senang-senang datang la lagi eyh..sahabaT amatlah dialU-alUkan...

Showing posts with label islam. Show all posts
Showing posts with label islam. Show all posts

Thursday, 22 December 2011

Konspirasi Dunia, Obelisk di Putrajaya?





Pernahkan anda mendengar tentang Obelisk? Saya pasti ramai daripada anda pernah terlihat binaan ini. Tetapi apa sebenarnya Obelisk ini? Kenapa ia berada di serata dunia, termasuklah di negara kita, Malaysia sendiri? Tidak percaya? Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui kebenaran yang tersirat.
Obelisk ini sebenarnya berasal dari Tamadun Mesir Purba dibina untuk melambangkan Tuhan Matahari mereka (Ra) dan mereka percaya Ra wujud bersama Obelisk ini. Mereka telah membina lebih kurang 29 buah obelisk untuk Tuhan Ra mereka. Obelisk juga dikenali dengan nama ‘Cleopatra Needle’ dan diasaskan dari ‘Sun Pillar’.
Sun Pillar
Sun Pillar
Tahukah anda kenapa umat Islam wajib melontar batu di Jamratul Ula, Wusta dan Aqabah? Ini adalah kerana tiang tersebut merupakan sebuah “obelisk” hasil dari tiang yang menjadi simbol pemerintahan Firaun pada zaman dahulu.


Dajjal dan tenteranya mengguna dan memanipulasi tenaga piramid (piramid pada hujung obelisk) dengan kaedah sains untuk tujuan yang jahat. Sebab itulah umat Islam wajib membaling batu di Jamratul sebagai tanda protes kepada manipulasi ini dan juga benci dengan iblis serta kejahatannya. Tidak ramai umat Islam yang memahami maksud simbolik kenapa perlunya membaling batu di Jamratul.
Semasa menunaikan Haji, umat Islam akan membaling batu sebanyak 7 kali dengan 7 biji batu dimulai dengan tertib di ketiga-tiga Jamratul bermula dari Jamratul Ula, Wusta dan Aqabah dengan niat:
Bismillah, Allahuakbar Rajman Lisyaitani wahizbih (Dengan nama Allah, Tuhan Yang Maha Besar, aku melontar syaitan dan pengikut-pengikutnya)
Melontar
Melontar
Obelisk pada zaman dahulu kala dibuat dari seketul batu yang diukir (monolith). Perkataan ‘obelisk’ berasal dari ketamadunan Greek. Obelisk yang berasal dari Egypt (semasa zaman Firaun) dan merupakan yang tertinggi sekali terletak di hadapan bangunan Basilica of St. John Lateran, Rome, Italy. Semasa zaman kegemilangan Constantinople, maharajanya iaitu Theodosius I bagi bahagian timur Turki, telah meletakkan sebuah obelisk di Hippodrome of Constantinople, Turki. Tidakkah kamu sedar wahai penganut Kristian, agama kamu telah diubah menjadi agama Pagan? Ajaran asal Nabi Isa a.s tidak mengajar kamu mengagungkan binaan syaitan ini!
Terdapat 28 lokasi yang terletaknya obelisk asal dari zaman Firaun iaitu di:
Mesir (8 buah)
Pharaoh Tuthmosis I, Karnak Temple, Luxor
Pharaoh Ramses II, Luxor Temple
Pharaoh Hatshepsut, Karnak Temple, Luxor
Pharaoh Senusret I, Heliopolis, Cairo
Pharaoh Ramses III, Luxor Museum
Pharaoh Ramses II, Gezira Island, Cairo, 20.4 m
Pharaoh Ramses II, Cairo International Airport, 16.97 m
Pharaoh Seti II, Karnak Temple, Luxor, 7 m
Perancis (1 buah)
Pharaoh Ramses II, di Place de la Concorde, Paris
Israel (1 buah)
Caesarea obelisk
Italy (11 buah termasuk 1 di Vatican City)
8 di Rome
Piazza del Duomo, Catania (Sicily)
Boboli Gardens (Florence)
Urbino
Poland (1 buah)
Ramses II, Poznan Archaeological Museum, Poznan (pinjaman dari Ägyptisches Museum und Papyrussammlung, Berlin)
Turki (1 buah)
Pharaoh Tuthmosis III, in Square of Horses, Istanbul
United Kingdom (4 buah)
Pharaoh Tuthmosis III, “Cleopatra’s Needle”, di Victoria Embankment, London
Pharaoh Amenhotep II, in the Oriental Museum, University of Durham
Pharaoh Ptolemy IX, Philae Obelisk, at Kingston Lacy, near Wimborne Minster, Dorset
Pharaoh Nectanebo II, British Museum, London
Amerika Syarikat (1 buah)
Pharaoh Tuthmosis III, “Cleopatra’s Needle”, di Central Park, New York
Adakah Obelisk ini wujud di Malaysia? Pasti ramai antara kita yang tidak tahu dan perasan sebenarnya di Malaysia tidak terlepas dari binaan dajal ini. Obelisk di Malaysia terletak di Precint 2, Putrajaya. Berikut adalah petikan dari laman web Malaysia Travel Guide, klik sini.
This is the city’s own version of the Washington Monument in Washington, DC. Considered to be the national monument of Putrajaya, the Millennium Monument is a metal obelisk that stands 68 meters tall and is located within a 25-hectare park situated in Precinct 2. The etchings adorning the monument depict key moments and events of Malaysia’s history.
Sabda Rasullulah: Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka seseorang itu terdiri dari kalangan mereka (iaitu kaum berkenaan). – Hadis Riwayat Abu Daud
National Millennium Monument, Putrajaya
National Millennium Monument, Putrajaya
Berikut adalah gambar-gambar obelisk di serata dunia.
St. Peter Square, Vatican.
St. Peter Square, Vatican.
Luxor Obelisk, Paris.
Luxor Obelisk, Paris.
Central park, New York.
Central park, New York.
Buenos Aires, Argentina.
Buenos Aires, Argentina.
Pheonix Park, Dublin.
Pheonix Park, Dublin.
Sao Paolo. Brazil.
Sao Paolo. Brazil.
Istanbul, Turki.
Istanbul, Turki.
London, England.
London, England.
Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya:” Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar”. – Luqman 13
Via warfeel-efairy

