" akU hanyalah inSan biaSa yang akan sentiaSa mengharapkn keredhaan Illahi"
senang-senang datang la lagi eyh..sahabaT amatlah dialU-alUkan...
Showing posts with label fakta. Show all posts
Showing posts with label fakta. Show all posts
Friday, 29 April 2011
kod maKanan yang ada unSur khinzir@ babi..
E100, E110, E120, E 140, E141, E153, E210, E213, E214, E216, E234, E252,E270, E280, E325,E326, E327, E334, E335, E336, E337, E422, E430, E431, E432, E433,E434, E435, E436, E440,E470, E471, E472, E473, E474,E475,E476, E477, E478, E481, E482, E483,E491, E492, E493, E494, E495, E542,E570, E572, E631, E635, E904.
Friday, 8 April 2011
kebaikan bUdu...
Budu merupakan makanan traditional Kelantan
dan Terengganu yang diperbuat daripada ikan bilis atau udang bari yang dijeruk
sehingga hancur.
Budu atau sos bilis yang berasal dari negeri sebelah
pantai timur Malaysia ini mendapat perhatian dan menjadi kajian para ahli
pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Jerman.
Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki gluthaione sebagai
bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh
(immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser.
Kenyataan ini bagaikan satu kejutan bagi golongan yang selama ini memperlekehkan
kewujudan budu yang dianggap makan "kuno".
Budu didapati berpotensi
untuk melawan radikal bebas dan dipercayai mampu menghalang proses penuaan dan
mencegah terjadinya penyakit degeneratif sep erti aterosklerosis, koroner
jantung, penyakit kencing manis, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal.
Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab
[[diarrhoea| cirit (diarrhoea)] , penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit
jantung dan hipertensi.
Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna,
diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain. Khasiat
budu yang diproses dari ikan bilis yang diperam terbukti mampu mengatasi masalah
kanak-kanak yang menderita penyakit diarrhoea kronik akibat kurang zat pada
tubuh. Dengan pengambilan budu sebagai makanan sampingan, ia mampu menggalakkan
pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diarrhoea kronik
ini serta menyembuhkannya dalam waktu singkat.
Ia juga dapat
mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya. kerana ia merangsangkan
sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta
menguatkan neuron-neuron yang lemah. Pemakanan budu turut bertindak membantutkan
pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab utama gejala flatulensi
dan masalah kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. 2 kelompok vitamin
yang terdapat pada budu iaitu, vitamin larut air (vitamin B kompleks) dan
vitamin larut lemak (vitamin A, D, E dan K).
Budu merupakan sumber
vitamin B yang paling banyak menyumbang kepada pecahan lain sep erti vitamin B1
(thiamin), vitamin B2 (riboflavin) , asid pantotenat, asid niasin, vitamin B6
dan vitamin B12 (sianokobalamin) . Secara saintifik, budu merupakan penyumbang
utama vitamin B12 yang dihasilkan oleh bakteria klebsiella pneumoniae dan
Citrobacter frundiin - yang mana vitamin B12 ini tidak dimiliki dari mana-mana
sumber makanan laut, ikan-ikan dan daging-daging lain. vitamin B12 ini perlu
untuk pembentukan sel darah merah, di mana kekurangan vitaman ini mengakibatkan
terjadinya penyakit anemia perisiosa (pucat), sakit perut dan berat badan
menurun.
Kadar vitamin B12 dalam budu adalah di antara 1.5 sehingga 6.3
mikrogram per 100 gram bagi setiap satu hidangan atau 2 sudu besar. Jumlah ini
jauh lebih cukup untuk keperluan badan manusia dalam sehari. Dengan adanya
vitamin B12 para pengamal diet (jaga badan) tidak perlu lagi merasa khuatir akan
kekurangan vitamin B12 di dalam badan.
Selain pembekal kepada protein
yang tinggi, ia turut mengandungi mineral makro dan mikro dalam jumlah yang
cukup. Jumlah mineral zat besi, kalsium dan magnesium adalah sebanyak 9, 39, 2,
87 dan 8.05 mg bagi setiap 100 gram budu. Budu juga mengandungi zat antioksidan
dalam bentuk isoflavon.
