapatkan keredhaan Allah Subhanahu wa Taala akan memperolehi pahala dari Nya, sebaliknya jika dilakukan sebagai rutin hidup, dia tidak akan memperoleh apa-apa".


Wallahu ‘alam bi sawab.



Wednesday 18 August 2010

puaSa dan fadhiLaTnya...



kelebiHan di bULan RAMADHAN..


Bulan Ramadhan adalah bulan yang sangat tinggi darjat dan besar martabatnya di sisi Allah Subhanahu wa Ta‘ala dan RasulNya, ia juga menjadi penghulu segala bulan.

Di antara kelebihan dan keistimewaan bulan Ramadhan itu Allah Subhanahu wa Ta‘ala telah menurunkan kitab suciNya (Al-Qur’an) yang menjadi petunjuk bagi manusia. Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:

Tafsirnya: “(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Qur’an, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk, dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.”

(Surah Al-Baqarah: 185)

Dipilih di antara malam-malam bulan Ramadhan itu suatu malam Lailatul-qadr yang mana ia lebih baik dan lebih utama daripada seribu bulan. Seribu bulan itu kira-kira 83 tahun. Menurut ulama’ Lailatul-qadr itu jatuh pada salah satu malam sepuluh yang terakhir daripada bulan Ramadhan. Sayugia jangan disia-siakan malam-malam di bulan Ramadhan khasnya malam-malam pelikurannya dengan perkara-perkara yang tidak memberi faedah, bahkan hendaklah diisi dengan amal ibadat sebagai saham dan bekalan di dunia dan akhirat.

Lain-lain keistimewaan bulan Ramadhan itu sebagaimana sabda Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam:

Maksudnya: “Sembahyang lima waktu, dan sembahyang Jumaat ke sembahyang Jumaat berikutnya, dan bulan Ramadhan ke bulan Ramadhan berikutnya adalah menjadi penebus dosa yang terjadi di antara waktu-waktu tadi, selama orang itu menjauhi dosa-dosa besar.”

(Hadis riwayat Muslim)

Sabda Baginda lagi:

Maksudnya: “Dia (bulan Ramadhan itu) ialah bulan kesabaran dan ganjaran kesabaran itu ialah masuk syurga.”

(Shahih Ibnu Khuzaimah)

Sementara kesabaran itu pula ganjaran pahala tanpa perhitungan. Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:

Tafsirnya: “Sesungguhnya orang-orang yang bersabar sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira.”

(Surah Az-Zumar: 10)

KELEBIHAN PUASA DI BULAN RAMADAN

Apabila membincangkan mengenai bulan Ramadhan, dengan sendirinya ia mempunyai hubungan dengan kewajipan puasa yang disyariatkan di dalamnya. Suatu kewajipan yang tidak boleh ditinggalkan. Meninggalkan atau sengaja tidak menunaikan kewajipan puasa, bukan saja suatu dosa besar bahkan ia tidak boleh ditebus dengan apa jua cara. Tidak boleh ditukar ganti, sekalipun orang yang meninggalkannya berpuasa seumur hidup. Ini jelas sebagaimana sabda Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam:

Maksudnya: “Sesiapa berbuka satu hari pada bulan Ramadhan tanpa ada rukhshah (keringanan) dan tidak juga kerana sakit, dia tidak akan dapat melunaskan (mengganti) puasa yang ditinggalkannya itu, sekalipun dia berpuasa seumur hidup.”

(Hadis riwayat Tirmidzi, Abu Daud, Nasa’i, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah)

Adapun kewajipan puasa ini bukan hanya sekadar menahan diri daripada makan dan minum atau perkara-perkara yang membatalkan puasa mulai dari terbit fajar shadiq hingga terbenam matahari, bahkan hendaklah juga menahan anggota badan daripada melakukan perkara-perkara yang boleh membawa dosa, kerana dosa itu boleh melupuskan matlamat puasa. Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam telah memberi peringatan dalam hal ini sebagaimana sabda Baginda:

Maksudnya: “Berapa banyak orang yang berpuasa tidak mendapat sesuatu daripada puasanya selain lapar dan dahaga.”

(Ditakhrijkan oleh Ibnu Majah)



inginKan kesempUrnaannya..