Thursday, 1 December 2011

jom hijrah !!








Maal Hijrah merupakan detik permulaan hijrah Rasulullah saw ke Kota Madinah untuk mengembangkan Islam dengan lebih baik lagi, hijrah juga bertujuan untuk mengelakkan umat Islam dari dizalimi oleh kaum kafir Quraisy. Setelah tibanya Rasulullah dan umat Islam Muhajirin Mekah yang disambut dengan penuh rasa kasih sayang dan persaudaraan dari penduduk Ansar Madinah, maka Negara Islam yang bertama dapat dilahirkan dengan menjadikan agama Islam sebagai teras atau tunggak perlembagaan negara Islam Madinah. Ketika itu, ramai umat manusia diseluruh dunia datang ke Madinah untuk melihat sendiri kerajaan yang dibina atas perpaduan umah yang tidak mementingkan kedudukan, pangkat, harta dan sebagainya sehingga memberikan perlindungan kepada semua rakyatnya. Ramai yang datang ke Madinah dengan rasa ingin tahu apakah formula yang digunakan oleh Rasulullah dan mereka pulang ke negara mereka dengan membawa syiar Islam atau dengan memeluk agama Islam.

Sebagai pengajaran dari sambutan Maal Hijrah, perlu kita ingat bahawa pengorbanan Nabi Muhammad saw untuk menegakkan Islam dizaman jahiliah amat memerikkan. Sebelum bermulanya peristiwa hijrah, umat Islam di Makah ditindas dan dizalimi oleh Kaum Quraisy. Di sinilah bermula kisah yang paling cemerlang dan indah yang pernah dikenal manusia dalam sejarah pengejaran yang penuh bahaya, demi kebenaran, keyakinan dan iman.

Sahabat-sahabat Baginda banyak berkorban dan bersama Rasulullah dalam semua aspek seperti harta, nyawa, tenaga dan apa sahaja mereka sumbangkan untuk menegakkan dakwah Islam bersama Rasulullah.

Saidina Abu Bakar telah menyediakan dua ekor untanya san diserahkan kepada Abdullah b. Uraiqiz untuk digunakan dalam hijrah mereka. Apabila mereka sudah bersedia untuk meninggalkan Mekah. Mereka yakin bahawa Quraisy pasti akan menjejaki mereka. Oleh karena itu Rasulullah meminta mereka melalui jalan lain dari jalan yang sering digunakan orang lain untuk pergi ke Madinah. Perjalanan mereka bermula pada waktu lain (bukan waktu kebiasaan pendagang atau berhijrah).

