senang-senang datang la lagi eyh..sahabaT amatlah dialU-alUkan...

Saturday 27 November 2010

mEncaRi rahmaT ILLAHI~




Mengikut kamus dewan, rahmat lebih membawa makna kepada sifat Allah yang mengasihani, memberkati, menganugerahi dan mengurniai. Di dalam Quran terdapat lebih daripada seratus perkataan rahmat (124 kali) yang telah disebut oleh Allah. Jika ditinjau dari istilah kamus dewan, takrifan rahmat dari Allah masih belum konkrit. Al Quran menjelaskan :

A-li Imraan: 132
Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, supaya kamu diberi rahmat.

Al An’aam: 147
Kemudian jika mereka mendustakanmu (wahai Muhammad) maka katakanlah: Tuhan kamu mempunyai rahmat yang luas melimpah-ruah dan azab seksaNya tidak dapat ditolak dari kaum yang berdosa.


Jelas di sini bahawa rahmat sememangnya milik Allah. Daripada ayat-ayat berikut dapatlah kita lihat contoh rahmat Allah.

A-li Imran: 159
Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu) dan pohonkanlah ampun bagi mereka dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya.

Yusuf: 49
 "Kemudian akan datang pula sesudah itu tahun yang padanya orang ramai beroleh rahmat hujan, dan padanya mereka dapat memerah (hasil anggur, zaitun dan sebagainya)".

Al Qasaas: 73
Dan di antara rahmat pemberianNya, Dia menjadikan untuk kamu malam dan siang (silih berganti supaya kamu berehat padanya dan supaya kamu berusaha mencari rezeki dari limpah kurniaNya dan juga supaya kamu bersyukur.

Saad: 43
Dan Kami kurniakan (lagi) kepadanya keluarganya, dengan sekali ganda ramainya, sebagai satu rahmat dari Kami dan sebagai satu peringatan bagi orang-orang yang berakal sempurna (supaya mereka juga bersikap sabar semasa ditimpa malang).

Hadis Bukhari Muslim mafhumnya:1597
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Allah s.w.t menjadikan rahmat sebanyak seratus bahagian. Dia menahan di sisiNya sebanyak sembilan puluh sembilan dan diturunkan ke bumi hanya satu bahagian. Dari satu bahagian inilah seluruh makhluk saling kasih mengasihi antara satu sama lain sehinggakan binatang mengangkat kaki dari anaknya takut terpijak atau menyakiti anaknya

Di antara contoh-contoh rahmat Allah daripada Al Quran dan hadis di atas ialah; bersikap lemah lembut, hujan, kejadian malam dan siang, anak  dan saling kasih mengasihi sama ada di kalangan manusia atau haiwan. Rahmat malam dan siang sahaja adalah merupakan satu rangkuman pelbagai rahmat lain yang tidak terkira seperti kejadian tumbuhan, haiwan, udara termasuk oksigen yang diperlukan manusia dan sumber makanan bagi semua makhluk di dunia.

Ar Ruum: 36
Dan apabila Kami beri manusia merasai sesuatu rahmat, mereka bergembira dengannya (sehingga lupa daratan) dan jika mereka ditimpa sesuatu bencana disebabkan apa yang telah dilakukan oleh tangan mereka sendiri, tiba-tiba mereka berputus asa.


Daripada surah Ar Ruum di atas dapat juga dirumuskan bahawa sesuatu yang membawa kegembiraan juga adalah rahmat daripada Ilahi seperti pangkat, kemewahan, kuasa dan kekayaan.

Daripada penjelasan di atas, secara mudah rahmat Ilahi adalah setiap sesuatu perkara positif yang dikehendaki oleh manusia yang tidak melanggar batas agama seperti rahmat sihat, pendengaran, penglihatan, kenyang, tidur, jaga, mempunyai anak, pekerjaan, harta, nikmat kesedapan makanan, gigi, nikmat bersuami isteri, berkasih kasihan, hujan, panas, udara, tumbuhan, harta dan kekayaan.

