senang-senang datang la lagi eyh..sahabaT amatlah dialU-alUkan...

Tuesday 29 March 2011

sesUngguhnya, demi ALLAH.... kamUlah perhiasan di dUnia ini...





Wanita solehah itu aurat dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini.


sesUnggUhnya akU takUt pada ALLAH, mencinta Rasulullah, dan bangga dengan agamaku..



Keayuan  wanita solehah itu,
tidak terletak pada kecantikan wajahnya ,
Kemanisan wanita solehah ,
tidak terletak pada kemanjaannya,
Daya penarik wanita solehah itu ,



Bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin,
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu ,
Bukan dan tidak sama sekali,
Kepetahan wanita solehah ,
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama.



Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam,
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu serta pandai dari segala aspek ,
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,
Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai.



Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran ,
Kerna satu hari nanti ianya akan lapuk di telan zaman,
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman ,
Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat ilahi,



Wahai wanita jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai ,
Kerna ada lagi manusia yang lebih berpegetahuan darimu ,
Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,
Kerna ada lagi insan yang lebih malang darimu ,
Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu,
Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya ,



Bersyukurlah diatas apa yang ada .
Serta berusaha demi keluarga ,bangsa dan agama.
Salam perjuangan untuk sahabatku ,
Wanita solehah.




"Wanita hiasan dunia ,Seindah hiasan adalah wanita solehah" 


wahai wanita, jadilah kamU perhiasan didUnia ini..yang bisa dilihat namUn tidak bisa dientUh, seperti mutiara yang berada didalam bekas kaca..sUngguh indah..sUbhanALLAH



wALLAHualam...




Sunday 27 March 2011

muhasabah cinta

Muhasabah Cinta



Album :

Munsyid : EdCoustic 

http://liriknasyid.com





Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Reff. :
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu

Back to Reff.



lirik ini diambil di cikgufhahmie.blogspot.com



Saturday 19 March 2011

indahnya sUnahMu ya Rasulullah..





ingatlah ALLAH dalam setiap perkara yang kita lakUkan..


Cara duduk Rasulullah s.a.w




Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [Ali Imran 3:31]

Ada beberapa hadis dalam bab ini, antaranya:

[1] Duduk bersila:

Jabir bin Samurah radiallahu-anhu berkata:
Adalah Nabi sallallahu alaihi wassalam setelah bersembahyang Fajar (Subuh), baginda duduk bersila di tempatnya sehinggalah terbitnya matahari yang indah (keputihan sinarnya).
Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Abu Daud dan lain-lain, dinukil dan dinilai sahih oleh Imam Nawawi dalam Riyadus Salihin (tahqiq & takhrij Shaikh Syu aib al-Arnuth; Maktabah al-Ma mun, Jeddah 1996)  no: 821.

[2] Duduk di atas sebelah kaki manakala sebelah lagi diangkat dan dipaut dengan tangan.

Abdullah ibnu Umar radiallahu anhuma berkata:
Saya melihat Rasulullah sallallahu alaihi wassalam di halaman Ka bah, beliau duduk dengan menegakkan kedua lututnya, (iaitu) dengan melingkar kedua tangannya ke sekeliling lututnya, dan ini cara duduk al-Qurfusaa .
Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan dinukil oleh Imam Nawawi dalam Riyadus Salihin  no: 822.
Duduk al-Qurfusaa adalah duduk mencangkung di atas sebelah lutut manakala lutut yang lain dilipat dan diangkat ke atas dan dipautnya dengan tangan sehingga bahagian peha mendekati badan atau perutnya. [Lihat Al-Alamah Muhammad bin Allan: Daliil al-Falihin li Thariq Riyadus Salihin (Dar al-Kutub al-Ilmiah, Beirut 1995), 3/272].

[3] Duduk bertinggung.

Anas bin Malik radiallahu anhu berkata:
Aku melihat Rasulullah sallallahu alaihi wassalam duduk bertinggung sambil makan kurma.
Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam kitabnya Sahih Muslim  no: 2044.
Duduk bertinggung ialah duduk di atas kedua tapak kaki dengan kedua-dua kaki berlipat dan punggung tidak menjejak tanah.

[4] Jangan duduk bersandar dengan sebelah tangan.

Syirrid bin Suwaid radiallahu anhu berkata:
Rasulullah melintas di hadapan aku sedang aku duduk seperti ini, iaitu saya bersandar kepada tangan kiri saya yang saya letakkan di belakang. Lalu baginda bersabda: Adakah engkau duduk sebagaimana duduknya orang-orang yang dimurkai ?
Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Abu Daud, dinukil dan dinilai sahih oleh Imam Nawawi dalam Riyadus Salihin  no: 824.

