senang-senang datang la lagi eyh..sahabaT amatlah dialU-alUkan...

Showing posts with label rintihan hati keciL ini ya-ALLAH... Show all posts
Showing posts with label rintihan hati keciL ini ya-ALLAH... Show all posts

Thursday, 10 March 2011

siaPa cakap kite orang iSLam tak boleh bUat maksiaT??









aSsalamUalaikUm sahabat-sahabat..




jOm baca kisah renUngan ni...semOga dapat menjadi pedOman kiTa inSyaALLAH...








Suatu hari datang seorang lelaki menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"


Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya." Mendengar itu, dia mengangkat keningnya seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"


"Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya! Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?"


"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!" Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.


Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'." Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?"


"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"


"Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah, kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."


Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah." katanya sambil teresak-esak.





jadi?? apa pilihan anda??





Friday, 18 February 2011

aPa itU sUnnatULLAH?? tahUkah anda??







بسم الله، وصلوات اله على سائر رسول الله وعلى خير خلقه محمد بن عبد الله وعلى آله وصحبه ومن والاه.

            Perubahan siang dan malam, pertukaran musim panas dan musim sejuk, peredaran bulan dan matahari dan sebagainya adalah sunnatullah yang tidak pernah berubah sejak dijadikan alam ini sehinggalah ke hari qiamat.

jadi sahabat2 semUa. Ketahuilah bahawa sunnatullah itu memberi kesejahteraan kepada manusia untuk menjalani kehidupan dan juga untuk melahirkan insan yang benar-benar taat kepada penciptanya.

            Kesinambungan sunnatullah ini tidak dapat disangkal lagi kerana ianya berlaku secara realiti dan dapat dibuktikan melalui pancaindera yang dianugerahkan oleh Allah kepada manusia.
           
PenumpUan kita di bawah tajuk ini ialah tabiat dakwah kiTa untuk menegakkan kebenaran tidak dapat tidak mesti melalui liku-liku yang dihiasi dengan berbagai bentuk rintangan dan cabaran.

            Sesungguhnya pertembungan diantara kebenaran dan kebathilan tidak pernah selesai sejak zaman lampau sehinggalah kehari ini dan akan berterusan.Kebenaran ini telah dilakarkan oleh Allah dengan barisan ayat yang paling jelas.




قال تعالى :"يريدون أن يطفئوا نور الله بأفواههم ويأبى الله إلا أن يتم نوره ولو كره الكافرون"
(سورة التوبة أية 32)
            Namun betapapun ampuh kekuatan musuh untuk memadamkan seruan islam dari terus bersinar,mereka tidak akan mampu untuk mengatasi ketentuan Allah.Anugerah kejayaan dan kemenangan yang sebenar hanya akan dapat dirasai dan dinikmati oleh golongan yang mendokong kebenaran,dan mereka yang meletakkan iman yang sejati kepada Allah.Realiti ini telah pun dibuktikan dari kenyataan sejarah dan telah pun tercatit di dalam Al-Quran.




قال تعالى :"ولقد سبقت كلمتنا لعبادنا المرسلين. إنهم لهم المنصورون. وإن جندنا لهم الغالبون"
(سورة الصافات أية 171-173)

            Ertinya: Dan sesungguhnya telah tetap janji kami kepada hamba-hamba kami yang menjadi rasul.(iaitu) sesungguhnya mereka itulah yang pasti mendapat pertolongan.Dan sesungguhnya tentera kami itulah yang pasti menang.(shaffat:171-173).





            Memandangkan cabaran terhadap dakwah adalah sesuatu yang penting untuk pengetahuan para da’ie dan generasi baru,saya cuba kumpulkan beberapa maklumat ringkas yang berkaitan dengan tajuk ini. Untuk makluman,perbincangan ini hanya terbatas kepada cabaran dari luar dan tidak termasuk cabaran yang datang dari masalah yang timbul didalam jemaah islam sendiri.


daripada umaT iSLAm kita sendiri..maSyaALLAH...

namUn itUlah hakikat yang perlU sahabat2 semUa ketahUi.....


waALLAHualam....



bersambUng........







Sunday, 16 January 2011

saya sayaaang cikgu-cikgU saya.....terima kaSih cikgU...



                      cikgU banyak mengajar kita tentang erTi kehidUpan nie kan??




