senang-senang datang la lagi eyh..sahabaT amatlah dialU-alUkan...

Showing posts with label ibadat. Show all posts
Showing posts with label ibadat. Show all posts

Wednesday, 18 April 2012

Amalkan doa ini setiap hari..INSYAALLAH...







Ya Quddus,
Jadikan aku di kalangan yang berjaya di antara mereka yang datang merendahkan diri pada-Mu
dan jadikan aku di antara mereka yang berusaha hebat di dalam mencari kebesaran-Mu..

Amin ya Rabbal a'lamin..









Saturday, 20 August 2011

renungan hari ini...













RENUNGAN KATA IMAM AL-GHAZALI l 


" PERTAMA, telah KUPANDANG MAKHLUK (yakni Manusia) yang banyak ini. Maka, aku SAKSIKANLAH bahawa tiap-tiap mereka mempunyai KEKASIH dan KECINTAAN tempat Hatinya TERTAMBAT. Sebahagian daripada mereka itu hanya MENDAMPINGI sampai ke SAKIT yang MEMBAWA MAUT, dan sebahagian lagi hanya sampai ke Tepi LIANG LAHAD. Setelah itu, kesemuanya mereka itu PULANG dan MENINGGALKAN Kekasihnya TERBARING seorang diri. TIDAK seorang pun yang turut MASUK ke KUBUR dan MENGHIBURKAN Kekasihnya di dalam Lahad itu. Yang demikian itu, TIDAK KUDAPATI selain daripada "AMALAN YANG SOLEH".. SEBAB itu, maka KUAMBIL "ia" menjadi "KEKASIHKU", supaya KELAK ia menjadi "PELITA HIDUP" yang MENERANGI di dalam Kuburku sambil MENGHIBURKANKU dan TIDAK MENINGGALKAN AKU SEORANG DIRI..!" ☆• 




"KETIKA Pintu di BUMI Sudah TERTUTUP segalanya, Pintu ke LANGIT Sentiasa TERBUKA..! Apabila Manusia TIDAK BOLEH lagi diharap MENDENGAR PENGADUAN Kita, Allah SWT sentiasa ADA untuk MENDENGAR Segala RINTIHAN dan HARAPAN.." ✿~ H A M K A ~✿






waALLAHualam....









Friday, 5 August 2011

renUngan bersama....







‎"Barangsiapa yang merasa cukup, maka Allah akan memberinya kecukupan. Dan siapa yang bersikap iffah (menjaga kehormatan harga diri), maka Allah akan memuliakannya. Dan barangsiapa yang berusaha untuk selalu sabar, maka Allah akan memberinya kesabaran. Dan tidaklah seseorang diberi sesuatu yang lebih baik dan lapang daripada kesabaran."

(Sunan Tirmidzi : 1747, shahih)









waALLAHualam..salam ramadhan bUat semua..=)





Wednesday, 3 August 2011

marhaban ya Ramadhan




Ingatlah, bulan Ramadhan adalah bulan bercucuk tanam untuk akhirat, bulan Ramadhan menghasilkan bekalan untuk hari kemudian, bulan Ramadhan membersihkan dan menyuci diri dari berbagai dosa dan noda serta menghiasi diri dengan budi yang tinggi dan pekerti yang luhur. Maka oleh itu hendaklah kita menyediakan diri kita dalam melaksanakan hak puasa dengan perkataan-perkataan dan perbuatan-perbuatan yang baik dengan sepenuh hati, jujur dan ikhlas semata-mata kerana Allah. Kita hendaklah berusaha menyediakan diri untuk menjaga benih-benih amal yang kita tanam di bulan Ramadhan itu kerana seorang yang menanam benih jika tidak membaja, menyiram serta memelihara pasti tidak akan mengeluarkan hasil yang baik apabila datang masa menuai tegasnya semasa berhadapan dengan Allah s.w.t.

Akhir kata, jalanilah ibadah puasa dengan sempurna dan sebaiknya, semoga tahun mendatang kita masih punya nafas untuk merasaikenikmatan bukan suci Ramadhan. Jazakallah Khayran.

Monday, 25 April 2011

kerana bermimpikan neraka..ya-ALLAH...

http://peribadirasulullah.files.wordpress.com/2011/04/kerana2bmimpi2bmelihat2bneraka2bjahannam.jpg?w=312&h=234




Pada zaman Rasulullah saw, jika para sahabat yang mulia bermimpi, biasanya mereka akan mengadu dan menceritakannya kepada baginda Rasulullah. Suatu malam seorang sahabat Nabi yang masih remaja bernama Abdullah bin Umar ra, pergi ke Masjid Nabawi. Dia membaca Al-quran sampai keletihan. Setelah lama membaca al-Quran, dia berasa mengantuk dan ingin tidur.




