Bila Izrail datang memanggil
Jasad terbujur dipembaringan
Seluruh tubuh akan menggigil
Sekujur badan ‘kan kedinginan
Tak ada lagi guna harta
Kawan karib sanak saudara
Jikalau ada amal di dunia
Itulah hanya pembela hidup
Janganlah mahu disanjung-sanjung
Engkau digelar manusia agung
Sedarlah diri tahu diuntung
Sebelum masa keranda diusung
Datang masanya insaflah diri
Selimut putih pembalut badan
Tinggal semua yang dikasihi
Berbaktilah hidup sepanjang zaman
Bila Izrail datang memanggil
Jasad terbujur dipembaringan
Seluruh tubuh akan menggigil
Sekujur badan ‘kan kedinginan
Lagu ini juga pernah mengUndang kontrOverSi di RTM suatu ketika dulu kerana katanya sesetengah ahli politik yang juga pembesar negara tak suka malah fobia bila mendengar lagu ini... Entahlah, saya pUn tak berapa tahu cerita sebenarnya.
Insaf ? Memang insaf kalaU kita benar-benar menghayati lagu ini.. Liriknya betul-betul tepat menunjUk ke diri kita sebagai seorang hamba Allah di muka bumi ini. perlUlah menjalankn tUgas kita sebagai hambaNYA..ikt sgala sUruhannya, dan meniggalkan segala larangannya..Alangkah baiknya jika kita sentiasa mendapat rasa insaf pada setiap ketika sepertimana ketika menghayati lagu ini. Barulah sentiasa ingat akan Allah dan sentiasa berwaspada agar tidak terjerumus berbuat dosa atau maksiat...
akhir kaTa dari saya...
Cinta Allah cinta sejati,
cinta rasul hati beriman.
No comments:
Post a Comment