senang-senang datang la lagi eyh..sahabaT amatlah dialU-alUkan...

Saturday, 24 July 2010

keceWa dengan hidUp??


pernah taK raSa tersangat kecewa hingga difikirkan sangat lemah unTuk menerUskan hidUp nie??


meSTi ada yang pernah dan meSTi yang tak pernah kerana meraSa tabah dalam menjalani setiaP ujian dalam hidUp ni kan...

banyak sebabnya kan?? Kita kecewa apabila pilihan hati dan pergi dan melUpakan kita...ataUpun kita jadi berdUkacita kerana tidak berjaya melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. dan sebagainyalah..

Pendek kata, kita memang dan paSTi merasa hampa kan apabila sesuatu yang kita kejar tidak kesampaian. ingaTlah bahawa setiap keputusan yang berlaku ke atas diri kita merupakan ketentuan atau qada’ dan qadar Allah kepada kita, baik yang seiring dengan kemahuan kita mahupun tidak adalah rahmat daripada-Nya.

Allah SWT berfirman mafhumnya:

”…. dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu,sedang ia lebih baik dari kamu; sedang ia melarat kepada kamu. Dan Allah mengetahui tapi kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah:216)


Pengetahuan kita tentang baik atau buruk sesuatu yang kita kejari itu jaUh lebih cetek berbanding dengan pengetahuan Allah SWT kerana Dia Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana. Kesemua pilihan atau ketetapanNya untuk setiap hamba seperti kita adalah yang terbaik dan paling tepat.

Rahmat dan pemberian Allah kepada para hamba-Nya datang dalam bentuk dan gambaran yang berbeza-beza. Adakalanya ia terhidang dalam bentuk kebaikan, iaitu ketetapan-ketetapan yang sealiran dengan apa yang dihasratkan oleh hamba-hamba-Nya. Adakalanya juga ia terhidang dalam bentuk keburukan, iaitu ketetapan-ketetapan yang bertentangan dengan apa yang dicita-citakan oleh hamba-Nya.

Al-Imam Ibnu Athaillah Assakandary ada berkata yang membawa maksud ;

“Apabila Allah memberi kepadamu, nescaya Dia saksikan kepadamu kebaikan-Nya. Dan apabila Dia menolakmu, nescaya Dia saksikan kepadamu kekuasaan-Nya. Maka Dia di dalam semua itu memperkenankan dan menghadapkan kepadamu dengan sifat kehalusan-Nya kepadamu.”


Jangan sesekali kita merasa ragu-ragu atau sangsi dengan kebaikan dan ketetapan Allah ke atas kita. Selagi kita bergelar mukmin selama itulah kita tidak perlu kecewa walaupun ketetapan yang menimpa kita tidak sepertimana yang kita jangkakan kerana ketetapan yang datang daripada Allah SWT itu adalah untuk kebaikan kita.

Rasulullah SAW yang mafhumnya ;

“Demi zat yang diriku ada ditangan-Nya tiadalah Allah menentukan sesuatu keputusan kepada hamba-Nya yang mukmin melainkan akan membawa kebaikan kepadanya….” (HR Muslim)


Golongan mukmin seperti kita wajib menyambut qada’ dan qadar Allah SWT dengan dada yang terbuka. Pilihan-pilihan Allah SWT untuk para hamba-Nya, adalah yang terbaik kerana Dia Maha Mengetahui. Allah SWT yang Maha Penyayang tidak akan sesekali menganiayai para hamba-Nya, malah ketetapan-ketetapan-Nya ke atas kita adalah untuk memastikan kita semua beroleh kebaikan sama ada di dunia mahupun di akhirat jangan ada keraguan lagi dalam hati kita, seolah-olah yang lain dari ketentuan-Nya itu lebih baik dan lebih sempurna.


Tiada ketentuan yang akan membinasakan hamba-Nya kecuali ke atas mereka yang tidak mengingati-Nya. Terimalah dan peliharalah ketentuan Allah dengan baik, sama ada dari segi rezeki, jodoh dan seumpamanya. Jika ketentuan itu selari dengan apa yang kita cita-citakan maka panjatkanlah kesyukuran kepada-Nya. Jika ketentuan itu bercanggah dengan hasrat kita sambutlah ketentuan itu dengan hati yang terbuka kerana mengikut ilmu-Nya, ketentuan tersebutlah yang terbaik untuk kita walaupun bertentangan dengan kemahuan kita yang asal.

Apabila kita menerima ketetapan-ketetapan Allah dengan penuh ikhlas maka akan terpadam rasa kekecewaan dan keresahan. Kegagalan tidak lagi kita rasa sebagai kegagalan. Kesusahan tidak lagi dirasai sebagai kesusahan. Apa sahaja ketetapan Allah SWT ke atas kita umat Islam, sama ada ia seiring dengan kemahuan kita atau sebaliknya, kesemuanya untuk kebaikan kita. Walau setiap sesuatu yang tidak kita perolehi itu digantikan Allah SWT dengan yang lebih baik daripada apa yang kita inginkan.

Walau apapun, percayalah dan yakinilah bahawa Allah SWT lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita berdasarkan ilmu dan kebijaksanaan-Nya.ALLAH tidak pernah menzaLimi hambaNYA...

wAllahu’alam…



No comments:

Followers