Daripada surah Ar Ruum ayat 36 di atas juga Allah telah menerangkan bahawa Allah akan menarik kembali rahmat ini mengikut kehendak Nya. Contoh kes seperti ini ialah suami isteri yang tidak lagi berkasih kasihan malah bercakaran, Ada yang mempunyai pekerjaan yang baik tetapi sudah diberhentikan. Ada yang mempunyai anak tetapi Allah telah mengambil kembali mereka pada usia muda. Ada yang dahulunya sihat tetapi kini menghidapi pelbagai jenis penyakit. Ada yang dahulunya tenang dan tenteram tetapi kini menjadi kusut dan buntu. Ada pasangan isteri atau suami tetapi kini hidup menjanda / menduda. Ada yang dahulunya kerja di pejabat cantik molek tetapi kini telah diturunkan pangkat.  Ada yang dahulunya tidak banyak hutang tetapi kini sudah bertapuk dan di kejar along. Dahulu ada rumah atau kedai tetapi kini telah terbakar. Dahulunya kereta cantik berkilat, kini sudah pun rosak atau kemalangan atau telah hilang dicuri. Dahulu aman tidurnya tetapi kini tidak lagi semenjak rumah dimasuki pencuri dan hilang harta beribu-ribu RM. Dahulu keluarga sangat harmoni tetapi kini anak-anak sering bergaduh sesama mereka malah lebih teruk apabila mereka bergaduh dengan ibu bapa mereka. Dahulu sewaktu anak masih kecil mereka diberi penuh kasih sayang tetapi kini mereka kerap melawan dan tidak menghormati ibu bapa lagi. Dahulu dengan jiran saling hormat menghormati tetapi kini saling bermusuhan dan membenci. Dahulu di sekolah rendah anak pandai tetapi SPM cuma pangkat 3. Sewaktu dahulu duit melimpah ruah tetapi apabila semakin tua mereka menjadi semakin miskin dan kerap putus duit. Dahulu lemah lembut tetapi kini selalu marah-marah. Dahulu anggota badan sempurna tetapi kini cacat. Dahulu senang tidur tetapi kini kalau nak tidur kena makan pil tidur, itu pun belum pasti tidur lagi. Belum kahwin, engkaulah bulan engkaulah intan engkau lah payung tetapi selepas kahwin pantang bercakap sikit pasti berkesudahan dengan pergaduhan. Sejak kecil mendapat nikmat tidur, tetapi menjelang 20an nak tidur sahaja pasti ada lembaga yang menindih hingga takut untuk tidur. Ada yang dahulu suka makan kacang, rempeyek dan apel tetapi kini sudah tidak boleh mengunyah benda keras. Dahulu mata masih 20 / 20 kini dah kena pakai cermin mata. Dahulu hasil kebun menjadi tetapi kini hasil kelapa sawit sudah banyak menurun. Dahulu bawa kereta elok saja dan tak terlibat kemalangan tetapi kini kerap terlibat dengan kemalangan. Dahulu perniagaan sangat maju tetapi hari ini rugi menggunung serta banyak lagi contoh di mana Allah telah mengambil semula rahmatNya...



Wednesday 24 November 2010

soalan2 sebelUm bertUnang~







Membuat keputusan untuk berkahwin bukanlah suatu perkara yang mudah. Perkahwinan bererti memasuki suatu alam yang berlainan sama sekali dengan alam yang pernah dilalui sebelumnya, bak kata Tan Sri S M Salim dalam salah satu lagunya, ‘dulu lain sekarang lain, dulu bujang sekarang dah kahwin’.


Setiap pasangan yang berkahwin pastinya mengharapkan perkahwinan itu kekal bahagia buat selama-lamanya. Ramai yang berjaya. Namun tidak kurang pula yang kecewa.


