senang-senang datang la lagi eyh..sahabaT amatlah dialU-alUkan...

Friday 31 December 2010

seLamat daTang 2o11





bismillahirrahmanirrahim....

bersempena dengan maal hijrah, di mana jika kita lihat sejarah Rasulullah saw, para sahabat... di zaman kebangkitan islam...berlakunya peristiwa penghijrahan baginda Rasulullah saw bersama para sahabat bagi menyelamatkan akidah mereka...hijrah yang disuruh oleh Allah swt...Pencipta yang tidak mempunyai sebarang kelemahan meskipun sedikit...Pencipta Yang Maha Mengetahui apa yang akan berlaku...sedang berlaku dan juga telah berlaku...

bagaimana pula kita...bagaimana bentuk penghijrahan kita...yang pastinya, redha Allah swt mestilah diletakkan di tempat yang paling utama...penghijrahan yang sepatutnya lebih dekat dengan Allah swt...penghijrahan yang disambut dan dirai dengan azam yang kuat...yang melahirkan tindakan yang bersemangat...

setiap orang mempunyai hijrahnya sendiri dan bagi saya cukuplah sekadar memperbaiki, memperelok dan memperkemaskan segala amalan yang saya dah mula...perbaikinya lagi sehingga amalan tersebut boleh membentuk peribadi kita. lepas tu, istiqamah dan biasakan amalan yang betul...dalam masa yang sama, menjaga kebersihan hati...yang ni pun sentiasa meminta pertolongan Allah swt agar memberi kekuatan dan hidayah petunjuk untuk memjaga kebersihan hati, bersih daripada hasad dengki, merasa tidak cukup dengan rezeki yang Allah swt kurniakan, merasa khianat kepada orang lain, merasa bagus dengan kelebihan diri sendiri kerana segala kelebihan yang Allah swt bagi adalah amanah yang akan disoal kelak, dan juga segala jenis penyakit hati yang pastinya akan mencemarkan kebersihan hati.

dari segi solat pula, perbaiki lagi solat agar lebih khusyuk, lebih menghayati tentang apa yang kita sebutkan ketika solat, memahami dan menghayati setiap perkataan dan sebutan, kerana solat adalah masa untuk kita 'dating' dengan Allah swt....di masa inilah untuk kita mengadu segala keperitan, kesusahan, kegembiraan, kesenangan, keluh-kesah dan segala jenis pengaduan yang kita ingini. kerana Allah swt adalah 'the best listener for us', Allah swt Maha Mendengar...

segala jenis pengaduan kita dan Allah swt tidak pernah merasa jemu untuk mendengar keluhan kita. senang bukan, tak menyusahkan orang lain. perkara yang saya idam-idamkan sejak memahami erti cinta. berbeza antara cinta manusia dengan cinta Allah swt. di mana jika kita dengan manusia, kita mengadu segala jenis perkara untuk ambil perhatian, agar si dia lebih mengambil berat...kemudian, kita pun rasa gembira yang pastinya sementara...sebab gembira di dunia tiada yang kekal...hanya Allah swt yang kekal... hidup di dunia, memang akan sentiasa diuji oleh Allah swt untuk memastika kita sentiasa bersamaNya...

ujian itu juga tandanya Allah swt sayangkan kita...Allah swt sayangkan kita lebih daripada ibu bapa kita...Allah swt sentiasa susunkan hanya yang terbaik untuk kita...tiada cacat cela di dalam penyusunan Allah swt...semuanya sempurna...untuk hambaNya yang pastinya tidak sempurna...Alhamdulillah...Thank you Allah...

kemudian, bacaan Al-Mathurat..kalau sebelum ni...selalu curi mengelat...baca yang pendek je...tak kisah masa tu tengah kelapangan atau kesempitan masa.semuanya langgar baca yang pendek je...


tapi, azam baru...kena ubah sedikit...mungkin, kena ikut masa...bukan ikut mood...kalau masa lapang, kita baca lebih sedikit...tetapi kalau memang kesuntukan masa, kita baca pendek je...tak rugi kalau selalu berzikir...mungkin kita tak nampak kesannya kat dunia...tetapi, insyaAllah di akhirat ada nilainya...dan cukuplah Allah swt untuk menilainya...bukannya manusia yang pastinya mempunyai seribu satu kelemahan yang kita tak sedari...tak pun, kita cuba menghafal sekali maksud apa yang kita baca di dalam Al-Mathurat tersebut...mm...

