senang-senang datang la lagi eyh..sahabaT amatlah dialU-alUkan...

Thursday 22 December 2011

Konspirasi Dunia, Obelisk di Putrajaya?





Pernahkan anda mendengar tentang Obelisk? Saya pasti ramai daripada anda pernah terlihat binaan ini. Tetapi apa sebenarnya Obelisk ini? Kenapa ia berada di serata dunia, termasuklah di negara kita, Malaysia sendiri? Tidak percaya? Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui kebenaran yang tersirat.
Obelisk ini sebenarnya berasal dari Tamadun Mesir Purba dibina untuk melambangkan Tuhan Matahari mereka (Ra) dan mereka percaya Ra wujud bersama Obelisk ini. Mereka telah membina lebih kurang 29 buah obelisk untuk Tuhan Ra mereka. Obelisk juga dikenali dengan nama ‘Cleopatra Needle’ dan diasaskan dari ‘Sun Pillar’.
Sun Pillar
Sun Pillar
Tahukah anda kenapa umat Islam wajib melontar batu di Jamratul Ula, Wusta dan Aqabah? Ini adalah kerana tiang tersebut merupakan sebuah “obelisk” hasil dari tiang yang menjadi simbol pemerintahan Firaun pada zaman dahulu.


Dajjal dan tenteranya mengguna dan memanipulasi tenaga piramid (piramid pada hujung obelisk) dengan kaedah sains untuk tujuan yang jahat. Sebab itulah umat Islam wajib membaling batu di Jamratul sebagai tanda protes kepada manipulasi ini dan juga benci dengan iblis serta kejahatannya. Tidak ramai umat Islam yang memahami maksud simbolik kenapa perlunya membaling batu di Jamratul.
Semasa menunaikan Haji, umat Islam akan membaling batu sebanyak 7 kali dengan 7 biji batu dimulai dengan tertib di ketiga-tiga Jamratul bermula dari Jamratul Ula, Wusta dan Aqabah dengan niat:
Bismillah, Allahuakbar Rajman Lisyaitani wahizbih (Dengan nama Allah, Tuhan Yang Maha Besar, aku melontar syaitan dan pengikut-pengikutnya)
Melontar
Melontar
Obelisk pada zaman dahulu kala dibuat dari seketul batu yang diukir (monolith). Perkataan ‘obelisk’ berasal dari ketamadunan Greek. Obelisk yang berasal dari Egypt (semasa zaman Firaun) dan merupakan yang tertinggi sekali terletak di hadapan bangunan Basilica of St. John Lateran, Rome, Italy. Semasa zaman kegemilangan Constantinople, maharajanya iaitu Theodosius I bagi bahagian timur Turki, telah meletakkan sebuah obelisk di Hippodrome of Constantinople, Turki. Tidakkah kamu sedar wahai penganut Kristian, agama kamu telah diubah menjadi agama Pagan? Ajaran asal Nabi Isa a.s tidak mengajar kamu mengagungkan binaan syaitan ini!
Terdapat 28 lokasi yang terletaknya obelisk asal dari zaman Firaun iaitu di:
Mesir (8 buah)
Pharaoh Tuthmosis I, Karnak Temple, Luxor
Pharaoh Ramses II, Luxor Temple
Pharaoh Hatshepsut, Karnak Temple, Luxor
Pharaoh Senusret I, Heliopolis, Cairo
Pharaoh Ramses III, Luxor Museum
Pharaoh Ramses II, Gezira Island, Cairo, 20.4 m
Pharaoh Ramses II, Cairo International Airport, 16.97 m
Pharaoh Seti II, Karnak Temple, Luxor, 7 m
Perancis (1 buah)
Pharaoh Ramses II, di Place de la Concorde, Paris
Israel (1 buah)
Caesarea obelisk
Italy (11 buah termasuk 1 di Vatican City)
8 di Rome
Piazza del Duomo, Catania (Sicily)
Boboli Gardens (Florence)
Urbino
Poland (1 buah)
Ramses II, Poznan Archaeological Museum, Poznan (pinjaman dari Ägyptisches Museum und Papyrussammlung, Berlin)
Turki (1 buah)
Pharaoh Tuthmosis III, in Square of Horses, Istanbul
United Kingdom (4 buah)
Pharaoh Tuthmosis III, “Cleopatra’s Needle”, di Victoria Embankment, London
Pharaoh Amenhotep II, in the Oriental Museum, University of Durham
Pharaoh Ptolemy IX, Philae Obelisk, at Kingston Lacy, near Wimborne Minster, Dorset
Pharaoh Nectanebo II, British Museum, London
Amerika Syarikat (1 buah)
Pharaoh Tuthmosis III, “Cleopatra’s Needle”, di Central Park, New York
Adakah Obelisk ini wujud di Malaysia? Pasti ramai antara kita yang tidak tahu dan perasan sebenarnya di Malaysia tidak terlepas dari binaan dajal ini. Obelisk di Malaysia terletak di Precint 2, Putrajaya. Berikut adalah petikan dari laman web Malaysia Travel Guide, klik sini.
This is the city’s own version of the Washington Monument in Washington, DC. Considered to be the national monument of Putrajaya, the Millennium Monument is a metal obelisk that stands 68 meters tall and is located within a 25-hectare park situated in Precinct 2. The etchings adorning the monument depict key moments and events of Malaysia’s history.
Sabda Rasullulah: Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka seseorang itu terdiri dari kalangan mereka (iaitu kaum berkenaan). – Hadis Riwayat Abu Daud
National Millennium Monument, Putrajaya
National Millennium Monument, Putrajaya
Berikut adalah gambar-gambar obelisk di serata dunia.
St. Peter Square, Vatican.
St. Peter Square, Vatican.
Luxor Obelisk, Paris.
Luxor Obelisk, Paris.
Central park, New York.
Central park, New York.
Buenos Aires, Argentina.
Buenos Aires, Argentina.
Pheonix Park, Dublin.
Pheonix Park, Dublin.
Sao Paolo. Brazil.
Sao Paolo. Brazil.
Istanbul, Turki.
Istanbul, Turki.
London, England.
London, England.
Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya:” Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar”. – Luqman 13
Via warfeel-efairy

