senang-senang datang la lagi eyh..sahabaT amatlah dialU-alUkan...

Showing posts with label dUnia ini cUma sementara.... Show all posts
Showing posts with label dUnia ini cUma sementara.... Show all posts

Thursday, 6 October 2011

PERHATIAN!! JENAYAH ADA DIMANA-MANA..












saLAM....






When a thief forced you to take money from the ATM, do not argue or resist, you might not know what he or she might do to you. What you should do is to punch your PIN in the reverse...

Eg: If your PIN is 1234, you punch 4321.

The moment you punch in the reverse, the money will come out, but will be stuck into the machine half way out and it will alert the police without the notice of the thief.

Every ATM has it; It is specially made to signify danger and help. Not everyone is aware of this. 





SHARE THIS TO ALL YOUR FRIENDS







Sunday, 10 July 2011

khutbah terakhir Nabi Muhammad (s.a.w)





Tarikh : 9hb. Zulhijjah Tahun 10 Hijriah
Tempat : Lembah Uranah, Gunung Arafah.

Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendakku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini, dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanah kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.

Janganlah sakiti sesiapa pun, agar orang lain tidak menyakiti kamu pula.Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu, dan dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba', oleh itu segala urusan yang melibatkan riba' di batalkan mulai sekarang.

Berwaspada lah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara perkara besar, maka berjaga jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara perkara kecil.

Wahai manusia , sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu.Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu ata mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang tidak kamu sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini,sembahlah ALLAH, dirikan sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan,dan tunaikan zakat dan harta kekayaan kamu, kerjakan ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak saorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan Beramal Solleh.

Ingatlah, bahawa kamu akan mengadap ALLAH pada suatu hari untuk di pertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku. Wahai maanusia, tidak ada lagi Nabi dan Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah disampaikan kepada kamu.

Sesunguhnya, aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikut kedua keduanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya, itulah Al-Quran dan Sunnahku. hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikannya kepada orang lain, dan hendaklah orang lain itu menyampaikan pula kepada yang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang mendengar terus dariku.




Saksikan ya-ALLAH, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMU kepada hamba-hambaMU.




* ya, ALLAH..aku cinta padaMu...







Monday, 14 March 2011

adakah dia jodohmu???






Gunakan seluruh pancaindera



Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan yang maha esa. Tetapi bagaimana kita hendak mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan? Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.



Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon.

Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.



Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya.
Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.



Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli.
Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.



Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.



Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.



Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?



Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur.
Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, 'lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.



Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.

Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.



Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.



Mimpi

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.


Fikirkanlah. Adakah dia jodoh kita?






waALLAHualam....



Friday, 18 February 2011

sebaik-baik perhiaSan dUnia adalah wanita yang sOlehah...











Hukum dan nikmat nazar





Oleh DR. ABDUL HAYEI BIN ABDUL SUKOR (Akademi Pengajian Islam)

SOALAN: Ketika saya di tingkatan tiga, saya bernazar untuk berpuasa jika mendapat keputusan cemerlang dalam PMR. Alhamdulillah, saya memperoleh kejayaan seperti yang dicita-citakan itu dan sekarang saya berada dalam tingkatan 5, namun nazar saya masih belum disempurnakan.

Soalan saya, adakah puasa nazar tersebut tertunai dengan saya berpuasa sunat. Untuk makluman tuan, saya telah berpuasa sunat beberapa hari sebelum ini. Justeru puasa ini dilengahkan hingga dua tahun, adakah saya diwajib melakukan sesuatu selain puasa dan bagaimana niat puasa nazar. - AMIRUL MUSTAFA, Jertih, Terengganu.



Jawapan


Sebelum menjelaskan tindakan yang sepatutnya saudara lakukan terhadap nazar yang sekian lama tertangguh penunaiannya itu, saya perlu jelaskan terlebih dahulu kedudukan nazar, hukum dan hikmatnya secara umum supaya saudara dan siapa jua yang menghadapi masalah yang serupa, dapat menyempurnakannya dengan betul dan sempurna.

Pengertian nazar menurut istilahnya secara mudah ialah mewajibkan diri sendiri melakukan sesuatu amalan dengan niat mendampingi diri pada Allah. Sebagai contoh, seseorang berkata: Jika Allah menyembuhkan saya daripada penyakit ini, nescaya saya akan berpuasa sebanyak tiga hari dan sebagainya. Nazar ini wajib disempurnakan sebaik sahaja ia sembuh daripada penyakitnya itu. Nazar dari segi amalan dan penghayatannya terbahagi tiga, iaitu:

1. Nazar melakukan kebajikan, misalnya ia berkata: Jika saya memperoleh kejayaan cemerlang dalam peperiksaan, saya akan berpuasa sebulan dan sebagainya atau jika saya beroleh anak lelaki, saya akan membina sebuah masjid.

2. Nazar melakukan sesuatu yang diharuskan, misalnya ia berkata: Jika saya disembuhkan daripada penyakit ini, saya akan melancong ke luar negara dan sebagainya.