Mengapalah hati ini, di manakah salahnya?
Aku ada guru, dia telah berjasa padaku...
tetapi cintaku padanya tidakpun ada..........
Guruku tidak ada pun di hatiku, di manakah salahnya?
Sepatutnya guru patut dicintai dan diingati...
Mereka ada jasa padaku, sepatutnya aku terhutang budi........

Sepatutnya aku ingat selalu...
Sepatutnya aku doakan mereka selalu.......
Agar Tuhan mencucuri rahmat dan memberi keampunan kepada mereka...

Sepatutnya setelah mereka kembali kepada Allah,
tanda kasih kepadanya aku sepatutnya menziarahi keluarga mereka...

Tetapi aku tidak pun mencari, aku tidak pun bertanya - tanya
di mana keluarganya?
Agar aku dapat berbuat baik kepada mereka
Sebagai membalas kebaikan dan mengenang jasa guruku
yang telah memberi aku ilmu
Sepatutnya hubungan rahim dengan guru tidak boleh diputuskan
Penghubungnya keluarga mereka, itulah penghubung dengan guru
yang sudah tidak ada di dunia
Begitulah ajaran Tuhanku
Tetapi aku tidak pun melakukannya
Ingatanku kepada guru lebih-lebih lagilah terus kulupakan
Aku sedih sebenarnya mengapa terjadi begini?
Di manakah salah silapnya?
Silap akukah atau silap guru?
Apakah berlaku kesilapan kedua-duanya?
Aku baik sangkalah dengan guru, yang silap aku sebenarnya
Maafkan aku wahai guru-guruku
Aku selama ini telah melupakanmu
Jasamu sungguh banyak kepadaku
Tidak sepatutnyalah aku melupakanmu
Ampunkanlah aku wahai Tuhanku karena kesilapanku ini
Ampunlah dosa-dosa guruku dan cucurilah rahmat ke atasnya
karena jasa mereka kepadaku
Di waktu aku menulis ini aku menangis wahai Tuhanku
Kalau aku tidak memberitahu pun Engkau memang tahu
Aku menangis karena sedih,
tidak sepatutnya aku melupakan guruku yang telah berjasa padaku
Tidak ada jalan lain untuk menebus kesilapanku ini
Melainkan aku doakan mereka
Allahummaghfirlahum warhamhum wa’afihim wa’fu’anhum
Amin



( Syeikh Imam Ashaari Muhammad At Tamimi )




         cikgU anda sentiasa ingin tahU khabar anak2 mUridnya, taPi..anak2 mUridnya???



renUng2kanlah...anda sayang taK cikgU2 anda?? waALLAHualam...






ketenangan yang sebenar-benarnya..






بسم الله الرحمن الرحيم




AssalamUalaikUm sahabat...


MANUSIA ingin hidup bahagia. Hidup tenang, tenteram, damai dan sejahtera. Sebahagian orang mengejar kebahagiaan dengan bekerja keras untuk menghimpun harta. untUk menUnjuk-nUnjuk siaPa lebih kaya, sedangkan semUa ini hnyalah akan ditinggalkan didUnia tatkala diri ini pergi untUk selama-selamanya meninggalkan dUnia...maSyaALLAH...

Mereka menyangka bahawa pada harta yang melimpah itu terdapat kebahagiaan. Ada yang mengejar kebahagiaan pada tahta, pada kekuasaan. Beragam cara dia lakukan untuk merebut kekuasaan. Orang sakit menyangka, bahagia terletak pada kesihatan. Orang miskin pula menyangka, bahagia terletak pada harta kekayaan. Rakyat jelata menyangka kebahagiaan terletak pada kekuasaan.

Bahagia itu tidak dapat diukur dengan mata kasar, kerana pandangan mata selalunya menipu. Masakan melihat seorang hartawan dengan kereta mewah yang bersusun di hadapan rumahnya kita sudah boleh mengatakan dia bahagia.

