senang-senang datang la lagi eyh..sahabaT amatlah dialU-alUkan...

Thursday, 8 July 2010

cinTa ..apaKah erTinya??



Cinta yang hakiki ialah cinta oleh akal dan hati. Tanpa melihat atau berjumpa, ia sudah bertaut dan 
dapat dirasa kerana yang bersatu adalah hati, bukannya fizikal dan ia disatukan oleh tali Allah dan bukannya
oleh nafsu dan kepentingan diri.

Kereta diciptakan dengan kuasa untuk bergerak. Tetapi pergerakannya perlu diatur dan dikawal. Begitulah
cinta, ia adalah kuasa, tetapi kuasa itu memerlukan peraturan dan kawalan. Sebagaimana jasad memerlukan
makanan, begitulah jua halnya dengan jiwa yang memerlukan cinta.
 
 Allah menciptakan naluri tersebut kerana ingin menyelamatkan, membahagiakan dan mententeramkan jiwa
manusia. Tetapi cinta sekarang banyak yang meruntuhkan erti kemanusiaan itu sendiri. Bukannya menyelamatkan
tetapi merosakkan. Hukum cinta perlu dipatuhi agar maksud penciptaannya tercapai. Cintailah sesiapa pun,
asalkan cinta itu dapat memberi lorong yang sebaik-baiknya untuk kita terus menyintai Allah. Cinta
itu haruslah dibina atas dasar cinta kepada Allah.

Sebagai bukti, kita akan mendahulukan kehendak kecintaan kita kepada Allah melebihi kehendak
kecintaan kita kepada yang lain. Kedua, jangan sekali-kali melanggar batasan syariat Allah seperti
'dating', perbualan telefon maraton dan surat cinta.
 
 
Cinta suci tidak memerlukan semua itu. Ia tumbuh atas dasar tapak yang murni dan selalunya didorong oleh
faktor agama, akhlak, kewibawaan dan keperibadian yang baik. Dorongan dan rangsangan yang menyuburkan cinta
ini tidak memerlukan kata-kata luahan yang indah.

Namun, body language sudah cukup membuktikan betapa dalamnya cinta ini. taK perLu samPai meLibaTkan 
 " bOdy cOnTact ' Kebiasaannya, cinta suci seperti ini pasti akan membawa ke gerbang perkahwinan untuk 
bercinta lagi dengan seribu keindahan. Bahkan jika diizinkan Allah, ia akan bersambung di akhirat. 
Suami yang soleh dan isteri yang solehah akan bercinta lagi di akhirat..insyALLAH..
 
 
Jikalau cinta seseorang itu benar2 hanya kerana Allah,dia akan lebih khusyu' dalam solatnya dan semakin
bertambah pula amal ibadat dan ketakwaannya kepada Allah. Sebaliknya, jikalau hubungannya dengan Allah
semakin renggang dan mengarahkan dirinya melakukan perkara-perkara yang merugikan dan melalaikan, itu
ertinya Cinta nafsu. Cinta yang bersalut nafsu akan mudah diganggu oleh syaitan. Maka akan berlakulah zina
hati dan mata. Jika demikianlah keadaannya, bagaimana akan khusyu' solatnya? Orang yang sebegini sifatnya
jikalau dia mengaku yang cintanya itu dibina atas dasar cinta kepada Allah jelaslah yang dia telah
menipu dirinya sendiri. Mustahil boleh bersatu dua unsur yang berlainan dalam satu masa sebagaimana
sukarnya air dan minyak bercantum menjadi satu.
 
 
Semangat itu perlu untuk menghidupkan perjuangan yang telah lama mati dalam diri. Tetapi bukankah 
kita masih mempunyai Allah? Bergantung sepenuhnya kepada Allah itulah sebaik-baik pilihan. 
Tidak ada usaha yang luar biasa dilakukan oleh pejuang-pejuang agama Allah untuk menegakkan 
kebenaran. Mereka hanya menundukkan nafsu dan menguasainya. Perjuangan menegakkan kalimah Allah
memang pahit. Tohmahan dan hinaan datang silih berganti. Namun, syurga dan segala nikmatnya telah
dijanjikan oleh Allah buat hamba-hambaNya yang bersabar..

Jadi,renungilah, samaada cinta kita itu benar-benar kerana Allah atau sekadar bersuka ria menghabiskan 
usia remaja kita? Sebaik-baik hubungan itu adalah hubungan yang mendapat pandangan daripada Allah 
secara berterusan (ISTIKHARAH) bagi memastikan pilihan kita tepat kerana kita sedang bermain dan
berurusan dengan sekeping hati bernyawa.
 
(Dipetik daripada cerpen :Pertemuan bukan milik kita,
Majalah Akhawat)(Vol.2)
 
KehidUPan bUKan semUanya syUrga.
KehidUPan ada geraK gempUrnya jUga.
Tetapi neraka-neraka keCiL yang datang sekali
itulah yang memberi erti aPa sebenarnya kehidupan...
(A.samad Said)
 
“Jangan kamu mengahwini perempuan kerana kecantikannya.Boleh jadi kecantikkan mereka 
akan menjadikan mereka hina.Jangan kamu mengahwini perempuan kerana harta mereka, 
kerana boleh jadi harta mereka akan menjadikan mereka bersikap zalim, tetapi kahwinLah mereka 
kerana agamanya. Perempuan hamba yang rabik telinganya dan bodoh tetapi beragama adalah lebih baik.”
(Hadith riwayat Ibnu Majah)
 
“Siapa yang mengahwini perempuan kerana ketinggian kedudukannya, perkahwinan itu tidak 
menambah sesuatu kepadanya kecuali kehinaan. Siapa yang mengahwininya kerana hartanya,
perkahwinan itu tidak menambahkan sesuatu kepadanya kecuali kemiskinan.Siapa yang mengahwininya 
kerana keturunannya perkahwinan itu tidak akan menambah sesuatu kepadanya kecuali hina dina 
dan siapa yang mengahwini perempuan dengan tujuan supaya dapat menahan pandangannya,
memelihara kehormatannya atau menghubungkan silatur-rahim.Allah akan memberi berkat kepadanya 
dengan perempuan tersebut dan Allah akan memberi berkat pula kepada perempuan itu dengannya”
(Hadith riwayat Abu Nuaim)
 
“Janganlah kamu memilih seseorang perempuan itu kerana kecantikkannya, kepandaiannya, 
hartanya, keturunannya, kedudukannya kerana dia takkan sekali-kali membahagiakan kamu kelak.”
“Dinikahi wanita itu kerana empat perkara, kekayaannya, kedudukannya, kecantikannya dan 
agamanya maka pilihlah dalam hal agama. Nescaya beruntunglah kedua-dua tanganmu.”
(Hadith riwayat bukhari dan muslim)
 
sesUngguhnya bercinTa itU tidakLah dilarang daLam ISLAM..taPi, biarLah dengan cara yang haLaL..demi 
untuK mencari cinTa ILLAHI.. 

 

No comments:

Followers