senang-senang datang la lagi eyh..sahabaT amatlah dialU-alUkan...

Tuesday, 29 June 2010

keJaRLaH ALLAH..bUkANnya sYUrga..



Kejarlah Tuhan, jangan kejar Syurga-Nya
Tuan Syurga lebih utama daripada Syurga-Nya
Carilah Tuhan , janganlah cari fadhilat-Nya
Dapat Tuhan, dapatlah segala-galanya
Cari Tuhan kerana kita hendak memperhamba diri kita kepada-Nya
Cari Syurga atau fadhilat-Nya
Ertinya hendak membesarkan nikmat Tuhannya
Mengapa hendak memperbesar diri kepada makhluk
Memperhambakan diri kepada Khalik kan lebih utama
Mengejar fadhilat, rasa berTuhan tidak ada
Jika rasa berTuhan tidak ada,rasa kehambaan pun tidak ada
Sedangkan ffungsi hamba hendak melahirkan rasa kehambaan
Kalau rasa kehambaan tidak ada
Mazmumah tidak akan dapat dimusnahkan
Kerana itulah orang yang beribadah
Kerana Syurga atau fadhilat
Perangainya tidak berubah
Bahkan adakalanya ibadahnya itulah
Yang menyuburkan mazmumahnya
Mengapa beribadah kerana Syurga dan fadhilat
Syurga dan fadhilat adalah hak Tuhan
Yang memang telah ditentukan-Nya
Carilah Tuhan
Dapat Tuhan, Syurga dan fadhilat-Nya dapat sama
Kerana itulah Syurga dan fadhilatnya tidak perlu difikirkan
Cari Syurga atau fadhilat
Syurga atau fadhilat belum tentu dapat
Tuhan sudah tentu tidak dapat
Yang hendak kita cintai adalah Tuhan
Kerana Dia Pencipta kita
Bukan Syurga dan fadhilat yang hendak kita cintai
Betulkan semula fungsi ibadah kita
Agar matlamat ibadah itu tepat kepada sasarannya...


renUng-renUngkan dan selamaT beramaL....



No comments:

Followers