senang-senang datang la lagi eyh..sahabaT amatlah dialU-alUkan...

Saturday 29 December 2012

pesanan Imam Hassan Al Banna



Yang aku mahu dengan Ukhuwwah itu ialah hati-hati dan ruh-ruh diikat dengan ikatan Aqidah. Aqidah adalah ikatan yang paling kuat dan mahal. Ukhuwwah adalah adik beradik kepada Iman, sedang perpecahan adalah adik kepada Kekufuran. 


Kekuatan pertama ialah kekuatan Kesatuan. Tidak ada kesatuan tanpa kasih sayang. Minima kasih sayang ialah berlapang dada. Maksima kasih sayang ialah Ithar (mengutamakan seseorang melebihi diri sendiri). 

“Sesiapa yang selamat dari kebakhilan diri sendiri, mereka orang-orang yang berjaya” (Al-Hasyr). 

Seorang akh yang jujur (dalam Ukhuwwahnya) melihat ikhwahnya lebih utama pada dirinya dari dirinya. Ini adalah kerana sekiranya dia tidak bersama mereka, dia tidak akan dapat bersama selain mereka. Sedang mereka pula, jika tidak bersama dia, mereka bersama selain dia. Hanyasanya serigala memakan kambing yang bersendirian. 

“Orang mukmin dengan mukmin yang lain seperti sebuah binaan yang saling kuat menguat antara satu sama lain”(Hadis). 


“Orang-orang beriman lelaki dan perempuan adalah wali (penolong) di antara satu sama lain” (Al-Quran). 




Beginilah kita sepatutnya. 







Imam Hasan Al-Banna

Tuesday 9 October 2012

seloka aurat ^_^



Tutup aurat satu tuntutan, 
Dalam keluarga wajib tekankan,
Kalau keras hati gunalah rotan,
Demi melaksanakan perintah Tuhan.

Aurat ditutup mestilah lengkap,
Tudung litup termasuk skap,
Mini telekong pun orang cakap,
Elok dipandang tak payah pun 'make up'.

Berbaju kurung bukanlah mengurung
Lebih elok jubah jika direnung,
Kaki pula eloklah bersarung,
Agar syaitan susah nak bertarung.

Kalau wanita menutup aurat,
Orang jahat tak berani ngorat,
Bahkan boleh menjadi ubat,
Orang memandang boleh bertaubat.

Pakaian modern memanglah hebat,
Harganya mahal walaupun ketat,
Walaupun cantik tetapi singkat,
Orang memakai pun nampak pusat.

Berseluar ketat baju pun ketat,
Jarangnya pulak boleh dilihat,
Orang yang memakai memanglah dipandang jahat,
Dimurka oleh Allah, Rasul dan para malaikat.

Apa yang aneh bila dipandang,
Lengan pendek tapi bertudung,
Nampak seperti orang yang kudung,
Mata memandang ketiak seperti ikan lolong

Lagilah aneh bila di fikir,
Baju kebaya tudung berukir,
Nampak dada iman terjungkir,
Kain terbelah peha terukir.

Bila ditanya kenapa begitu,
Dia kata fesyennya dah macam tu,
Di dalam hati niat tertentu,
Menggoda jantan sudahlah tentu.

Menutup aurat boleh berfesyen,
Tetapi jangan menunjuk eksyen,
Sesuaikan diri ikut profesyen,
Kalau dilaknat tak guna sesen.

Kalau nak "Make Up" biarlah padan,
Jangan terlebih bila berdandan,
Minyak wangi juga fikirkan,
Bedak dan gincu sekadar keperluan.

Kasut tinggi cuba jauhi,
Kerana ia melahirkan bunyi,
Boleh menarik perhatian lelaki,
Perbuatan ini dibenci Ilahi.

Apatah lagi menghentakkan kaki,
Menarik perhatian orang laki-laki,
Melenggok punggung membinasakan diri,
Ustaz melihat pun separuh mati.

Buat apa nak tayang jambul,
Kecantikan tak usah ditonjol-tonjol,
Mahkota disimpan tak jadi bisol,
Memakai tudung Islam tersimbol.

Selokaku ini bukanlah jahat,
Cuma saja mahu peringat,
Kepada semua para sahabat,
Terutama sekali rakan sejawat.