Friday 2 December 2011

sahabat..maafkan aku jika aku yang bersalah...




Di bibir kau kata sahabat,
Di balik dinding kau tak putus mengutuk...
Di bibir kau ucap madah, "Susah senang kita tetap bersama..."
Namun saatnya palitan kotor terlontar penuh ke arahku,
bukan saja kau menjauh...
malah turut serta melontarnya dari kejauhan...

Bibir ini tak pernah meluah...
tak jua mempersoal...
Bukan kerana aku 'terbaik'...
tidak jua 'mulia'...
Tetapi saat itu...
aku mengerti,
kau hanya kerdil sebagaimana aku...
Tercipta dari hinanya air mani...
Menyerah saat diuji,
lupa saat dibelenggu nafsu...
Kerana rencana syaitan durjana itu tiada henti...
selagimana nadi berdenyut...

Seandainya air mata itu tiada putus, pastikan ramai yang buta kesedihan...



Pada jalanan yang berduri ini...



Pada jalanan yang berduri,
hati tak henti ku pujuk...
Takut ianya menyerah sebelum ajal...
bimbang terkorban pada dunia yang tiada nilainya...

Namun ku jua manusia...
yang terkadang tunduk pada rasa...
Dek hati yang kurang sabar,
Dek iman yang kian menipis...
Lalu mata mula mengeluarkan tangis...
Hati lesu mempersoal sendirian...

Kala aku disapa badai...
Di mana dirimu...
Di mana tutur bicara kasihmu...
Di mana pundakmu yang bisa menampung bebanan air mata sedih ini...
Di mana...

Thursday 1 December 2011

jom hijrah !!








