senang-senang datang la lagi eyh..sahabaT amatlah dialU-alUkan...

Wednesday, 14 July 2010

sUami dan iSTeri..



Firman Allah:
"Mereka (ibarat) pakaian bagi kamu, dan kamu (ibarat) pakaian bagi mereka." (Al-Baqarah: 187)

FirmanNya lagi:


"Dan pergaulilah isterimu dengan cara yang baik, maka jika kamu tidak menyukainya, barangkali sesuatu yang kamu tidak sukainya, lalu Allah menjadikan padanya kebaikan yang sangat banyak." (Al-Nisaa':19)

Sabda Rasulullah s.a.w.:


"Seorang yang beriman tidak boleh membenci seorang mukminah (isterinya), jika dia tidak menyukai kerana suatu perangainya, maka dia akan suka pada perangainya yang lain." (HR Muslim)

Sabda Rasulullah s.a.w.:


"Mengapa salah seorang dari kamu suka memukul isterinya seperti memukul hamba, sedangkan bolehjadi pada hari lain dia akan menyetubuhinya." (HR Ahmad)

-----------


Ayat dan hadis di atas meminta para suami mempergauli isteri mereka dengan baik. Tidak boleh dibuat sesuka hatinya. Tidak boleh memperlakukan isteri sebagaimana hamba abdi. Jika suami tidak suka dengan satu-satu perangai isterinya, mungkin hanya satu itu sahaja. Sedangkan banyak lagi perangai-perangai lain isterinya yang disukai. Tidak boleh juga memukul isteri, kerana apakah suami tidak malu kerana pada hari ini dia memukulnya, sedangkan pada hari lain dia menyetubuhinya.

Di dalam pergaulan sehari-harian, si suami tidaklah boleh bersikap seperti orang atasan dengan orang bawahannya terhadap isteri. Sentiasa bersikap bengis, serius dan lurus tegak. Hendaklah ada gurau senda, pujuk rayu dan belai membelai. Agar rumahtangga tidak muram. Agar hubungan terjalin erat.

---------------


Al-Qardhawi mengatakan bahawa sebahagian suami ada yang berfikir bahawa apabila dia telah memberi makan, pakai, tempat tinggal dan keperluan-keperluan lahiriah, sudah memadai. Dia lupa bahwa si isteri juga sama memerlukan perkataan yang baik, wajah yang ceria, senyuman yang manis, sentuhan yang lembut, ciuman yang mesra, pergaulan yang penuh kasih sayang, dan belaian lembut yang menyenangkan hati dan menghilangkan gundah gulana.

Imam al-Ghazali berkata, bahawa berakhlak baik terhadap isteri bukan sekadar tidak menyakitkan hati mereka sahaja. Tetapi termasuk juga sabar menerima keluhan mereka, berlemah lembut ketika mereka sedang berperasaan marah. Ini ada ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. Isteri-isteri baginda s.a.w. sering memintanya mengulang-ulangi perkataan, malahan pernah ada salah seorang dari mereka yang menjauhkan diri dari baginda sehari semalam.

Baginda pernah berkata kepada Aisyah, "sesungguhnya aku tahu jika engkau sedang marah dan jika engkau rela." Aisyah bertanya: "Bagaimana engkau tahu?" Baginda menjawab: "Jika engkau rela, engkau berkata: Tidak, demi Tuhan Muhamad. Dan bila marah, engkau berkata: Tidak, demi Tuhan Ibrahim." Aisyah menjawab: "Betul, (jika aku marah) aku hanya dapat menghindari menyebut namamu."

Di samping bersabar, si suami juga hendaklah bercumbu, bergurau dan bermain-main dengan mereka, kerana perkara ini dapat menyenangkan hati perempuan.

Sabda Rasulullah s.a.w.:


"Sebaik-baik kamu ialah yang paling baik terjhadap keluarganya, dan akulah orang yang paling baik terhadap keluargaku."

* Demikian selesai sedikit petikan dari al-Qardhawi.

------------------


(2)


Perceraian adalah sesuatu yang halal tetapi tidak disukai oleh Allah. Sabda Rasulullah s.a.w.:


"Perkara halal yang amat dibenci oleh Allah ialah talaq." (HR Abu Daud)

Sabdanya lagi:


"Tiada suatu perkara yang dihalalkan Allah, tetapi Dia sangat membencinya melainkan talaq." (HR Abu Daud)

Perceraian adalah jalan terakhir setelah proses-proses perbaikan sudah tidak dapat dijalankan. Di mana terdapat jalan buntu di hadapan. Kerana jika perkahwinan berkenaan hanya akan membawa kepada penzaliman (penafian hak-hak suami-isteri) dsbnya, maka perceraianlah jalan keluarnya.

Selagi masih ada ruang dan harapan untuk bersama, maka atasilah masalah yang dihadapi...



No comments:

Followers