Al-Ustaz Jasim Muhammad al-Mutawwa’, bekas kadi ahwal syakhsiyyah di Kuwait menyimpulkan antara sebab berlakunya keretakan dan kegagalan dalam perkahwinan adalah kurang taaruf atau tidak mengenali antara satu sama lain dengan mendalam sebelum berkahwin.
Taaruf yang mendalam atau mengenali bakal teman hidup sebelum melangsungkan perkahwinan sangat penting demi menjamin kesejahteraan dan keseimbangan dalam menjalani kehidupan berumahtangga.
Ini tidak bermakna pasangan mesti melalui alam percintaan sebelum berkahwin, kerap bertemu dan berhubung melalui panggilan telefon, sms, chatting dan sebagainya.
Percintaan sebelum berkahwin seperti yang dilakukan oleh segolongan masyarakat dan ditonjolkan dalam segala macam media sebagai suatu kemestian, suatu dunia yang penuh dengan keindahan dan keseronokan adalah sebenarnya penipuan belaka.
Alam percintaan tidak mendedahkan hakikat diri yang sebenarnya. Masing-masing berusaha menunjukkan yang terbaik sahaja di hadapan pasangannya.
Setelah berkahwin barulah terbongkar segala rahsia, segala perangai dan sikap buruk yang selama ini disembunyikan.
Untuk mengenali calon pasangan hidup anda dengan mendalam, al-Ustaz Jasim Muhammad al-Mutawwa’ mencadangkan agar anda mengajukan 10 soalan.
Soalan-soalan ini boleh diajukan secara langsung semasa sesi taaruf, atau melalui orang tengah. Jika calon memilih untuk bertemu, melihat dan berkenalan pastikan pertemuan itu tidak dilakukan secara berdua-duaan di tempat suci dan terpencil.
Jangan cemari niat yang suci dengan melanggari perintah Allah dan Rasul. Jangan relakan syaitan menjadi orang ketiga di antara anda dengan si dia.
10 soalan itu adalah:
1. Apakah wawasan hidupnya?
Setiap orang mempunyai wawasan dan cita-cita yang ingin dicapai dalam hidupnya. Inilah yang perlu anda ketahui mengenai bakal pasangan hidup anda.
Sekiranya anda dan dia mempunyai wawasan dan matlamat hidup yang sama maka perselisihan dalam rumahtangga akan berkurangan.
2. Bagaimanakah kefahamannya mengenai konsep perkahwinan?
Kefahaman serta tasawur atau gambaran yang jelas mengenai perkahwinan amat penting.
Sekiranya kedua-dua pihak mempunyai kefahaman yang berbeza, umpamanya satu pihak menganggap perkahwinan hanya sekadar memenuhi tuntutan nafsu semata-mata, sedang satu pihak lagi memandang sebagai satu ibadah, sudah semestinya rumahtangga yang bakal dibina tidak akan aman daripada perselisihan dan pergaduhan.
3. Apakah sifat-sifat yang digemari dan tidak digemarinya?
Adalah penting bagi setiap pasangan mengetahui kegemaran pasangannya, apa yang disukai dan tidak disukainya kerana kadang-kadang perselisihan berlaku disebabkan kelainan kegemaran dan citarasa.
Sekiranya kegemaran setiap pihak diketahui terlebih awal mungkin perselisihan dapat dielakkan.
4. Apakah pandangannya mengenai anak pada tahun pertama perkahwinan?
Setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza mengenai masa yang sesuai untuk menimang cahaya mata.
Sekiranya satu pihak belum bersedia sedang pihak yang satu lagi sudah tidak sabar untuk bergelar ibu atau ayah, pastilah kedua-dua pihak akan berasa tertekan dan perhubungan akan jadi tegang.
5. Adakah dia mempunyai masalah kesihatan atau kecacatan?
Masalah kesihatan yang kronik atau kecacatan semula jadi pada anggota badan tidak wajar disembunyikan.
Mengetahui adanya penyakit atau kecacatan tertentu akan mempengaruhi keputusan yang bakal diambil.
Menyembunyikan penyakit yang kronik atau kecacatan yang mengaibkan boleh dianggap sebagai satu penipuan.
6. Adakah dia seorang yang suka bergaul?
Sesetengah orang suka bergaul dengan pelbagai lapisan masyarakat, mempunyai kawan dan kenalan di merata-rata tempat. Sesetengah yang lain pula suka menyendiri, tidak pandai berkawan dan sukar didampingi.
Orang macam mana yang anda cari?
7. Bagaimana hubungannya dengan ahli keluarganya?
Perkahwian bukan sekadar aqad yang mempertemukan antara dua jiwa. Sebaliknya perkahwinan merupakan hubungan kemasyarakatan yang mencantumkan antara dua keluarga atau lebih.
Oleh itu bakal tunangan harus tahu status keluarga serta hubungan mereka antara satu sama lain. Hubungan kekeluargaan juga sedikit sebanyak menggambarkan keperibadian seseorang.
8. Apakah kegemarannya dan bagaimana dia mengisi waktu lapangnya?
Kegemaran serta cara seseorang memenuhi masa lapangnya juga memberi gambaran tentang wawasan serta cita-citanya dalam hidup ini.
9. Adakah dia aktif dalam mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau pertubuhan kebajikan?
Keaktifan dalam persatuan kebajikan atau pertubuhan sukarela menggambarkan dia bukan seorang yang sombong dan mementingkan diri.
Orang yang hidupnya sekadar untuk memenuhi cita-cita dan wawasan peribadi semata-mata sebenarnya hidup dalam dunia yang sempit dan mati sebagai insan yang kerdil.
Tetapi orang yang hidup dalam perjuangan akan hidup sebagai insan yang hebat dan apabila dia mati namanya akan dikenang zaman-berzaman.
10. Apakah pandangannya sekiranya ibu bapa masuk campur dalam urusan peribadi atau urusan rumahtangga mereka?
Setengah orang menganggap rumahtangga adalah masalah peribadi yang terlalu khusus. Tiada seorang pun yang boleh masuk campur walaupun ibu bapa sendiri.
Hal ini sangat penting diketahui oleh setiap orang yang akan memasuki gerbang perkahwinan.
Apakah pandangan bakal pasangan hidupnya.
Adakah dia termasuk dalam golongan di atas atau sebaliknya seorang yang terlalu bergantung kepada kedua-dua ibu bapanya walaupun telah berkeluarga?
Apabila anda telah mendapat jawapan yang bersesuaian dengan apa yang dicari, maka teruskanlah hasrat anda untuk melamarnya. Begitu juga halnya dengan pihak yang dilamar.
Pastikan anda mengenali jejaka yang melamar itu dengan mengajukannya 10 soalan di atas.

Monday 22 November 2010

bercinTa dalam isLam...




CINTA adalah sebahagian daripada fitrah manusia. Cinta memang sudah ada dalam diri kita. Bersyukurlah orang yang diberi cinta dan mampu menyingkap rasa cinta dengan tepat dan menurut syariah.

Bercinta tidak salah jika diniatkan untuk menuju alam perkahwinan yang diredhai Allah. 