Lagi kisah yang dapat diambil, iaitu pengorbanan Saidina Ali Bin Abi Talib yang sanggup menggantikan tidur Rasulallah ketika mana rumah Rasulallah dikepung oleh Kaum Quraisy. Setelah Kaum Quraisy masuk ke dalam rumah, mereka mendapati bahawa Rasulallah sedang tidur dan mereka segera membukakan selimut itu dan mendapati ianya bukan Rasulallah tetapi Saidina Ali Bin Abi Talib tidur di tempat Rasulallah.

Begitu juga yang berlaku ketika Rasulallah dan Saidina Abu Bakar menyembunyikan diri di dalam Gua Thaur. Semasa berada di Gua Thaur, tiada siapa yang dapat menjejaki mereka, kerana jejak mereka dipadam oleh Amir Bin Fuhaira sebagai pengembala kambing. Tiba-tiba datang sekumpulan lelaki muda dari Kaum Quraisy bertanya kepada Amir : nampakkah kamu Muhammad lalu di sini? Amir menjawab : saya tidak melihat ada orang di sini. Setelah bertanya kumpulan pemuda Quraisy tersebut naik ke Gua Thaur untuk melihat di dalamnya. Tiba-tiba mereka mendapati pintu Gua Thaur ditutup oleh sarang labah-labah dan ada dua ekor burung sedang bertelur di sarangnya. Mereka beranggapan bahawa gua ini tiada penghuni, kalau ada tentu tiada sarang labah-labah dan sarang burung.

Muslimin Madinah Menantikan Kedatangan Rasulallah. Jarak mereka dengan Madinah (Yathrib) sudah dekat. Selama mereka dalam perjalanan yang sungguh meletihkan itu, berita-berita tentang hijrah Nabi dan sahabatnya telah diketahui oleh penduduk Madinah. Semua kaum Muslimin sedang menantikan kedatangan Rasulullah dengan hati penuh rindu, ingin melihatnya, ingin mendengar perbualannya dan sebagainya, kerana sebilangan besar penduduk Madinah belum melihatnya, walaupun mereka telah mendengar mengenai Rasulullah dan Islam. Semua itu membuat mereka rindu sekali ingin bertemu, ingin melihatnya. Setelah Rasulallah tiba sahaja di Madinah, penduduk Madinah iaitu kaum Ansar dan Muhajirin menyambut Baginda dengan paluan kompang dan nasyid Tala’al Badru Alaina.

Pengajaran Kisah

Sebagai umat Islam, kita perlu mengambil iktibar dan tauladan di atas segala pengorbanan Nabi dan para sahabatnya. Cuba kita fikirkan selama kita hidup banyak mana pengorbanan kita terhadap Islam. Pada tahun baru Islam (tahun Hijrah), marilah hijrahkan diri ke jalan Allah iaitu jalan yang diradhoi Allah. Janganlah mulakan kehidupan pada tahun baru ini hanya semata-mata keduniaan sahaja. Tidak rugi berhijrah kerana Allah, kerana kita akan mendapat segalanya di dunia dan di akhirat. Sepertimana hadis Nabi yang bermaksud :

“Setiap pekerjaan dimulakan dengan niat, Barang siapa berhijrah kerana Allah dan Rasulnya maka dia akan mendapat dunia dan akhirat, dan barang siapa yang berhijrah kerana dunia dan perempuan yang ingin dikahwininya makan dia akan memiliki dunia dan perempuan tersebut”.

