sebenaRnya garam tidaKLah berbahaya..cUma jiKa diambiL dalam jUmLah yang banyaK adaLah tidak eLok..
Makanan yang mengandungi sodium dalam apa juga bentuk pasti mempunyai garam. Terlalu banyak mengambil sodium dalam pemakanan kita boleh menyebabkan kekurangan potassium dan akhirnya kita akan mengalami lebihan pembuangan cecair, tekanan darah tinggi dan boleh merosakkan jantung..
Di bawah ini ditunjukkan idea-idea yang baik untuk mengurangkan pengambilan garam :
- Baca setiap label pada tin atau paket makanan dan pastikan jumlah garam yang terkandung dalam makanan tersebut.
- Jangan letakkan botol garam di atas meja.
- Minum sekurang-kurangnya 4 pain atau 2.25 litre hingga 6 pain atau 3.2 liter air untuk membersihkan buah pinggang.
- Masak sayur-sayuran dengan menggunakan jus limau yang diperah untuk memperolehi rasa yang sebenar.
- Gunakan sayur-sayuran yang segar dan kurangkan mengambil makanan dalam tin kerana makanan begini mengandungi lebih banyak kandungan garam.
- Ketika memilih keju, carilah yang mengandungi kurang lemak.
- Cuba ubah resepi anda dengan menggantikannya dengan herba, rempah dan jus buah-buahan untuk menguliti garam.
- Pastikan kandungan semua ubat, ubat gigi dan pencuci mulut kerana barang-barang ini juga mengandungi garam.
No comments:
Post a Comment