Seperti halnya vitamin C, vitamin E dan
karotenoid, isoflavon juga merupakan antioksidan yang sangat diperlukan oleh
tubuh untuk menghentikan reaksi pembentukan radikal bebas. Radikal bebas
merupakan atom atau molekul yang mempunyai satu atau lebih elektron yang tidak
berpasangan, sehingga menjadi sangat aktif hingga menyebabkan ketumbuhan tumor,
kanser, penuaan dan kematian sel. Radikal bebas didapati berpunca dari makan
seharian yang dimakan dan juga dari reaksi yang terjadi di dalam tubuh. Adanya
antioksidan di dalam budu akan mencegah pembentukan radikal bebas tersebut.
Kebiasaannya di dalam apa jua jenis ikan terdapat 3 jenis isoflavon
unsur antioksidan iaitu daidzein, glisitein dan genistien. Pada budu, di samping
2 jenis unsur ini, terdapat juga antioksidan faktor 11 (6, 7, 4 trihidroksi
isoflavon) yang mempunyai sifat antioksidan paling kuat dibandingkan isoflavon
dalam ikan-ikan lain.
Penelitian yang dilakukan di Universiti North
Carolina, Amerika Syarikat menemukan bahawa unsur genestein dan phytoestrogen
yang terdapat pada budu terbukti dapat mencegah penyakit kanser, proses penuaan
dan barah payu dara.
Penyakit jantung koroner (PJK) merupakan salah satu
bentuk kelainan pembuluh darah koroner akibat penumpuan lemak di dalam dinding
pembuluh darah iaitu satu keadaan yang disebut aterosklerosis. Ini mungkin
disebabkan oleh faktor usia, pemakanan, jantina dan keturunan. Manakala faktor
dimodifikasi adalah peningkatan kadar lipida darah (hiperkolestrolemia ),
hipertensi, obesiti, stress dan kurang aktiviti lasak. Pemakanan budu yang
mempunyai sifat hipokolesterolemik (menurunkan lemak darah) sep erti kandungan
protein, serta makanan, niasin, vitamin E, karotenoid dan kalsium. Satu ujikaji
rambang yang dijalankan, mendapati pengambilan budu sebanyak 150 gm sehari
selama 2 minggu dapat menurunkan kadar kolestrol ke tahap luar dari jangkaan.
Selain dari sumber protein yang berkualiti tinggi, budu turut dikenali
sebagai sumber serat (dietary fiber) yang baik. Kandungan serat di dalam budu
mampu mencapai di antara 8 hingga 10% bagi setiap 100 gm. Ia menyumbangkan
kepada 30% dari umlah serat yang dianjurkan oleh National Cancer Research.
Berbanding serat di dalam ikan-ikan atau sumber protein lain, serat pada
budu lebih mudah untuk dicernakan. Dari apa yang dinyatakan ini jelas sekali
bahawa khasiat serta kebaikan sep iring budu yang dimakan bersama hidangan nasi
pagi, tengahari dan malam melampau jangkauan yang anda fikirkan. Budu seumpama
cecair pelbagai vitamin yang memenuhi segala keperluan untuk tubuh badan.
waALLAHualam...
Friday, 18 February 2011
Thursday, 17 February 2011
kenaPA laptOP ataU kOmputer asyik hang...jOm baca...
aSsalamUalaikUm.....sekadar berkOngSi...
permandangan di sUatu petang di GianT MaLL...kUala TerengganU..17/2/2o11
Info IT, kenapa komputer/laptop anda selalu hang? Kalau dah hang, ubatnya ada 2 jer:
1. Ctrl+Alt+Delete
- Start Task Manager
- Klik pada program yang ‘not responding’
- End Task
- Start Task Manager
- Klik pada program yang ‘not responding’
- End Task
Jika Task Manager pun tak boleh run
2. Force Reset. Tekan butang reset atau butong ‘power’ selama 15 saat dan komputer anda terus shut down, tetapi shut down cara paksa ini akan menyebabkan hardisk anda ‘koyak’ juga perisian berlaku error.
Apa penyebab komputer hang?
1. Hardware Konflik
Selalu berlaku antara satu hardware dengan hardware yang lain tidak support sesamanya atau mungkin hardware tidak dipasang dengan baik dan juga kemungkinan salah satu hardware yang ada masalah.
Selalu berlaku antara satu hardware dengan hardware yang lain tidak support sesamanya atau mungkin hardware tidak dipasang dengan baik dan juga kemungkinan salah satu hardware yang ada masalah.
Cara mengetahui sebuah hardware bermasalah atau tidak : klik Start – Setting Control Panel – System Device Manager. Lihat apakah ada hardware yang bertanda ! dalam segitiga kuning. Kalau ada bermaksud hardware tersebut bermasalah.. Cara mengatasinya adalah menginstall semula driver hardware tersebut. Atau anda boleh menggunakan tool unutk melihat driver apakah driver sudah terinstall atau belum.