Namun, bahagia dapat dirasa di hati, boleh dikesan pada wajah. Sebaliknya jika tiada, hati boleh merasa dan tak mungkin ditipunya. Kadangkali, pada zahirnya kehidupan sesebuah keluarga itu sudah nampak aman damai. Namun, hakikatnya hati para penghuninya masih tak bahagia. Mengapa? Rasa-rasa masih ada lagi yang kurang.
Ketenangan adalah anugerah Allah kepada hamba-hamba~NYA yang beriman dan bertaqwa. Mereka yang mendapat ketenangan seperti mendapat syurga yang disegerakan (Al-Jannatul Ajilah) sebelum mendapat syurga yang kekal abadi di akhirat. Mereka yang telah menikmatinya tidak akan terpengaruh dengan suasana untuk mendapat tenang dan bahagia.

Justeru setiap apa yang dilakukan di atas muka bumi ini, bukan untuk mengejar bahagia. Tapi atas rasa dirinya sebagai hamba yang perlu mentaati perintah dan menjauhi larangan Tuhan, demi mendapatkan keredhaanNYA. Dalam berseorangan pun mereka rasa bahagia, apatah lagi ketika ramai. Sewaktu susah dan kesempitan pun mereka rasa bahagia, apalagi di kala senang dan lapang. Keredhaan Allah cukup besar maknanya bagi mereka.

Menurut Imam al-Ghazali, puncak kebahagiaan pada manusia adalah jika dia berhasil mencapai 'ma'rifatullah', telah mengenal Allah SWT. Selanjutnya, Imam al-Ghazali menyatakan: "Ketahuilah bahagia tiap-tiap sesuatu bila kita rasakan nikmat, kesenangan dan kelazatannya merasa itu ialah menurut perasaan masing-masing. Maka kelazatan (mata) ialah melihat rupa yang indah, kenikmatan telinga mendengar suara yang merdu, demikian pula segala anggota yang lain dan tubuh manusia.

Sebagai orang Muslim, kita tentu mendambakan hidup bahagia seperti itu; hidup dalam keyakinan: mulai dengan mengenal Allah dan redha, menerima keputusan-keputusan~Nya, serta ikhlas menjalankan aturan-aturan~Nya. Kita mendambakan diri kita merasa bahagia dalam menjalankan solat, kita bahagia menunaikan zakat, kita bahagia bersedekah, kita bahagia menolong orang lain, dan kita pun bahagia menjalankan tugas amar ma'ruf nahi munkar.

Mereka yang bahagia dengan Islam adalah mereka yang mengatur seluruh aspek kehidupan secara Islam kerana merasakan dirinya adalah hamba yang perlu patuh pada PENCIPTA~NYA dan Islam itu tidak sekali-kali dijadikan sebagai alat untuk mendapatkan keindahan dan kebahagiaan sementara. Indahnya Islam bagi mereka kerana ia merupakan syariat Allah yang sangat syumul dan praktikal.

Sungguh sakit itu menyusahkan. Boleh jadi tidak tenang dengan sakit apatah lagi makan minum serta tidur selalu terganggu. Malah kerja harian juga terganggu dan di waktu tertentu hendak bersolat pun terganggu juga. 

Namun, seorang yang berzikrullah, dapat merasakan Tuhan yang memberi sakit dan Dialah yang menyembuhkan. Rasa itulah yang memberi penawar kepada kesusahan sakitnya selama ini. Dia jadi tenang atas kerana yakin Tuhan yang memberi sakit dan Tuhan jugalah yang akan menyembuhkan. Sudah pasti keyakinan itu menjadikan dia faham maksud Tuhan memberi sakit kepadanya.

Dalam keadaan apa pun. Maka senangkanlah hatimu! Jangan pernah bersedih. Kalau engkau kaya, senangkanlah hatimu! Kerana di hadapanmu terbentang kesempatan untuk mengerjakan perkara yang sulit melalui hartamu. Dan jika engkau fakir miskin, senangkan pulalah hatimu! Kerana engkau telah terlepas dari suatu penyakit jiwa, penyakit kesombongan yang sering menimpa orang-orang kaya. Senangkanlah hatimu kerana tak ada orang yang akan hasad dan dengki kepadamu lagi, lantaran kemiskinanmu. Kalau engkau dilupakan orang, kurang masyhur, senangkan pulalah hatimu! Kerana lidah tidak banyak yang mencelamu, mulut tak banyak mencacimu.