Kalau nak ikut nasihat ini,
Jangan bertangguh ubahlah diri,
Benda yang baik tak payah diuji,
Akan terserlah akhlak terpuji.

Kepada semua kawan lelaki,
Jangan tergelak wanita diperli,
Keluarga kita tak terkecuali,
Terutama sekali anak dan bini.

Sudahkah kita tanamkan iman,
Menutup aurat sepanjang badan,
Ke sana sini dilindungi Tuhan,
Keluarga menjadi contoh teladan.

Setakat ini seloka kami,
Harap dapat menghibur hati,
Apa yang baik hendaklah ikuti,
Kalau boleh besok amali 



waALLAHualam..


Sifat seorang pemimpin dari pandangan agama Islam




Assalamualaikum..



1. Dia mestilah seorang yang mengharapkan ‘Akhirat’ dengan ikhlas kerana Allah semata-mata. Mempunyai hati yang bersih, jauh daripada penyakit jiwa yang meruntuhkan amal dan usahanya.

2. Dia mempunyai akal yang kuat, berhikmah, cendekiawan, bijaksana, berpengalaman, berpandangan tajam, pembacaan yang luas, mampu mengetahui pelbagai perkara dari segenap sudut, pantas memahaminya dan cepat menggunakannya sebaik mungkin.

3.  Berakhlak dengan sifat al-hilm.

4. Berani, bermaruah dan tidak melulu. Asal keberanian ialah ketetapan dan ketahanan hati, taat kepada Allah, tidak ada wahn (cintakan dunia dan takut mati), berani berterus terang dalam menyatakan yang haq, pandai menyimpan rahsia, sanggup mengakui kesilapan, insaf terhadap diri dan mampu mengawal kemarahan.

5. Bersikap as-siddiq dalam perkataan dan perbuatan.

6. Tawadhu’ – tidak membanggakan diri kepada manusia. Hatinya tunduk dan patuh pada al-haq.

7. Memaafkan dan ihsan terhadap perbuatan keji orang lain terhadap kita. Para pemimpin biasanya terdedah kepada pelbagai mauqif dan beraneka ragam manusia. Selalunya gangguan dan serangan ditujukan kepada jamaah melalui diri pemimpin. Jadi, wajiblah pemimpin menghiasi dirinya dengan sifat pemaaf, menahan kemarahan dan ihsan asalkan tidak membawa kepada kerendahan, kehinaan ataupun kerosakan yang menimpa maslahat syariat.

8. Menepati janji dan memenuhi sumpah setia. Akhlak ini melahirkan thiqqah dalam suasana amal, ketenteraman, tolong-menolong dan membawa hasil. Ketiadaan akhlak ini akan melahirkan syak wasangka, keraguan dan ketidakpercayaan orang lain dalam melaksanakan sesuatu urusan dan akan membawa kepada tergendalanya amal dan usaha. Akhirnya sebarang natijah tidak akan tercapai dalam urusan dakwah. Oleh itu dalam ‘Rukun Bai’ah’ perkara inilah yang terpenting sekali untuk disempurnakan oleh pemimpin dan anggota jamaah kerana ia adalah bai’ah bersama Allah. Memungkiri mana-mana Rukun Bai’ah adalah memungkiri bai’ah itu sendiri. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Bahawasanya orang-orang yang berjanji setia kepada kamu sesungguhnya mereka berjanji setia kepada Allah. Tangan (kekuasaan Allah di atas tangan mereka. Maka barangsiapa yang melanggarnya, janji itu akan menimpa dirinya sendiri dan barangsiapa yang menepati janjinya kepada Allah, maka Allah akan memberinya pahala yang besar.”

9. Kesabaran. Jalan dakwah adalah panjang, sukar, dipenuhi dengan perkara yang berlawanan dengan kehendak hawa nafsu, penuh dengan onak, racun, rintangan, bencana dan ujian. Usaha dakwah yang didokong oleh Jamaah dan Harakah Islam adalah perkara yang besar dan berat, memerlukan usaha yang bukan sedikit. Semua ini memerlukan kesabaran yang amat tinggi.