2. Keadaan RAM
RAM yang kurang baik selalu menyebabkan “Blue Screen”. Kemungkinan pula disebabkan anda memasang 2 RAM dengan spesifikasi yang berbeza. Sebaiknya RAM pada sebuah Komputer harus sama, kalau perlu 1 jenis yang sama.
RAM yang kurang baik selalu menyebabkan “Blue Screen”. Kemungkinan pula disebabkan anda memasang 2 RAM dengan spesifikasi yang berbeza. Sebaiknya RAM pada sebuah Komputer harus sama, kalau perlu 1 jenis yang sama.
3. BIOS expired
Komputer hang juga mungkin disebabkan karena BIOS motherboard expired untuk support hardware baru.
Layari website pembuat BIOS motherboard anda dan cari updatenya.
Komputer hang juga mungkin disebabkan karena BIOS motherboard expired untuk support hardware baru.
Layari website pembuat BIOS motherboard anda dan cari updatenya.
4.Hard Disk
Susunan file di hardisk tidak tersusun boleh menyebabkan PC menjadi hang. Untuk mengelakannya, selalu lakukan Disk Clean-up sebulan sekali dan juga defrag.
Susunan file di hardisk tidak tersusun boleh menyebabkan PC menjadi hang. Untuk mengelakannya, selalu lakukan Disk Clean-up sebulan sekali dan juga defrag.
5. Fatal OE exception
Hal ini disebabkan oleh VGA Card yang tidak support. Untuk mengatasinya cuba ubah setting appearance. Dan jika ada error juga bererti VGA Card anda perlu diganti.
Hal ini disebabkan oleh VGA Card yang tidak support. Untuk mengatasinya cuba ubah setting appearance. Dan jika ada error juga bererti VGA Card anda perlu diganti.
6.Terkena Virus dan spyware
Lindungi PC anda dengan Anti Virus yang up-to-date. Jika mahu yang percuma saya cadangkan Avira.
Lindungi PC anda dengan Anti Virus yang up-to-date. Jika mahu yang percuma saya cadangkan Avira.
7. Printer
Semasa mahu print file besar seperti Power Point, selalu juga membuat PC hang. Ini disebabkan setiap kali melakukan print dokumen, Komputer menghantar data file tersebut ke memori printer, sedangkan printer hanya menyediakan memori yang kecil. Jika ini berlaku maka cabut kabel printer dan tekan butang reset pada printer.
Semasa mahu print file besar seperti Power Point, selalu juga membuat PC hang. Ini disebabkan setiap kali melakukan print dokumen, Komputer menghantar data file tersebut ke memori printer, sedangkan printer hanya menyediakan memori yang kecil. Jika ini berlaku maka cabut kabel printer dan tekan butang reset pada printer.
8.Software
Masalah yang juga sering membuat komputer hang adalah software yang kita install tidak support dengan Sistem Operasi. Sebelum menginstall software periksa dulu apakah mendukung OS PC tersebut atau tidak. Semak juga system requirement untuk hardwarenya.
Masalah yang juga sering membuat komputer hang adalah software yang kita install tidak support dengan Sistem Operasi. Sebelum menginstall software periksa dulu apakah mendukung OS PC tersebut atau tidak. Semak juga system requirement untuk hardwarenya.
9. Panas
Biasanya hardware tidak dapat berfungsi dengan normal jika komputer terlalu panas, cara mengatasinya ialah menambah kipas atau cooler pad pada laptop dan shut down sekejap komputer anda.
Biasanya hardware tidak dapat berfungsi dengan normal jika komputer terlalu panas, cara mengatasinya ialah menambah kipas atau cooler pad pada laptop dan shut down sekejap komputer anda.
10.Power Supply
Supply elektrik yang kurang juga boleh membuatkan PC tidak berfungsi dengan maksima. Sesuaikan daya pada Power Supply dengan keperluan elektrik PC anda.
Supply elektrik yang kurang juga boleh membuatkan PC tidak berfungsi dengan maksima. Sesuaikan daya pada Power Supply dengan keperluan elektrik PC anda.
Posted @ http://cikgufhahmie.blogspot.com/ mOhon maaf kerana bahaSa rojak mamak english+malay kerana rasanya bahasa teknologi kalau dialih bahasa jadi lain nanti. Kalau nak tambah no 11,12 dan seterusnya dipersilakan…
waALLAHualam....