seterusnya, punca kekuatan seseorang adalah bergantung kepada qiamulail dia...dan saya kena praktis, latih diri dan paksa diri sendiri untuk buat qiamulail..dan pastikan qiamulail secara konsisten...mungkin mula dengan dua rakaat sahaja setiap malam...solat tahajud...kerana solat tahajud boleh membentuk sifat taqwa...

taqwa adalah sebaik-baik bekalan untuk akhirat...tak pe, tak rugi bangun malam untuk solat dua rakaat..sebab solat dua rakaat ni boleh bawa ke akhirat...tapi, tidur tak ke mana...mm..kena lebih berdisiplin dan mungkin kena sediakan denda untuk diri sendiri...nak denda apa ek? mungkin kalau missed satu malam kena ambil full pakej qiamulail...solat taubat, solat tahajud, solat istikharah, solat hajat, solat witir...mm...kalau sebelum ni, selalu missed...qiamulail macam chipsmore..kejap bangun kejap tak bangun...walaupun hanya dua rakaat sahaja...

kemudian, bacaan Al-Quran beserta tafsir...biasanya, akan baca dua helai setiap kali selepas solat maghrib...tapi, rasa macam tak cukup...mungkin kena hafal sekali....kena hafal dengan maksudnya sekali...biar senang faham dengan apply dalam hidup kat dunia ni...

inSYaALLAH..waALLAHualam....





Thursday 30 December 2010

sOLaT 5 kaLi sehaRi..aPakah maTLamaTnya???



















SESUNGGUHNYA solat yang dilakukan setiap Muslim lima kali sehari semalam bukan sahaja kewajipan yang mesti dilaksanakan, tetapi tujuan solat itu sebenarnya selain berkomunikasi dengan Allah dan menunjukkan kepatuhan terhadap-Nya, juga untuk membentuk dan mendidik manusia menjadi insan salih.

Namun, hal itu boleh berlaku jika solat itu dilaksanakan dengan sempurna dalam erti kata sebenar. Sebab itu, kadang-kadang kita hairan kenapa ramai orang menunaikan solat, tetapi masih melakukan perkara dosa dan tidak menjauhi larangan Allah. Sudah tentu ada sesuatu tidak kena dengan solatnya iaitu sama ada tidak khusyuk ketika melakukannya, manakala rukun dan gerakan solat tidak sempurna. Kalau tidak, masakan Rasulullah menyuruh orang yang sudah melakukan solat supaya mengulangi solatnya hingga tiga kali. Sebabnya, ketika solat, orang itu belum menyempurnakan wuduknya, takbirnya, berdirinya, bacaannya, rukuknya, sujudnya dan toma’ninahnya (tertib).

Rasulullah (SAW) bersabda bermaksud:
“Mahukah kamu aku beritahu mengenai seburuk-buruk pencuri?” Sahabat bertanya: “Siapakah dia wahai Rasulullah?” Nabi menjawab: “Orang yang mencuri dari solatnya.” Sahabat bertanya: “Bagaimana seseorang mencuri dari solatnya?” Sabda Baginda: “Dia tidak menyempurnakan rukuk dan sujudnya.”
Solat bernilai di sisi Allah ialah solat yang ada pengaruhnya dalam kehidupan yang dapat membentuk keperibadian Muslim yang unggul. Solat itu dapat menghindar daripada berlaku pelbagai perkara mungkar dan mengikis sifat mazmumah atau keji, sesuai dengan firman Allah bermaksud:
“Dan dirikan solat, sesungguhnya solat (yang sempurna) itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar.” (Surah al-Ankabut: 45).

Solat tidak cukup untuk menghalang perbuatan keji walaupun memenuhi ketentuan sebenarnya jika di luar solat seseorang itu tidak menjaga dirinya daripada hal negatif. Solat yang sempurna dan bernilai hikmahnya terpancar dalam kehidupan seharian.

Apabila solat itu mempengaruhi kehidupan seharian bermakna pelaku solat berkenaan berjaya mendirikan solat bermutu, sesuai dengan ajaran Rasulullah (SAW).