Nabi Muhammad SAW meninggalkan resipi cinta yang diriwayatkan Abdullah bin Mas'ud: 

“Wahai generasi muda, barang siapa di antara kalian mampu serta berkeinginan untuk bernikah. Kerana sesungguhnya pernikahan itu dapat menundukkan pandangan mata dan memelihara kemaluan. Dan barang siapa di antara kalian belum mampu, maka hendaklah berpuasa, kerana puasa itu dapat menjadi penghalang untuk melawan gejolak nafsu.” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Ibnu Majah, dan Tirmidzi)

Apabila kita sudah membetulkan niat, maka kita mesti menjadikan diri kita ‘soleh ataUpun solehah’ supaya orang yang soleh ataU solehah akan datang menemui kita atau ditemukan Allah. 

Kita wajib ingat bahawa jodoh adalah ketentuan Allah, manusia hanya boleh merancang tetapi Allah yang menentukan. Kita cuma dapat berusaha mencari jodoh yang baik menurut Islam.

Firman Allah yang bermaksud: “Dijadikan indah pada pandangan manusia, kecintaan kepada apa-apa yang diinginkan iaitu wanita, anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allah tempat kembali yang baik.” (Surah al-Imran, ayat 14)

Cinta paling tinggi martabatnya adalah cinta kerana Allah, kita bertemu dan berpisah kerana Allah. Pakar psikologi, Prof Madya Dr Mat Saat Baki, pernah menulis: “Cinta itu berkembang. Kita tidak jatuh cinta. Cinta pandang pertama adalah satu mitos. Sebenarnya perasaan cinta itu berkembang dari semasa ke semasa. Lebih lama kita memahami, mengenali seseorang itu, akan lebih dalam perasaan cinta. Namun, menurut beberapa kajian dan perkongsian pengalaman, ternyata cinta pertama tidak diperlukan sebagai asas kebahagiaan tetapi boleh membantu untuk mencapai kebahagiaan.”

Tetapi jika tidak berhati-hati, cinta boleh membutakan mata hati kita. Seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: 

“Cintamu kepada sesuatu menjadikan kamu buta dan tuli.” (Hadis riwayat Abu Daud dan Ahmad)

Sabda Rasulullah lagi yang bermaksud: “Hendaklah kita benar-benar memejamkan mata dan memelihara kemaluan, atau nanti Allah benar-benar akan menutup rapat matamu.” (Hadis riwayat Tabrani)

Cinta yang selalu menjadi dugaan dan membawa padah ialah cinta yang cenderung kepada maksiat. Cinta yang semakin menggelorakan hawa nafsu, makin berkurang rasa malu dan akhirnya terlanjur. 

Inilah paling merbahaya. Dari sinilah bermulanya fenomena cinta terlarang, seks tanpa nikah yang merosakkan generasi dan mencemar keturunan.

Allah berfirman yang bermaksud: 

“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.” (Surah Al Isra', ayat 32)

Islam tidak melarang atau mengekang manusia daripada rasa cinta tetapi mengarahkan cinta berjalan di atas landasan yang menjaga martabat kehormatan, baik wanita mahupun lelaki. Jika kita jatuh cinta, perlu berhati-hati kerana seperti minum air laut, semakin diminum semakin haus. Cinta yang sejati adalah cinta yang tumbuh selepas akad nikah.Cara untuk mengendalikan rasa cinta adalah dengan menjaga pandangan, tidak berkhalwat atau berdua-duaan dalam bentuk apapun dan tidak saling bersentuhan apatah lagi bercium dan berpelukan, memang jelas haramnya.

Seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: 

“Janganlah seorang lelaki dan wanita berkhalwat (berduaan di tempat sepi), sebab syaitan menemaninya, janganlah salah seorang daripada kalian berkhalwat dengan wanita, kecuali disertai dengan mahramnya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Jika bimbang keterlanjuran cinta, alihkan rasa cinta itu kepada Allah dengan membanyakkan selawat, zikir, istighfar dan solat sehingga kita tidak diperdayakan oleh nafsu. Jika kita tewas, nafsu yang akan memperdayakan kita..

waALLAHualam~





Sunday 21 November 2010

Bercerminlah Pada Cermin Sejati


Tentu hampir antara kita semua pernah bercermin kan?  Ketika hendak berangkat kerja, bersiap-siap pergi ke kampus, atau sekedar menyisir rambut dan merapikan tudung, kita tidak lupa untuk menyempatkan diri kita untuk bercermin. Bahkan ada diantara kita yang dengan setia membawa cermin kecil bersamanya setiap maSa...

Tapi sedarkah kita bahwa walaupun cermin memantulkan bayangan yang sesuai dengan apa yang ada, namun tetap saja ia bersifat subjektif. Kerana apa ? 


Kerana kesimpulan akhir yang terungkap dari bayangan di cermin tentu saja dikeluarkan oleh orang yang bercermin. Ketampanan, kecantikan, dan bayangan seindah apapun yang terpantul dari cermin tentang diri kita tetap saja merupakan sesuatu yang tidak objektif. Lantas, siapakah cermin sejati itu ? Jawapannya adalah orang lain...

Inilah sebuah kenyataan yang harus kita terima bahawa orang lainlah tempat terbaik untuk menilai diri kita. 