Matlamat puasa itu bukan hanya memelihara kewajipan-kewajipan lahiriahnya, bahkan memelihara kewajipan-kewajipan bathiniyahnya. Al-Imam Al-Ghazali telah menggariskan kewajipan-kewajipan bathiniyah puasa itu antara lain seperti berikut:

1) Memejamkan mata dan menahannya daripada meluaskan pemandangan kepada segala perkara yang tercela dan dibenci oleh agama dan juga kepada segala sesuatu yang boleh menggangu hati, serta melalaikannya daripada mengingati Allah Subhanahu wa Ta‘ala.

2) Memelihara lidah daripada bercakap-cakap yang kosong, bohong, mengumpat, membuat fitnah, bercakap kotor, menimbulkan permusuhan dan mengucapkan kata-kata ria.

3) Memelihara pendengaran daripada mendengar hal-hal yang dilarang dan dibenci, sebab setiap yang haram diucapkan, haram pula didengarkan. Dan kerana itu jugalah, Allah Subhanahu wa Ta‘ala telah menyamakan pendengaran kepada sesuatu semacam itu dengan memakan barang-barang yang diharamkan, sebagaimana dalam firman-Nya:

Tafsirnya: “Mereka sangat suka mendengar perkara yang bohong dan memakan barang yang haram.”

(Surah Al-Ma’idah: 42)

4) Memelihara seluruh anggota tubuh badan yang lain daripada membuat dosa, dan memeliharanya juga daripada segala yang dibenci. Demikian pula menahan perut daripada makan makanan yang syubhah waktu berbuka puasa. Kerana apalah gunanya berpuasa daripada memakan makanan yang halal, kemudian bila berbuka pula, dia memakan makanan yang haram. Orang yang berpuasa seperti ini, samalah seperti orang yang membangunkan sebuah istana, kemudian dia menghancurkan sebuah kota (kerana dalam kota ada istana itu).

5) Janganlah membanyakkan makan waktu berbuka puasa, sekalipun daripada makanan yang halal, sehingga perutnya terlampau kenyang, kerana tidak ada bekas yang paling dibenci oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala daripada perut yang penuh dengan makanan yang halal.

Cubalah renungkan, bagaimanakah dapat menentang musuh Allah dan melawan syahwat, kiranya apa yang dilakukan oleh orang yang berpuasa waktu berbuka itu, ialah mengisikan perut yang kosong itu dengan berbagai makanan semata-mata kerana dia tidak mengisikannya di waktu siang tadi. Kadangkala makanan-makanan yang disediakan itu berbagai-bagai rencamnya, sehingga menjadi semacam adat pula kemudiannya. Akhirnya dikumpulkanlah bermacam-ragam makanan untuk persediaan menyambut Ramadhan, dan dihidangkanlah pula dalam satu bulan itu bermacam-macam makanan yang tidak pernah dihidangkan dalam bulan-bulan sebelumnya.

Sebagaimana yang dimaklumi, bahawa maksud puasa itu adalah menahan selera dan mengekang nafsu, agar diri menjadi kuat untuk taat dan bertaqwa kepada Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Tetapi kalaulah hanya sekadar mengekang perut di siang hari hingga ke masa berbuka, lalu membiarkan syahwat berlonjak-lonjak dengan kemahuannya kepada makanan, dan dihidangkan pula dengan berbagai makanan yang lazat-lazat, sehingga perut kekenyangan, tentulah perut akan bertambah keinginannya kepada makanan-makanan itu. Malah akan timbul daripada syahwat pula keinginan yang baru, yang kalau tidak dibuang, mungkin ia tetap pada kebiasaannya. Semua ini adalah bertentangan dengan maksud dan tujuan puasa yang sebenarnya. Sebab hakikat puasa dan rahsianya adalah untuk melemahkan kemahuan dan keinginan, yang digunakan oleh syaitan, sebagai cara-cara untuk menarik manusia kepada berbagai kejahatan. Padahal kemahuan dan keinginan ini tiada dapat ditentang, melainkan dengan mengurangkan syahwat. Barangsiapa yang menjadikan di antara hatinya dan dadanya tempat untuk dipenuhi dengan makanan, maka dia terlindung daripada kerajaan langit.