Sempena Sambutan Maal Hijrah ini, mari berhijrah dua perkara dalam diri kita iaitu hijrah rohani dan hijrah jasmani, diantaranya sepertimana berikut :
  1. Hijrah rohani ialah seseorang yang menghijrahkan dirinya kearah yang agama Allah seperti beliau mendekatkan diri ke masjid dan majlis-majlis ilmu yang sebelum ini tidak pernah dihadirinya. Buangkan penyakit-penyakit hati yang sering menjauhkan diri kepada Allah seperti mempunyai perasaan tamak, hasad dengki, riak, menunjuk-nunjuk kelebihan yang dimiliki dan sebagainya. Jika seseorang itu dapat mengubah hatinya atau psikologinya kearah yang baik dan memiliki akhlak yang baik, nescaya ia akan mempunyai perasaan cintakan Allah dan Rasulnya. Malah dirinya akan disukai oleh masyarakat sekelilingnya. Orang seperti ini sering disenangi oleh masyarakat kerana ia mempunyai peribadi yang baik. Apabila ia terkena musibah atau ujian Allah, maka dia tabah dan tenang hatinya menghadapi ujian Allah, sedikitpun ia tidak bersungut dan gelisah dengan ujian Allah ke atas dirinya.
  2. Hijrah Jasmani ialah seseorang itu melakukan perubahan dirinya kearah yang lebih baik, sepertimana bersenam, memiliki pakaian yang baik dari segi syarak, ingin memiliki pekerjaan yang baik, ingin memiliki taraf akademik yang baik dan sebagainya.Jasmani perlu sihat kerana ia akan memudahkan kita beribadah kepada Allah dengan lebih sempurna, begitu juga memiliki pekerjaan yang baik supaya kita tidak mencuri disebabkan tekanan hidup, tukar pakaian daripada berpakaian yang kurang sempurna menutup auratnya sehingga sempurna menutup auratnya dan banyak lagi.
Setiap hijrah perlu dimulakan dengan hijrah rohani dahulu, kerana ia merupakan faktor dalaman untuk mengerakkan faktor luaran. Apabila hati menjadi baik dan sentiasa beribadah kepada Allah, maka dengan sendirinya ia dapat mencegah jasad (jasmani) kita dari perlakuan jahat dan dusta. Tetapi apabila diri kita mempunyai hati yang hitam dan kotor, maka payahlah kita untuk melaksanakan ibadah kepada Allah. Sepertimana firman Allah yang bermaksud :

“Sesungguhnya solat itu dapat mencegah dari perbuatan keji dan mungkar”.



waALLAHualam...




Monday, 21 November 2011

MESTI LIHAT...Awek Hot masa kini...














DIA MEMANG CANTIK , SEKSI , DAN NAMPAK HOT DI DUNIA . DAN DIA JUGAK NAMPAK HOT dI AKHIRAT.

Adakah kamu di dunia berpakaian seperti di atas ? Tepuk dada tanya iman.

Sedarlah wahai kaum Hawa. Bukalah mata Mu itu , Sedarlahhh !! Tidakah kamu takut dengan azab Allah yang amat ngeri dan lagi pedih sekali. Sanggupkah kamu ke neraka ?

Semasa di Neraka Malaikat akan bertanyakan soalan kepada penghuni neraka.

“Wahai penghuni neraka , semasa di dunia ,adakah sesiapa pernah mengingatkan engkau dan menasihati engkau tentang ke arah kebaikan?”

Lalu penghuni neraka menjawab “Ya ada,tetapi aku tidak peduli dengan peringatan itu dan aku tidak peduli dengan nasihat itu” (dengan sesalnya)

Firman Allah swt: Pada masa Muka mereka dibalik-balikkan dalam Neraka, mereka berkata (dengan sesalnya): "Alangkah baiknya kalau kami Dahulu (semasa di dunia) Taat kpd Allah serta Taat kpd Rasul Allah. (Al-Ahzaab 66)

Semasa peristiwa Israk & Mikraj

Rasulullah s.a.w bersabda : "Aku menjeguk ke dalam Neraka maka kulihat kebanyakan penghuninya kaum wanita,yang disebabkan oleh kurang taat kepada Allah S.W.T dan Rasulullah S.A.W dan suami mereka dan kerana BANYAK BERTABARRUJ , DEDAH AURAT dan BERHIAS-HIAS"



Wallahualam












Sunday, 20 November 2011

cara nak hilangkan was-was









Alhamdulillah, inilah jawapannya:

Berikut ini diterjemahkan secara bebas petikan dari kitab al-Azkar Imam al-Nawawi:




Firman Allah Taala: 

"Barangkali syaitan datang menggodamu, maka berilindunglah kepada Allah. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." (Fusshilat:36)



Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Syaitan datang kepada salah seorang di antara kamu, lalu berkata: Siapakah yang menciptakan ini dan siapakah yang menciptakan ini, hingga dikatakan: Siapakah yang menciptakan Tuhanmu? Apabila sampai di situ, maka berlindunglah kepada Allah dan berhentilah." (HR Bukhari & Muslim)

Dalam sebuah hadis sahih:
"Manusia saling bertanya, himngga dikatakan: Ini adalah makhluk ciptaan ALlah, maka siapakah yang menciptakan Allah? barangsiapa mengalami keadaan itu, hendaklah dia mengucapkan:

(Aku beriman kepada Allah dan RasulNya.)"