Seseorang itu dikatakan benar-benar solat apabila lengkap dan terlaksana gerak badan serta gerak jiwa (dijiwai dan dihayati solat itu). Dengan sepenuh jiwa dia mengabdikan diri terhadap Allah dan bermunajat kepada-Nya. Ketika solat, ingatannya kepada Allah semata-mata. Inilah dimaksudkan firman Allah:
“Dan dirikanlah solat itu semata-mata untuk mengingati Aku (Allah).” (Surah Taha: 14).
Untuk mencapai kesempurnaan solat yang dapat membentuk peribadi mulia, tentunya memerlukan ilmu. Oleh itu, setiap Muslim perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan keagamaan, kerana walau apapun menuntut ilmu adalah kewajipan kepada setiap individu Muslim.



Wednesday 29 December 2010

taUke beSar yang tak maCam taUke










aSsalamUalaikUm..


nak berkOngSi bersama sahabaT-sahabaT..


haRi ini saya teLah ke workshOP untUk service aiRcond kereTa mitsUbishi cordia milik abang saya...


dalam tengah dUk menunggu kereTa tU diservis aircondnya, saya bertemU dengan seOrang saUdara ni..


daRi kepeTahan percakaPannya, jelaS bahawa dia ini bUkanlah calang-calang orangnya...


merendah diRi taPi nampak jeLas kewibawaannya..taK faham???










maCam ni, jikalaU ada orang seUsia dia yang saya kenaLi, maSih lagi tidak semaTang beliaU, sepeTah beliaU, gaYa mengalahkan orang kOrporat...




saya pUn membeRanikan diri, menanyakan aPa yang dia bUaT? ataU lebih jelaS aPa kerja beliaU...


dia pUn menjelAskan bahawa dia ada pUSAt penternakan ikan keLi..oo..






kaT mana? beraPa koLam ada??


beliaU seperTi teragak2..


dan biLa saya mendeSaknya...


beliaU menjeLaskan dalam merendah diri...di seRATa MalaySia ni pUn ada cawangan beliaU..








paTut la tergagaP-gaP..merendah diRi rUPanya...


erk, tersenTak saya....dalam haTikU, " taK sangKa akU, di uSia beliaU ada biSnes macam ni sekaLi, mesTi banyak haRTa dia nie.."


oo..bagUS ah....sesekaLi aKu menjeling keReTa mewah beliaU yang tUrut sama ada kaT sitU untUk baiki aircOnd...










aPa yang nak ditegaSkan kaT sini, " hidUP kiTa memang dah diTakdiRkan, teTapi kiTa maSih berhaK menenTukan maSa dePan kiTa"...renUngkanlah....


fiRman ALLAH, 


" akU tidaK akan mengUbah naSib sesUatu kaUm melainkan mereKa yang mengUbahnya "




peSan saya " sTOP dReaming sTarT aCTion!!!"




waALLAHualam...









Tuesday 28 December 2010

pandUan membUka kedai rUnciT






Tip untuk Mengusaha Perniagaan Runcit
Tip-tip ini diberikan oleh Y Bhg Dato' Ameer Ali Mydin, Pengarah Urusan Mydin Mohamed & Sons Sdn Bhd yang memiliki rantaian Emporium persendirian borong Mydin yang terbesar di Malaysia.



Sebelum membuat keputusan untuk mengusahakan perniagaan runcit, pastikan;
  • Anda belajar selok-belok perniagaan ini dari mereka menjalankan perniagaan yang sama.

  • Anda belajar tentang asas-asas perniagaan bagi membolehkan anda mendapat pengetahuan secukupnya dalam setiap sudut perniagaan ini.

  • Anda perlu belajar daripada pengalaman orang lain dari terus kekal dengan idea sendiri kerana mungkin idea tersebut tidak semestinya praktikal.

  • Seseorang usahawan itu mesti 'hands-on' dalam mengusahakan perniagaan.

  • Jangan terlebih atau terkurang dalam membayar gaji kakitangan anda.Bayarlah gaji mereka mengikut kadar yang berpatutan.

  • Apabila anda membuat keputusan untuk terlibat dalam perniagaan, lakukan dengan betul dan berdisplin serta penuh komitmen.Usahalah perniagaan anda dengan sepenuh hati.