6) Hendaklah hati merasa bimbang antara takut dan harapan, kerana tiadalah diketahui apakah amalan puasa itu diterima oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala, sehingga seseorang itu digolongkan ke dalam puak muqarrabin (hampir kepada Allah), ataupun puasanya tertolak, maka terhitung dia ke dalam golongan orang yang terjauh daripada rahmat Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Perasaan seumpama ini seharusnya sentiasa ada pada diri seseorang, setiap kali selesai melakukan sesuatu ibadat kepada Allah Subhanahu wa Ta‘ala.

Oleh kerana itu apabila puasa itu dapat dilaksanakan dengan sempurna menurut syarat-syarat zahir dan batinnya, iaitu bukan hanya berpuasa dengan menahan perut dan syahwatnya serta mengekang pendengaran, penglihatan, lidah, tangan, kaki juga seluruh anggota, bahkan menahan dirinya daripada melakukan perkara-perkara yang membawa dosa, ditambah lagi bahawa hatinya berpuasa daripada perkara-perkara yang memesongkan perhatiannya selain Allah Subhanahu wa Ta‘ala, maka orang yang berpuasa sedemikian akan mudah mencapai martabat orang-orang yang taqwa sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:

Tafsirnya: “Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang sebelum kamu agar kamu bertaqwa.”

(Surah Al-Baqarah: 183)

PUASA BAGI ORANG-ORANG YANG TAKWA

Di antara huraian atau maksud “Supaya kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa” ialah: Orang-orang yang beriman dilarang makan dan minum dan dilarang bersetubuh ketika berpuasa, ialah kerana terdapat hikmah dan faedah yang besar dalam larangan itu. Yang pertama ialah latihan mengendalikan diri. Kalau di sepanjang waktu umat Islam dilarang memakan makanan yang haram, tetapi ketika berpuasa makanan yang halalpun dilarang. Orang yang beriman akan dapat menahan nafsunya semata-mata kerana melaksanakan perintah Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Walaupun dia hidup terpencil seorang diri, jauh daripada pandangan manusia atau tidak seorang pun manusia melihatnya, namun dia akan tetap berpuasa, sebab dia meyakini bahawa Allah sentiasa melihatnya. Sikap demikian dapat mendidik iradat serta mengendalikan kemahuannya dan dapat juga mengekang nafsunya. Ada dua syahwat yang sangat mempengaruhi hidup, iaitu syahwat faraj (kelamin) dan syahwat perut. Kalau kedua-duanya ini tidak terkendali, maka kemanusiaan manusia menjadi runtuh dan turun bertukar menjadi kebinatangan. Tetapi apabila dapat dikendalikan khususnya dengan berpuasa, kemanusiaan tadi akan naik tingkatnya ke tingkat ketaqwaan.

Mudah-mudahan kelebihan puasa sebagaimana sabda Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam:

Maksudnya: “Demi Allah yang jiwaku berada di dalam genggamanNya, bahawa bau mulut seorang yang berpuasa adalah lebih harum pada sisi Allah daripada bau-bauan minyak kasturi. Allah ‘azzawajalla berkata: “Sesungguhnya dia telah meninggalkan syahwatnya, makannya dan minumnya kerana Aku. Puasa itu (dilakukan) kerana Aku, dan Akulah yang akan memberikan balasannya sendiri.”

(Hadis riwayat Ahmad)

Daripada maksud hadis di atas diharapkan akan mendorong seseorang itu untuk menghidupkan Ramadhan supaya tercapai pula keampunan daripada Allah Subhanahu wa Ta‘ala, sebagaimana yang dikhabarkan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam:

Maksudnya: “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala daripada Allah, akan diampunkan dosanya yang terdahulu.”

(Hadis riwayat Bukhari)


Thursday 12 August 2010

puaSalah sahabat sebenar-benar puaSa...



Kejayaan yang bermakna ketika kiTa sedang berpuasa ialah dengan menjadikan semua pancaindera kiTa termaSuklah organ seperti mata, telinga, hati, dan fikiran turut sama berpuasa bersama-sama perut.

Dengan ini akan mengelakkannya dari melakukan perkara yang sia-sia dan mendorongnya melakukan amalan pengabdian.