10.Bersifat dengan al-iffah (suci hati jiwa dan amal) dan al-karam (pemurah dan tidak bakhil). Dengan sifat ini pemimpin tidak berminat dengan harta benda yang melemahkan kemahuan dan tidak sesuai dengan usaha serta jihad besar dalam menentang musuh-musuh Allah. Pemimpin mestilah menjadi qudwah melalui sifat pemurah dan mengutamakan kepentingan orang lain daripada kepentingan sendiri.

11.Adil dan insaf (terutama terhadap diri sendiri). Sifat ini amat penting kepada pemimpin dan mas’ul dalam amal jamaie kerana setiap individu akan merasa tenteram terhadap haknya dan menginsafinya.

12.Bersifat wara’ dan zuhud. Ini dapat menjauhi syubhat, meninggalkan perkara yang mengandungi dosa kerana takut terjebak ke dalamnya. Dia sentiasa bermuhasabah dalam segala hal dan setiap waktu.

13.Tidak mengungkit dan memperkatakan kebaikan diri sendiri. Jangan mengharapkan pujian dan sanjungan manusia dan tidak memuji diri sendiri atas segala usaha yang dilaksanakan dalam berdakwah.

14.Memelihara perkara yang dimuliakan oleh Allah (Hurumatillah). Setiap mas’ul dalam jamaah mesti menjadi pengawal dan penjaga yang sentiasa sedar, berwaspada dan dipercayai dalam memelihara ‘Hurumatillah’ dan segenap ajaran Islam supaya tidak timbul pencabulan hak atau perbuatan melampaui batas. Firman Allah yang bermaksud: “Dan barangsiapa mengagung-agungkan apa yang terhormat disisi Allah, maka itu adalah lebih baik baginya disisi Allah.”

15.Kesejahteraan hati, tidak menghiraukan umpatan dan adu domba di antara manusia. Perkara ini jika dilayan akan memberi ruang yang luas untuk dimasuki syaitan, memarakkan kebencian dan permusuhan. Akhirnya melahirkan perpecahan dan keributan dalam jamaah.

16. Keazaman yang kuat dan tawakkal yang tinggi kepada Allah. Pemimpin terdedah kepada pelbagai biah, peristiwa dan bebanan yang mempunyai natijah yang penting dan besar. Pemimpin dituntut menghadapi semuanya dengan azam, kekuatan, hikmah, tanpa kelemahan, keraguan dan menyerah kalah. Sentiasa berbaik sangka dengan Allah kerana dialah yang Maha Berkuasa di atas setiap perkara.


waALLAHualam...

Thursday 4 October 2012

aku ingin sekali menjadi hambaMU yang bersyukur...




Bismillahirrahmanirrahim...



KETIKA Rasulullah s.a.w mengembala kambing, tidak jauh darinya ada sekumpulan remaja sedang lepak, berborak dan ketawa.

Tiba-tiba seorang lelaki tua bernama Thulaihah al-Aamidi datang bertanyakan Rasulullah:
“Wahai Muhammad! Kenapa kamu tidak bermain-main dan lepak seperti remaja di sana tu?”

Rasulullah dengan tegas menjawab: “Saya diciptakan bukan untuk itu.”

Jawapan Rasulullah itu memberitahu kita, remaja berhibur bukan satu kesalahan, malah kadangkala ia diperlukan. Tetapi hiburan hingga melalaikan itu yang merosakkan.

Di sebalik jawapan Nabi yang agung itu, ada mesej penting iaitu hidup ini untuk beribadat kepada Allah.

Kadang-kadang ada yang lepak hingga lupa menunaikan solat. Mereka yang bermain bola pada waktu petang di padang tidak malu lagi dengan azan yang berkumandang. Sudahlah dengar azan, padang bola pula bersebelahan dengan masjid.

Haiwan ternakan seperti kambing, lembu pun sudah balik ke kandang tapi sesetengah kita kadangkala masih asyik berborak dan bergelak ketawa di tepi selekoh. Inilah yang dilarang Nabi.

Waktu bekerja ada, waktu rehat ada, masa tidur ada, masa makan ada, masa main ada, tetapi sayang waktu ibadat tidak dimasukkan di dalam jadual.

Kadang-kadang ada remaja bertanya, kenapa perlu beribadat? Sibuk. Kalau sempat buatlah, kalau tidak sempat qada saja.