3. Nazar melakukan maksiat, misalnya ia berkata: Jika saya mendapat bonus pada tahun ini, saya akan tinggalkan sembahyang atau menajakan suatu perjudian (barang dijauhi Allah).

Nazar terjadi dan dikira sah sama ada bersyarat, misalnya seseorang berkata: Jika perniagaan saya mendapat untung, saya akan bina sebuah rumah kediaman anak yatim; atau nazar tanpa syarat, misalnya ia berkata: Demi Allah saya akan menamatkan al-Quran sebanyak tiga kali dalam bulan Ramadan pada tahun ini.

Nazar saudara seperti dalam soalan di atas termasuk dalam bahagian nazar melakukan amal kebajikan dan bersyarat. Oleh itu, saudara hendaklah menyempurnakannya sebaik sahaja hajat tercapai. Allah mewajibkan setiap orang yang bernazar dengan betul supaya menyempurnakannya. Firman Allah yang bermaksud: Hendaklah mereka menyempurnakan nazar-nazarnya (al-Haj: ayat 11).

Allah juga memuji-muji hamba-Nya yang sedia menyempurnakan nazar, iaitu menerusi firman-Nya: Mereka dikurniakan kesenangan itu, kerana mereka menyempurnakan nazar serta takutkan hari akhirat yang azab seksanya menyeluruh di sana sini (al-Insan: 7). Allah mengutuk keras orang munafik yang hanya bernazar tetapi gagal menyempurnakannya. Keterangan mengenai mereka boleh diikuti menerusi ayat-ayat 75-77 dalam surah al-Taubah.

Saudara telah melafazkan dengan azam yang teguh untuk berpuasa jika berjaya mendapat kejayaan cemerlang dalam ujian PMR. Kini hajat saudara telah tercapai dengan cemerlang. Justeru, saudara hendaklah menunaikan nazar itu dengan berpuasa seperti yang dinazarkan dahulu. Saudara sepatutnya menyempurnakan nazar itu secepat mungkin, kerana amal kebajikan semakin segera ditunaikan, semakin baik dan berfaedah. Kata ulama: Sebaik-baik kebajikan ialah yang segera disempurnakan.

Kelewatan hingga melebihi dua tahun daripada tarikh sepatutnya saudara berpuasa, tiada apa-apa denda yang dikenakan, lagipun nazar saudara tidak menyebutkan bulan dan tahun yang ingin ditunaikan, sebagaimana dalam soalan di atas.

Dalam kesempatan ini, saya ingin jelaskan dua perkara yang sepatutnya difahami saudara dan rakan-rakan yang ingin bernazar, iaitu:

Pertama: nazar bersyarat atau nazar mewajibkan diri sendiri melakukan sesuatu amal kebajikan yang dikaitkan dengan sesuatu kejayaan, hukumnya makruh menurut pendapat kebanyakan ulama, sekalipun nazar itu berupa ibadat seperti puasa, solat, sedekah dan lain-lain. Ini kerana hadis riwayat Bukhari bilangan 6608, Muslim 4/1640 dan lain-lain daripada Ibn Umar (r.a) katanya yang bermaksud:

Nabi (s.a.w.) melarang daripada bernazar, kerana ia tidak boleh mengubah apa-apa, ia hanya biasa dilakukan orang yang bakhil berbuat kebajikan.

Hikmat yang tersirat di sebalik hukum makruh ini ialah kerana bimbang nanti orang mempercayai nazar itu mengubah takdir yang bakal menimpa seseorang, atau nanti ada orang menyangka bahawa nazar itu menentukan kejayaan baginya, atau disangkakan Allah memberi kejayaan itu semata-mata kerana nazarnya. Justeru, hadis menyatakan: Nazar tidak mengubah sesuatu atau tidak mendatangkan apa-apa hasil yang baru.

Nazar yang saudara lakukan itu, disebutkan juga nazar mujazat (berbalas), kerana saudara akan berpuasa jika Allah berikan kejayaan seperti yang saudara harapkan, iaitu beroleh kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan PMR. Ini bermakna, jika saudara tidak beroleh kejayaan seumpama itu atau gagal, nescaya saudara tidak akan berpuasa. Sikap ini bertentangan dengan keikhlasan. Sepatutnya ibadat tidak diisyaratkan dengan apa-apa.

Sesuatu kebajikan yang menjadi wajib disebabkan nazar memang pun kurang menarik, kerana seolah-olah ada kepentingan peribadi di sebaliknya. Keadaannya samalah dengan sedekah yang dikeluarkan oleh seorang yang bakhil, ia sanggup menunaikan suatu sedekah, jika dilihatnya ada pulangan kebendaan yang menguntungkan. Sebaliknya jika tiada pulangan, nescaya tiada sedekah yang sanggup dikeluarkan. Inilah maksud sabda: Nazar hanya dilakukan orang yang bakhil berbuat kebajikan.

Antara hikmat mengapa nazar bersyarat itu hukumnya makruh ialah kerana ada unsur paksaan padanya. Kemungkinan besar seseorang tidak melakukan ibadat yang dinazar itu, jika tidak kerana dipaksa oleh nazarnya. Ia menunaikan ibadat itu tidak lagi dengan rela hati dan penuh pengabdian diri kepada Allah, tetapi kerana dipaksa dan tiada pilihan lain di hadapannya. Mungkin pada masa-masa hadapan ia tidak bernazar lagi kerana takutkan akibatnya.

