Maal Hijrah merupakan detik permulaan hijrah Rasulullah saw ke Kota Madinah untuk mengembangkan Islam dengan lebih baik lagi, hijrah juga bertujuan untuk mengelakkan umat Islam dari dizalimi oleh kaum kafir Quraisy. Setelah tibanya Rasulullah dan umat Islam Muhajirin Mekah yang disambut dengan penuh rasa kasih sayang dan persaudaraan dari penduduk Ansar Madinah, maka Negara Islam yang bertama dapat dilahirkan dengan menjadikan agama Islam sebagai teras atau tunggak perlembagaan negara Islam Madinah. Ketika itu, ramai umat manusia diseluruh dunia datang ke Madinah untuk melihat sendiri kerajaan yang dibina atas perpaduan umah yang tidak mementingkan kedudukan, pangkat, harta dan sebagainya sehingga memberikan perlindungan kepada semua rakyatnya. Ramai yang datang ke Madinah dengan rasa ingin tahu apakah formula yang digunakan oleh Rasulullah dan mereka pulang ke negara mereka dengan membawa syiar Islam atau dengan memeluk agama Islam.
Sebagai pengajaran dari sambutan Maal Hijrah, perlu kita ingat bahawa pengorbanan Nabi Muhammad saw untuk menegakkan Islam dizaman jahiliah amat memerikkan. Sebelum bermulanya peristiwa hijrah, umat Islam di Makah ditindas dan dizalimi oleh Kaum Quraisy. Di sinilah bermula kisah yang paling cemerlang dan indah yang pernah dikenal manusia dalam sejarah pengejaran yang penuh bahaya, demi kebenaran, keyakinan dan iman.
Sahabat-sahabat Baginda banyak berkorban dan bersama Rasulullah dalam semua aspek seperti harta, nyawa, tenaga dan apa sahaja mereka sumbangkan untuk menegakkan dakwah Islam bersama Rasulullah.
Saidina Abu Bakar telah menyediakan dua ekor untanya san diserahkan kepada Abdullah b. Uraiqiz untuk digunakan dalam hijrah mereka. Apabila mereka sudah bersedia untuk meninggalkan Mekah. Mereka yakin bahawa Quraisy pasti akan menjejaki mereka. Oleh karena itu Rasulullah meminta mereka melalui jalan lain dari jalan yang sering digunakan orang lain untuk pergi ke Madinah. Perjalanan mereka bermula pada waktu lain (bukan waktu kebiasaan pendagang atau berhijrah).
Lagi kisah yang dapat diambil, iaitu pengorbanan Saidina Ali Bin Abi Talib yang sanggup menggantikan tidur Rasulallah ketika mana rumah Rasulallah dikepung oleh Kaum Quraisy. Setelah Kaum Quraisy masuk ke dalam rumah, mereka mendapati bahawa Rasulallah sedang tidur dan mereka segera membukakan selimut itu dan mendapati ianya bukan Rasulallah tetapi Saidina Ali Bin Abi Talib tidur di tempat Rasulallah.
Begitu juga yang berlaku ketika Rasulallah dan Saidina Abu Bakar menyembunyikan diri di dalam Gua Thaur. Semasa berada di Gua Thaur, tiada siapa yang dapat menjejaki mereka, kerana jejak mereka dipadam oleh Amir Bin Fuhaira sebagai pengembala kambing. Tiba-tiba datang sekumpulan lelaki muda dari Kaum Quraisy bertanya kepada Amir : nampakkah kamu Muhammad lalu di sini? Amir menjawab : saya tidak melihat ada orang di sini. Setelah bertanya kumpulan pemuda Quraisy tersebut naik ke Gua Thaur untuk melihat di dalamnya. Tiba-tiba mereka mendapati pintu Gua Thaur ditutup oleh sarang labah-labah dan ada dua ekor burung sedang bertelur di sarangnya. Mereka beranggapan bahawa gua ini tiada penghuni, kalau ada tentu tiada sarang labah-labah dan sarang burung.