Dalam ruangan kali ini, saya hendak mengajak adik remaja memahami kenapa dan alasan kenapa kita mesti beribadat.

Di sana ada enam alasan kenapa kita mesti mengabdikan diri kepada Allah. Jika kita memahami enam perkara ini, semangat ibadat kita tidak akan luntur walau bagaimana sibuk pun kita.

Pertama, tujuan kita dicipta Allah ialah supaya kita beribadat kepada-Nya. Firman Allah dalam al-Quran (Qs 51:56) yang bermaksud: “Aku tidak ciptakan jin dan manusia melainkan supaya beribadat kepadaku.”



Jika tugas lain kita boleh ingat dan prihatin, maka tugas ibadat lebih utama lagi.

Kedua, kita wajib beribadat sebagai tanda syukur kepada-Nya atas nikmat yang terlalu banyak. Tidak mampu kita menghitungnya. Terlalu banyak nikmat, malah dapat percuma pula, sedangkan zaman sekarang tidak ada percuma, semuanya kena bayar.

Bil elektrik hujung bulan, bil telefon dan jika tidak dibayar kena potong. Kita dapat jantung percuma, paru-paru percuma dan kalau kena bayar pasti hujung bulan malaikat bawa bil, tidak bayar kena potong. Kita yang tak beribadat ini matilah.

Ketiga, wajib beribadat sebab kita sudah berjanji di alam roh. Firman Allah (QS 7;172) mengingatkan kita maksudnya: “... ketika Allah berfirman bukankah Aku ini Tuhanmu. Mereka menjawab bahkan betul.”

Keempat, kita wajib beribadat sebab antara tugas dan kewajipan rasul ialah mengajak manusia menyembah Allah dan menjauhkan thaghut (kejahatan). Jika Nabi yang sangat rapat dengan Allah pun tidak terlepas beribadat, apa lagi kita.

Firman Allah (QS 16: 36) bermaksud: “...dan sesungguhnya kami mengutus setiap umat itu rasul untuk menyeru sembahlah Allah dan jauhilah thaghut.”

Kelima, kita mesti beribadat dan mengabdikan diri kepada Allah kerana Dia yang paling berkuasa. Allah yang mengatur kehidupan kita kerana itu tidak boleh kita leka dengan kerja lain, melupakan Allah, apatah lagi jika menyembah tuhan lain.

Keenam, kita mesti mengabdikan diri kepada Allah kerana azab yang amat mengerikan menanti kita di akhirat. Allah amat murka kepada orang yang derhaka pada-Nya. Al-Quran menyebut bagaimana orang yang mengikut Nabi membuat pengakuan.





Ini terbukti dalam firman Allah (QS 6:15) maksudnya: “Sesungguhnya aku amat takut kepada azab hari kiamat jika menderhakai Tuhan.”


waALLAHualam..




JOM, cantikkan wajah dengan wudhu'





SEMUA orang hendak cantik. Demi cantik, sekarang orang sanggup bargadai, asalkan cantik. Tidak cukup dengan bedak dan mekap, sanggup mereka mengubah muka dengan pembedahan plastik, asalkan cantik.




Kadang-kadang walaupun terseksa mereka tidak peduli, kerana yang penting bagi mereka ialah cantik.

Muka kena menawan biar orang memandang, berpaling dan menjeling, yang penting cantik.




Apabila hendak cantik, tentu bahagian mukalah menjadi sasarannya, dengan hidung ditinggikan, mulut ditebalkan, tulang rahang dinaikkan, mata dibuat alis, dilentik malah apa saja sanggup diubah selagi dapat diubah, kerana yang penting cantik.

Kadangkala kesian juga pada mereka yang hendak cantik tetapi tidak juga cantik-cantik. Selepas dicantikkan muka kemudian menjadi tidak cantik juga. Kenapa?

Sebabnya ialah kerana kecantikan bukan sahaja pada muka dan penampilan serta aspek luaran tetapi juga kecantikan dalaman (inner beauty).

Kecantikan dalaman sangat jarang diberi keutamaan seperti muka yang tenang bercahaya berpaksi dari hati. Bercahaya bukan sahaja di dunia tetapi berpanjangan dan berkekalan hingga ke akhirat.