Dari Aisyah r.a., bahawa Nabi s.a.w. mengajarkan:
"Barangsiapa yang mendapat was-was, hendaklah dia mengucapkan:

Kami beriman Allah dan RasulNya; sebanyak tiga kali, kerana sesungguhnya perkara itu boleh hilang darinya." (HR Ibnu Sunni)

Di atas adalah keraguan dan perasaan was-was terhadap Allah Taala dan RasulNya.






Berikut ialah was-was dan keraguan di dalam sembahyang, wuduk dan seumpamanya.
Dari Osman bin Abil Ash r.a., katanya: Wahai Rasulullah s.a.w., sesunggunya syaitan telah merintangi antara aku, sembahyangku dan bacaanku yang membingungkan diriku. Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Itu adalah syaitan bernama Khinzib. Apabila engkau merasakannya, maka berlindunglah kepada Allah daripadanya dan meludahlah ke sebelah kirimu tiga kali. Maka akupun melakukannya, dan Allah menghilangkan gangguan itu dariku." (HR Muslim)
 

Sekurang-kurang permohonan untuk berlindung dengan ALlah dari syaitan ialah:



(Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam).
Diriwayatkan  dari Ibnu Rumail: AKu bertanya kepada Ibnu Abbas: Apakah gerangan yang terdapat di dalam dadaku? Ibnu Abbas bertanya: Apakah itu? AKu menjawab: Demi ALlah, aku tidak boleh mengatakannya. Ibnu Abbas bertanya: Apakah ia seperti keraguan? Dia ketawa dan berkata: Tidak seorangpun yang selamat, hingga Allah menurunkan ayat:
"Apabila engkau dalam keraguan mengenai apa yang Kami turunkan kepadamu..." (Yunus:94)

Apabila engkau mendapat keraguan (was-was) dalam dirimu, maka ucapkanlah:

"Dia yang pertama dan terakhir, yang nyata dan tersembunyi dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu." (al-Hadidi:3)
(HR Abu Daud dengan isnad jaiyid)

Seorang ulamak menganjurkan kepada sesiapa yang mengalami perasaan was-was dalam berwudhuk atau dalam sembahyang, atau yang seumpamanya, agar mengucapkan Laa Ilaha Illallah. Kerana syaitan apabila mendengar zikir ia akan berundur. Dan Laa Ilaha Illallah adalah induk zikir.

Demikianlah beberapa petunjuk dari Rasulullah s.a.w. untuk menghilangkan perasaan was-was.



Sekian. Wallahu a'lam. 







Saturday, 22 October 2011

wahai bakal isterikU~








Bersabda Rasulullah SAW:
“Sebaik-baik perhiasan di dunia ini adalah wanita yang solehah.”











Perempuan yang aku sayangi
Adalah pencinta agama Tuhannya,

Yang mengalir rasa cinta.. takut dan harap
Terus menguasai perjalanan kehidupannya,
Dari waktu ke waktu
Sehingga perjanjian antara jasad dan nyawanya berakhir..
Perempuan yang aku rindui,
Adalah yang di mata dan wajahnya
Terpancar sinar nur Ilahi..
Lidahnya basah dengan zikrullah..
Sentiasa muraqabah,
Setiap waktu sibuk membaiki diri..
Di sudut hati kecilnya sentiasa membesarkan Allah.
Perempuan yang aku cintai..
Yang menutup auratnya dari pandangan ajnabi,
Kehormatan dirinya menjadi mahal nilainya,
Mujahadatunnafsi adalah perjuangan yang mesti..
Muhasabatunnafsi dilakukan selalu..
Disanjung tinggi penduduk langit dan bumi.
Perempuan yang aku dambai,
Yang mendekatkan hatiku yang jauh dari Allah..
Tika aku di sana dilamar duniawi,
Hadirnya memperkasa Akhiratku..