Muslimin Madinah Menantikan Kedatangan Rasulallah. Jarak mereka dengan Madinah (Yathrib) sudah dekat. Selama mereka dalam perjalanan yang sungguh meletihkan itu, berita-berita tentang hijrah Nabi dan sahabatnya telah diketahui oleh penduduk Madinah. Semua kaum Muslimin sedang menantikan kedatangan Rasulullah dengan hati penuh rindu, ingin melihatnya, ingin mendengar perbualannya dan sebagainya, kerana sebilangan besar penduduk Madinah belum melihatnya, walaupun mereka telah mendengar mengenai Rasulullah dan Islam. Semua itu membuat mereka rindu sekali ingin bertemu, ingin melihatnya. Setelah Rasulallah tiba sahaja di Madinah, penduduk Madinah iaitu kaum Ansar dan Muhajirin menyambut Baginda dengan paluan kompang dan nasyid Tala’al Badru Alaina.
Pengajaran Kisah
Sebagai umat Islam, kita perlu mengambil iktibar dan tauladan di atas segala pengorbanan Nabi dan para sahabatnya. Cuba kita fikirkan selama kita hidup banyak mana pengorbanan kita terhadap Islam. Pada tahun baru Islam (tahun Hijrah), marilah hijrahkan diri ke jalan Allah iaitu jalan yang diradhoi Allah. Janganlah mulakan kehidupan pada tahun baru ini hanya semata-mata keduniaan sahaja. Tidak rugi berhijrah kerana Allah, kerana kita akan mendapat segalanya di dunia dan di akhirat. Sepertimana hadis Nabi yang bermaksud :
“Setiap pekerjaan dimulakan dengan niat, Barang siapa berhijrah kerana Allah dan Rasulnya maka dia akan mendapat dunia dan akhirat, dan barang siapa yang berhijrah kerana dunia dan perempuan yang ingin dikahwininya makan dia akan memiliki dunia dan perempuan tersebut”.
Sempena Sambutan Maal Hijrah ini, mari berhijrah dua perkara dalam diri kita iaitu hijrah rohani dan hijrah jasmani, diantaranya sepertimana berikut :

- Hijrah rohani ialah seseorang yang menghijrahkan dirinya kearah yang agama Allah seperti beliau mendekatkan diri ke masjid dan majlis-majlis ilmu yang sebelum ini tidak pernah dihadirinya. Buangkan penyakit-penyakit hati yang sering menjauhkan diri kepada Allah seperti mempunyai perasaan tamak, hasad dengki, riak, menunjuk-nunjuk kelebihan yang dimiliki dan sebagainya. Jika seseorang itu dapat mengubah hatinya atau psikologinya kearah yang baik dan memiliki akhlak yang baik, nescaya ia akan mempunyai perasaan cintakan Allah dan Rasulnya. Malah dirinya akan disukai oleh masyarakat sekelilingnya. Orang seperti ini sering disenangi oleh masyarakat kerana ia mempunyai peribadi yang baik. Apabila ia terkena musibah atau ujian Allah, maka dia tabah dan tenang hatinya menghadapi ujian Allah, sedikitpun ia tidak bersungut dan gelisah dengan ujian Allah ke atas dirinya.
- Hijrah Jasmani ialah seseorang itu melakukan perubahan dirinya kearah yang lebih baik, sepertimana bersenam, memiliki pakaian yang baik dari segi syarak, ingin memiliki pekerjaan yang baik, ingin memiliki taraf akademik yang baik dan sebagainya.Jasmani perlu sihat kerana ia akan memudahkan kita beribadah kepada Allah dengan lebih sempurna, begitu juga memiliki pekerjaan yang baik supaya kita tidak mencuri disebabkan tekanan hidup, tukar pakaian daripada berpakaian yang kurang sempurna menutup auratnya sehingga sempurna menutup auratnya dan banyak lagi.
Setiap hijrah perlu dimulakan dengan hijrah rohani dahulu, kerana ia merupakan faktor dalaman untuk mengerakkan faktor luaran. Apabila hati menjadi baik dan sentiasa beribadah kepada Allah, maka dengan sendirinya ia dapat mencegah jasad (jasmani) kita dari perlakuan jahat dan dusta. Tetapi apabila diri kita mempunyai hati yang hitam dan kotor, maka payahlah kita untuk melaksanakan ibadah kepada Allah. Sepertimana firman Allah yang bermaksud :
“Sesungguhnya solat itu dapat mencegah dari perbuatan keji dan mungkar”.

waALLAHualam...
No comments:
Post a Comment