Salah satu hikmah dari berpuasa menurut tOkoh ilmUan ISLam ialah membolehkan seseorang itu menzahirkan kesyukuran di atas segala rahmat yang Allah limpahkan. rUgilah bagi mereka yang menggunakan sewenangnya rahmat Allah tetapi tidak tahu untuk berterima kasih pada yang memberi.

Bagi mereka semua rahmat ini merupakan hak yang memang patut diterimanya. maSyaALLAH... Allah swT telah banyak menyarankan kepada hamba-Nya di dalam Al-Quran supaya sentiasa bersyukur di atas rahmat yang dikurnai-Nya. Allah juga berjanji akan melipatgandakan rahmat bagi mereka yang bersyukur.dan aZab ALLAH amaTLah pedih bagi orang yang tidaK tahU bersyUkur....

Orang yang berpuasa juga akan dilindungi Allah dari segala hasutan syaitan untuk melupakan manusia dari bersyukur. Mereka yang tidak pernah merenung untuk berfikir berapa banyak kurniaan yang telah Allah turunkan akan mula mengucapkan syukur berulang kali di atas segala peluang dan kesihatan yang dikecapinya.

tOkoh ilmUan ISLam megatakan bahawa berpuasa di bulan Ramadhan adalah "kunci kepada kebenaran, keikhlasan, kemuncak dan kesejagatan syukur"...salah satU cara kiTa mencari keredhaan ILLAHI...inSyaALLAH..

Tambahan pula, mereka yang berpuasa akan merasai betapa kerdilnya dirinya di hadapan Allah dan memahami betapa perlunya dirinya kepada Allah. Segala desakan nafsunya menjadi lemah dan kesombongannya bertukar luntur. Memetik dari buku seorang tOkoh :

Bulan Ramadhan akan mengubah jiwa naluri seseorang. Dari sekaya-kaya menjadi semiskin-miskin kerana memahami bahawa harta itu bukan miliknya malah kepunyaan semua orang. Dirasakan juga dirinya tidaklah merdeka tetapi adalah hamba. Diketahui sekiranya tidak diterima sebarang arahan, tidak akan berupaya melakukan sebarang kerja mudah dan senang ibarat tidak dapat menyentuhkan tangan ke dalam air.

Selain pelbagai faedah yang diperolehi dari berpuasa, kesabaran juga antara karakter yang boleh dipupuk dan meyakini kesengsaraan itu mendidik untuk memajukan seseorang. semUa umaT ISLAM tanPa memilih kaya ataU miSkin, tUa atau mUda..semUa kan berpUaSa di bUlan RAMADHAN..sama2 meraSa...

Sebab itulah tOkoh ilmUan ISLam mengatakan: "puasa itu merupakan penawar bagi mereka yang kurang kesabaran dan kurang ketahanan walaupun digabungkan masalah dua orang dalam satu individu". Semua ganjaran yang Allah janjikan akan dikurniakan bagi mereka yang memenuhi kewajipan dengan berpuasa untuk meningkatkan keimanan kepada-Nya. Semua ganjaran ini merupakan balasan di atas ketaatan kepada agama yang dilakukan dengan penuh semangat walaupun orang lain tidak tahu betapa payahnya ketika berhadapan dengan kelaparan ini.Apa yang dijelaskan tidaklah merangkumi semua faedah yang diperolehi dari bulan Ramadhan dan puasa. Ada banyak lagi kebaikan yang tidak kita ketahui atau tidak dihargai tetapi Allah tetap mengurniakannya pada kita di sebalik kewajipan puasa itu.



Sunday 8 August 2010

marhabAN ya ramadHan....


sedar tak sedar ari rabU ni insyaALLAH kiTa akan mULa berpuASa..

sesUngguhnya Bulan Ramadhan adaLah bulan berganda. Setiap apa saja yang dilakukan akan mendapat balasan berganda. Malahan nafsu kita juga turut berganda walaupun pada bulan ini syaitan dirantai oleh Allah. Ini adalah kerana nafsu telah bertapak di hati dan bermaharajalela..pUaSa ini juga tidak lain adalah unTuk menjinaKkan nafSu kiTa ni..nafSu makAN , mengUmPaT , berbOhong dan lain2...