Labels:
berkongsi,
fakta,
infO komputer
Tuesday, 15 February 2011
sindrom Progeria Hutchinson-Gliford
Progeria atau Sindrom Progeria Hutchinson-Gliford ialah penyakit genetik dikalangan kanak-kanak. Penyakit ni mengakibatkan proses penuaan berlaku dengan cepat setelah kelahiran. Hanya dalam masa 7 tahun pengidapnya sudah mengalami kedut dikulit,gigi tanggal, penyakit jantung, katarak, patah atau retak tulang dan tanda-tanda lain penuaan. Kebanyakan usia penderita cuma mencapai 13 atau 4 tahun...kesian..bersyukur la kita yang sihat ni.
sO..bersyUkurlah pada ALLAH...
Labels:
amalan seOrang mUSlim..,
bekalan akhirat,
fakta,
hati sedih..
Friday, 11 February 2011
aPa yang pelik dengan gambar2 nie..cUba amati betUl2..
Haaaa kebiasaanya kita semua kerap mendengar wanita sahaja yang cantik. Tetapi kali ini aku akan menceritakan tentang lelaki paling cantik di dunia. Mari kita lihat koleksi gambar lelaki yang aku maksudkan.
Sangat cantik kan lelaki ini. Kelihatan seperti seorang perempuan cantik yang asli. Kepada jejaka - jejaka diluar sana, kamu semua mesti terpikat apabila melihat gambar ini kan? Atau kamu sedang bergaduh dengan rakan kamu untuk berebutkan lelaki ini? Hati-hati kerana kamu sedang terpikat dan berebut kepada kaum sejenis kamu.
Nama lelaki ini adalah Reechada Petcharata atau nama perempuan nya Nong Poy Treechada. Lahir pada 1984. Nong Poy mula rasakan jiwa kewanitaan nya sejak dia dibangku sekolah. Hinggakan Nong Poy merasa dirinya lebih sesuai manjadi seorang wanita daripada menjadi seorang lelaki. Apabila berdepan dengan orang tuanya Nong Poy akan berkelakuan seperti seorang anak lelaki. Nong Poy membuat pembedahan kelamin apabila umurnya 17 tahun.
Bukan sekadar memenangi pertandingan ratu cantik, Nong Poy Treechada juga berjaya memenangi hati seorang aktor lelaki Thailand. Dan kononya dikatakan mereka sudah bertunang. Wow pada aku Nong Poy sudah berjaya menjadi seorang perempuan.
Wow Nong Poy pernah memenangi Pertandingan Kecantikan ‘Miss Tiffany‘ pada umur 19 tahun iaitu 2 tahun selepas pembedahan kelamin. Bukan setakat pertandingan kecantikan, Nong Poy juga pernah menjadi Miss International Queen (lady-boy) 2004. aku rasa peserta-peserta perempuan yang turut menyertai pertandingan itu malu kerana kalah dengan seorang lelaki.
Yang aku kagum dengan Nong Poy ini, dia hanya melakukan pembedahan kelamin sahaja. Tidak pernah melakukan pembedahan plastik pada wajahnya seperti wanita-wanita zaman sekarang. Kecantikan pada wajahnya adalah asli.
Monday, 7 February 2011
siLa baCa dan sebarkannya pada sahabat2 yang lain...( aJaran seSat )
AJARAN SESAT DI MALAYSIA 1996.
1.TAKRIF AJARAN SESAT
2.SEJARAH RINGKAS
3.PERISTIWA-PERISTIWA AJARAN SESAT
4.SUMBER AJARAN SESAT
5.MANGSA AJARAN SESAT
6.SENARAI AJARAN SESAT DI MALAYSIA
1. Takrif Ajaran Sesat.
Ajaran sesat ialah sebarang ajaran atau amalan yang dibawa oleh orang-orang Islam atau orang-orang bukan Islam yang mendakwa bahawa ajaran dan amalan tersebut adalah ajaran Islam atau berdasarkan kepada ajaran Islam sedangkan hakikatnya ajaran dan amalan yang dibawa itu bertentangan dengan Islam berdasarkan Al-Quran dan al-Sunnah serta bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.
2. Sejarah Ringkas.
Ajaran sesat yang paling lama usianya di Malaysia ialah ajaran Taslim yang dibawa oleh Mohamad bin Shafie @ Mohammad Matahari pada akhir abad ke 19 di Kg. Seronok, Bayan Lepas, Pulau Pinang.Ia berkembang ke negeri lain seperti Kedah, Perak, Negeri Sembilan dan Johor. Di Kelantan wujud ajaran Subud yang disebarkan pada tahun 1950an dan ajaran Martabat Tujuh pada tahun 1960-an.