Sewaktu aku alpa dan leka,
Lembut manjanya mentazkirah diri..
Di kala aku disapa bahana,
Belai kasihnya menginsafkan naluri..
Perempuan yang aku kasihi,
Yang bersyukur pada apa yang ada..
Yang bersabar pada apa yang tiada..
Cinta pada hidup yang sederhana,
Demi kebahagiaan abadi di sana.
Perempuan yang aku sukai..
Menjadi dian pada dirinya sendiri..
Yang menjadi pelita untuk putera-puteriku..
Yang bakal dilahirkan
Untuk menyambung perjuanganku
Menegak kalimah Allah nan qudus,
Mendaulat perjuangan suci Junjungan Mulia..
Perempuan yang aku impi..
Adalah wanita yang luhur haqiqi,
Muslimah yang setia sejati..
Mu’minah yang taat pada Ilahi..Itulah…
Perempuan acuan al-Qur’an.

















insyaALLAH.nantikan daku...=)





















Monday, 26 September 2011

pendustakah kita??

http://c.klamwasoramail.com/files/photos/2e8/527/1fa4149bd77fa9e5fc324d93ea.jpg
Hatim  Az-Zaid telah berkata :
Sesiapa mengakui empat perkara tanpa empat perkara, maka dia adalah dusta dalam pengakuannya:
1- Sesiapa mengaku Cinta kepada Allah SWT tanpa meninggalkan perkara haram, dia adalah pendusta.
2- Sesiapa mengaku Cinta kepada Syurga Allah SWT tanpa mengeluarkan harta untuk Taat kepada Allah SWT , dia adalah pendusta.
3- Sesiapa mengaku Cinta kepada Rasulullah SAW  tanpa mengikut Sunnah Rasulullah SAW, dia adalah pendusta.
4- Sesiapa  inginkan darjat yang tinggi tanpa bersahabat dengan orang-orang fakir dan miskin maka dia adalah pendusta.



waALLAHualam...




Wednesday, 15 June 2011

mari belajar solat gerhana...




Hukum Solat Gerhana
Ulama telah bersepakat tentang hukum sunat muakkad bagi melaksanakan solat sunat gerhana.  Hukum sunatnya adalah sama dengan hukum solat dua hari raya.  Solat sunat gerhana pula hanya dilakukan di tempat berlakunya gerhana.  Jika saudara kita di satu tempat seperti Afrika Utara mengetahui ramalan akan berlakunya gerhana matahari separuh pada 29 Safar 1428, tetapi gerhana tersebut tidak berlaku d Malaysia, maka umat Islam di Malaysia tidak disunatkan untuk melakukan solat gerhana.
Dalil Pensyariatan
Hukum solat sunat gerhana adalah berdasarkan dalil dari
(1) Surah Fussilat, ayat 37,
لاَ تَسْجُدُواْ لِلشَّمْسِ وَلاَ لِلْقَمَرِ وَٱسْجُدُواْ لِلَّهِ ٱلَّذِي خَلَقَهُنَّ إِن كُنتُمْ إِيَّاهُ تَعْبُدُونَ
Maksudnya “Janganlah kamu sujud kepada matahari dan jangan pula sujud kepada bulan, dan sebaliknya hendaklah kamu sujud kepada Allah”.
(2) Hadis riwayat Imam Muslim yang maksudnya;
“Sesungguhnya kedua-dua matahari dan bulan adalah daripada tanda-tanda kekuasaan Allah, tidak berlaku gerhana kerana kematian atau kerana hidupnya seseorang, apabila kalian menyaksikan fenomena gerhana tersebut maka solatlah dan berdoalah”
Menurut Imam Ibrahim al-Baijuri, antara hikmah berlakunya fenomena gerhana ialah sebagai peringatan kepada golongan penyembah matahari dan bulan bahawa kedua-dua matahari dan bulan adalah makhluk yang tunduk dan patuh pada kekuasaan Allah.  Jika kedua-duanya adalah tuhan sebagaimana dakwaan mereka, nescaya akan menjaga dirinya daripada kekurangan, lalu mengapakah cahayanya boleh hilang seketika?
Perbezaan Antara Gerhana Bulan dan Gerhana Matahari

Gerhana Bulan
Gerhana Matahari
1
Biasanya berlaku pada pertengahan bulan hijri.
Biasanya berlaku pada akhir bulan hijri.
2
Berlaku pada waktu malam.
Berlaku pada waktu siang.
3
Disunatkan membaca al-Fatihah dan surah secara kuat (jahar).
Disunatkan membaca al-Fatihah dan surah secara perlahan (khafiyy).

