senang-senang datang la lagi eyh..sahabaT amatlah dialU-alUkan...

Monday, 6 December 2010

kehidUPan seorang yang bernama pendaKwah..


               
Ketahuilah wahai saudaraku para juru dakwah , sesungguhnya Allah SWT pasti mengenakan  cubaan kepadamu. Dia akan menguji hakikatmu. Benar-benar seperti yang pernah dinyatakannya di dalam
Quraan dengan fimanNya.

الم. أحسب الناس أن يتركو اأن يقولوا ءامنا وهم لا يفتمون ولقد فتنا الذين من قبلهم . فليعلمن الله الذين صدقوا وليعلمن الكذبين
“ Alif lam mim , Adakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan sahaja untuk mengaku bahawa telah beriman’ dan sedangkan mereka tidak diuji ? sesunguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum kamu, maka sesunguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesunguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta”
                                                                                                {surah Al Ankabut. 1-3}


Di dalam Hadis dinyatakan :
اشدالناس بلاء الأنبياءثم الأمثل فالأمثل
 “Orang paling berat dicuba ialah para nabi , kemudian yang paling baik selepasnya , kemudian orang yang paling baik selepas itu.”

Pengakuan beriman sebenarnya memerlukan kepada bukti . Jalan perjuagan {Jihad} adalah jalan yang paling penuh dengan derita dan sensara.
حفت الجنة بالمكاره وحفت النار بالشهوات
Jalan syurga dihampiri oleh kesusahan manakala  jalan ke neraka dihampiri oleh keghairahan syahwat.

Dalam meniti liku dan lurah-lurah perjalanan ini kalaulah seseorang da’ei tidak berada di bawah lindugan Allah SWT , tidak berpegang pada sunnah NabiNya , tidak bertawakal kepadaNya dan tidak berhubung terus kepadaNya  maka sebenarnya ia sedang berada di ambang bencana dan musibah yang besar .
Rasulullah SWA telah berpesan akan cabaran dan dugaan – dugaan yang akan dihadapi oleh para Mukmin , Da’ei  dan Mujahid dijalan Allah SWT

Beliau bersabda :
المؤمن بين خمس شدائد؛
1- مؤمن يحسده 2- ومنافق يبغضه 3- وكافر يقتله 4- وشيطان يضله 5- ونفس تنازعه
“orang mukmin sentiasa diambang lima dugaan yang susah
I-Mukmin yang dengki padamya ii-Munafik yang benci padanya iii-Kafir yang memeraginya
iv-syaitan yang menyesatkan v-Nafsu yang sering bertarung untuk megakahkannya

Dalam Hadis ini Rasulullah SWA ,telah menghuraikan tentang fitnah dan kesusahan yang setiap waktu boleh menimpa para Da’ei supaya meraka dapat berhati-hati dan bersiap sedia . meraka hendaklah menyiapkan bekalan yang cukup . Kiranya degan demikian mereka dapat mengatasi segala halangan dan rintangan dengan selamat .
Marilah kita sama-sama mengkaji betapa bahayanya dan betapa pula kesannya ,
Dengan itu dapat kita menemukan cara-cara yang boleh diikuti untuk melepaskan darinya.
والحكمة ضالة الؤمن أني وجدها فهو أحق بها
sesunguhnya kebajaksanan adalah laksana barang yang hilang dari seorang mukmin .Maka dimana sahaja ia ditemui dia adalah yang berhak mengambilnya 

No comments:

Followers