Antara tip muka bercahaya yang membekas kepada kehidupan ialah kesan wuduk. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Sesungguhnya umatku kelak akan dipanggil di hari kiamat dalam keadaan putih cemerlang kerana kesan daripada air wuduk." Ini satu jaminan kecantikan yang abadi.

'Inner beauty' yang penulis maksudkan ialah kecantikan hati yang membawa lahirnya peribadi cemerlang seperti nilai integriti seperti ikhlas, jujur, amanah dan sebagainya bermula daripada wuduk.

Air wuduk bukan sahaja membersihkan anggota fizikal tetapi membersihkan kotoran batin seperti dosa dan maksiat yang dilakukan.

Jangan pandang kecil pada yang bernama pengampunan Allah sebab itulah pintu segala kebaikan dan kebajikan.

Cuba lihat ibadat wuduk mendidik bersih hati dan nilai integriti. Wuduk biasanya dilakukan secara sendirian, tidak ada orang melihat seperti juga puasa orang tidak tahu.

Boleh saja kalau yang berwuduk itu hendak menipu seperti tidak basuh kaki atau basuh tidak sempurna kerana orang tidak tahu. Kerana itulah wuduk hanya dilakukan orang yang ikhlas sahaja. Orang ikhlaslah yang berseri wajahnya.

Mereka yang tidak pernah menghiasi muka dengan wuduk sudah tentu tidak terlatih dengan keikhlasan.

Sebenarnya boleh sahaja kalau seseorang itu melakukan solat tanpa wuduk tetapi keikhlasan sahaja yang membuatkan mereka tidak akan menipu. Orang yang jujur akan terpancar pada wajahnaya cahaya keikhlasan.

Seseorang yang sentiasa berwuduk sentiasa bersama malaikat. Malaikat sebagaimana yang kita ketahui bersih dan tidak akan berada di tempat kotor.

Apabila bersama malaikat bukan sahaja ia akan mendoakan orang yang berwuduk malah sentiasa mendorong dan membisikkan kebaikan. Lagi banyak bisikan kebaikan, lagi terdorong melakukan kebaikan.

Bukankah kebaikan itu bermula dengan dorongan. Sebab itulah orang berwuduk terpancar kebersihan dan cahaya dari wajahnya.

Selepas kebersihan wajah dengan wuduk, kemudian muka pula berhias dalam batas syarak akan terserlah kecantikan.






p/s: Kalau harap cantik dengan mekap dan krim pencantik tetapi muka jauh daripada wuduk, itu hanya lakonan dan sandiwara itu yang menyebabkan rumah tangga tidak kekal, tidak ada kesetiaan dan integriti.



waALLAHualam..



meh nak kenalkan adik ifi..





Ini dia adik ifi.. rindu gok r dgn keletah dan kerenah dia…


Thursday 6 September 2012

perpisahan...






pada suatu hari... ada 2 orang budak yang mengantuk datang ke bilik guru..

Semasa cikgu sedang membuat kerja, mereka banyak mengganggu cikgu yang baik ini..mereka bising dan terus bising sampai tertido akhirnya...

di sini ada gamabr mereka, seorang sedang tidur...seorang lagi baru bangun tido...

Sekian...

istikharah cinta...







Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh do'a

Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukmu
satu nama teman setia
Naluriku berkata

Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

di istikharah cinta..




cinta kita ini hanya milik ALLAH






Cinta bukan milik kita. Sebab bukan milik kitalah, kita tak mampu kawal sepenuhnya.

Saya hanya nampak satu cara untuk kekalkan hubungan cinta. Gapai cintaNya melalui konsep Tawaqqi.

Means, hubungan tak halal automatik belum pasti ada jaminan boleh berjaya sebab jauh dari cintaNya. Jika berjaya ke jinjang pelamin, itu maknanya Allah mahu kamu dan pasangan berubah lebih baik serta siap sedialah; kerna ada ujian-ujian di hadapan sebagai kaffarah dosa-dosa kapel silam. Namun jika tak berjaya, itu bermakna Allah nak kamu kembali muhasabah diri-hilangkan benteng yang menjadi hijab di antara kamu dengan kecintaan kepada Allah. Ya, kesedihan awal-awal itulah kaffarah dosa-dosa.

