Seringkali kita  mendengar yang zaman sekarang anak-anak makin ramai yang derhaka kepada  ibubapa. Disebalik fenomena yang berlaku ini adakah kita (Ibubapa)  mengkaji dan merenung sejenak kenapa anak-anak pada hari ini semakin  nakal,jahat dan menderhakai kepada ibubapa mereka? 
Jika ibubapa mendidik  anak-anak dengan betul mengikut gaya hidup islam perkara sebegini dapat  dikurangkan. Apabila anak derhaka kepada ibubapa kita bising tetapi  adakah kita telah mendidik anak-anak kita dengan betul? Didikan agama  yang cukup? Apa kata kita lihat dahulu kisah di bawah :-
Seorang  lelaki telah datang menemui Khalifah Umar al-Khattab r.a. mengadukan  hal kederhakaan anaknya. Lalu Umar memanggil anak lelaki itu dan  memarahinya kerana derhaka kepada bapanya serta lupa kepada hak-hak  bapanya.  Anak itu menjawab: “Wahai Amirul Mukminin, tidakkah anak  mempunyai hak ke atas bapanya?” Umar menjawab: “Ya.” Dia bertanya lagi:  “Apakah ia wahai Amirul Mukminin?” Jawab Umar: “Memilih ibunya,  memberikan nama yang baik dan mengajarnya al-Kitab (al-Quran).” Anak itu  berkata: “Wahai Amirul Mukminin! Sesungguhnya bapaku tidak pernah  melakukan satu pun perkara tersebut. Mengenali ibu saya, dia dahulunya  seorang hamba berkulit hitam dan tuannya seorang Majusi. Saya pula  dinamakan “Ju’olan” iaitu sejenis kumbang  biasa berwarna hitam. Dia juga tidak pernah mengajarkan aku walau satu  huruf pun dari al-Quran.  Umar lantas berkata kepada lelaki itu: “Kamu  telah datang mengadukan kederhakaan anakmu, walhal kamulah yang telah  menderhakainya. Kamulah yang telah berlaku buruj dan jahat  sebelum dia berlaku demikian terhadapmu.”  Begitulah, Saidina Umar  meletakkan kesalahan kepada si bapa, lantaran kecuaiannya dalam mendidik  anaknya sendiri.
                 Benarlah  kajian yang dibuat, sebenarnya pada zaman sekarang lebih ramai  ibubapa yang menderhaka kepada anak-anak kerana didikan agama tidak  diberi secukupnya kepada anak-anak dan lahirnya genarasi tidak  bertamadun zaman moden yang ada pada hari ini. Jadi, didiklah anak-anak  sejak dari dalam kandungan lagi. Semoga generasi pewaris kita hidup  dalam jalan yang diredhai oleh yang Maha Esa.
inSyaALLAH...

No comments:
Post a Comment