senang-senang datang la lagi eyh..sahabaT amatlah dialU-alUkan...

Saturday, 12 June 2010

akU insaf ya-ALLAH...


Menjangkau tabir senja menutup keindahan siang. 12 jam kecerahan alam di khatulistiwa umpama sekejap buat ku melangkah mencari sinar yang akhirnya takkan kUdapatkan. akhirnya menyedarkan akU.. terdiam akU membisu meniti hari mendatang. Aku gagal memiliki daerah cinta kasih. Langkah kuatur kembali bagai bayi yang belajar berjalan.. tersadung di pertengahan jalan.. kini akU bagai musafir, mencari seteguk air.. dahaga..

Cahaya terbenamnya matahari semalam meninggalkan aku termenUng.. mengenang kasih, terkenang perasaan. Aku tidak cukup baik untuk mereka sehingga ditinggalkan begitU..segala yang berlakU selama ini bagaikan tiada apa.. Aku tidak mampu menjadi Ustaz Mohd Nor " pensyaRah ipg kdRi " yang sentiaSa kulihat tenang dengan perwatakan solehnya. Menjadi diri sendiri bagai menikam empunya diri.. berdosa? Hipokrasi bukan mainan gerak tubuhku, kerana aku yakin aku sudah cukup paksi berdiri.. tapi tempang jua langkahku..takkan lepaS dari melakUkan doSa..

Sinar siang terus berlalu menjelmakan kegelapan.. gelap jua langkahku tak terpandu. Hiba penghuni selangkah ku usah diberitakan kerana tak bermakna ianya dilambungkan. Sekali terludah olehnya, tak akan aku lupa peritnya. Takkan dapat ku halang mentari mengundurkan diri melenyapkan sinar cahaya tapi kU yakin bulan paSti mampu menyuluh gelap jalankU ini...

rintiHan hati keciL ini ya-ALLAH..ampUni akU ya ALLAH kUharapkan dalam hidUp yang sementara ini...akan kUatur langkah ini hingga satU maSa nanti akU akan pergi..untuk selama-lamanya..

1 comment:

cik.gilbert said...

jadilah diri sendiri.
xperlu meniru org lain.
tapi x salah mencontohi..
setiap manusia ada keunikan tersendiri..
so be urself.
jgn ah sedeh2..nnty ada ah rezki untuk kamu.

Followers