Meskipun ulama menyatakan bernazar itu hukumnya makruh, bagi seseorang yang telah bernazar atau terlepas cakap yang mewajibkan dirinya melakukan sesuatu kebajikan, hendaklah dia menyempurnakannya kerana menjadi kewajipan baginya menyempurnakan sesuatu yang dinazarkan. Ayat-ayat al-Quran jelas menyatakan kewajipan itu, seperti yang dikemukakan terdahulu.

Kedua: Kedudukan nazar yang sebenarnya ialah mendampingi diri pada Allah dengan ibadat-ibadat seperti sembahyang, puasa, zakat, sedekah dan sebagainya. Saudara telah bernazar dengan betul apabila ingin mendampingi diri kepada Allah dengan berpuasa jika mendapat kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan.

Sesetengah orang bernazar membotakkan kepala, meminum arak atau ingin bersuka ria, jika tercapai sesuatu hajat yang dikehendaki. Nazar ini bertentangan dengan cara nazar yang sepatutnya dilakukan. Sebuah hadis riwayat Ahmad dan Abu Dawud menyatakan: Tiada nazar kecuali pada amalan yang dituntut keredhaan Allah padanya.

Namun jika seorang bernazar untuk berbuat dosa seperti minum arak, tinggal sembahyang dan sebagainya, tidak harus baginya menyempurnakan nazar itu, sebaliknya hendaklah dia membayar kaffarah sumpah, iaitu memilih antara tiga perkara, sama ada memberi makan 10 orang miskin, memberi pakaian atau memerdekakan hamba. Jika ia gagal melaksanakan salah satu antara tiga pilihan itu, hendaklah dia berpuasa tiga hari dengan niat membayar kaffarah sumpah.

Makanan yang dimaksudkan ialah bahan-bahan makanan yang sederhana dan mengenyangkan, atau pakaian yang terdiri daripada sarung atau seluar, baju dan penutup kepala yang biasa dipakai, sama ada lelaki atau perempuan, atau membebaskan hamba jika masih wujud sistem perhambaan.

Jika seseorang bernazar melakukan sesuatu yang harus, misalnya ia berkata: Jika anak saya kahwin, saya akan melakukan perarakan 10 ekor gajah. Orang ini harus melakukan perarakan seperti yang dinazarkan atau harus juga menggantikannya dengan membayar kaffarah sumpah seperti yang disebutkan di atas. Saya berpendapat, jika ia memilih untuk membebaskan diri dengan membayar kaffarah sumpah, nescaya lebih berfaedah bagi diri dan masyarakatnya.

Merujuk kepada soalan saudara, adakah memadai puasa wajib itu dengan melaksanakan puasa sunat sahaja? Bagi menjawabnya: Tidak memadai kerana amalan yang bertaraf wajib tidak terlepas dengan melaksanakan amalan yang bertaraf sunat. Justeru, saudara hendaklah berpuasa seperti yang dinazarkan.

Saya suka jelaskan di sini suatu kekeliruan yang mungkin timbul kepada saudara, iaitu sesetengah ibadat bertaraf sunat boleh terlepas atau berhasil pahalanya apabila ia mengerjakan amalan yang bertaraf wajib. Misalnya, puasa qadak dalam bulan Syawal memadai bagi menghasilkan pahala puasa sunat enam hari dalam bulan itu. Jika dikerjakan berasingan, nescaya lebih sempurna lagi.

Tersebut dalam sebuah kitab Hasyiah al-Syarqawi ala al-Tahrir dalam Fiqh al-Syafi'iyy, terjemahannya begini: Jika seseorang berpuasa qadak Ramadan pada bulan Syawal, atau berpuasa nazar atau juga sunat yang lain-lain, nescaya berhasil pahala sunat Syawal itu, kerana yang diperlukan ialah berpuasa selama enam hari dalam bulan Syawal, tanpa menyebut apa pun jenis puasa itu.

Kedudukannya samalah dengan hukum solat Tahiyyat al-Masjid, pahala solat itu diperoleh dengan pelaksanaan apa jua solat ketika ia mula masuk masjid, kerana yang diperlukan ialat solat sebelum duduk, sama ada solat fardu, solat wuduk dan sebagainya. Hukum ini adalah keringanan yang diberi Allah kepada seorang hamba-Nya. Seseorang tidak perlu menyulitkan ibadat atau memaksa sesuatu yang tidak dipaksakan.



waALLAHualam...



Monday, 7 February 2011

siLa baCa dan sebarkannya pada sahabat2 yang lain...( aJaran seSat )





AJARAN SESAT DI MALAYSIA 1996.