Penilaian yang diberikan orang lain mengenai diri kita akan lebih objektif kerana bagaimanapun orang lain bebas dari nilai-nilai ego yang begitu kuat mengenai diri kita. 


Namun apa yang dihasilkan dari hasil bercermin kepada orang lain bukanlah sesuatu yang dapat kita peroleh secara sepenUhnya... 


aPa yang dihasilkan ternyata harus diterima dengan kerelaan kita untuk menerima penilaian bukan hanya yang bernilai positif namun juga yang negatif. 


Dikatakan sUsah ya disini kerana memang sangat jarang manusia yang mampu berlapang dada mengakui kekurangan dalam dirinya. Manusia akan merasa terhina ketika kelemahannya diberitahukan kepada dirinya. Dan akan merasa bahagia ketika hal yang sebaliknya dilakukan.


Secara jujur, kita harUs mengatakan bahwa banyak dari kita yang belum mampu berlapang dada untuk menerima berita kelemahan mengenai diri kita yang biasanya diberikan dalam bentuk kritikan. 



Kita cenderung hanya mampU menerima penilaian mengenai diri kita yang sempurna tiada cacat sedikitpun. Padahal inilah rahSia mengapa Allah menyuruh kita untuk saling bertaushiyah, yaitu menyampaikan kritikan antara sesama kita dan bersamaan dengan itu berlapang dada untuk menerimanya. 


Dan memang seperti itulah seharusnya manusia yang baik. Bahkan seseorang dalam memUhasabah diri daripada kritikAn, akan menjadiKan seSeorang itU menjadi pemimpin yang semakin hari semakin memiliki kualiti diri. 


Hal ini tanpa disedari terjadi kerana pada hakikatnya kelapangan dada untuk menerima kritik adalah selaraS dengan usaha melakukan pembaikkan dan peningkatan kualiti diri kiTa ini...

Oleh sebab itu, budaya bercermin pada cermin sejati inilah yang seharusnya kita kembangkan dalam diri kita. 


Kerana selain sebagai cara untUk melatih diri agar telUs terhadap diri sendiri, juga sebagai pengingat kepada kita sebagai hamba Allah adalah makhluk yang lemah dan tidaKlah sempUrna... 

Wallahu a'lam bishowab.....





Saturday 20 November 2010

kahwin ketika belajar..

Assalamualaikum wbt..

tapi bukan lah drpd pengalaman sendiri..sekadar berkongsi ilmu yg diperolehi drpd pembacaan dan pemerhatian…

kahwin ketika belajar ni, ade pro dan kontra nya..
tapi kedua2 kesan tersebut berbalik kepada bagaimana dan sejauhmana kebijaksanaan mereka (pasangan suami isteri tersebut mengendalikan) bahtera rumah tangga mereka..

maklumlah nak ngadap buku lagi..keluarga..anak2 dan amanah2 lain yg dipikul bersama..

sebab tu kalu nak mndirikan masjid ketika blajar nih..sebaik2nya kedua2nya perlu memiliki persediaan yang mantap drpd segi.rohani dan jasmani, fizikal dan mental, material serta ilmu2 yang berkaitan dgn pengurusan rumah tangga dan kekeluargaan…

persoalannya..bagaimana kalu persediaan yg ade still tak mantap tetapi kedua2 belah pihak bersedia utk mendirikan rumah tangga?...maka ade baiknya kita semua mengambil kira hal2 yg berikut….


1).memberi peluang terhadap pasangan masing2 utk mempelajari,memperbaiki kelemahan diri..mengadaptasi suasana baru sebagai suami isteri..esp diawal2 usia perkahwinan (3-5 tahun pertama).


2). Sabar,saling mempercayai,bertolak ansur, saling Bantu membantu kepada pasangan anda..berusaha memahami kondisi masing2 yg mempunyai komitmen lain sebagai pelajar,suami/isteri, bapa/ibu,tanggungjawab sebagai anak (tanggungan keluarga) dan yg seumpama dengannya…dalam hal ini..kita perlu saling memberi semangt,sokongan dan saling menguatkan pasangan masing2 sekiranga rumah tangga anda menghadapi masalah..esp drp segi kewangan dan sebagainya…


3). Sekiranya berhadapan dgn masalah yang melibatkan kedua belah pihak…cubalah cari penyelesaian yang terbaik dan menguntungkan kedua2nya…bersikap matang dan rasional serta selalulah berbincang dari hati ke hati utk mewujudkan persefahaman antara satu sama lain…

justeru itu, kedua2nya perlu memiliki mind setting yg betul+tepat mengenai perkahwinan yg dibina…ikatan perkahwinan bkn utk sehari dua, tetapi utk selamanya bahagia dalam redha Allah dunia dan akhirat…maka kedua2nya perlu berfikir kearah yg positif…jika belahrlaku permasalahan atau salah faham..segera diselesaikan..tetapi bukan dgn mengambil jalan mudah..perceraian tetapi keputusan tersebut perlu kearah mencari jalan perdamaian antara kedua belah pihak…memikirkan masa depan anak2,hubungan baik kedua2 belah keluraga suami dan isteri serta mahligai yg dibina..