Mudah-mudahan Allah mengurniakan kita ilmu yang boleh menghantarkan kita pada sebuah keyakinan dan kebahagiaan abadi, dunia dan akhirat. Amin..


Aku tidak pernah melihat kezuhudan yang lebih sulit daripada kezuhudan terhadap kekuasaan. Kita banyak menemui orang-orang yang zuhud dalam masalah makanan, minuman, harta dan pakaian. Namun ketika diberikan kekuasaan kepadanya maka ia pun akan mempertahankan dan berani bermusuhan demi membelanya.

~Imam Sufyan Ats Tsauri~



WaALLAHualam....




Sunday, 2 January 2011

maaFkan akU..










saya minTa maaf dan saya betUl2 nk minta maaf nie..

smUanya salah saya....



taK patUt caKap macam tU..




ya-ALLAH..aPa la yang akU bUat ni...




maaf eyh....pliZ maafkan saya...








Thursday, 23 December 2010

kekUatan RAsuLuLLAH dan aPa raHSianya??





Zaman kebangkitan Islam hanya dapat dijadikan kenyataan jika umat Islam menjadikan Rsulullah s.a.w. dan para sahabat r.a. sebagai contoh atau role model. Di zaman permulaan Islam ketika pengikut Nabi s.a.w. yang sedang menghadapi penganiayaan yang dahsyat, Allah s.w.t.menurunkan khabar suka mengenai kemenangan Islam. Musuh-musuh Islam yang mendengar wahyu itu telah mentertawakannya kerana pada pandangan mereka umat Islam tidak memiliki apa-apa kekuatan. Akhirnya mereka sendiri kehairanan dan bungkam apabila melihat betapa sempurnanya janji-janji Allah s.w.t.yang mendatangkan Qiamat kepada masyarakat jahilliah dan memulakan zaman baru yang penuh keberkatan di bawah pimpinan Yang Mulia Nabi Muhammad s.a.w. Umat Islam memperolehi kemenangan dan kejayaan bukan disebabkan kekuatan senjata, banyaknya harta, tingginya darjat tetapi dengan Keteguhan Iman dan kepatuhan mereka kepada Allah s.w.t. dan Nabi s.a.w. 


Kekuatan ini yang telah membolehkan mereka menghadapi penganiayaan, penentangan, kekerasan dan peperangan yang dilakukan oleh mush-musuh Islam dan akhirnya mereka bukan sahaja mengalahkan orang-orang Mekah musyirikin malah turut menundukkan dua super power ketika itu yakni Rom Timur dan Parsi.

Peristiwa ini akan berulang lagi kerana Al-Quran sendiri memberikan gambaran bahawa kebanyakkan kisah didalamnya akan mengalami pengulangan (The history will repeat!). Semua pihak merasakan umat Islam tidak boleh bangkit lagi tetapi Allah s.w.t. memiliki perancangan suci dan Dia telah berjanji untuk mengunggulkan Islam ke atas agama-agama lain. Allah s.w.t. tidak akan membiarkan raksaksa-raksaksa kuasa besaruntuk berterusan menyesatkan dan mendatangkan kerosakan kepada dunia. 


Allah s.w.t. telah beberapa kali menggoncangkan sistem ekonomi mereka dan mendatangkan dua azab yang besar melalui Perang Dunia Pertama (1914-1918) dan Perang Dunia Kedua (1939-1945). Dan sekarang tidak melalui peperangan tetapi cukup sekadar masalah ekonomi global yang meruncing (2009- ??)
Allah s.w.t. amat mudah untuk membantu umat Islam untuk menewaskan musuh-musuh Islam TETAPI umat Islam mesti terlebih dahulu berusaha untuk memperbaiki kecintaannya kepada Allah s.w.t. dengan mengikuti pesan dan nasihat suci Baginda Nabi s.a.w. Allah s.w.t. memberikan jaminan untuk umat manusia jika mereka ingin dicintai oleh NYA, tiada lain kecuali mengikut langkah-langkah kehidupan dan akhlak Baginda s.a.w.: “Katakanlah, Jika kamu benar-benar mencintai Allah, ikutlah aku, nescaya Allah mencintaimu” (3:31).
Sebenarnya inilah kunci sebenar segala permasalahan umat Islam hari ini.