1.TAKRIF AJARAN SESAT
2.SEJARAH RINGKAS
3.PERISTIWA-PERISTIWA AJARAN SESAT
4.SUMBER AJARAN SESAT
5.MANGSA AJARAN SESAT
6.SENARAI AJARAN SESAT DI MALAYSIA

1.      Takrif Ajaran Sesat.


Ajaran sesat ialah sebarang ajaran atau amalan yang dibawa oleh orang-orang Islam atau orang-orang bukan Islam yang mendakwa bahawa ajaran dan amalan tersebut adalah ajaran Islam atau berdasarkan kepada ajaran Islam sedangkan hakikatnya ajaran dan amalan yang dibawa itu bertentangan dengan Islam berdasarkan Al-Quran dan al-Sunnah serta bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.

2.      Sejarah Ringkas.


Ajaran sesat yang paling lama usianya di Malaysia ialah ajaran Taslim yang dibawa oleh Mohamad bin Shafie @ Mohammad Matahari pada akhir abad ke 19 di Kg.  Seronok, Bayan Lepas, Pulau Pinang.Ia berkembang ke negeri lain seperti Kedah, Perak, Negeri Sembilan dan Johor. Di Kelantan wujud ajaran Subud yang disebarkan pada tahun 1950an dan ajaran Martabat Tujuh pada tahun 1960-an.

3.      Peristiwa-peristiwa Ajaran Sesat.


a.   Pada 19 Ogos 1979, seramai 4 orang pengikut Ajaran Ilmu Kashaf pimpinan Hj. Kamarudin @ Abdullah Sani Kajang, Selangor mati terbunuh dalam satu peristiwa di Kerling, Selangor.
b.   Pada 19 Oktober 1974 seorang dari kumpulan ajaran sesat Empat Sahabat pimpinan Syed Mutalib di Kg.  Kedap, Rantau Panjang, Kelantan mati ditembak dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan.
c.   Pada 16 Oktober 1980, 8 orang dari kumpulan ajaran sesat pimpinan Ahmad Nasir Ismail (Kemboja) yang mengaku Imam Mahadi telah terbunuh apabila mereka menyerang Balai Polis Batu Pahat, Johor.
d.   Pada 7 Julai 1979, Tajul Ariffin yang mengaku dirinya Imam Mahdi telah mencederakan Tuan Haji Damanhuri Hj.  Abdul Wahab, imam masjid Rapat Setia, Ipoh, Perak.

4.      Sumber Ajaran Sesat


1.BATINIAH
2.TASAWUF TEOSOFI
3.AMALAN KHURAFAT

1. BATINIAH
Ajaran ini dibawa melalui buku Kashf Al-Asrar terjemahan dan susunan Syeikh Mohamad Salleh bin Abdullah Al-Mangkabowi yang ditulis pada tahun (1344H / 1922M).
Ia kemudiannya disalurkan melalui buku Hidayah Al-Anwar oleh Syed Ghazali Jamalullail, Pulau Pinang pada tahun (1355H / 1933M) yang mengembangkan ajaran Taslim dari bapanya Hj. Mohamad Matahari. Kemudian Hj.  Ahmad Laksamana bin Omar (Kelantan) menulis buku Hakikat Insan (1985) dan Ilmu Tajalli yang berkembang ke seluruh Malaysia.
Ajaran Batiniah terpengaruh dengan teori angka simbolik seperti angka 7 dan 12 yang diambil dari 7 huruf Bismillah dan 12 huruf Lailaha Illallah yang semuanya berjumlah 19. Teori inilah yang mempengaruhi falsafah Ismailiyah Batiniah.
Ajaran Batiniah mempengaruhi aliran Tasawuf Teosofi dalam 3 unsur :
Fahaman Hulul iaitu menempatnya Tuhan dalam diri hamba seperti yang dibawa oleh Al-Hallaj.  Fahaman Takwil Batin iaitu tiap-tiap yang zahir ada batin dan tiap-tiap ayat al-Quran ada takwil iaitu Takwil Batin.
Fahaman guru batin iaitu memperolehi ilmu melalui guru batin yang telah meninggal dunia.
Antara ajaran sesat yang mengandungi unsur Batiniah ialah ajaran Taslim. Ciri-ciri kesesatannya ialah:
a. Memisahkan pengikutnya daripada masyarakat.
b. Berkahwin sesama sendiri, mempunyai masjid, kubur dan tempat belajar sendiri.