4).bersedia utk sama menghadapi susah dan senang hidup bersama…tidak meminta permintaan atau perkara2 yang tidak munasabah mahupun yang diluar kemampuan pasangan masing2..


5)menerima pasangan anda seadanya..tidak memperlekehkan keupayaan mereka,saling menghormati antara satu sama lain…ini kerana , selepas berumah tangga baru kita kenal perangai sebenar pasangan kita..’alakulillha..lihatlah pada kelebihan mereka..sekiranya nampak kekurangan..tegur lah secara berhikmah…saling ingat mengingatkan…agar kedua2nya dapat memperbaiki mana2 yg kurang pada diri sendiri…


6) menghormati serta menerima keluarga pasangan anda seadanya…Sokongan drpd pihak keluraga (suami dan isteri)ini amat penting sekali bg pasangan yg berkahwin ketika belajar …sebaik2 nya..biarlah keputusan anda yg ingin mendirikan masjid ini mendapat keredhaan dan restu drpd mereka esp kedua2 ibu dan bapa..hal ini kerana..keluarga adalah mereka yg paling dekat kita utk membantu kita dalam kesusahan…


7) membetulkan niat utk mendirikan masjid…sedar pernikahan dan perkahwinan bukan shja mengenai keseronokkan setelah sah menjadi suami dan isteri..tetapi juga melibatkan mengenai amanah yg dipikul sebagai suami keatas isteri,isteri terhadap suami, ibu dan ayah terhadap anak2 yang akan lahir dan sebagai anak/menantu kepada keluarga kedua2 belah pihak..hal ini kerana..keluraga adalah merupakan satu unit yg berperanan utk melahirkan generasi rabbani pada masa akan datang…


hal ini perlu diambil berat kerana antara salah satu punca keruntuhan moral yg berlaku pada hari inu adalah berpunca drpd keluarga yg tidak bahagia…

8) meninggalkan gaya hidup ketika bujang…mematang dan mendewasakan diri…ade perancangan dalam pengurusan rumah tangga yg teratur…tidak bersikap lepas tangan… tetapi same2 berusaha utk mencapai kebahagiaan dan kerukunan rumah tangga..menjauhi segala perkara yg boleh yang boleh membawa kepada salah faham…tidak membesarkan perkara yg remeh-temeh…serta mempunyai matlamat yg jelas tentang masa depan rumah tangga yang dibina…


9) mengenai aspek material dan ekonomi juga perlu bijak menguruskannya..maka sekiranya tidak berkemampuan, maka janganlah mendesak pasangan anda atau mengharapkan kehidupan yang serba mewah…hal ini perlu ditekankan..kerana setelah berkahwin..sekiranya anda memilih utk tinggal dirumah sewa..anda perlu berfikir mengenai soal kos kehidupan..belanja sewa rumah, barang2 dapur2..keperluan anak2..api dan elektrik dan sebagainya..berbincang dan carilah jalan yang terbaik utk mengatasi masalah ini..insyaAllah sekira matlamat perkahwinan ini kerana Allah…walau bagaimana susah sekalipun anda berhadapan dgn masalah kewangan..pasti ade jalan keluarnya..tapi yang penting..mesti ada inisiatif ,usaha dan kesungguhan…cari alternatiF utk sumber kewangan..bukan just duduk goyang kaki…


10)..berusahalah utk memenuhi ilmu didada terutamanya ilmu agama agar kita diperteguh kan iman dan diberi kekuatan jiwa dalam melayari kehidupan dalam alam rumah tangga..


berusahalah utk sama2 mewujudkan suasana harmoni dalam rumah tangga berteraskan islam(sunnah rasulullah saw.)

insyaAllah…walau terpaksa berhadapan dgn pelbagai kepayahan..namun sentiasa ade keberkatan dalam rumah tangga tersebut…inilah hikmahnya apabila kita sentiasa istiqamah utk menghidupkan suasana keluarga yang ade roh islam (biah soleh) dan kembali kepada Allah subhanahu wataala dalam segala urusan yang kita laksanakan…

insyaAllah..zuriat yang lahir menjadi anak2 yang soleh dan solehah yang sentiasa mendoakan kesejahteraan hidup dunia dan akhirat kita semua,amin ya rabbal’alamin….


Maka disini dapatlah saya simpulkan bhw..perkahwinan dalam usia muda bagi mereka yg sedang belajar ini,insyaAllah..bukanlah penghalang kepada tumpuan kita dalam bidang pelajaran . perkahwinan ini bukan sahaja dapat mencegah drpd kemungkaran dan maksiat, malah memberi banyak manfaat drpd segi ketenteraman jiwa, aspek pembentukan peribadi muslim sejati (sbg peminmin keluraga ), melahirkan genarasi rabbani, mewujudkan suasana keluarga yg harmoni semata2 utk mendapatkan keredhaan Allah dunia dan akhirat…

Dan last but not least..renungilah…
“sesungguhnya apa yang allah kehendaki pasti akan terjadi meskipun tidak seiring dgn kehendak kita..tetapi apa yang kita ingini TAK mungkin menjelma apabila tidak seiring dengan kehendak ilahi…”-imam as-syafie



waallahu’alam

moga ilmu yang sedikit ini..dapat memberi manfaat kepada kita semua,insyaallah…

kalu ade yang kurang…harap shbt2 semua sudi menambah dan berkongsi pandangan dan pengalaman…jazakumullahukhairan kathira’....