Sebagaimana Allah s.w.t. telah memberi agama Islam kepada manusia maka Allah telah memberikan usaha atas agama, yang mana melalui usaha agama ini, agama akan bersama kita dan apabila agama ada bersama dalam kehidupan kita, maka Allah s.w.t. akan bersama dengan kita.



Maka inilah formula kejayaan dan kebangkitan umat Islam. Jika Allah s.w.t. yakni Pemilik Alam ini telah bersama kita dan mencintai umat Islam, apakah ada kekuatan lain yang mampu menahan kebangkitan dan kemenangan Islam pada abad ini?



Wednesday, 22 December 2010

kita ada tp kita terlupa kita ada, kita x da baru kita mengharapkan kita ada...








Mak…..
Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari…..
Dah hampir sepuluh bulan mak pergi,
Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan sejuk syahdu masih terasa lagi nih…

Mak tau tak…..
itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter dewasa…..
dan itu juga terakhir kali nya.
Emmmm…rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh…..
nak tinggal kan anak2 mak….. nak tinggal kan dunia fana ni…..

mak macam dah sedia…..
Seminggu sebelum tu…..
mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai…..
Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu….
tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih…..
kakak pun rasa hairan…..
mak tak penah buat gitu…..

pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak…..
tapi mak seolah2 tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam ……
kengkadang siaran indonesia ..
mak terus tekun menganyam…
Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak ke kuburan…

Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih2….
pastu mak jemur karpet-karpet. ..
pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain..
mak biarkan ruang tu kosong..
rupanya kat situ jenazah mak diletakkan..

paling menarik sekali mak bgtau kat maner sume duit dan barang kemas mak..
ada kat dalam almari…..
ada kat dalam dalam beg…..
ada dalam ASB…..
ada kat dalam Tabung Haji..
mak cakap tak berapa cukup lagi….
ada kat dalam gulung tikar…..


masa tu mak perasan takk..??
kiter gelak sakan bila mak bgtau duit dalam gulung tikar…
kiter kata mak ni memang pesenn lama laaa…
mak cuma gelak jer…
eeemmm..bahagiaa nya saat ituu..

Mak…..
Hari tu hari sabtu 18/08/1999 pukul 3 petang mak tiba2 sakit perut…..
bila malam tu kiter sampai dari KL…..
mak dah dalam kesakitan.
Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk…..
mak tetap takmau pi hospital…. .
dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk..
Mak kata mak takmau duduk dalam hospital…. .
tapi kiter berkeras juga pujukk..
nanti di hospital ada doktor…
ada ubat untuk mak..
kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut jer..

Mak tetap tak bersetuju… ..
mak memang degil..
tak salah, anak mak yang ni pon mengikut perangai mak tu..
Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk….
mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pon sakit
kami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital…. …

Mak…..
amponkan kami semua…
kami nak mak sehat…
kami sayang mak…
kami tak mau mak sakit…
kami terpaksa juga hantar mak ke hospital….
ampon kan kami yer mak….

Mak…..
Malam itu abang bawa mak ke hospital
dan itu lah pertama dan terakhir kali mak naik kereta kiter…
Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak,
kiter kata nak beli kereta….
Mak asyik tanya ajer..
cukup ker duitt..
kiter jawab pula…
kalau tak cukup, mak kan banyak duit…
mak gelak ajerr…..

Lepas tu bila kereta kiter sampai….
mak buat kenduri kesyukuran.. ….
Dan kiter masih ingat lagi…
bila kiter eksiden terlanggar Ah-Chong naik motor…..
Punya la kiter takut…
kiter warning kakak kiter jangan sesekali bgtau kat mak……
Bila balik sahaja kampong….
kiter cepat-cepat simpan keta dalam garaj…..
Tapi mak perasan juga bumper depan kemek…
mak tanya kenapa…?
Selamba jerr kiter jawab terlangar pokok bunga…..