Yang dah kahwin, tarbiyyahlah pasangan utk sama-sama jaga hubungan cinta dengan Allah. InsyaAllah kekal lamalah hbgn itu. Jika diuji, ada hikmah. Diuji dengan kesusahan dan kemiskinan, kecelakaan dan musibah. Jika tak diuji, pelik sebab kita hanya hamba. Bercerai juga ujian. Namun, bersyukurlah sebab Allah beri masa untuk kita kecap bahagia bersama-sama. Walaupun sekejap cuma.

Fahami konsep Tawaqqi.

Apa itu tawaqqi? Menurut Ibnu Kathir tawaqqi adalah kata asal untuk taqwa. Bermaksud, "menjaga diri daripada perkara yang tak diingini." Menurut Muhammad bin Allan, "taqwa ialah mematuhi perintah-perintah Allah dan menghindari larangan-laranganNya dengan mengerjakan setiap yang diperintah, tinggalkan yang dilarang, mengikut kemampuan." Manakala Saiyidina Umar mengkiaskan hakikat taqwa sebagai "berjalan dengan waspada dan bersungguh-sungguh supaya tidak memijak ataupun terpijak onak dan duri."


Tak perlu bersedih lama. Cinta itu milik Allah. Hari ini Dia tarik rasa cinta dari hati pasangan kamu sehingga tawar hatinya. Sebab, mungkin esok atau lusa Dia campakkan rasa cinta yang lebih segar dalam hati si dia yang setepatnya untuk kamu. Semalam kamu berjalan dengan tidak cermat dan tidak berhati-hati. Hari ini dan esok, waspadalah jangan terpijak atau memijak onak dan duri. Jangan kau kutip lagi serpihan kaca. Buka mata, buka mata hati, guna iman dan tawaqqi. Akhirnya, 'kan kau jumpakan permata.




Tuesday 26 June 2012

Kelemahan sistem pendidikan terlalu berorientasikan peperiksaan


Setiap ibu bapa pasti mengharapkan anak mereka mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan supaya anak mereka dapat meneruskan pengajian atau sebagai tiket untuk mendapatkan pekerjaan yang baik. Namun, kecemerlangan akademik semata-mata belum mencukupi jika tidak disokong dengan daya ketahanan untuk menghadapi cabaran. Sehubungan itu, kita menyambut baik hasrat Kementerian Pelajaran untuk mencari pendekatan baru bagi mengurangkan sistem ujian dan peperiksaan yang kini dianggap tidak praktikal. Pemantauan yang dilakukan juga mendapati sistem berorientasikan peperiksaan tidak lagi sesuai kerana tidak menguji kemampuan sebenar pelajar, sekaligus membebankan pelajar dan guru.
Sistem baru akan diperkenalkan secara berperingkat di sekolah tertentu. Sistem yang dilakukan akan dilihat akan keberkesanannya selama lima tahun, kemudian akan ditentukan sama ada akan diperluaskan ke semua sekolah. Dalam proses tersebut akan dilakukan penambahbaikan terhadap mana-mana kecacatan gara pelaksanaannya benar-benar berkesan. Sistem pendidikan juga memerlukan perubahan kurikulum, buku teks dan lain-lain Pada masa ini, guru bimbang untuk menggunakan kaedah lain kerana takut terkeluar daripada ketetapan Kementerian Pelajaran akibatnya, motivasi pelajar merosot kerana dipaksa belajar mengikut jadual waktu bukan mengikut minat mereka.
Apa pun, kita menyedari kesan nyata daripada kepincangan sistem pendidikan negara sudah jelas iaitu wujudnya fenomena pengangguran dalam kalangan siswazah akibat tidak tahu memanfaatkan ilmu yang diperoleh. Masalah itu berlaku kerana sistem pendidikan dikekang birokrasi sehingga sukar berubah. Jelaslah sistem pendidikan yang ada sekarang, melahirkan pelajar yang hanya tahu menjawab soalan tetapi tidak boleh berfikir. Kesannya, pelajar berlumba-lumba ke kelas tuisyen dan meninggalkan aktiviti kekeluargaan dan kemasyarakatan.
Masyarakat pula berpandangan hanya mereka yang memperoleh A dalam setiap pelajaran sahaja yang cemerlang dan menganggap gagal dalam peperiksaan akan gagal segala-galanya. Hal ini menyebabkan para pelajar tertekan untuk memperoleh keputusan yang baik sehinggakan hilang keseronokan belajar. Kini terpulang kepada ahli-ahli akademik dan pemikir pada peringkat tertinggi untuk mengenal pasti pendekatan baru yang sesuai bagi menguasai itu.

