senang-senang datang la lagi eyh..sahabaT amatlah dialU-alUkan...

Sunday, 25 July 2010

bersangka baiK seSama sendiri..mamPukah kiTa??


Satu hal yang sangat penting sekali pada bulan syaaban ini jUga, ialah malam seperduanya (Malam Nisfu Syaaban).

Pada malam itu Allah S.W.T telah menurunkan rahmatnya kepada segala hambaNya yang meminta dan memohon kepadanya. Dan saat itu adalah saat yang sebaik-baiknya untuk memohon rahmat, hidayah dan taufik kepada Allah S.W.T. Maka kita kaum muSlimin dan mUslimaT pada saat yang amat baik dan ketika yang amat elok bermohon kepada Allah dengan hati yang khusyuk dan ikhlas agar umat-umat Islam beroleh bahagia di dunia dan akhirat.amiin ya-ALLAH...

hidUp kat dUnia ni cUma semenTara, yang kekaL cUma akhiraT sana....Oleh sebab itu mulai dari sekarang sewajibnya kita menilai semula diri kita bahawa sebenarnya umUr kita ini sememangnya bertambah setiap kali berakhirnya satu hari atau satu bulan. Lebih jelas lagi adalah saat untuk hadir ke pengadilan Yaumul Mahsyar kian dekat. yakni hari pengadiLan bUat kiTa..dihiTungkan kembaLi amaLan baiK mahUpun dOsa2 diri kiTa ini..naUzubiLLAH...

Ini kemungkinan yang kita lupa, kenapakah kita menjadi lupa?

Mungkin apa yang disebabkan kita sangka ialah segala sesuatu itu akan selalunya memihak kepada kita. Oleh itu alangkah baiknya setiap kali kita menghitung atau menilai semula diri kita maka kita hitung dan nilaikan semula apakah yang kita lakukan sepanjang hidup kita ini. Lebih-lebih lagi tentang amalan diri kita sendiri kepada Allah S.W.T. Atau apakah kita bertekad untuk meninggalkan segala kemungkaran dan kemaksiatan. Sudahkah kita cuba sedaya upaya atau melaksanakannya.??

Dan begitu juga sekiranya kita bersungguh-sungguh berazam melakukan kebaikan dan kebajikan. Sudahkah kita berusaha untuk mengubahnya supaya menjadi baik.??? Jika kita selalu alpa kenapa kita tidak cuba waspada.??

Dan jika ternyata kita tergolong sebagai umat yang belum termasuk ke dalam kategori umat yang menyumbangkan saham syariat agama. Kenapa kita tidak mula membetulkan haluan kita sebagai orang yang menghayati cara hidup beragama. tentang tUjuan kiTa dijadikan di mUka bUmi ALLAH ini... Sebagaimana yang kita maklum, bahawa agama Islam adalah satu agama yang dapat menyelamatkan semua insan. Oleh itu kita sewajibnya memastikan atau menjadikan saudara se-Islam itu sebagai saudara yang sejati sebagaimana firman Allah dalam surah al-Hujurat ayat 10 yang bermaksud:

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat".

Daripada ayat di atas jelaslah kepada kita bahawa setiap individu muslim mukmin itu adalah saudara kita. Oleh itu sewajibnya kita memelihara ikatan persaudaraan yang kukuh dan jauhkan daripada sifat buruk sesama manusia.

Para
ulama' silam dan hari ini banyak mengajar kita betapa perlunya kita menjadi manusia yang berbaik-baik antara satu sama lain dan maaf-bermaafan sesama saudara Islam.

Oleh kerana Rasulullah s.a.w sentiasa mengekalkan umatkan jadi pemaaf bermakna apabila akal kita dapat berfikir tentang pengertian maaf dan hati kita dapat menghayatinya betapa besarnya hikmah maaf itu maka dengan sendirinya kita akan terlepas daripada hinggapan sifat-sifat buruk yang termasuk dalam sifat-sifat mazmudah yang tidak dikehendaki oleh Islam itu sendiri.

waALLAHuaLam..


No comments:

Followers