  • Beri sepenuh tumpuan dalam perniagaan. Jangan mempelbagaikan perniagaan ke bidang lain menggunakan wang dari perniagaan yang sedia ada. Elakkan dari perkara penting ini.

  • Dalam perniagaan, jangan bersikap terlalu baik hati. Dalam kehidupan, anda tidak boleh terlalu baik dengan orang lain.

  • Anda perlu prihatin terhadap kos.Jangan membelanjakan wang hasil kerja keras anda ke atas perkara-perkara yang tidak berfaeadah.

  • Jangan campur-aduk perbelanjaan perniagaan dengan perbelanjaan peribadi.

  • Anda perlu menunjukkan kepada kakitangan anda yang anda faham dan tahu serba serbi tentang perniagaan anda. Ini menjadikan mereka tidak berani berbohong atau menipu anda.

  • Usahalah perniagaan yang membezakan anda dari orang lain yang terlibat dalam perniagaan yang sama. Jadikan perniagaan anda sesuatu yang istimewa dan unik untuk berbeza anda dari orang lain.

  • Jangan jalankan perniagaan dalam premis milik anda yang boleh di sewa dengan kadar yang tinggi. Sebaliknya carilah premis yang lebih murah yang bersesuaian dengan dengan bajet anda.

  • Apabila menyewa , rancang dan buatlah bajet yang betul bagi memastikan kadar sewa premis mengikut bajet anda. Jangan menyewa di tempat yang mahal walaupun ianya merupakan tempat yang stragetik.

  • Sebelum mencari lokasi perniagaan anda, buatlah perancangan, sediakan bajet dan aliran wang tunai, dapatkan pengesahan-pengesahan yang perlu (seperti pinjaman bank, lesen-lesen), sebutharga dan lain-lain perkara terlebih dahulu. Lokasi yang baik tidak akan menunggu anda.

  • Rancanglah perkara-perkara diluar jangkaan anda.Mengikut hukum Murphy, banyak perkara boleh berlaku secara tidak dijangka, hanya anda cuma perlu bersedia untuk menghadapinya.

  • Ambil insuran untuk melindungi stok, mesin pembayar (cash register), tunai runcit, komputer, sistem amaran dan apa-apa yang perlu diinsurankan.

  • Sentiasa berwaspada dengan risiko perniagaan seperti cap dagangan, bomba, bandaraya dan isu-isu pasar malam.

  • Tiada salahnya jika anda menjalankan perniagaan bersebelahan dengan pesaing anda sekiranya anda tahu kekuatan diri anda dan kelemahan pesaing anda.

  • Dalam perniagaan, berhati-hati dengan nisbah keumpilan. Nisbah keumpilan penting kerana pinjaman mempunyai kadar bunga. Jangan gunakan aliran tunai dari pinjaman bank.Simpanlah untuk kegunaan masa hadapan.

  • Anda perlu berhati-hati dan bertanggungjawab terhadap diri anda.

  • Amalkan etika perniagaan yang baik.Ia akan menjadi contoh kepada orang lain dan ia akan mempermudahkan kawalan dan pemantauan ke atas perniagaan anda.



sO? ada berani taK untUk muLa berniaga????




siaPa yang mUla dULu nie??






SEDUTAN video menunjukkan penjaga gol Malaysia, Sharbinee Alawi terkena pancaran laser hijau (dalam bulatan) semasa perlawanan menentang Indonesia di Jakarta baru-baru ini.


KUALA LUMPUR - Jika peminat bola sepak Malaysia dipersalahkan kerana didakwa menggunakan pena pancaran laser, ada pengendali blog semalam mendedahkan perbuatan yang sama juga telah dilakukan oleh peminat skuad Garuda ketika perlawanan peringkat kumpulan Piala Suzuki AFF 2010 antara kedua-dua negara itu baru-baru ini.


Menurut entri blog Adamroslan.com yang bertajuk 'Piala Suzuki AFF 2010: Laser Hijau Siapa Yang Mula Dulu?' pengendali blog itu memuat turun klip video yang dihantar oleh seorang peminat bola sepak tempatan perlawanan berkenaan sewaktu Malaysia kalah 1-5 di tangan Indonesia pada 4 Disember lalu.