Tatacara Sebelum Melaksanakan Solat Sunat Gerhana
1.       Sunat mandi terlebih dahulu.
2.   Tidak disunatkan memotong kuku atau bercukur kerana waktu yang sempit.
3.       Sunat juga memakai pakaian yang biasa (pakaian harian), bukan pakaian yang cantik-cantik seperti solat sunat istisqa’ (minta hujan).
Waktu Disunatkan Solat Sunat Gerhana
Waktunya bermula ketika berlakunya gerhana dan berakhir dengan hilangnya gerhana tersebut dan keadaan menjadi seperti sedia kala.  Begitu juga tidak diharuskan menambah ruku’ menjadi tiga bagi satu rakaat sekalipun gerhana berlaku panjang, atau memendekkan ruku’ menjadi satu bagi satu rakaat sekalipun gerhana sudah berlalu.  Jika gerhana berlalu dan hilang sedang kita masih dalam keadaan bersolat maka dikira sah.  Jika gerhana berlaku pada waktu yang ditegah padanya kita bersembahyang, maka dengan sebab gerhana kita disunatkan bersembahyang dan makruh pula meninggalkannya jika kita melihat fenomena gerhana.  Ini adalah pendapat di sisi mazhab kita.  
Beberapa Peringatan
i.               Tidak perlu azan dan iqamah untuk memanggil jemaah menunaikan solat gerhana tetapi cukup dengan sekadar ucapan : ( الصِّلاَةُ جَامِعَةً )
ii.             Sunat menyaringkan suara pada bacaan Fatihah dan surah ketika solat sunat gerhana bulan.  Bagi solat sunat gerhana matahari pula disunatkan memperlahankan suara pada bacaan Fatihah dan surah.
iii.            Disunatkan mandi untuk solat gerhana, seperti hendak solat Jumaat.
iv.            Sunat menyampaikan khutbah (dua khutbah seperti khutbah Jumaat) selepas solat sunat gerhana walaupun gerhana sudah hilang.
v.              Sunat menyampaikan khutbah (seperti khutbah hari raya tetapi tidak disunatkan bertakbir 9 atau 7 kali berturutan pada mukaddimah khutbah).
vi.            Isi khutbah hendaklah menyuruh para jemaah agar bertaubat daripada maksiat, bersedekah, berbuat kebajikan, banyak berdoa, beristighfar dan berzikir, memerdekakan hamba, berpuasa, mengingatkan manusia supaya tidak lalai, jangan leka dengan dunia dan sebagainya.
vii.           Jika dilakukan berseorangan atau jemaah hanya daripada kalangan wanita, maka tidak perlukhutbah (tetapi harus memberi tazkirah kepada jemaah wanita).


PANDUAN RINGKAS SOLAT GERHANA & KHUTBAHNYA

Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Bulan
أُصَلِّى سُنَّةَ الخُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى
Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Taala.”

Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Matahari
أُصَلِّى سُنَّةَ الْكُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى
Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Taala.”

Cara & Bilangan Rakaat
Terdapat 3 cara melaksanakan solat sunat gerhana iaitu;
i.               Yang terlebih sempurna ialah dilakukan 2 rakaat dengan setiap rakaat 2 ruku’ dan 2 qiyamyang dipanjangkan bacaan surah dan tasbihnya pada kedua-dua rakaat (Kesimpulannya: jumlah ruku’, qiyam dan sujud adalah sebanyak 4 kali dalam dua rakaat solat sunat gerhana).  Ini adalah cara yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. bersama para sahabatnya dan melibatkan masa yang amat panjang.  Kadar panjang bacaan surah ialah surah al-Baqarah (286 ayat) dalam qiyam pertama, sirah Aali Imran (200 ayat) dalam qiyam kedua, surah al-Nisa’ (176 ayat) dalam qiyam ketiga, dan surah al-Ma’idah (120 ayat) dalam qiyam keempat).  Kadar panjang tasbih ialah sekadar bacaan 100 ayat dalam ruku’ dan sujud pertama, sekadar bacaan 90 ayat dalam ruku’ dan sujud kedua, sekadar bacaan 70 ayat dalam ruku’ dan sujud ketiga, dan sekadar bacaan 50 ayat dalam ruku’ dan sujud keempat.
ii.             Yang lebih sempurna dilakukan 2 rakaat dengan 2 kali ruku’ dan 2 kali qiyam, dengan tidak dipanjangkan bacaan pada kedua-dua rakaat.  Ini adalah cara yang sederhana dan tidak memakan masa yang lama.
iii.            Sekurang-kurangnya 2 rakaat seperti solat sunat biasa.  Ini adalah cara dan bilangan rakaat yang paling minimum dan melibatkan tempoh yang singkat.

