senang-senang datang la lagi eyh..sahabaT amatlah dialU-alUkan...

Friday 18 February 2011

sabar..jangan marah....




Betulkah sabar boleh membuat kita mampu mengawal emosi?


Jawapannya YA, terutama saat berdepan marah, tekanan dan kegusaran. Bagaimana sabar dapat mengawal emosi, misalnya rasa nak marah? Saya akan explain dari aspek teknikalnya.
Marah adalah sikap yang cuba dikawal oleh ramai orang, tapi masih gagal. Dengan sentiasa penyabar, Anda boleh menahan marah dari meluap keluar. Anda akan bersabar kerana Anda sedar, marah hanya akan memburukkan keadaan lalu menampakkan yang Anda orang kurang berpendirian.

Maknanya, harga diri Anda rendah, jadi Anda tidak layak untuk dihormati hanya kerana Anda orang mudah naik marah. Bila Anda tahu ni, sudah tentu Anda menahan marah sebab Anda tak nak orang tak hormat Anda. Lama-kelamaan, Anda mampu mengawal rasa nak marah, sebab sudah tahu kesannya apa.

Sabar membuat Anda tahan berdepan dugaan getir, misalnya saat dihimpit masalah kewangan yang teruk, ditinggalkan kekasih atau ketika ditipu. Jika Anda tak sabar, sudah tentu Anda akan bertindak sembarangan, lalu menampakkan kebodohan Anda hanya kerana tidak mengawal emosi.

Kesannya, Anda sendiri yang akan merana berpanjangan sebab Anda merosakkan diri sendiri. Contoh terbaik, menghempas barang, menumbuk dinding, paling ekstreme, membunuh diri. Bukankah itu semua merosakkan diri sendiri hanya kerana nak melepas tekanan dari masalah?
Bagaimana pula nak membina sikap sabar? Paling cepat dan paling berkesan, jaga kekhusyukan dalam sembahyang. Sembahyang menjauhkan Anda daripada sikap-sikap buruk, membentuk Anda menjadi orang penyabar. Lihat saja orang-orang yang menjaga kekhusyukan sembahyang, mereka adalah orang-orang penyabar.

Cara lain, sabar boleh dibina dengan bertenang. Cool sepanjang masa, usah cepat melatah, elak bertindak melulu ketika terasa nak marah. Cara satu lagi, amalkan releksasi khususnya kawalan pernafasan. Tarik nafas dalam-dalam, lepas perlahan-lahan.

Tutup mata, kosongkan fikiran, tenangkan minda dalam 3-5 minit, dua kali sehari. Lakukan berkali-kali setiap hari, sepanjang masa untuk mengawal marah. Bila berjaya mengawal marah, maknanya Anda dah boleh mengawal emosi Anda sendiri, bermula dari sikap sabar.



waALLAHualam....




No comments:

Followers