Seperti biasa, sebelum tidur dia menyucikan diri dengan cara berwuduk, kemudian barulah merebahkan badan kemudian berdoa,


“Bismika Allahumma ahya wa bismika amutu. Ya Allah! Dengan nama-Mu aku hidup dan dengan nama-Mu aku mati.”


Demikianlah, Rasulullah saw mengajarnya dengan cara tidur yang baik. Sehingga, dalam tidur pun, malaikat masih mencatatnya sebagai seorang yang tidak lalai. Dengan menyucikan diri, roh orang yang tidur akan mendapat hikmah dan siraman doa para malaikat.
Dengan perlahan-lahan dia memejamkan mata. Abdullah bin Umar terus bertasbih menyebut nama Allah hingga akhirnya terlelap. Di dalam tidurnya yang nyenyak, dia bermimpi. Di dalam mimpinya itu, dia berjumpa dengan dua malaikat. Tanpa berkata apa-apa, dua malaikat itu memegang kedua tangannya dan membawanya ke neraka.




Dalam mimpinya itu, neraka itu bagaikan perigi yang menyalakan api berkobar-kobar. Luar biasa panasnya. Di dalam neraka itu, dia melihat orang-orang pernah dikenalinya. Merak dipanggang dan menanggung seksa yang tiada bandingan pedihnya.


Menyaksikan neraka yang mengerikan dan menakutkan itu,, Adullah bin Umar berdoa,


“A’uzubillahi minannaar! Aku berlindung kepada Allah dari api neraka!”


Setelah itu, Abdullah bertemu dengan malaikat lain. Malaikat itu berkata, “ Kau belum terselamat dari api neraka!”


Pagi harinya, Abdullah bin Umar menangis mengingatkan mimpi yang dialaminya. Lalu dia pergi ke rumah Hafshah binti Umar, isteri Rasulullah saw. Dia menceritakan tentang mimpinya itu dengan hati yang cemas. Setelah itu, Hafshah menemui baginda Nabi dan menceritakan mimpi saudara kandungnya itu kepada beliau.


Ketika itu juga baginda bersabda. “ sebaik-baik lelaki adalah Abdullah bin Umar jika dia hendak melakukan solat malam!”


Mendengar sabda Nabi itu, Hafshah bergembira. Dia terus menemui adiknya, Abdullah bin Umar dan berkata “ Nabi mengatakan bahawa kau adalah sebaik-baik lelaki jika kau mahu bersolat malam. Dalam mimpimu itu, malaikat yang terakhir kau temui mengatakan bahawa kau belum terselamat dari api neraka. Itu kerana kau tidak melakukan solat tahajud. Jika kau ingin selamat dari api neraka, dirikanlah solat tahajud setiap malam. Jangan engkau sia-siakan waktu sepertiga malam; waktu dimana Allah swt memanggil-manggil hamba-Nya; waktu ketika Allah swt mendengar doa hamba-Nya.”




Sejak itu, Abdullah bin Umar tidak pernah meninggalkan solat tahajud sehingga ke akhir hayatnya. Bahkan seringkali dia menghabiskan waktu malamnya untuk solat dan menangis dihadapan Allah swt. Setiap kali mengingati mimpinya itu, dia menangis. Dia berdoa kepada Allah swt agar diselamatkan dari api neraka. Apalagi jika dia juga ingat sabda baginda:
“ Sesungguhnya, penghuni neraka yang paling ringan seksanya pada hari kiamat adalah seorang yang diletakkan pada kedua tapak kakinya bara api yang membuat otaknya mendidih. Dia berasa tidak ada orang lain yang lebih berat seksanya daripada dia. Padahal sesungguhnya seksa yang dia terima adalah yang paling ringan di dalam neraka.”




Dia berusaha sekuat tenaga beribadah kepada Allah, mencari redha Allah, agar termasuk dalam golongan hamba-hamba-Nya yang terhindar dari seksa api neraka dan memperoleh kemenangan syurga.




Akhirnya, dia boleh merasakan betapa nikmatnya solat tahajud. Betapa agung keutamaan solat tahajud. Tidak ada yang lebih indah dari saat-saat dia sujud dan menangis kepada Allah swt pada malam hari.




Wallahu’alam….







Followers