"Pendedahan klip video itu yang disunting daripada video rasmi AFF telah membuka pekung pasukan Indonesia yang bermain taktik ini semasa mengalahkan Malaysia pada perlawanan peringkat kumpulan," katanya.


Menurut blog itu, ia juga bukti peminat bola sepak di republik itu juga turut bermain kotor.


"Jika benar faktor kekalahan Indonesia adalah kerana laser hijau, mereka perlu tanya kepada diri sendiri apa penyokong mereka buat di Stadium Gelora Bung Karno yang perlawanan peringkat kumpulan dahulu?," ujarnya.


aPa yang penTing, majULah sUKan unTUk negaRa...


waALLAHualam...







menCari kebaHagiaan didUnia mahUpun aKhiraT...








Assalamualaikum...




BAHAGIA belum tentu tersimpan di istana yang megah. Bahagia pada sepasang kekasih tentu ada pasang surutnya. Di manakah bahagia? Pada keluasan ilmu, rezeki dan pangkat, atau duduk bercengkerama dengan isteri dan anak-anak? Ternyata itu semua boleh juga menggoncang perasaan, memerah otak jadi lemah, badan kering dan layu, sakit di hati yang susah mengubatinya.Pakar motivasi menyatakan: "Anda adalah apa yang anda fikirkan mengenai diri anda". Manakala hadis Rasulullah SAW memberi petua lagi bernas, sabdanya: "Sungguh hebat keadaan orang mukmin, mereka sentiasa berkeadaan baik. Tidak terjadi yang demikian itu kecuali pada diri orang mukmin. Jika ia mendapat kesenangan ia bersyukur, hal ini adalah kebaikan. Dan jika ia ditimpa kesusahan ia bersabar, itu juga adalah kebaikan." (Hadis riwayat Imam Muslim)

Semua baik, baik dan baik. Apa yang Allah pilih untuk kita adalah baik. Bila sakit ubatnya adalah senyum dan redha. Diuji dengan kekurangan harta tidak menjadi masalah bagi orang yang percaya bahawa bukankah selama ini Allah memberi lebih banyak daripada mengambil? Ibnu Mas'ud apabila ditanya: "Apakah engkau bersedih kerana kehilangan sebelah kakimu?" Beliau menjawab: "Bukankah Allah telah meninggalkan untukku yang sebelah lagi?"

Orang banyak mengatakan: "Bahagia itu adalah kepuasan hati." Tapi pernahkah kita berfikir bahawa manusia tidak akan pernah puas? Selagi mana ia berada di dunia ia pasti berhadapan dengan kekurangan. Kurang popular, kurang kaya, kurang cantik, kurang sihat dan pelbagai tuntutan nafsunya yang tidak akan pernah rasa dengan sempurna.

Selami dasar hati anda, percayalah bahawa sesungguhnya bahagia itu ada pada sifat redha.
 Ia bagaikan ubat yang menyejukkan orang yang demam. Seperti rimbunan pohon di tengah panas yang terik, umpama hembusan angin yang sepoi-sepoi bahasa memujuk hati yang luka. Sesungguhnya apa-apa yang datang kepada kita adalah baik belaka kerana Allah SWT lebih mengetahui apa yang 'sesuai' untuk kita. Dia yang memilih, yang Maha sempurna aturan-Nya, yang suci dari cacat cela atas segala pentadbiran-Nya.

Sebagai manusia biasa ada kalanya kita 'tidak terima' dengan apa yang terjadi pada diri. Tapi biarlah perasaan itu dikawal pada paras hanya 'terkejut' di puncaknya, kemudian surut dengan perasaan redha atas ketentuan-Nya. Firman Allah bermaksud: "Allah pun redha ke atas diri mereka dan mereka pun redha dengan pemberian-Nya." (Surah al-Bayyinah, ayat 8)

Ada dua rahsia yang terkandung dalam kalimah Allah itu, iaitu pertama adalah ayat ini cuba memujuk kita bahawa apa-apa yang datang kepada kita semuanya adalah hadiah pemberian Allah. Ujian itu sebenarnya hadiah yang paling mahal tetapi kadang-kadang manusia menganggap cuma nikmat yang paling berharga.

