senang-senang datang la lagi eyh..sahabaT amatlah dialU-alUkan...

Saturday, 10 July 2010

Alangkah Susah...


Kalau kita duduk sekampung, kita berkenalan dengan orang kampung, berjumpa dan bertemu di masjid, kedai, di rumah orang kenduri, di perselisihan jalan, di dalam mengurus keperluan kita, itu bukan kawan namanya, itu adalah kenalan kita .

Bertemu dan berjumpa di tempat kerja, masing-masing membuat urusan masing-masing. Sekali-sekala bertegur sapa, kemudian tidak ambil tahu satu sama lain juga kenalan .

Orang yang kita temui di dalam perjalanan, di dalam menjalankan tugas kita, kita lihat dia, dia melihat kita ,senyum dari jauh sahaja, itu juga bukan kawan kita.

Orang yang kita temui di dalam perjalanan pergi kerja, berselisih di jalan sahaja ,berkenalan tidak sempat, bahkan tidak tahu-menahu satu sama lain, lebih-lebih lagi itu bukan kawan setia.

Tapi setengah orang di dalam berbual dengan orang, orang yang sekadar berjumpa itu dikatakan kawannya.

Kalau ada orang bertanya polan-polan itu duduk di kampung ini, saya kenal dia di tempat kerja, kita pun berkata, “Oh itu kawan saya”

Pernah di dalam pergaulan, ada orang berkata dengan kita saya kenal sipolan, sipolan itu, kita pun berkata, “Oh dia itu kawan sepersekolahan saya”

Begitulah seterusnya ,mudah kita berkata dia kawan saya, dia sekampung dengan saya.

Oh dia itu kawan saya, sama sedarjah dengan saya di waktu belajar dahulu ,di sekolah menengah di tempat saya.

Dia itu kawan baik saya, sama-sama bekerja di dalam tentera, lama bersamanya.

Gambaran yang disebutkan tadi itu bukan kawan, itu adalah kenalan

Mencari kenalan mudah, mencari kawan susah.

Kawan di dalam Islam bukan sekadar satu agama, sama-sama beragama Islam.

Kawan itu selain seagama , ia adalah sama-sama mempunyai cita-cita agama.

agama bUkan penghalang tUk berkawan..


Kawan seperjuangan di dalam satu jemaah, di bawah satu pemimpin, menuju satu cita-cita, cintakan Tuhan.

Sikap kita dan dia adalah sama.

Kesusahan kita kesusahan dia, kesusahan dia kesusahan kita.

Kegembiraan kita kegembiraan dia, kegembiraan dia adalah kegembiraan kita

Kita dan dia bela-membela, keluarganya keluarga kita, keluarga kita keluarganya..


insyaALLAH....

No comments:

Followers