Apabila kita membuat kesilapan kita sering menyalahkan syaitan dan iblis yang menggoda kita. diri tidaK mamPu melawan gOdaan syaiTan...taPi diri kiTa sendiri ? Tetapi mengapakah kesilapan yang sama turut berlaku dalam bulan Ramadhan? Adakah rantai-rantai yang membelit kaki-kaki syaitan itu terlalu panjang hingga dapat memberi 'petunjuk' kepada kita unTuK melakUkan keSilapan yang sama berULang kaLi ?

Sabda Rasulullah saw.:

"Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan."



Semoga dengan keberkatan dan rahmaT dari bULan Ramadhan ini, kita akan dapat menggilap kembali hati kita yang pudar dan melumpuhkan nafsu-nafsu hitam yang bertahta di hati kita selama ini.

Oleh itu sahabaT-sahabaT, inilah masa yang perlu digunakan sebaik mungkin untuk mendidik kembali nafsu kita yang selama ini dikongkong oleh syaitan. Berpuasa bukanlah sekadar berlapar semata-mata. Tetapi puasa adalah berlapar di samping mendidik nafsu dan peribadi manusia. Ini adalah jihad yang maha besar yang perlu dihadapi oleh setiap umat Islam.

Nabi Muhammad saw pernah bersabda:

"Berjihadlah kamu dengan lapar dan dahaga kerana pahalanya seperti pahala mujahid di jalan Allah (fi sabilillah) dan sesungguhnya tiada amalan yang lebih diperkenankan oleh Allah selain menahan lapar dan dahaga"



Bulan Ramadhan ini adalah anugerah Allah sebagai lambang kasih sayang kepada hamba-hamba Nya. Allah tidak mensia-siakan keletihan umatnya yang berpuasa hinggakan tidur di waktu siang juga diberikan pahala.

sedarKah kiTa begitu besarnya kasih sayang Allah pada kita. Oleh itu marilah bersama-sama kita menilai diri kita. Semoga tahun ini amalan kita akan semakin bertambah dan sempurna perlaksanaannya. Insya Allah. Janganlah kita termasuk dalam golongan yang menganiayai diri sendiri.

Sabda Rasulullah saw:

"Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan nescaya diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu."

semOga kiTa semUa beroleh keberkaTan di bULan mULia ini..amiin...

RasuLALLAH jUga pernah bersabda, jiKa umaTkU dapat melihaT keberkaTan di bULan RAMADHAN, nescaya umaTku menginginkan sePanjang tahUn adalah RAMADHAN...renung2kan dan seLamaT beramaL..

waALLAHuaLam...


Sunday 1 August 2010

rintihan haTi kecilku ini..

Ya Allah..
Tuhanku yang Maha Agung Maha Penyayang, Maha tahu, Maha Pengampun...
Tuhanku yang satu..
hanya Engkau yang kudambakan dalam hati ini…
tiada yang lain selain Engkau Ya Allah...

Ya Allah…
Aku sering khilaf dalam menelusuri hari..
ampunkanlah dosa-dosaku…
samada yang aku sedari mahupun yang tidak kusedari,
Engkaulah sebaik-baik pengampun ya Allah...
Ampunkanlah daku..

Ya Allah..
Engkau Maha Tahu segala..
Yang kusembunyikan mahupun yang aku zahirkan…
hanya Engkau yang selayaknya aku meletakkan pengharapanku, bukan pada insan...
ya Allah aku datang padaMu..
merintih mengadu hanya padaMu...
dengarilah rintihanku ini ya Allah...

Ya Allah…
Peritnya dirasakan saat tiada siapa di sisi yang dapat membantu..
tapi aku yakin hanya padaMu, Engkaulah Tuhanku..
kuatkanlah hatiku dengan syiar ini,
Cukuplah hanya Engkau bg kami dan Engkau adalah sebaik-baik penolong dan pelindung”

Ya Allah..
aku merintih merayu padaMu...
dengarilah rintihan hatiku..
aku lemah ya Allah, maka kuatkanlah aku dalam redhaMu...
aku hina ya Allah, muliakanlah aku di sisiMu..
aku miskin ya Allah, kayakanlah aku dalam redhaMu...