[5] Jangan duduk bersandar.

Abu Juhaifah radiallahu anhu berkata, Rasulullah sallallahu alaihi wassalam bersabda:
Jangan makan sambil bersandar.
Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan dinukil oleh Imam Nawawi dalam Riyadus Salihin  no: 746.
Yang dimaksudkan bersandar adalah seperti orang yang duduk miring ke lambungnya yang sebelah, sepertimana yang dilakukan oleh orang-orang angkuh dan sombong. Cara duduk seperti ini ditegah oleh Rasulullah. Selain itu cara duduk sedemikian mengganggu kelancaran perjalanan makanan dalam badan, dari mulut ke perut. [Lihat Al-Alamah Ibnu Allan: op. cit., 3/209].
Demikian beberapa petunjuk sunnah Nabawiyah dalam cara duduk. Selain itu dibolehkan duduk sepertimana kita duduk dalam solat, iaitu duduk di antara dua sujud dan duduk Tasyahud akhir

Thursday 17 March 2011

tersalah email la pUlak..







Seorang lelaki telah menginap di sebuah hotel di KL. Terdapat sebuah komputer di dalam bilik hotel itu. Dia pun mengambil keputusan untuk menghantar e-mail kepada isterinya.

Malangnya, dia telah tersalah taip alamat e-mail isterinya dan tanpa mengetahui kesilapan itu, dia pun terus menghantar e-mail tersebut. Di sebuah rumah di Kedah pula, seorang janda baru sampai ke rumahnya selepas pulang daripada majlis pengebumian suaminya. Janda tersebut mengambil keputusan untuk menyemak e-mailnya untuk melihat sekiranya terdapat mesej daripada saudara-mara dan teman-temannya. Selepas membaca e-mail pertama itu si janda tersebut pun pengsan. Anak lelaki janda tersebut pun bergegas ke bilik ibunya dan mendapati ibunya terlentang di lantai dan dia pun membaca mesej di dalam skrin komputer:


To : Isteri kesayanganku
Date : 16 May 2002

Subject : Abang telah selamat sampai

Abang tahu Sayang pasti akan terkejut dengan kehadiran mesej ini. Mereka telah menyediakan komputer di sini pada ketika ini dan kita boleh menghantar e-mail kepada sesiapa sahaja terutama insan kesayangan kita.

Abang telah selamat sampai dan telah menginap dengan aman di sini. Abang lihat semuanya telah di sediakan di sini untuk kedatanganmu pada hari esok.Semoga berjumpa denganmu nanti, Sayang. Abang harap perjalananmu ke sini nanti lebih bermakna seperti apa yang telah Abang lalui ketika ini...




Monday 14 March 2011

persoalan yang biasa bermain di benak fikiran kita...













 Alhamdulillah, saya ada menemui adress ustaz waktu saya menerokai dalam


Di masa ini saya tinggal di US mengikut suami saya kerna dia warganegara US. Agak sukar juga untuk mencara tok fatwa waktu2 ada kemuskilan ugama. Makanya itu saya ingin mengajukan beberapa persoalan ugama kepada ustaz. JazakaAllahu-khair and BarakaAllahu-fikom insyaALLAH.





 Di bawah ini saya soalan2 saya.






 1. Bapa mertua saya bukan muslim dan hanya suami saya saja masuk Islam dalam keluarganya. Soalan saya bolehkah saya membuka tudung/skarf/hijap saya dihadapannya (saya ada baca dalam quran, taraf bapa mertua adalah sama taraf bapa kandung) tetapi dalam kes saya , bapa mertua belum islam adakah sama atau bagaimana.


Begitu juga dengan emak mertua, dia pun bukan islam, jadinya bolehke saya membuka tudung dihadapannya, kerna kalau tidak silap saya wanita muslimah tidak dibenarkan membuka hijap dihadapan wanita bukan muslim.. sila jelaskan dalam persoalan saya ini.



 2.Bolehkah  atau tidak mengikut hukum syariah/islamic saya menaiki kereta bersama dengan bapa mertua saya, dan didalam kereta cuma saya dan anak kecilnya yang berusia 2 tahun lebih dan tidak ada orang lain. Sebagai maklumat, bapa mertua saya adalah baik orangnya, dia terlalu hormatkan saya bukan saja sebagai menantu tetapi juga kerana saya seorang muslim.