Mak….
tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau…
Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar…
mak, kiter menipu mak kan ..
ampon kan kiter….
Mak…..
Jam 4.30 pagi 19/08 /2006
Bila tiba aja kat hospital….
nurse tengah balut mak dengan kain putih…..
mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital….
Mesti mak nampak abang cium dahi mak…..
Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak….
Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu…
mesti mak nampak semua tu kann…kann. .kannn

Mak tau tak….
Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter mamandu dalam keadaan separuh sedar…
Adik kat sebelah diam melayan perasann…
Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini…
jalan di depan terasa makin kelam…..
airmata dah tak mampu di tahan….
Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kiter rela…
Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga…
di sebab kan pagi masih awal, jadi jalan tu lenggang..
kosong. …sekosong hati ini…..
Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya.. ……
terasa syahdu dan sayu…dinginnnn. ….

Mak…..
Kiter masih ingat lagi….
Kiter baca AlQuran kat tepi mak temankan mak…
Jam 11.00 pagi mak di mandi kan ….
Anak2 mak yang pangku masa mak mandi….
Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak…..
Kiter gosok kaki mak perlahan lahan…..
Mak perasan tak…?

Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter…..
Dia kata…” dikk…jangan nangis….kalau sayang mak jangan buat gitu…jangan nangis ya..”
Bila makcik tu kata gitu…
lagi laaaa laju airmata ni..
tapi kiter kawal supaya tak menitik atas mak….

Mak…..
Sampai takat ini surat ni kiter tulis…..
kiter nangis ni…..
Ni kat dlm bilik…baru pukul 4.00 pagi….
Takder orang yang bangun lagi…..
kiter dengar nasyid tajuk “anak soleh” kiter sedih…
kiter rindu kat mak..!
Takpa la…..
nanti bila kita selesai sembanyang subuh,
kiter baca yassin untuk mak…
mak tunggu ya..!
Mak..
Sebelum muka mak di tutup buat selamanya… .
Semua anak2 mak mengelilingi mak…
menatap wajah mak buat kali terakhir….
Semua orang kata mak seolah2 senyum aja…
Mak rasa tak….
masa tu kiter sentuh dahi mak….
kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk…..
Kiter tak mampu nak cium mak…
kiter tak daya….
kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar…
Airmata kiter tak boleh tahan….
Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak…
tapi kite suruh tok imam bacakan doa sebab kite sebak….

Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah….
Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik…
badan akak terasa panas…
makk…
anak mak yang seorang tu demam….

Mak tauu…
cuma akak sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan.. .
Mak…..
Hari2 ku lalui tanpa kewujudan mak lagi…
Begitu terasa kehilangan mak…
boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini berendam airmata…
Dan sampai satu tahap….
masa tu malam jumaat selepas maghrib…
Selepas kiter baca yassin ngan kawan-kawan. ….
entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan gambar2 mak pastu apa lagi…
semakin kiter tenung terasa semakin sayu…
tangisan tak dapat dibendung…

Mak tauu…
kiter cuba bertahan….
memujuk diri sendiri tapi tak juga reda…
Kiter rasa nak telefon mak…
nak cakap dengan mak….
anak mak yang ni dah tak betul kan ..?
Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong…
Kiter cakap dengan kakak..kiter nangis lagi…
Puas la kakak memujuk kiter…
Akak kata…” tak baik laa nangis aje..doa lah untuk mak..”
Dan akhirnya akak juga nangis…..

Mak tau tak..
di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati…
rasa nyilu sangat…
menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni….
Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma…
hanya sedekah al-fatihah kiter berikan…..

Mak….
cukup la sampai sini dulu….
kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu….
kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid…
selalunya, kiter yang bawak mak naik motor kan ….
kali ni kiter jalan kaki dengan kawan pulak…
esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula….
Mula2 kiter tak tau nak hantar mana surat nih…
pastu kawan kiter bgtau…
simpan je buat kenangan..
Kiter cuma tau alamat ni aje…
Takper yer mak…k
iter kasi orang lain baca…
Kiter stop dulu…
sebab kawan kiter dah lama tunggu tu…
akhir kata untuk mak,
I LOVE YOU SO MUCH
dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kiter…
memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah..
sampai masuk unibesiti..
sampai kiter boleh rase naik kapal terbang…
boleh rasa duduk kat negara orang… s
ampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas..



Sekian terima kasih,


Yang Benar 


................................
Anak mak yang dah tak degil...






Pernahkah anda semua lihat dan renung muka ibu ayah anda? 