Huraian Cara Kedua (Sederhana Panjang)
Berikut adalah huraian cara solat gerhana dalam tempoh yang sederhana iaitu sekitar 30-40 minit berdasarkan pengalaman menunaikan solat gerhana bulan pada hari Selasa 15 Syaaban 1428 bersamaan 28 Ogos 2007 lalu.  Turut dicadangkan bacaan surah-surah pilihan daripada juzuk ke-30 yang lebih dikenali di kalangan masyarakat kita dengan ’ayat-ayat lazim’.

(Rakaat Pertama)
1.         Takbiratul Ihram.
2.         Membaca doa iftitah.
3.         Membaca Isti’azah. (أَعُوْذُ بِالله مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ)
4.         Membaca surah al-Fatihah.
5.         Membaca surah dalam qiyam pertama.  Dicadangkan membaca surah surah al-Baqarah (ayat 1-25) atau surah al-A’laa (19 ayat).
6.         Ruku’ (pertama) dan membaca tasbih (100 kali tasbih).
7.         Iktidal dan qiyam kedua, membaca surah al-Fatihah dan surah.  Dicadangkan membaca surah al-Baqarah (ayat 26-48) atau surah al-Ghaasyiyah (26 ayat).
8.         Ruku’ (kedua) dengan membaca tasbih (90 kali tasbih).
9.         Iktidal.
10.        Sujud (pertama) dan membaca tasbih (100 kali tasbih).
11.        Duduk antara 2 sujud (sunat dipanjangkan tempohnya).
12.        Sujud (kedua) dan membaca tasbih (90 kali tasbih).
13.        Berdiri ke rakaat kedua.

(Rakaat Kedua)
1.         Qiyam ketiga dan membaca surah al-Fatihah.
2.         Membaca surah.  Dicadangkan membaca surah al-Baqarah (ayat 49-61) atau surah al-Syams (15 ayat).
3.         Ruku’ (ketiga) dan membaca tasbih (70 kali tasbih).
4.         Iktidal dan qiyam keempat, membaca surah al-Fatihah dan membaca surah.  Dicadangkan membaca surah al-Baqarah (ayat 62-74) atau surah al-Zalzalah (8 ayat).
5.         Ruku’ (keempat) dengan membaca tasbih (50 kali tasbih).
6.         Iktidal.
7.         Sujud (ketiga) dan membaca tasbih (70 kali tasbih).
8.         Duduk antara 2 sujud (sunat dipanjangkan tempohnya).
9.         Sujud (keempat) dan membaca tasbih (50 kali tasbih).
10.        Membaca tasyahhud akhir.
11.        Memberi salam & imam bangun menyampaikan dua khutbah.

RUJUKAN

Abdul Karim Zaidan, Ensiklopedia hukum wanita dan keluarga, Kajian mendalam masalah wanita & keluarga dalam perspektif syariat Islam. Pustaka Dini.
al-Dimyāti al-Bakri, Abū Bakr bin ‘Uthmān bin Muhammad Shattā, Hāshiyat i‘ānat al-tālibin, 1995, Beirut: Dār al-Kutub al-‘Ilmiyyah, jil. 1, hlm. 448.
Ibn Qayyim al-Jawziyyah, Zād al-ma‘ād fi hady Khayr al-‘ibād, 1994, Cet. ke-27, Beirut: Mu’assasat al-Risālah, jil. 1, hlm. 450-456.
Ibn Qudāmah, Muwaffaq al-Din Abū Muhammad ‘Abd Allah bin Ahmad bin Muhammad bin Muhammad bin Qudāmah, al-Mughni, 1992, Cet. ke-2, Kaherah: Hajar li al-Tibā‘ah wa al-Nashr wa al-Tawzi‘ wa al-I‘lān, jil. 3, hlm. 321-333.
al-Nawawi, Yahyā bin Sharaf, al-Azkār, 1991, cet. ke-3, Madinah: Maktabat Dār al-Turāth & Damsyik: Dār Ibn Kathir, hlm. 291-293.
al-Nawawi, Yahyā bin Sharaf, al-Majmū‘, t.th, Jeddah: Maktabat al-Irshād, jil. 5, hlm. 50-68.
al-Shāfi’i, Taqiy al-Din Abū Bakr bin Muhammad al-Husayni al-Husni al-Dimashqi, Kifāyat al-akhyār fi hall qhāyat al-ikhtisār, 1991, Beirut: Dār al-Khayr, hlm. 151-152.

Hasil nukilan;
Ustaz Hj. Nurazmallail bin Hj. Marni,
Pusat Pengajian Islam & Pembangunan Sosial,
Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor.










Followers