Kedua, wujudnya hubungan kasih sayang antara Allah dan hamba-Nya. Sayang akan melahirkan redha ke atas apa saja yang dilakukan oleh orang yang kita sayang. Kerana sayang, masakan isteri yang kurang garam terasa sedap juga. Kekasih yang menduga dan menyakiti hati kita terpaksa kita redha sebab sayang.

Tetapi mengapa pula kita merajuk jika Allah menguji kesetiaan cinta kita. Jika sakit mengeluh panjang, lupa dengan hari ketika ia sihat. Kalau rugi semua orang di amuk, di pejabat, di pasar, di rumah, di jalan raya semua terkena tempias kemarahannya. Rugi yang sedikit itu telah menutup kurniaan Allah yang banyak pada rezekinya selama ini. Betapa sengsaranya orang yang tiada sifat redha. Hidup tidak tenang, dikejar rasa takut, hati rasa kosong padahal peti besinya penuh dengan duit. Segala hiburan dan perhiasan dunia memang boleh mendatangkan bahagia tapi bukan bahagia yang 'diam' dalam hati, ia cuma menempel sebentar di dinding hati kemudian lenyap begitu cepat.

Carilah bahagia yang hakiki di atas jalan yang telah dibentangkan oleh kekasih Allah, Muhammad SAW. Bahagia itu adalah redha. Cukup senang formulanya tetapi susah dilakukan kecuali oleh orang yang bijak mengawal perasaan lagi beriman.


Tanda redha ada tiga. Pertama adalah kata yang baik ketika menerima ujian Allah. Innalillahi wainna ilaihi rajiun (Kami adalah milik Allah dan kepada Allah kami akan dikembalikan). Bukan sumpah seranah dan maki hamun rasa tak puas hati.

Kedua, ketika susah ingatlah dengan nikmat Allah yang banyak. Di situ anda akan berasa beruntung dengan apa yang ada pada diri.Ketiga, ikhtiar jangan berhenti. Redha bukan bermakna menerima tanpa usaha. Itu adalah putus asa dan pesimis namanya. Tapi redha adalah semangat yang membangkitkan hati yang sedih, yang menajamkan akal fikiran, menguatkan hentakan kaki dan membuahkan idea yang bernas untuk berjaya. Jadilah orang yang bahagia dengan kekuatan yang tersimpan dalam mustika yang bernama redha kepada Allah. 





Free Personal signatures - cool!

TEXTAREA_ID

menghaRaPkan balaSan bila berbUaT kebaikan??












aSsalamUalaikum..



Semakin kita sering menganggap diri penuh berjasa dan penuh kebaikan pada orang lain, apalagi menginginkan orang lain tahu akan jasa dan kebaikan diri kita, lalu berharap agar orang lain menghargai, memuji, dan membalasnya maka semua ini bererti kita sedang membangun penjara untuk diri sendiri dan sedang mempersiapkan diri mengarungi samudera kekecewaan dan sakit hati.

Ketahuilah bahawa semakin banyak kita berharap sesuatu dari selain Allah SWT, maka semakin banyak kita akan mengalami kekecewaan. Kerana, tiada sesuatu apapun yang dapat terjadi tanpa izin Allah. Sesudah bermati-matian berharap dihargai makhluk dan Allah tidak menggerakkan orang untuk menghargai, maka hati ini akan terluka dan terkecewa kerana kita terlalu banyak berharap kepada makhluk. Belum lagi kerugian di akhirat kerana amal yang dilakukan tidak tulus dan tidak ikhlas, iaitu beramal bukan kerana Allah.

Selayaknya kita menyedari bahawa yang namanya jasa atau kebaikan kita terhadap orang lain, sesungguhnya bukanlah kita berjasa melainkan Allah-lah yang berbuat, dan kita dipilih menjadi jalan kebaikan Allah itu berwujud. Sesungguhnya terpilih menjadi jalan saja sudah lebih dari cukup kerana andaikata Allah menghendaki kebaikan itu terwujud melalui orang lain maka kita tidak akan mendapat ganjarannya.

