senang-senang datang la lagi eyh..sahabaT amatlah dialU-alUkan...

Sunday 7 November 2010

beginiKah anda nanTi??



Sebelum Tido:

6 minggu: Selamat tido Sayaaang, mimpi indah-2 ya, mmmuach.
selePaS 6 bulan: Tolong matikan lampu tu, silau aah.
selePaS 6 tahun: Sana sikit lah... Tido kalau tak mengepit tak bole ker???!

Pakai Toilet:

6 minggu: Tak apa, U masuk ler dulu, I tak kisaaahhhh
selePaS 6 bulan: Masih lama lagi ke nih?
selePaS 6 tahun: Brug! brug! brug! (suara pintu digegar), kalau nak bertapa pilah gUnung ledang sana !!!

Balas SMS biLa sayang mengidam:

6 minggu barU kawin : Iye Sayang, jap lagi I sampai rumah. Sayang, I belikan murtabak
favourite U ye Sayang..
selePaS 6 bulan: Trafik jam aah
selePaS 6 tahun: K..


Dating process:

6 minggu pas kawen : I love U, I love U, I love U.
selePaS 6 bulan: Of course I love U.
selePaS 6 tahun: Iyalah!! kalau I tak cintakan U, buat apa I nikah dengan U???


Pulang Kerje:

6 minggu: Sayaaang, I dah balik nih...
dah 6 bulan : I'm BACK!!
selePaS 6 tahun: Masak apa hari ini??

Hadiah (ulang tahun):

6 minggu: Sayang, I harap U suka cincin yang I beli untuk U ni
pas 6 bulan: I beli lukisan, nampak sesuai dengan suasana ruang tengah
selePaS 6 tahun: pakai duit u sendirilah apa yg U nak.. i takde duit


kalaU telefOn berbUnyi:

6 minggu: Baby, ada yang ingin berbual ngan U di telefon nih
lepas 6 bulan: Eh... Your call...
selePaS 6 tahun: WOOIII TELFON BUNYI TUUUHHH.... ANGKAT AAAAAHHH!!!


maSakan sayang:

6 minggu pas kawen : Wah, tak sangka I, pandai U masak.Rasa pun sedappp...!!!
selePaS 6 bulan: Kita makan apa malam ini??
selePaS 6 tahun: HAH!! LAUK INI LAGI?

biLa ada yg bUaT saLah:

6 minggu: Sudahlah, tak apa, dah pecah pun, nanti kita beli lagi yang lain,eh
selePaS 6 bulan: Hati-hati, nanti jatuh tuh.
selePaS 6 tahun: Orang dah cakap banyak kali pon tak paham!!


kaLau dibeLi bajU baru:

6 minggu: Aduh sayang, U seperti bidadari dengan pakaian itu
selePaS 6 bulan: Lah... Beli baju baru lagi?
selePaS 6 tahun: DAH BERAPA RIBU HABIS BELI BAJU TU???


Merancangkan Holiday:

6 minggu
selePaS kawin : Macam mana kalau kita jalan-jalan ke Amerika atau ke tempat yg U nak honey?
selePaS 6 bulan: Kita ke Bukit Bintang aje ler... Senang sikit tak perlu naik flight...
selePaS 6 tahun: JALAN-JALAN??? DUDUK RUMAH AJE TAK BOLEH KE? BUANG DUIT JE!


TV:

6 minggu: Baby, kita nak tengok cite apa malam ini?
selePaS 6 bulan : Sekejap eh, citer bagus ah.
selePaS 6 tahun: JANGAN TUKAR-2 BOLE TAK..??


Sesebuah rumah tangga yang terbina dengan kasih sayang dan cinta antara suami dan isteri pastinya tidak akan tergugat andai ditimpa apa juga masalah pun. Kegagalan komunikasi yang memungkinkan keretakan perhubungan juga tidak akan timbul sekiranya suami tahu peranan sebagai seorang ketua dan pembimbing dalam rumah tangga.


Mana mungkin suami tidak bertegur sapa dengan isteri, sedangkan suara hati perlu diluahkan melalui senyuman dan kata-kata yang indah. Teguran dan nasihat yang baik juga perlu sentiasa disampaikan kepada isteri supaya bimbingan berterusan terlaksana seperti diperintahkan Allah SWT ke atas setiap suami.


Justeru, sekiranya suami dan isteri saling memahami peranan masing-masing seperti digariskan oleh agama, sudah pasti tiada masalah berlaku dalam rumah tangga, apatah lagi terjatuh cinta dengan orang lain sedangkan sudah ada pasangan yang halal didampingi.


Paling penting, jangan ada yang mengharapkan supaya rumah tangga yang dibina orang lain runtuh akhirnya kerana nafsu serakah yang jahat. Sebaiknya, doakan kerukunan rumah tangga sesiapa berpanjangan kerana sesungguhnya tiada tempat paling bahagia di dunia ini melainkan di dalamnya ada suami, isteri dan anak....




No comments:

Followers