Wednesday 25 April 2012

"Celakalah orang yang berbicara lalu mengarang cerita dusta agar orang lain tertawa. Celakalah!"

Bergurau boleh dikatakan perbuatan kelakar melalui perbuatan, kata-kata dan sebagainya. Ia boleh mengembirakan atau dapat menggelikan hati orang lain. Sinonimnya adalah jenaka, lawak dan gurau senda. Menurut pandangan Islam, perbuatan yang boleh membuatkan orang lain senang hati adalah termasuk dalam amal kebajikan dan Rasulullah s.a.w juga selalu berjenaka dengan ahli keluarga dan para sahabat baginda. 

Hadis Rasulullah yang bermaksud:

"Celakalah orang yang berbicara lalu mengarang cerita dusta agar orang lain tertawa. Celakalah!" 
Riwayat Abu Daud.


Dalam Islam telah digariskan adab-adab untuk kita bergurau agar tidak menyakiti hati dan perasaan orang lain.

  1. Tidak menjadikan aspek agama sebagai bahan jenaka seperti mempersendakan sunnah Rasulullah s.a..w .
  2. Gurauan tersebut bukan merupakan cacian atau cemuhan seperti memperlekehkan orang lain dengan menyebut kekurangannya. 
  3. Gurauan itu bukan ghibah (mengumpat) seperti memburukkan seseorang individu dengan niat hendak merendah-rendahkannya.
  4. Tidak menjadikan jenaka dan gurauan itu sebagai kebiasaan.
  5. Isi jenaka adalah benar dan tidak dibuat-buat.
  6. Bersesuaian dengan masa, tempat dan orangnya kerana adalah tidak manis bergurau di waktu seseorang berada dalam kesedihan dan sebagainya.
  7. Menjauhi jenaka yang membuatkan orang lain ketawa secara berlebihan (ketawa terbahak-bahak) kerana banyak ketawa akan memadamkan cahaya hati. 

Sesungguhnya Rasulullah s.a.w apabila ketawa baginda hanya menampakkan barisan gigi hadapannya sahaja, bukan ketawa yang berdekah-dekah, mengilai-ngilai atau terkekeh-kekeh dengan maksud bahawa selaku seorang muslim kita hendaklah sentiasa menjaga batas kesopanan dalam ertikata yang sepatutnya. 

Wednesday 18 April 2012

Amalkan doa ini setiap hari..INSYAALLAH...







Ya Quddus,
Jadikan aku di kalangan yang berjaya di antara mereka yang datang merendahkan diri pada-Mu
dan jadikan aku di antara mereka yang berusaha hebat di dalam mencari kebesaran-Mu..

Amin ya Rabbal a'lamin..









Jarak itu Indah...SubhanALLAH..









JaraK itu Indah..


♥ Jika RINDUKAN SESEORANG , PEJAMKANLAH MATA dan UCAPKANLAH :

" Ya Allah Aku rindukannya keranaMu Ya Allah , Jauhkanlah daku dari perkara yang membuatkan aku lupa kepadaMu . Aku semakin mengerti, ‘JARAK’ ini bukan untuk menghukumku..tetapi ‘JARAK’ ini untuk MENJAGA aku dan dia..

✿~ Dengan ‘JARAK’ ini aku dan dia berjanji untuk BERUBAH menjadi yang lebih baik..
✿~ Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MEMPERBAIKI cinta kepada Ilahi..
✿~ Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk MENCINTAI Pencipta kami lebih dari segalanya..
✿~ Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MENDALAMI Islam hingga ke akar umbi..
✿~ Dan Dengan JARAK ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan LEBIH BERSEDIA untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai..

p/s : Terima kasih ya Allah kerana memberi PELUANG kepadaku melalui jalanMu ini..terima kasih kerana memberikan JARAK itu kepada aku dan dia..♥♥


Ya Allah semoga hubungan ini berkekalan hingga ke JANNAH!Amin Ya Rabbal Alamin,, 

Followers