2. TASAWUF TEOSOFI @ WUJUDIAH @ MARTABAT TUJUH.
Tasawuf Teosofi dipengaruhi oleh fahaman Greek, Parsi, Yahudi, Kristian dan Hindu-Budha.
Tasawuf ini mengandungi berbagai konsep yang bermula dengan wahdatul wujud dan kemudiannya diserap kepada ajaran martabat tujuh dari karangan Syeikh Mohamad b Fadhlullah Al-Burhanpuri, (w 1029 H/1619M ) melalui bukunya al-Tohfah al-Mursalah Ila Roh Al-Nabi, yang diterjemah ke bahasa Jawa tahun (1680M).
Tasawuf ini kemudian diserap oleh beberapa tokoh Nusantara seperti :
a. Syeikh Syamsuddin al-Sumatrani (w 1690M) yang mengarang buku Jauhar al-Haqaeq.
b. Abdul Rauf Singkel yang mengarang buku Daqaiq al-Huruf (1661M).
c. Syeikh Hamzah Fansuri (w 1606M) dalam buku-bukunya di bidang tasawuf ketuhanan terutama buku Asrar al-Ariffin, Syarb al-’Asyikin dan al-Muntahi.
d. Berkembang pula melalui kitab al-Durr al-Nafis oleh Syeikh Mohamad Nafis al-Banjari (w 1778M) yang ditulis tahun (1200H).
Pada asasnya Tasawuf ini telah banyak mempengaruhi guru-guru ajaran sesat, ditambah pula oleh buku Kasyf Al-Asrar oleh Syeikh Mohamad Salleh b. Abdullah al-Mangkabowi yang ditulis tahun 1922M.
Tasawuf wahdatul wujud pula adalah bersumber daripada Hindu dan Neoplatonisma.
Sementara ajaran Martabat Tujuh adalah bersumberkan falsafah Neo Platonisma yang dikenali dengan teori emanasi atau as-Sudur iaitu Tuhan menzahirkan dirinya secara berperingkat-peringkat dalam bentuk makhluk yang nyata ini dalam 7 peringkat :
Pertama: Ahadah @ Ahadiyah iaitu martabat zat qadim, azali, abadi, martabat La Taayun ertinya martabat tuhan belum nyata.
Kedua: Wahdah, Martabat Allah Wahdah Qadim, azali, abadi, roh Qudsi yakni nyawa Muhammad atau Taayun Awal.
Ketiga: Wahidiyah, Martabat Taayun Thani, nyata yang kedua iaitu Roh Adam dan Aayan Thabitah namanya iaitu kenyataannya telah ada bagi Allah.  Keempat: Alam Arwah iaitu alam segala nyawa dan alam segala roh Aayan Kharijah ertinya kenyataan yang sudah terbit daripada ilmuNya.  Kelima: Alam Mithal ialah kalbu sanubari bererti tempat hati. Inilah alam segala rupa namanya iaitu daripada kehendak Allah Taala.
Keenam: Alam Ajsam ialah alam syahadah, alam yang boleh dipandang, daripada anasir yang empat; air, tanah, udara dan api.
Ketujuh: Alam Insan yang disebut: Insan itu rahsiaKu dan Aku rahsianya.
Antara contoh ajaran tasawuf Teosofi ialah Ajaran Ilmu Tajalli Ahmad Laksamana.
Ciri Utama Ajaran Tasawuf Teosofi.
1.Guru mursyid boleh menghubungkan murid dengan Allah Taala.
2.Taasub membuta tuli kepada guru.  3.Guru mursyid telah mencapai Insan Kamil iaitu mereka telah melalui taraqqi roh tujuh peringkat iaitu nafsu Ammarah, Lawwamah, Mulhamah, Mutmainnah, Radiah, Mardiah dan Kamaliah.

3. AMALAN KHURAFAT.
Amalan Khurafat berpunca dari tiga unsur iaitu Sinkritisma, Hindu-Budhha, Animisma dan Dinamisma. Ia menjelma dalam amalan perbomohan secara batin dan silat kesaktian.

5. Mangsa Ajaran Sesat.


Golongan yang menjadi mangsa ajaran sesat ialah :
a) Mereka yang jahil dan kosong jiwa kerana tidak mempunyai pengetahuan agama yang cukup, dan mendapat dorongan kawan-kawan supaya berguru atau belajar melalui orang tertentu yang mengajar secara rahsia dan sulit.
b) Mereka yang ghairah mencari ketenangan jiwa dan kesempurnaan beragama terutama melalui unsur kerohanian dengan cara jalan dekat tanpa mengikut sunnah.
c) Golongan yang salah atau menyeleweng dalam hal yang berhubung dengan usul; hal ini terjadi kerana mereka kurang mantap dalam usul syari’yyah dan lemah dalam hal-hal al-Sadik dan ikhlas. Mereka mendakwa diri hampir dengan Allah dan berada di maqam tertinggi.
d) Mudah dieksploitasi kerana kejahilan dan kedahagaan kepada kesempurnaan kerohanian, lalu digunakan untuk mendapat kekayaan, pangkat, kuasa dan seks bebas.
e) Berpegang kepada konsep kebebasan intelektualisma.
f) Mengagungkan rasionalisma dan pendekatan apa yang dikatakan secara saintifik dan empirikal dalam soal agama.
g) Membawa fahaman modenisasi dalam Islam yang bertentangan dengan akidah dan fahaman yang diiktiraf dan diterima oleh masyarakat negara ini.

sUmber dari :

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Jabatan Perdana Menteri


apa dah jadi dengan maSyarakat kiTa??




sUmber :  harian MeTro 


MASYARAKAT kini semakin luntur kemanusiaannya. Saban hari ada saja berita mengenai kisah penderaan suami terhadap isteri, isteri derhaka, penganiayaan anak-anak, pembuangan bayi, pengabaian ibu bapa dan pelbagai kisah kejam dan sedih yang jelas menggambarkan senario masyarakat yang semakin tipis nilai kasih sayang dan kemanusiaan.

anak yang comel ini jUga ingin hidUp....