Sepanjang saya jadi menantunya dia tidak pernah berlaku tidak senonoh terhadap saya dan dari penilaian saya secara peribadi dia memang seorang yg baik. 


Jadinya saya insyaALLAH tidak khuatir dia akan melakukan perkara2 sumbang terhadap saya, cuma saya hendak tahu disisi islam boleh atau tidak saya menaiki kereta bersamanya dimana org ketika cuma si anak kecil, adakah dlm ketogeri "berkhalawat". Suami saya memberi keizinan kerna dia percaya dgn sahasiah bapanya. Bapanya berusia dlm linkungan 55 tahun dan
 bekas peguam, sekarang ini telah bersara. Saya menanyakan soalan ini kerna banyak kali bapanya hendak membawa saya untuk menziarahi emaknya (nenek suami saya) yang agak sudah tua, kebetulan pula suami saya selalu sibuk dan tidak berpeluang, dan bapa mertua pula tiap2 minggu menziarahi emaknya, emaknya pula selalu menanyakan tentang saya. 

 3.Sepanjang yang saya tahu wanita dibenarkan memotong rambut asalkan potongan rambutnya tidaak menyerupai lelaki. AstagfiruAllah kalu saya tersilap. Saya ada berbincang dengan kawan saya hal tersebut, kawan saya kata adalah haram bagi perempuan memotong rambut atas paras bahu, Saya terkejut, dan dia tunjukan hadith tersebut tapi saya macam tak percaya dengan hadith tersebut. Kerana org yang beritahu hadith tersebut ialah dari mufti fatwa South  africa dan dari maklumat yg dipercayai fatwa itu dipengahruhi oleh tradisi..kalau kita masih ingat pasal orang hindu..kasta/dan sebagainya..


Kalaau tidak silap saya cerita mengenai isteri Nabi Ayub Alaisalam, waktu Allah uji Nabi Ayub alaisalam, dan mereka tidak ada apa2 lagi, maka isterinya telah keluar dan memotong rambutnya dan menjualkan utk membeli makanan...adakan hadith mengenai pengharaman memotong rambut merujuk kepada cerita Nabi Ayub alaisalam atau macam mana..

 4.Saya ingin hendak tahu mengapa kita letak nama Abdullah sebagai ganti nama bapa kepada new muslim, apakah ada cerita disebaliknya, adakah dibenarkan kita mengkekalkan naama bapa yg masih kufr (non-muslim), sebagai contohnya suami saya mengkekalkan nama bapanya..adakah salah atau tidak disisi syariah/islamic..

 saya ada kawan perempuan, dia telah berkahwin dengan pemuda pakistan. Kawan perempuan saya itu new muslim. Dia telah menukarkan namanya kepada nama muslim dan kemudian meletakan nama keluarga suaminya sebagai ganti nama bapanya yg masih bukan islam. Apakah hukumnya disisi Islam dengan apa yg dibuatnya itu. Adakah ini menyerupai seperti orang2 bukan islam, kerna melalui pengalaman saya dgn keluarga suami saya, para2 isteri akan
 membuang nama bapa dan meletak nama keluarga suami sebagai last name.

 Setakat ini dulu, insyaALLAH dilain masa jika saya ada kemuskilan akan saya ajukan lagi.

 wassalam...


 Ahlulbait Shafiq Santora




                                                                       *
 " And whomsoever Allah guides, he is the follower of the right way, and
  whomsoever He causes to err, you shall not find for him guardians besides
  Him; and We will gather them together on the day of resurrection on their
  faces, blind and dumbs and deaf; their abode is hell; whenever it becomes
  allayed We will add to their burning. "




JAWAPAN




Walaikummusallam


1. Ada satu pendapat daripada Ulama' muktabar membolehkan muslimat membuka 
kepalanya dihadapan ibu-bapa mertua yang bukan Islam.


2. Dibolehkan dengan syarat tidak berlaku fitnah dan dengan izin suami.


3. Dibolehkan muslimat memotong rambut pandek dengan syarat mendapat izin suami 
dan tidak membukanya dihadapan ajnabi.


4. Hukum disuruh menukar nama bapa yang buka Islam kepada Abdullah supaya 
memelihara daripada kesamaran dengan orang yang bukan Islam dan anak yang Islam 
tidak lagi mewarasi pengenalan bapanya yang bukan Islam.


   Menukar nama bapa yang bukan Islam kepada nama keluaraga suaminya itu 
dibolehkan adapun jika menukar nama bapa yang Islam kepada nama keluaraga 
suaminya maka iaitu haram.






