Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan
Berwudhu’lah kamu sebelum kamu diwudhu’kan
Dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan
  Tutuplah ‘auratmu sebelum ‘auratmu ditutupkan
Dengan kain kafan yang serba pUtih..
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih dan meraTap...
  Walaupun orang yang hadir itu merintih untUkmu...
  Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah ke aTas mU..
Dengan empat kali takbir dan satu salam
  Berserta Fatihah, Selawat dan doa..
 Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah bagi mereKa...
 Tapi apakah empat kali takbir itu sUdah daPaT dapat menebUs dOSamU seLama ini.??
 Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
dOSamU padamU manUSia??
  Apakah solat Jenazah yang tanpa rUkuk dan sujud pada yg Maha ESA itU..
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?
Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian
  Justeru kumenyeru sekaLian Muslimin dan Muslimat
 Sebelum kamu diusung ke liang lahad oLeh raKan-raKanmU, kelUargamU....
 Menjadi makanan cacing dan makanan ulat di kUbur...
 Iringilah dirimu ke masjid..
menyembaH ALLAH s.w.T.....
 Sebelum kamu diiringi ke Pusara..
  Tangisilah doSa-dosamu di dunia ini seLama ini...
Kerana tangisan tidak berguna di alam baqa’
Sucikanlah dirimu sebelum kamu disUcikan...
  Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan...
 Dengan panggilan ‘Izrail yang menakutkan 
saaT pinTu taUbaT teLahpUn tertUtup tUk seLama-Lamanya...
 Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan
 Kerana taLKin itU ianya hanya berguna untuk yang tinggal
 Bukan kamU yang pergi..
  Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan
Ingatlah di mana saja kamu berada
  Kamu tetap memijak bumi Tuhan
 Dan dibumbungi dengan langit Tuhan
 Serta menikmati rezeki Tuhan...
  Justeru bila DIA menyeru, sambutlah seruan-NYA
Sebelum DIA memanggilmu buat kali yang terakhirnya
Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang tidak bererti
  Lalu menjadi segumpal darah..
 Lalu menjadi seketul daging...
 Lalu daging itu membaluti tulang
 Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti
 Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu
 Yang kalau jatuh ke tanah
 Ayam tak patok itik tak sudu
 Tapi ALLAH mengangkatmu ke suatu mercu
 Yang lebih agung dari malaikat..
ALHamdULillah ya-ALLAH...
  Lahirmu bukan untuk dunia
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat
  Sambutlah seruan ‘Hayya ‘alas Solaah’
Dengan penuh rela dan bersedia
Sambutlah seruan ‘Hayya ‘alal Falaah’
  Jalan kemenangan akhirat dan dunia
  Ingatlah yang kekal ialah amal
Menjadi bekal sepanjang jalan
Menjadi teman di perjalanan
  Guna kembali ke pangkuan Tuhan
 Pada hari itu tiada berguna Harta, takhta dan putera
 Isteri, kad kredit dan kereta
 Kondominium, saham dan niaga
 Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia…

No comments:
Post a Comment