Ya Allah ya Tuhanku..
Yang Maha kaseh pada hamba-hambaMu...
berikanlah daku ketenangan abadi..
ketenangan yang hanya bersamaMu..
aku telah memilih langkah untuk bersamaMu selamanya,
sehingga diriku bertemu dgn Mu..
kuatkanlah teguhkanlah langkahku ini, agar aku tetap istiqamah dalam ketaatanku melaluinya...

ya Allah hanya keredhaanMu yang kudambakan...
hanya cintaMu yang aku idamkan dalam hati ku…
Penuhilah hatiku ini dengan CINTA dan RINDU hanya untukMu dan RasulMu..
ya Allah yang Maha memperkenankan..
Perkenankanlah doaku ini...
Cukuplah hanya Engkau bagiku..
dan Engkaulah sebaik-baik pelindung dan penolong bagiku...
Amin3 ya Rabbal alamin...

Doa Oleh Musafir Dunia, 17 Julai 2010

ke arah melengKaPkan sebUah kehidUPan....


Islam itU indah dan mengindahkan seLuruh aLam...

memahami tabiat dan sifat-sifat semula jadi manusia dan iSLam mengizinkan perkahwinan. antara leLaki dan peremPuan.... Rasulullah SAW sendiri menyuruh dan menggalakkan umatnya berkahwin atau mendirikan rumahtangga...

Rasulullah SAW bersabda:

“Hai para pemuda, barangsiapa dari kalangan kamu berdaya mengadakan belanja kahwin, maka hendaklah kamu kahwin kerana nikah itu lebih pada menundukkan pandangan dan lebih menyelamatkan akan kemaluan. Kalau tidak mampu maka berpuasalah kerana puasa itu ibarat kebiri.”

Sesungguhnya, berkahwin adalah sunah yang perlu disegerakan bagi siapa yang cukup syarat-syaratnya. Penekanan perkahwinan dibuat oleh Rasulullah SAW melalui hadis berikut:

“ Demi Allah sesungguhnya aku adalah orang yang paling takut kepada Allah dan paling takwa kepadanya, tetapi aku berpuasa, aku sembahyang dan aku tidur, aku juga kahwin dengan perempuan. Barangsiapa tidak suka dengan sunnahku, dia bukanlah pengikut aku.”

jadi mengertiLah kiTa tentang ayaT di ataS.. manUsia itu fiTRahnya berkeinginan terhadaP berlainan janTina...itu hUkum ALLAH, jika manUsia itU tertarik kepada seSama jenis..itU adalah perkara yang diLarang dan dilaknaT ALLAH dan sesUngguhnya haram disisi iSLam...

Rasulullah SAW jUga menegah umatnya dari terus membujang dan tidak mahu berumahtangga dan tidak mahu berzuriat seperti kelakuan orang-orang musyrikin yang tidak mahu bertanggungjawab sebab takutkan papa, miskin, merosot ekonomi dan kelaparan.

Gejala-gejala yang tidak sihat ini bertentangan dengan hukum Allah yang menjamin tiap-tiap hambanya diberikan rezeki mengikut muslihat hamba itu sendiri.

Rasulullah SAW bersabda: “Tidak ada hidup membujang. Mereka yang hidup membujang adalah seperti Rahib (hidup bertapa) dan mengharamkan yang halal.”

Jelaslah, orang yang hidup membujang baik lelaki ataupun wanita sengaja mengharamkan yang halal. Yakni sanggup menahan gelora hawa nafsu dan membiarkan dirinya seperti dalam pertapaan.

Demikianlah Allah SWT menerangkan kepada hambanya tentang ada hikmah dijadikan lelaki dan perempuan. Ianya tidak lain supaya hidup berpasang-pasang, yakni berkahwin.

Apabila seseorang itu berkahwin, dia dapat mendidik jiwa, membersihkan hati dan memperkuatkan peribadinya.

Rasulullah SAW pernah bersabda: “Jika seseorang itu berkahwin maka dia menyempurnakan separuh daripada agamanya, maka bertaqwalah kepada Allah pada separuh lagi.”

renUng2kan dan selamaT beramaL..

waALLAHuaLam..

Followers