senang-senang datang la lagi eyh..sahabaT amatlah dialU-alUkan...

Sunday, 11 July 2010

saaT haTi sedang menangiS...

Tuhanku,

ketika hati sedang menangis…

hanya Engkau saja yang tahu…

betapa merananya diriku…

tak mungkin yang lain tahu…


Tuhanku,

ketika mereka meninggalkan aku…

sendiri terkapai-kapai…

ketika dunia tiada simpati…

kau tetap mendengar rintihanku…


pada-Mu tempatku menagih kasih…

ketenangan kurasa mendekati-Mu…

syahdu malam tak terasa sunyi…


Tuhanku,

ketika aku dalam kepayahan…

keseorangan dihimpit beban derita…

Kau beri aku kesabaran…

pengalaman mengajar erti kematangan…

lantas Kau membuka pintu hatiku…

untuk memberi kemaafan…

pada mereka yan pernah melukakanku…

pada mereka yang terus melukakanku…

dan pada mereka yang tersedar kerana melukakan…


Tuhanku,

ketika aku buntu…

keliru dengan masa depanku…

Kau berikan aku kekuatan…

Kau tunjukkan aku jalan…

peluang kedua yang sungguh bermakna…

sebagai penyuluh hidupku…

menebus usia yang sia-sia…

mengganti semalam yang pergi…

memperbaiki kelemahan diri…

mempelajari pengajaran dari kesilapan…

menimbus kekecewaan dan dendam…


Tuhanku Yang Maha Pengasih,

rahmatMu itU sUngguh tak terkira…

syukurkU melangit pun tak tercapai, taPi kU yakin KAU sentiaSa bersamakU..…

sunggUh aku raSa berdosa…

kerana dulu sering terlalai…jaUh darimU..

semoga penyesalanku ini KAU terima… amiinn...



No comments:

Followers