Friday 19 November 2010

Pesan Roh Kepada Manusia



"Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia.

Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut".
Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu :
"Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh".

Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :
"Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh".

Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.

Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi janda. Maka janganlah kamu menyakitinya.Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian
menyakiti mereka.

Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya". Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada

jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.

Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: "Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku".

"Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku".

"Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku". Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah.

Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama.

Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab: "Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku".

Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka.

Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya. Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari...

Sunday 14 November 2010



so? macamnane la kan? renUng-renungkanlah~
ya-ALLAH berikanlahkU kekUatan...


mengaPa penyanyi dibaYAr lebih berbanding uStaz??


Bezanya macam langit dengan bumi.....
Mengapa penyanyi di bayar lebih tinggi dari ustaz ? apa yang kiTa cari didUnia ni?? dunia semata-maTakah?

Pemujaan orang ramai terhadap artis memang hebat sejak dulu hinggalah sekarang.Kadang-kadang pemujaan tersebut berlebihan sehingga artis itu menjadi super.Tidak seperti seorang ustaz atau guru agama,pemujaan tidaklah sehebat begitu.Begitu juga dengan pendapatan antara seorang ustaz dengan seorang artis amat jauh sekali,macam langit dengan bumi.Seorang artis seperti seorang penyanyi yang popular dan terkenal sanggup di bayar sebanyak antara RM60,000 hingga RM80,000 bahkan ada penganjur yang sanggup membayar sehingga RM100,000 untuk satu atau pun dua jam saja.


Penonton pula sanggup membeli tiket sehingga RM100 untuk satu orang dan mampu mengadap penyanyi itu menyanyi lebih dari satu jam atas pentas. Setelah menonton konsert artis itu selama lebih dari satu jam misalnya,apa hasilnya yang kita perolehi? Adakah kita mendapat ganjaran apa-apa?Malah kita pulang dengan tangan kosong dan kosong dada.Kita tidak dibekalkan apa-apa dari pertunjukan selama satu jam itu.Hanya artis itu sahaja yang mendapat ganjaran yang lumayan hasil dari pertunjukan itu.

puashaTi dan seronok.itUlah yang seringkali bermain di mulut remaja-remaja maSa kini...ingat bahawa itu semUA rancangan yahUdi untuk menyesatkan kita...


Sebenarnya rencana ini saya cuba hendak memperkatakan pendapatan antara seorang artis dengan seorang ustaz dan cuba mahu menunjukkan sikap orang-orang kita(Islam)terhadap seorang artis dengan seorang guru agama. Kerana kejahilan setengah dari orang-orang kita dalam soal hiburan dan ilmu,maka ada diantara kita-kita ini sanggup membeli tiket untuk menyaksikan konsert seorang penyanyi begitu mahal.Mereka sanggup berdepan dengan penyanyi itu dalam jangka masa yang lama antara satu jam hingga satu jam setengah.


Malah kadang-kadang kita melihat ada orang-orang tua yang usia mereka yang pada pendapat umum memanglah tidak patut untuk menyaksikan konsert serupa itu turut menyaksikannya.Tetapi oleh kerana adanya ajakan syaitan dan faktor-faktor tidak ada ilmu atau dengan lain kata "kosong dada",orang-orang tua yang kubur kata "mari",masih mampu untuk mengeluarkan wang untuk menyaksikan konsert tersebut.Kita tentulah tidak melarang untuk menyaksikan konsert serupa ini,tetapi kenapa kuliah agama,ceramah agama tidak ada seorang pun yang sanggup membayar ustaz sebanyak mana yang di terima oleh seorang penyanyi?


Bukan itu saja,pendapatan seorang guru agama yang memberikan ceramah agama kira-kira satu jam ataupun lebih hanya dibayar antara RM60 hingga RM100.Kadang-kadang dalam hujan,ribut,petir sabung menyabung,ustaz terpaksa juga datang memberikan kuliahnya kerana murid-murid sudah sedia menanti. Bukan main letih ustaz menempuh hujan lebat dan kadang-kadang terpaksa mengharung banjir untuk sampai ke madrasah atau ke masjid di mana kuliah ataupun ceramah agama itu diadakan.Tempat ustaz menyampaikan ceramah itu,tidak ada "penghawa dingin" hanya kadang-kadang duduk bersila bersandarkan kepada tiang masjid.Jarang benar kita temui ustaz memberikan ceramahnya dalam sebuah dewan yang berhawa dingin kecuali kalau majlis serupa ini atas undangan ataupun di hadiri orang-orang kenamaan.Kemudian bayarannya terlalu rendah sekali.Berbanding dengan bayaran kepada seorang penyanyi begitu tinggi sekali.Misalnya seorang guru agama memberikan kuliahnya setiap malam selama 30 malam maka pendapatannya hanya RM1,800 sebulan.