Maal Hijrah merupakan detik permulaan hijrah Rasulullah saw ke Kota Madinah untuk mengembangkan Islam dengan lebih baik lagi, hijrah juga bertujuan untuk mengelakkan umat Islam dari dizalimi oleh kaum kafir Quraisy. Setelah tibanya Rasulullah dan umat Islam Muhajirin Mekah yang disambut dengan penuh rasa kasih sayang dan persaudaraan dari penduduk Ansar Madinah, maka Negara Islam yang bertama dapat dilahirkan dengan menjadikan agama Islam sebagai teras atau tunggak perlembagaan negara Islam Madinah. Ketika itu, ramai umat manusia diseluruh dunia datang ke Madinah untuk melihat sendiri kerajaan yang dibina atas perpaduan umah yang tidak mementingkan kedudukan, pangkat, harta dan sebagainya sehingga memberikan perlindungan kepada semua rakyatnya. Ramai yang datang ke Madinah dengan rasa ingin tahu apakah formula yang digunakan oleh Rasulullah dan mereka pulang ke negara mereka dengan membawa syiar Islam atau dengan memeluk agama Islam.

Sebagai pengajaran dari sambutan Maal Hijrah, perlu kita ingat bahawa pengorbanan Nabi Muhammad saw untuk menegakkan Islam dizaman jahiliah amat memerikkan. Sebelum bermulanya peristiwa hijrah, umat Islam di Makah ditindas dan dizalimi oleh Kaum Quraisy. Di sinilah bermula kisah yang paling cemerlang dan indah yang pernah dikenal manusia dalam sejarah pengejaran yang penuh bahaya, demi kebenaran, keyakinan dan iman.

Sahabat-sahabat Baginda banyak berkorban dan bersama Rasulullah dalam semua aspek seperti harta, nyawa, tenaga dan apa sahaja mereka sumbangkan untuk menegakkan dakwah Islam bersama Rasulullah.

Saidina Abu Bakar telah menyediakan dua ekor untanya san diserahkan kepada Abdullah b. Uraiqiz untuk digunakan dalam hijrah mereka. Apabila mereka sudah bersedia untuk meninggalkan Mekah. Mereka yakin bahawa Quraisy pasti akan menjejaki mereka. Oleh karena itu Rasulullah meminta mereka melalui jalan lain dari jalan yang sering digunakan orang lain untuk pergi ke Madinah. Perjalanan mereka bermula pada waktu lain (bukan waktu kebiasaan pendagang atau berhijrah).

Lagi kisah yang dapat diambil, iaitu pengorbanan Saidina Ali Bin Abi Talib yang sanggup menggantikan tidur Rasulallah ketika mana rumah Rasulallah dikepung oleh Kaum Quraisy. Setelah Kaum Quraisy masuk ke dalam rumah, mereka mendapati bahawa Rasulallah sedang tidur dan mereka segera membukakan selimut itu dan mendapati ianya bukan Rasulallah tetapi Saidina Ali Bin Abi Talib tidur di tempat Rasulallah.

Begitu juga yang berlaku ketika Rasulallah dan Saidina Abu Bakar menyembunyikan diri di dalam Gua Thaur. Semasa berada di Gua Thaur, tiada siapa yang dapat menjejaki mereka, kerana jejak mereka dipadam oleh Amir Bin Fuhaira sebagai pengembala kambing. Tiba-tiba datang sekumpulan lelaki muda dari Kaum Quraisy bertanya kepada Amir : nampakkah kamu Muhammad lalu di sini? Amir menjawab : saya tidak melihat ada orang di sini. Setelah bertanya kumpulan pemuda Quraisy tersebut naik ke Gua Thaur untuk melihat di dalamnya. Tiba-tiba mereka mendapati pintu Gua Thaur ditutup oleh sarang labah-labah dan ada dua ekor burung sedang bertelur di sarangnya. Mereka beranggapan bahawa gua ini tiada penghuni, kalau ada tentu tiada sarang labah-labah dan sarang burung.