Wallahua'lam







adakah dia jodohmu???






Gunakan seluruh pancaindera



Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan yang maha esa. Tetapi bagaimana kita hendak mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan? Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.



Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon.

Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.



Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya.
Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.



Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli.
Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.



Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.



Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.



Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?



Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur.
Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, 'lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.



Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.

Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.



Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.



Mimpi

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.


Fikirkanlah. Adakah dia jodoh kita?






waALLAHualam....



Thursday 10 March 2011

siaPa cakap kite orang iSLam tak boleh bUat maksiaT??









aSsalamUalaikUm sahabat-sahabat..




jOm baca kisah renUngan ni...semOga dapat menjadi pedOman kiTa inSyaALLAH...








Suatu hari datang seorang lelaki menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"


Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya." Mendengar itu, dia mengangkat keningnya seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"


"Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya! Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?"


"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!" Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.


Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'." Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?"


"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"


"Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah, kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."


Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah." katanya sambil teresak-esak.





jadi?? apa pilihan anda??





antara sabar dan mengelUh..dengan ketentUan ILLAHI...





aSsalamUalaikUm sahabat-sahabat...










Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:"Sesungguhnya orang mukmin akan menerima tekanan hidup kerana tidak ada satu bencana sama ada kerana terkena duri atau yang lebih besar, tidak juga ketakutan melainkan Allah akan mengangkat darjatnya satu darjat dan menghapuskan satu kesalahan dengan kesabarannya menghadapi bencana dan kesusahan tersebut."

(Riwayat al-Hakim)




Huraian :

1. Ujian adalah seiringan dengan perjuangan. Oleh itu ia tetap memerlukan bekalan iman, sabar dan istiqamah.

2. Ujian dijadikan Tuhan untuk mengukur sama ada keimanan seseorang itu kepada Allah dan seluruh ajaranNya adalah benar dan diikuti oleh perlakuan dan tindakan atau hanya terhenti setakat di mulut sahaja.

3. Umat Islam akan diuji dengan lima perkara iaitu :

* saudara seagama yang sentiasa dengki terhadapnya,
* orang munafiq yang sentiasa membencinya,

* orang kafir yang sentiasa memeranginya,
* syaitan yang sentiasa berusaha menyesatkannya
* bisikan hawa nafsu yang sentiasa menggoncang keimanannya.

Semuanya ini menuntut kesabaran dan di dalamnya terdapat ganjaran pahala yang besar daripada Allah SWT.

4. Lawan bagi sabar adalah mengeluh dan ia merupakan perbuatan yang amat dilarang oleh agama kerana dengan mengeluh akan membuatkan semangat menjadi lemah dan terbitnya perasaan kecewa dan putus asa sedangkan Allah SWT berfirman dengan maksudnya:"Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan". (al-Insyirah:6)

5. Tanpa masalah atau ujian tidak akan wujud kematangan kerana pengalaman dalam menyelesaikan masalah adalah guru terbaik dalam menjamin kejayaan dalam kehidupan.








Tuesday 8 March 2011

karnival jom masUk maktab..





AssalamUalaikum...


jom..


sesiape nak masuk maktab atau adik lepasan spm 2o1o




sila klik sni...http://apps.moe.gov.my/kplspm/kplspm2011/index.cfm


jom2..




1 lagi jangan lupe beli no pin..=)



Kementerian Pelajaran Malaysia memperlawa calon lulusan Sijil pelajaran Malaysia ( SPM ) yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti program yang ditawarkan dalam Kursus Perguruan Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia.
Syarat dan kelayakan:
  • Warga negara Malaysia
  • Umur tidak lebih 20 tahun pada 20 jun 2011 iaitu lahir pada atau selepas 20 Jun 1991
  • Sihat fizikal dan mental
  • Aktif dalam ko kurikulum
  • Mempunyai kelayakan akademik di peringkat SPM dengan mendapat cemerlang dalam 3 mata pelajaran dan
  • sekurang2 kepujian dalam 3 mata pelajaran Bahasa melayu, sejarah, satu mata pelajaran yang lain serta lulus bahasa inggeris
  • Memenuhi syarat dan kelayakan khusus bidang pengajian yang dipohon.
Berminat sila beli no pin ID maktab perguruan KPLSPM di Bank simpanan Nasional mulai esok dengan harga Rm6.00
Boleh mula mengisi di Laman web Kementerian Pelajaran Malaysia dengan mengisi di sistem permohonan online mulai 7/3/2011
Tarikh tutup ialah pada 22 Mac 2011
Untuk maklumat lanjut dan tepat sila rujuk


Followers