Tetapi seoran penyanyi yang hanya menyanyi satu jam akan menerima bayaran sebanyak antara RM30 ribu dan RM40 ribu.Kemudian apakah manfaat yang diterima oleh orang mendengar seorang penyanyi menyanyi dengan seorang ustaz memberikan kuliahnya?

Jawapannya tentulah berbeza.Kita yang menghadiri majlis kuliah agama tadi,bukan sahaja mendapat ganjaran pahala dari Allah,malah kita dapat membawa balik ilmu hasil dari ceramah yang disampaikan oleh seorang ustaz.
Menghadiri majlis taklim dan majlis agama seperti itu ganjaran yang di berikan oleh Allah tidak sama dengan seseorang yang bersembahyang sunat 1,000 rakaat.

Begitulah besarnya dan ganjaran pahala yang di berikan.dengan erti kata lain..menghadiri kuliah agama atau majlis taklim ini amatlah besar pahalanya bUat kita sahabat-sahabat...


Walaupun bukan hak kita untuk menentukan sama ada dapat ganjaran pahala atau tidak,tetapi itulah janji Allah mengenai majlis yang mulia ini.Tetapi bagaimanakah bagi seorang yang menghadiri majlis konsert seperti seorang penyanyi menyanyi di pentas?

Apakah ganjaran yang di perolehinya?

Apakah faedah yang di dapati bila dia melihat beberapa orang penari sebagai "penari latar" mengelinjang di sekeliling penyanyi itu ?

Tentulah kita sendiri dapat menjawabnya soalan-soalan tersebut.Itulah yang menghairankan kita bagaimana hal ini boleh jadi begini.


Kenapa seorang artis,seorang penyanyi mendapat sanjungan yang lebih mulia dengan dengan bayaran begitu tinggi di bandingkan dengan seorang guru agama ?

Di mana silapnya ?

Adakah kesilapan ini datang dari sikap orang islam kita yang melihat majlis hiburan itu lebih mulia dari majlis taklim ?

Bagaimana pun bolehlah di kaitkan iSu ini sebagai tanda-tanda dunia sudah akhir zaman ya sahabat-sahabat.Tanda-tanda yang diberitahu oleh Nabi saw kepada kita ialah dengan tercabut ilmu agama.

Maksudnya ialah orang ramai sudah mula tidak mahu mendekati majlis-majlis agama,tetapi lebih mandekati majlis-majlis hiburan dan menyanjung penyanyi-penyanyi contohnya karnival sure heboh yang di adakan round satu malaya.Untuk apa karnival itu?Terangkatnya ilmu agama ialah bila orang ramai mendewa-dewakan yang tidak sepatutnya di dewakan dan di sanjung sebaliknya mencemuh mereka yang tidak sepatutnya di cemuh.Kalau hal-hal ini masih lagi tidak disedari oleh setengah dari kita-kita ini,tunggulah masanya di mana Allah swt akan memperlihatkan kuasanya.Sekarang pun dah terlihat cuaca kita begitu panas,banyak kematian berlaku dan sebagainya.Contoh terbaik adalah negara Turki apakah gempa bumi yang melanda negara itu fenomena alam atau bala dari tuhan?...Semoga kita terlindung dan sentiasa di lindungi oleh Allah.Amin.

Renungkan firman Allah dalam ayat 25 surah Al-Anfal ini:
"DAN PELIHARALAH DIRIMU DARI BENCANA YANG BUKAN KHUSUS MENIMPA ORANG-ORANG YANG BERSALAH SAJA DI ANTARA KAMU,DAN KETAHUILAH BAHAWA ALLAH ITU KERAS SIKSAANNYA'".

waALLAHualam....



berhaTi-haTi semaSa di jalanRaya..


Bila Tayar Kereta Pecah


1. Sebaik sahaja tayar pecah JANGAN PANIK dan JANGAN TEKAN PEDAL BREK!!!


2. Pasang signal awas, lepaskan minyak dan pegang stering kuat2 dengan kedua2 belah tangan.


3. Turunkan ke gear rendah apabila kereta telah stabil spt 5-3-2- atau D-2-L dan bawa kereta ke tepi jalan.


4. Berhentikan kereta dengan membrek perlahan-lahan di gear 2.


5. Pastikan kereta berhenti di luar garisan tepi jalan dan tukar tayar kereta.


Jika tidak menekan brek, insya Allah semuanya akan selamat walaupun tayar pecah pada kelajuan 150 km/j. Jika ada penumpang di sebelah anda, minta bantuan untuk memegang stering semasa anda turunkan gear. Jika tayar kereta anda botak, jangan memandu terlalu laju semasa cuaca panas. sekian.


UTAMAKAN KESELAMATAN.


sekadar mempeRingaTi.....

Followers