Muslimin Madinah Menantikan Kedatangan Rasulallah. Jarak mereka dengan Madinah (Yathrib) sudah dekat. Selama mereka dalam perjalanan yang sungguh meletihkan itu, berita-berita tentang hijrah Nabi dan sahabatnya telah diketahui oleh penduduk Madinah. Semua kaum Muslimin sedang menantikan kedatangan Rasulullah dengan hati penuh rindu, ingin melihatnya, ingin mendengar perbualannya dan sebagainya, kerana sebilangan besar penduduk Madinah belum melihatnya, walaupun mereka telah mendengar mengenai Rasulullah dan Islam. Semua itu membuat mereka rindu sekali ingin bertemu, ingin melihatnya. Setelah Rasulallah tiba sahaja di Madinah, penduduk Madinah iaitu kaum Ansar dan Muhajirin menyambut Baginda dengan paluan kompang dan nasyid Tala’al Badru Alaina.

Pengajaran Kisah

Sebagai umat Islam, kita perlu mengambil iktibar dan tauladan di atas segala pengorbanan Nabi dan para sahabatnya. Cuba kita fikirkan selama kita hidup banyak mana pengorbanan kita terhadap Islam. Pada tahun baru Islam (tahun Hijrah), marilah hijrahkan diri ke jalan Allah iaitu jalan yang diradhoi Allah. Janganlah mulakan kehidupan pada tahun baru ini hanya semata-mata keduniaan sahaja. Tidak rugi berhijrah kerana Allah, kerana kita akan mendapat segalanya di dunia dan di akhirat. Sepertimana hadis Nabi yang bermaksud :

“Setiap pekerjaan dimulakan dengan niat, Barang siapa berhijrah kerana Allah dan Rasulnya maka dia akan mendapat dunia dan akhirat, dan barang siapa yang berhijrah kerana dunia dan perempuan yang ingin dikahwininya makan dia akan memiliki dunia dan perempuan tersebut”.

Sempena Sambutan Maal Hijrah ini, mari berhijrah dua perkara dalam diri kita iaitu hijrah rohani dan hijrah jasmani, diantaranya sepertimana berikut :
  1. Hijrah rohani ialah seseorang yang menghijrahkan dirinya kearah yang agama Allah seperti beliau mendekatkan diri ke masjid dan majlis-majlis ilmu yang sebelum ini tidak pernah dihadirinya. Buangkan penyakit-penyakit hati yang sering menjauhkan diri kepada Allah seperti mempunyai perasaan tamak, hasad dengki, riak, menunjuk-nunjuk kelebihan yang dimiliki dan sebagainya. Jika seseorang itu dapat mengubah hatinya atau psikologinya kearah yang baik dan memiliki akhlak yang baik, nescaya ia akan mempunyai perasaan cintakan Allah dan Rasulnya. Malah dirinya akan disukai oleh masyarakat sekelilingnya. Orang seperti ini sering disenangi oleh masyarakat kerana ia mempunyai peribadi yang baik. Apabila ia terkena musibah atau ujian Allah, maka dia tabah dan tenang hatinya menghadapi ujian Allah, sedikitpun ia tidak bersungut dan gelisah dengan ujian Allah ke atas dirinya.
  2. Hijrah Jasmani ialah seseorang itu melakukan perubahan dirinya kearah yang lebih baik, sepertimana bersenam, memiliki pakaian yang baik dari segi syarak, ingin memiliki pekerjaan yang baik, ingin memiliki taraf akademik yang baik dan sebagainya.Jasmani perlu sihat kerana ia akan memudahkan kita beribadah kepada Allah dengan lebih sempurna, begitu juga memiliki pekerjaan yang baik supaya kita tidak mencuri disebabkan tekanan hidup, tukar pakaian daripada berpakaian yang kurang sempurna menutup auratnya sehingga sempurna menutup auratnya dan banyak lagi.
Setiap hijrah perlu dimulakan dengan hijrah rohani dahulu, kerana ia merupakan faktor dalaman untuk mengerakkan faktor luaran. Apabila hati menjadi baik dan sentiasa beribadah kepada Allah, maka dengan sendirinya ia dapat mencegah jasad (jasmani) kita dari perlakuan jahat dan dusta. Tetapi apabila diri kita mempunyai hati yang hitam dan kotor, maka payahlah kita untuk melaksanakan ibadah kepada Allah. Sepertimana firman Allah yang bermaksud :

“Sesungguhnya solat itu dapat mencegah dari perbuatan keji dan mungkar”.



waALLAHualam...




Followers