Jadi, ketika ada seseorang yang sakit, lalu sembuh berkat usaha seorang doktor. Maka, sememangnya bukan doktor yang menyembuhkan pesakit tersebut, melainkan Allah-lah yang menyembuhkan, dan sang doktor dipilih menjadi jalan. Seharusnya doktor sangat berterima kasih kepada sang pesakit kerana selain telah menjadi ladang pahala untuk mengamalkan ilmunya, juga telah menjadi jalan rezeki dari Allah baginya. Namun, andaikata sang doktor menjadi merasa hebat kerana jasanya, serta sangat menuntut penghormatan dan balasan yang berlebihan maka selain memperlihatkan kebodohan dan kekurangan imannya juga semakin tampak rendah mutu keperibadiannya (seperti yang kita maklumi orang yang tulus dan rendah hati selalu bernilai tinggi dan penuh pesona). Selain itu, di akhirat nanti nescaya akan termasuk orang yang rugi kerana tidak beroleh pahala ganjaran.

Juga, tidak selayaknya seorang ibu menceritakan jasanya mulai dari mengandung, melahirkan, mendidik, membiayai, dan lain-lain semata-mata untuk membuat sang anak merasa berhutang budi. Apa lagi jika dilakukan secara emosional kepada anak-anaknya, kerana hal tersebut tidak menolong mengangkat wibawa seorang ibu bahkan boleh jadi yang terjadi adalah sebaliknya. Kerana sesungguhnya anak sama sekali tidak memesan untuk dilahirkan oleh ibu, juga semua yang ibunya lakukan itu adalah sudah menjadi kewajipan seorang ibu. 



Percayalah bahawa kemuliaan dan kehormatan serta kewibawaan seorang ibu/bapa justeru akan bersinar-sinar seiring dengan ketulusan ibu menjalani tugas ini dengan baik, Insya Allah. Allah-lah yang akan menghujankan rasa cinta di hati anak-anak dan menuntunnya untuk sanggup membalas budi.
Seorang guru juga harus boleh menahan diri dari ujub dan merasa berjasa kepada murid-muridnya. Kerana memang kewajipan guru untuk mengajar dengan baik dan tulus. Dan memang itulah rezeki bagi seseorang yang ditakdirkan menjadi guru. Kerana setiap kebaikan yang dilakukan muridnya berkah dari ketekunan siguru akan menjadi ganjaran tiada terputus dan dapat menjadi bekal penting untuk akhirat. Kita boleh bercerita tentang suka duka dan keutamaan mengajar dengan niat bersyukur bukan ujub dan takabur. Perlu lebih hati-hati menjaga lintasan hati dan lebih menahan diri andaikata ada salah seorang murid kita yang berjaya, jadi orang besar. Biasanya akan sangat ghairah untuk mengumumkan kepada siapapun tentang jasanya sebagai gurunya dan kadang dengan bumbu penyedap cerita yang kalau tidak pada tempatnya akan menggelincirkan diri dalam riya dan dosa.

Andaikata ada sebuah kereta yang rosak lalu kita membantu menolongnya sehingga injinnya hidup dan boleh berjalan dengan baik. Namun ternyata pemandunya sama sekali tidak berterima kasih. Jangankan membalas jasa, bahkan menengok ke arah kita pun tidak sama sekali...andaikata kita merasa kecewa dan dirugikan lalu dilanjutkan dengan acara memarahi, menyumpahi, lalu menyesali diri dan memaki pemandu. Maka lengkaplah kerugiannya lahir maupun batin. Dan tentu saja amal pun jadi tidak berpahala dalam pandangan Allah kerana tidak ikhlas, iaitu hanya berharap balasan dari makhluk.

" Mari kita bersungguh-sungguh untuk terus berbuat amal kebajikan sebanyak mungkin dan sesegera mungkin. Setelah itu mari kita lupakan seakan kita tidak pernah melakukannya, cukuplah Allah yang Maha Melihat saja yang mengetahuinya". 



Allah SWT pasti menyaksikannya dengan sempurna dan membalasnya dengan balasan yang sangat tepat baik waktu, bentuk, ataupun momentumnya. Salah satu ciri orang yang ikhlas menurut Imam Ali adalah senang menyembunyikan amalannya bagai menyembunyikan aib-aibnya.

Selamat berbahagia bagi siapapun yang paling gemar beramal dan paling cepat melupakan jasa dan kebaikan dirinya, percayalah hidup ini akan jauh lebih nikmat, lebih ringan, dan lebih indah. Insya Allah.


Sekian untuk kali ini, jumpa lagi...


waALLAHualam...



Followers