Ayat di atas bermaksUd, jika seseorang itu melakukan syirik dan mati dalam keadaan tidak bertaubat, maka dosanya tidak akan diampunkan. Dia akan berada kekal di dalam neraka buat selama-lamanya. Manakala dosa selain dari syirik, Allah Taala akan ampunkan. Setelah dia menerima pembalasan yang sewajarnya di neraka, Allah akan memasukkannya di dalam syurga. Tidak kira dosa yg dilakukan besar ataupun dosa kecil. Dia tidak kekal berada di neraka sebagaimana pelaku dosa syirik yang tidak sempat bertaubat...
Jika pelaku dosa syirik itu bertaubat dengan taubat nasuha, dosanya akan diampunkan.dengan erTi kata lain, seSiapa yang pernah melakUkan sesUatU yang syirik yakni sryirik keciL atau besar yang jelaS ataUpn berselindUng...
Syirik jali ialah syirik yang terang, nyata dan besar yang boleh menyebabkan seseorang itu dianggap jatuh ke tahap kufur. Syirik ini boleh berlaku melalui salah satu daripada tiga keadaan iaitu:
- Menerusi i’tiqad seperti meragui atau menafikan kewujudan Allah. Justeru, mana-mana fahaman yang meragui dan menafikan kewujudan Allah seperti fahaman komunis dan ateis adalah jelas syirik.
- Menerusi perbuatan atau amalan tertentu seperti menyembah patung, berhala, batu, pokok, matahari, bulan bintang atau objek tertentu. Perbuatan memuja nasib dan meminta nombor ekor di kubur tertentu atas dakwaan kubur itu keramat juga adalah unsur syirik. Bahkan ulama menjelaskan perbuatan terlalu memuja dan mendewakan orang atau pemimpin tertentu juga adalah perbuatan syirik.
- Menerusi lidah atau perkataan seperti menghalalkan perkara haram dan mengaku keluar daripada agama Islam. Termasuk dalam kategori ini ialah perkataan yang boleh menyebabkan terbatal syahadah seseorang Muslim.
Syirik khafi ialah syirik yang kecil dan tersembunyi yang menyebabkan hilang atau luputnya pahala seseorang. Syirik itu banyak berkaitan dengan perbuatan riak di dalam beramal atau melakukan sesuatu perkara.
Dan boleh juga Allah mengampunkan dosa (selain dosa syirik), jika tidak sempat bertaubat dengan begitu sahaja. Ini jika Allah mengkehendaki. Ada juga dengan sebab syafaat orang lain. dsbnya.
Namun kewajipan kita ialah bertaubat kepada Allah. Dia berjanji akan menerima taubat nasuha.
Inilah pegangan kita Ahlus Sunnah. Ia bercanggah dengan pendapat Muktazilah yang mengatakan bahawa pelaku dosa besar akan kekal berada di antara dua tempat (manzilah baina manzilatain). Iaitu suatu tempat di antara syurga dan neraka. Juga bercanggah dengan pendapat kaum Khawarij yang mengkafirkan pelaku dosa besar.
Terdapat beberapa sebab penghapus dosa untUk dijadiKan amalan kita inSyaALLAH.., antaranya:
1. Taubat nasuha
2. Istighfar - Pada hakikatnya ia termasuk taubat
3. Melakukan kebaikan dan ketaatan.
4. Mendapat musibah dan bala'. Jika dia bersabar, dia akan mendapat pahala dan dosanya akan dihapuskan.
5. Azab kubur
6. Huru-hara pada hari kiamat.
7. Syafaat orang dengan izin ALlah pada hari kiamat.
8. Keampuanan dari Allah tanpa mana-mana syafaat.
9. Doa dan istighfar dari orang mukmin, samada semasa hidup atau selepas mati.
10. Pahala yg dihadiahkan kepada orang mukmin.
(Rujuk: Dr. Muhamad Na'im Yasiin, Al-Iman: Arkanuhu Wa Haqiqatuhu Wa
Mubtilatuhu; Tafsir Ibnu Kathir, vol. 1)
No comments:
Post a Comment