Bagaimanapun kali ini penulis mahu menumpukan perhatian kepada pengabaian anak-anak terhadap ibu bapa. Ungkapan what you give is what you get atau setiap perbuatan ada balasannya membuka mata kita mengenai kesan terhadap perbuatan seseorang apabila usia memanjat tua. Banyak faktor menyebabkan orang tua dibaikan anak-anak mereka. Antaranya ada ayah dan ibu asyik berkahwin dan cerai sehingga anak-anak tidak mendapat kasih sayang dan terpaksa mencari haluan sendiri dalam hidup. Tidak kurang ibu bapa yang zalim mendera mental dan fizikal anak-anak serta mengabaikan hak anak-anak sehingga hidup mereka terbiar sejak kecil. Ingatlah, ibu bapa memegang amanah paling besar daripada Allah agar mencorakkan masa depan anak-anak. Namun, jika ibu bapa ingkar menunaikan amanah yang dipertanggungjawabkan mereka harus menerima karma yang menanti mereka.

Kisah ini banyak terdapat di rumah orang tua yang seharusnya dijadikan panduan kepada masyarakat kerana kita tidak selamanya muda, kaya dan sihat. Benar kata pepatah, ingat sihat sebelum sakit, muda sebelum tua, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sempit dan hidup sebelum mati.

Kewujudan dan pertambahan rumah orang tua di negara kita jelas menggambarkan kesan kehidupan masyarakat khususnya di alaf 21 ini apabila kita tua nanti. Dalam satu kajian yang dibuat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), warga emas Melayu paling ramai menghuni di 11 rumah orang tua seluruh negara di bawah seliaan jabatan berkenaan. Timbalan Penguasa Rumah Orang Tua Seri Kenangan Cheng Melaka, Mohd Emran Abdul Salam, berkata majoriti daripada 236 penghuni rumah berkenaan ialah Melayu. Orang tua yang dimasukkan di rumah itu mempunyai pelbagai latar belakang dan kisah hidup mereka tersendiri. 

Menurutnya, faktor utama menyebabkan mereka menghuni rumah orang tua ialah sikap mereka sendiri sebagai ibu bapa yang gagal mendidik anak dengan baik menyebabkan anak menghantar mereka ke situ. Kedua, anak yang kurang menghargai jasa ibu bapa dan terlalu mengejar kemewahan sehingga terlupa bahawa restu ibu bapa penting dalam melakukan setiap perkara. Terdapat anak yang bergaduh sesama sendiri apabila diamanahkan untuk menjaga ibu bapa yang telah tua dan uzur. “Masing-masing ada alasan tersendiri dan mengelak daripada menjaga ibu bapa. Akhirnya jalan penyelesaian ialah menghantar ibu bapa ke rumah orang tua. Ada juga di antara anak tidak mahu menjaga orang tua mereka kerana desakan pasangan seperti keengganan isteri atau suami menerima ibu bapa mereka,” kata Mohd Emran. Ketiga, peribadi penghuni itu sendiri, umpamanya kehidupan masa muda yang dilalui seperti menjadi penagih dadah, bekas banduan dan pekerja sosial. Keempat, orang bujang yang tidak mempunyai waris atau pasangan untuk menjaga mereka menyebabkan mereka mencari tempat perlindungan di rumah orang tua. Kelima, ibu bapa merajuk dengan anak dan keluarga dan membawa diri untuk tinggal di rumah berkenaan. 

“Bagaimanapun, bagi kes ibu bapa merajuk biasanya anak akan datang memujuk mereka kembali ke pangkuan keluarga,” katanya. Keenam, faktor ekonomi yang menjadi alasan lazim anak menghantar ibu bapa ke rumah berkenaan.

Mohd Emran berkata, selama menjadi penguasa di rumah orang tua beliau berhadapan pelbagai kisah menyayat hati yang harus dijadikan iktibar masyarakat untuk lebih prihatin menjaga ibu bapa mereka. Bagi anak yang masih mempunyai ibu bapa seharusnya mereka menjaga ibu bapa dengan baik kerana orang tua mempunyai sifat yang terlalu sensitif dan perlukan belaian dan kasih sayang daripada anak mereka. Bagi yang mampu menjaga ibu bapa beliau nasihatkan menjaga mereka selagi masih ada. Di rumah berkenaan walaupun kakitangannya cukup dan keperluan fizikal seperti makan dan pakai disediakan, namun penghuni perlukan belaian dan kasih sayang anak serta cucu untuk mereka mengisi masa yang masih tersisa dalam hidup.

Kepada ibu bapa terutama yang masih muda, beliau menasihatkan agar tidak mengabaikan anak kerana mereka akan tua suatu hari nanti dan memerlukan anak untuk menjaga mereka. Kehidupan terlalu mengejar kebendaan dan status tidak menjamin apa-apa apabila tua kelak. “Anak-anak adalah harta yang tidak ternilai dianugerahkan Allah kepada kita. Jika baik dan bijak mendidik mereka, insya-Allah mereka akan membalas jasa ibu bapa,” katanya.