3. Peristiwa-peristiwa Ajaran Sesat.
a. Pada 19 Ogos 1979, seramai 4 orang pengikut Ajaran Ilmu Kashaf pimpinan Hj. Kamarudin @ Abdullah Sani Kajang, Selangor mati terbunuh dalam satu peristiwa di Kerling, Selangor.
b. Pada 19 Oktober 1974 seorang dari kumpulan ajaran sesat Empat Sahabat pimpinan Syed Mutalib di Kg. Kedap, Rantau Panjang, Kelantan mati ditembak dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan.
c. Pada 16 Oktober 1980, 8 orang dari kumpulan ajaran sesat pimpinan Ahmad Nasir Ismail (Kemboja) yang mengaku Imam Mahadi telah terbunuh apabila mereka menyerang Balai Polis Batu Pahat, Johor.
d. Pada 7 Julai 1979, Tajul Ariffin yang mengaku dirinya Imam Mahdi telah mencederakan Tuan Haji Damanhuri Hj. Abdul Wahab, imam masjid Rapat Setia, Ipoh, Perak.
4. Sumber Ajaran Sesat
1.BATINIAH
2.TASAWUF TEOSOFI
3.AMALAN KHURAFAT
1. BATINIAH
Ajaran ini dibawa melalui buku Kashf Al-Asrar terjemahan dan susunan Syeikh Mohamad Salleh bin Abdullah Al-Mangkabowi yang ditulis pada tahun (1344H / 1922M).
Ia kemudiannya disalurkan melalui buku Hidayah Al-Anwar oleh Syed Ghazali Jamalullail, Pulau Pinang pada tahun (1355H / 1933M) yang mengembangkan ajaran Taslim dari bapanya Hj. Mohamad Matahari. Kemudian Hj. Ahmad Laksamana bin Omar (Kelantan) menulis buku Hakikat Insan (1985) dan Ilmu Tajalli yang berkembang ke seluruh Malaysia.
Ajaran Batiniah terpengaruh dengan teori angka simbolik seperti angka 7 dan 12 yang diambil dari 7 huruf Bismillah dan 12 huruf Lailaha Illallah yang semuanya berjumlah 19. Teori inilah yang mempengaruhi falsafah Ismailiyah Batiniah.
Ajaran Batiniah mempengaruhi aliran Tasawuf Teosofi dalam 3 unsur :
Fahaman Hulul iaitu menempatnya Tuhan dalam diri hamba seperti yang dibawa oleh Al-Hallaj. Fahaman Takwil Batin iaitu tiap-tiap yang zahir ada batin dan tiap-tiap ayat al-Quran ada takwil iaitu Takwil Batin.
Fahaman guru batin iaitu memperolehi ilmu melalui guru batin yang telah meninggal dunia.
Antara ajaran sesat yang mengandungi unsur Batiniah ialah ajaran Taslim. Ciri-ciri kesesatannya ialah:
a. Memisahkan pengikutnya daripada masyarakat.
b. Berkahwin sesama sendiri, mempunyai masjid, kubur dan tempat belajar sendiri.
2. TASAWUF TEOSOFI @ WUJUDIAH @ MARTABAT TUJUH.
Tasawuf Teosofi dipengaruhi oleh fahaman Greek, Parsi, Yahudi, Kristian dan Hindu-Budha.
Tasawuf ini mengandungi berbagai konsep yang bermula dengan wahdatul wujud dan kemudiannya diserap kepada ajaran martabat tujuh dari karangan Syeikh Mohamad b Fadhlullah Al-Burhanpuri, (w 1029 H/1619M ) melalui bukunya al-Tohfah al-Mursalah Ila Roh Al-Nabi, yang diterjemah ke bahasa Jawa tahun (1680M).
Tasawuf ini kemudian diserap oleh beberapa tokoh Nusantara seperti :
a. Syeikh Syamsuddin al-Sumatrani (w 1690M) yang mengarang buku Jauhar al-Haqaeq.
b. Abdul Rauf Singkel yang mengarang buku Daqaiq al-Huruf (1661M).
c. Syeikh Hamzah Fansuri (w 1606M) dalam buku-bukunya di bidang tasawuf ketuhanan terutama buku Asrar al-Ariffin, Syarb al-’Asyikin dan al-Muntahi.
d. Berkembang pula melalui kitab al-Durr al-Nafis oleh Syeikh Mohamad Nafis al-Banjari (w 1778M) yang ditulis tahun (1200H).
