senang-senang datang la lagi eyh..sahabaT amatlah dialU-alUkan...

Thursday, 23 December 2010

kekUatan RAsuLuLLAH dan aPa raHSianya??





Zaman kebangkitan Islam hanya dapat dijadikan kenyataan jika umat Islam menjadikan Rsulullah s.a.w. dan para sahabat r.a. sebagai contoh atau role model. Di zaman permulaan Islam ketika pengikut Nabi s.a.w. yang sedang menghadapi penganiayaan yang dahsyat, Allah s.w.t.menurunkan khabar suka mengenai kemenangan Islam. Musuh-musuh Islam yang mendengar wahyu itu telah mentertawakannya kerana pada pandangan mereka umat Islam tidak memiliki apa-apa kekuatan. Akhirnya mereka sendiri kehairanan dan bungkam apabila melihat betapa sempurnanya janji-janji Allah s.w.t.yang mendatangkan Qiamat kepada masyarakat jahilliah dan memulakan zaman baru yang penuh keberkatan di bawah pimpinan Yang Mulia Nabi Muhammad s.a.w. Umat Islam memperolehi kemenangan dan kejayaan bukan disebabkan kekuatan senjata, banyaknya harta, tingginya darjat tetapi dengan Keteguhan Iman dan kepatuhan mereka kepada Allah s.w.t. dan Nabi s.a.w. 


Kekuatan ini yang telah membolehkan mereka menghadapi penganiayaan, penentangan, kekerasan dan peperangan yang dilakukan oleh mush-musuh Islam dan akhirnya mereka bukan sahaja mengalahkan orang-orang Mekah musyirikin malah turut menundukkan dua super power ketika itu yakni Rom Timur dan Parsi.

Peristiwa ini akan berulang lagi kerana Al-Quran sendiri memberikan gambaran bahawa kebanyakkan kisah didalamnya akan mengalami pengulangan (The history will repeat!). Semua pihak merasakan umat Islam tidak boleh bangkit lagi tetapi Allah s.w.t. memiliki perancangan suci dan Dia telah berjanji untuk mengunggulkan Islam ke atas agama-agama lain. Allah s.w.t. tidak akan membiarkan raksaksa-raksaksa kuasa besaruntuk berterusan menyesatkan dan mendatangkan kerosakan kepada dunia. 


Allah s.w.t. telah beberapa kali menggoncangkan sistem ekonomi mereka dan mendatangkan dua azab yang besar melalui Perang Dunia Pertama (1914-1918) dan Perang Dunia Kedua (1939-1945). Dan sekarang tidak melalui peperangan tetapi cukup sekadar masalah ekonomi global yang meruncing (2009- ??)
Allah s.w.t. amat mudah untuk membantu umat Islam untuk menewaskan musuh-musuh Islam TETAPI umat Islam mesti terlebih dahulu berusaha untuk memperbaiki kecintaannya kepada Allah s.w.t. dengan mengikuti pesan dan nasihat suci Baginda Nabi s.a.w. Allah s.w.t. memberikan jaminan untuk umat manusia jika mereka ingin dicintai oleh NYA, tiada lain kecuali mengikut langkah-langkah kehidupan dan akhlak Baginda s.a.w.: “Katakanlah, Jika kamu benar-benar mencintai Allah, ikutlah aku, nescaya Allah mencintaimu” (3:31).
Sebenarnya inilah kunci sebenar segala permasalahan umat Islam hari ini.



Sebagaimana Allah s.w.t. telah memberi agama Islam kepada manusia maka Allah telah memberikan usaha atas agama, yang mana melalui usaha agama ini, agama akan bersama kita dan apabila agama ada bersama dalam kehidupan kita, maka Allah s.w.t. akan bersama dengan kita.



Maka inilah formula kejayaan dan kebangkitan umat Islam. Jika Allah s.w.t. yakni Pemilik Alam ini telah bersama kita dan mencintai umat Islam, apakah ada kekuatan lain yang mampu menahan kebangkitan dan kemenangan Islam pada abad ini?



No comments:

Followers