Pengasas dan Pengetua Rumah Orang Tua Al Ikhlas Puchong, Selangor, Muji Sulaiman berkata, kisah penghuni dihantar ahli keluarga membuatkan kita terfikir betapa kehidupan masyarakat kini sudah tersasar.


 kelUarga yang bahagia...inSyaALLAH



“Jika sebelum ini tanggungjawab menjaga ibu bapa dipikul anak, namun sekarang mereka mengambil jalan mudah menghantar ibu bapa ke rumah orang tua atas alasan tiada masa dan kekangan ekonomi,” katanya. Menurutnya, kehidupan masa lalu penghuni juga menyumbang kepada faktor mengapa mereka menginap di rumah orang tua. Ada anak yang menghantar ibu dan ayah kerana kecewa dengan sikap mereka sewaktu muda kerana lebih mementingkan diri sendiri. “Ada juga kisah ayah berkahwin lebih daripada satu sehingga anak terbiar menyebabkan anak mereka membalas dendam dengan menghantar mereka ke rumah orang tua. Alasan yang diberikan, ketika muda mereka tidak ingat anak, tetapi apabila sudah tua baru memerlukan anak,” katanya.

Muji berkata, ada juga anak yang meninggalkan ibu bapa di hospital tanpa dituntut menyebabkan orang tua mereka diambil Rumah Orang Tua Al Ikhlas Puchong. “Namun, paling banyak adalah kes tidak ada siapa yang boleh menjaga ibu bapa kerana kesibukan bekerja dan masalah ekonomi,” katanya.

Walau apapun alasan mereka, Muji menasihatkan anak yang pernah mengalami peristiwa pahit diabaikan ibu bapa agar melupakan kisah silam dan menjaga kedua-dua ibu bapa mereka dengan penuh kasih sayang. Memang bukan mudah menjaga ibu bapa terutama yang uzur dan sakit, tetapi kita tidak boleh melupakan jasa dan pengorbanan mereka membesarkan kita. Pesanan kepada mereka yang mungkin lupa bahawa kita tidak sentiasa muda dan kaya serta sihat, tanggungjawab yang diamanahkan Allah amat penting untuk kita laksanakan. Bagi ibu bapa yang sentiasa sibuk dan terlalu mengejar kebendaan dan status, luangkan masa untuk anak yang memerlukan perhatian dan kasih sayang. Bagi anak-anak pula, jangan abaikan tanggungjawab terhadap ibu bapa hanya kerana kita terlalu sibuk dengan pekerjaan dan ghairah mengumpul harta. Kasihanilah ibu bapa kita kerana mereka amat memerlukan perhatian dan kasih sayang untuk mengisi usia yang tersisa dalam hidup. Lupakan kisah silam mereka, kerana kita juga tidak tahu apa nasib kita apabila kita seusia mereka kelak. Ingatlah, hidup ini satu putaran.

INsYAALLAH....



ape pUnca anak derhaka? jOm bincangkan..






Sabda nabi saw, "Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu
hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)." dimana yang nak dipukul tu? tapak kakinya..... bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif.... itu salah....

"Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah,ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan.


Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan. Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka".


Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan

tergamak menderhaka.

"Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam.


Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok.


"Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk.

Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur,pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun
anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup,".

Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan "bodoh,kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada

mereka".. inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita...

 

DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL


Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah.

Jangan rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau menyusur di bawah akar.
Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak berdosa dan doa mereka mudah diterima. Begitu juga dengan Rasulullah, kalau berjumpa anak-anak
kecil,Baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak tidak berdosa.

Lagipun kanak-kanak kalau menegur memang ikhlas dan jangan ambil endah tidak endah.

Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah orang tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan ekor mata dan herdikan.
Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan tempat mereka mengadu bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa yang samseng, ia sudah tentu membawa padah.

BERTAUBAT SEBELUM MELARAT


Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat. Tetapi apa caranya jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya kita

derhaka dan melawan mereka?

Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak ayah kita dan bacakan ayat-ayatsuci untuknya. Jumpa semula kawan-kawan baik ibu atau jiran-jiran

yang masih hidup dan buat baik dengan mereka. Sedekah ke masjid atas nama ibu ayah. Walaupun ibu ayah sudah meninggal, minta maaf berkali-kali
semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa.
Allah maha pengampun dan luas rahmatnya. Tetapi jangan ambil kesempatan buat jahat kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram atau bala turun.

Cuba kita perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari. Misalnya tayar kereta pecah, jangan lihat dengan mata kasar, selidik apa salah yang

telah kita buat hari ini. Pertama bagaimana hubungan kita dengan Tuhan,jika semuanya baik turun ke peringkat kedua, bagaimana pula hubungandengan ibu?

"Pastikan hubungan dengannya sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi menjalinkan hubungan yang baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu panjang untuk bersama kita."


HUBUNGAN DENGAN BAPA


Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidak dipedulikan anak-anak. "Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, nabi suruH utamakan ibu dahulu. Tiga kali ibu barulah sekali kepada bapa".


"Bagaimanapun sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanya tidak berkecil hati. Begitu juga dengan nenek, walaupun kata-katanya ada yang mengarut tetapi jangan melawan di depan mereka.