Pada asasnya Tasawuf ini telah banyak mempengaruhi guru-guru ajaran sesat, ditambah pula oleh buku Kasyf Al-Asrar oleh Syeikh Mohamad Salleh b. Abdullah al-Mangkabowi yang ditulis tahun 1922M.
Tasawuf wahdatul wujud pula adalah bersumber daripada Hindu dan Neoplatonisma.
Sementara ajaran Martabat Tujuh adalah bersumberkan falsafah Neo Platonisma yang dikenali dengan teori emanasi atau as-Sudur iaitu Tuhan menzahirkan dirinya secara berperingkat-peringkat dalam bentuk makhluk yang nyata ini dalam 7 peringkat :
Pertama: Ahadah @ Ahadiyah iaitu martabat zat qadim, azali, abadi, martabat La Taayun ertinya martabat tuhan belum nyata.
Kedua: Wahdah, Martabat Allah Wahdah Qadim, azali, abadi, roh Qudsi yakni nyawa Muhammad atau Taayun Awal.
Ketiga: Wahidiyah, Martabat Taayun Thani, nyata yang kedua iaitu Roh Adam dan Aayan Thabitah namanya iaitu kenyataannya telah ada bagi Allah. Keempat: Alam Arwah iaitu alam segala nyawa dan alam segala roh Aayan Kharijah ertinya kenyataan yang sudah terbit daripada ilmuNya. Kelima: Alam Mithal ialah kalbu sanubari bererti tempat hati. Inilah alam segala rupa namanya iaitu daripada kehendak Allah Taala.
Keenam: Alam Ajsam ialah alam syahadah, alam yang boleh dipandang, daripada anasir yang empat; air, tanah, udara dan api.
Ketujuh: Alam Insan yang disebut: Insan itu rahsiaKu dan Aku rahsianya.
Antara contoh ajaran tasawuf Teosofi ialah Ajaran Ilmu Tajalli Ahmad Laksamana.
Ciri Utama Ajaran Tasawuf Teosofi.
1.Guru mursyid boleh menghubungkan murid dengan Allah Taala.
2.Taasub membuta tuli kepada guru. 3.Guru mursyid telah mencapai Insan Kamil iaitu mereka telah melalui taraqqi roh tujuh peringkat iaitu nafsu Ammarah, Lawwamah, Mulhamah, Mutmainnah, Radiah, Mardiah dan Kamaliah.
3. AMALAN KHURAFAT.
Amalan Khurafat berpunca dari tiga unsur iaitu Sinkritisma, Hindu-Budhha, Animisma dan Dinamisma. Ia menjelma dalam amalan perbomohan secara batin dan silat kesaktian.
5. Mangsa Ajaran Sesat.
Golongan yang menjadi mangsa ajaran sesat ialah :
a) Mereka yang jahil dan kosong jiwa kerana tidak mempunyai pengetahuan agama yang cukup, dan mendapat dorongan kawan-kawan supaya berguru atau belajar melalui orang tertentu yang mengajar secara rahsia dan sulit.
b) Mereka yang ghairah mencari ketenangan jiwa dan kesempurnaan beragama terutama melalui unsur kerohanian dengan cara jalan dekat tanpa mengikut sunnah.
c) Golongan yang salah atau menyeleweng dalam hal yang berhubung dengan usul; hal ini terjadi kerana mereka kurang mantap dalam usul syari’yyah dan lemah dalam hal-hal al-Sadik dan ikhlas. Mereka mendakwa diri hampir dengan Allah dan berada di maqam tertinggi.
d) Mudah dieksploitasi kerana kejahilan dan kedahagaan kepada kesempurnaan kerohanian, lalu digunakan untuk mendapat kekayaan, pangkat, kuasa dan seks bebas.
e) Berpegang kepada konsep kebebasan intelektualisma.
f) Mengagungkan rasionalisma dan pendekatan apa yang dikatakan secara saintifik dan empirikal dalam soal agama.
g) Membawa fahaman modenisasi dalam Islam yang bertentangan dengan akidah dan fahaman yang diiktiraf dan diterima oleh masyarakat negara ini.
sUmber dari :
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Jabatan Perdana Menteri