"Sebenarnya golongan nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita.

Walaupun Allah tidak ambil kira kata-kata mereka tetapi kita wajib mentaati dan menghormati golongan tua."


USAH DERHAKA KEPADA MENTUA


"Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri.

Kalau mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita sayang anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga?"
"Saya tahu, ada menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap

mentua yang terlalu ambil berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf mereka sama seperti ibu bapa kandung," jelasnya.

Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah , kedua rasul, ketiga emak dan emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri.Isteri kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar.

"Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga suami. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan ayahnya. "Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke


atas menantu. Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail,

suatu hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak
ada di rumah isterinya pun tidak kenal dengan mentuanya. "Menantu berkasar
menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia berpesan
kepada menantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru. Bila
Nabi Ismail balik isterinya pun menggambarkan rupa lelaki tersebut menyampaikanpesan. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya.

"Nabi Ismail insaf di sebalik simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya

bukan daripada kalangan wanita yang berakhlak, lalu diceraikan. "Nabi Ismail berkahwin kali kedua dan bapanya masih tidak mengenali menantu.

Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan menantunya melayan dengan

bersopan santun walaupun tidak kenal siapa Nabi Ibrahim. Nabi Ibrahim tertarik
hati dan sebelum balik berpesan lagi, katakan alang rumah anaknya sudah
cukup baik dan jangan ditukar kepada yang lain." bukan saya nak bawa
kisah ni untuk mudah orang nak bercerai dak pakat elok-elok....

sekian wallahua'lam.... sehingga berjumpa lagi....


 

Thursday, 30 December 2010

sOLaT 5 kaLi sehaRi..aPakah maTLamaTnya???



















SESUNGGUHNYA solat yang dilakukan setiap Muslim lima kali sehari semalam bukan sahaja kewajipan yang mesti dilaksanakan, tetapi tujuan solat itu sebenarnya selain berkomunikasi dengan Allah dan menunjukkan kepatuhan terhadap-Nya, juga untuk membentuk dan mendidik manusia menjadi insan salih.

Namun, hal itu boleh berlaku jika solat itu dilaksanakan dengan sempurna dalam erti kata sebenar. Sebab itu, kadang-kadang kita hairan kenapa ramai orang menunaikan solat, tetapi masih melakukan perkara dosa dan tidak menjauhi larangan Allah. Sudah tentu ada sesuatu tidak kena dengan solatnya iaitu sama ada tidak khusyuk ketika melakukannya, manakala rukun dan gerakan solat tidak sempurna. Kalau tidak, masakan Rasulullah menyuruh orang yang sudah melakukan solat supaya mengulangi solatnya hingga tiga kali. Sebabnya, ketika solat, orang itu belum menyempurnakan wuduknya, takbirnya, berdirinya, bacaannya, rukuknya, sujudnya dan toma’ninahnya (tertib).

Rasulullah (SAW) bersabda bermaksud:
“Mahukah kamu aku beritahu mengenai seburuk-buruk pencuri?” Sahabat bertanya: “Siapakah dia wahai Rasulullah?” Nabi menjawab: “Orang yang mencuri dari solatnya.” Sahabat bertanya: “Bagaimana seseorang mencuri dari solatnya?” Sabda Baginda: “Dia tidak menyempurnakan rukuk dan sujudnya.”
Solat bernilai di sisi Allah ialah solat yang ada pengaruhnya dalam kehidupan yang dapat membentuk keperibadian Muslim yang unggul. Solat itu dapat menghindar daripada berlaku pelbagai perkara mungkar dan mengikis sifat mazmumah atau keji, sesuai dengan firman Allah bermaksud:
“Dan dirikan solat, sesungguhnya solat (yang sempurna) itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar.” (Surah al-Ankabut: 45).

Solat tidak cukup untuk menghalang perbuatan keji walaupun memenuhi ketentuan sebenarnya jika di luar solat seseorang itu tidak menjaga dirinya daripada hal negatif. Solat yang sempurna dan bernilai hikmahnya terpancar dalam kehidupan seharian.

Apabila solat itu mempengaruhi kehidupan seharian bermakna pelaku solat berkenaan berjaya mendirikan solat bermutu, sesuai dengan ajaran Rasulullah (SAW).

Seseorang itu dikatakan benar-benar solat apabila lengkap dan terlaksana gerak badan serta gerak jiwa (dijiwai dan dihayati solat itu). Dengan sepenuh jiwa dia mengabdikan diri terhadap Allah dan bermunajat kepada-Nya. Ketika solat, ingatannya kepada Allah semata-mata. Inilah dimaksudkan firman Allah:
“Dan dirikanlah solat itu semata-mata untuk mengingati Aku (Allah).” (Surah Taha: 14).
Untuk mencapai kesempurnaan solat yang dapat membentuk peribadi mulia, tentunya memerlukan ilmu. Oleh itu, setiap Muslim perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan keagamaan, kerana walau apapun menuntut ilmu adalah kewajipan kepada setiap individu Muslim.



Followers