Tengok dalam-dalam??


cUbalah hari ini..dan janji dalam haTi anda sEmUa.."saya janji saya akan sayang mak dan abah samPai bila-bila dan saya janji akan jadi anak yang baik"




waALLAHualam...


sOLAT tahajUd...pernahkah kita?

        

saLam..



aPa tU ye sOlat tahajUd??


ia adaLah ibadah yang dilakukan pada malam hari, kebiasaannya pada waktu tengah malam ataU di 2/3 malam..

Sebenarnya semua suruhan Allah itu banyak mempunyai khazanah yang berharga dan salah satu daripada khazanah Allah itu ialah tahajjud...




aPa kaiTan tiduR dan tahajjUd??


        Seandainya anda menyelak beberapa mUka daripada buku teks Pendidikan Jasmani dan Kesihatan tingkatan 4, kita akan dapati bahawa di antara cara-cara beristirehat ialah tidur, berjalan-jalan, menonton televisyen dan sebagainya. Akan tetapi mungkin terlupa dinyaTakan disitU bahawa solat tahajjud juga salah satu daripada cara beristirehat...

        Sebelum ini kita jUga dimaklumkan bahawa tidur yang kamil ialah antara 6 hingga 8 jam.taPi beraPa ramai diantara kiTa yang tidaK cUkup tidUr ataupUn kiTa ni jenis terlebih tidUr????

        Jika kiTa renung kembaLi daripada pendapat tersebut seorang yang tidur pada jam 9 malam akan sempurna tidurnya jika dia bangun pada jam 5 pagi. Jadi bilakah masanya nak menunaikan solat tahajud ??

        Sekiranya pendapat ini terus dipegang oleh setiap muslim, alamatnya sunyi sepilah malam lantaran tiada sesiapa pun yang bangun bertahajud kan..
        

pendaPat ini telah disangkal oleh saintis barat iaitu Dr. Ray Meddis. Dia mengatakan waktu tidur yang sempurna hanyalah sekadar 3 hingga 5 jam sehari...taPi pasTikan ia tidUr yang berkUaliti ye..

        waktU tidur yang singkat bukan sahaja berfaedah untuk beristirehat bahkan juga menjimatkan masa kita untuk melakukan kerja-kerja lain. 

Masa seseorang mendapat ‘deep sleep’ ialah sekitar 3 hingga 4 jam sahaja. Jadi seseorang yang tidur selama 7 hingga 8 jam hanyalah menghabiskan masa antara 2 hingga 4 jam dengan berkhayal, tidur ayam dan sebagainya...
 


aPa kebaikan tahajjud ni...




        paSTi yang tertanya-tanya kan..sEbenarnya, setiap ibadah yang digalakkan dalam Islam mempunyai 1001 macam hikmah yang tersendiri. Begitu juga dengan solat tahajud. Tahajud berupaya meneguhkan iman seseorang, membentuk peribadi yang tegas, alternatif beristirehat, senaman, ketenangan jiwa dan dapat merasai nikmat menghirup gas oksigen malam....




macamana tahajUd boleh menegUhkan iman??


        Ketika berdiri menunaikan tahajjud perkataan yang mula-mula sekali diucapkan ialah Allahuakbar, diikuti dengan doa iftitah dan surah Al-fatihah, setiap kalimah yang diucapkan ini, sekiranya dihayati dan difahami akan setiap maknanya akan memantapkan lagi tauhid kepada Allah S.W.T. 

        Contohnya apabila kita melafazkan kalimah Allahuakbar, tauhid kita kepada Allah akan menebal melahirkan rasa bahawa Allah itu bersifat Maha Besar.
        
         Iman yang teguh akan melahirkan muslim yang berperibadi mulia kerana kepercayaan kita kepada Allah, Rasul, Malaikat, Kitab, hari kiamat, dan qada & qadar akan melahirkan muslim yang bersifat terpuji.




sebagai saTu senaman dan jUga istirehaT??



        Di samping tidur dan bersenam, tahajjud juga merupakan cara bersenam dan beristirehat. Setiap gerakan dalam solat tahajud mempunyai rahsia yang berupaya menggantikan senaman dalam kehidupan seharian kita.
        
        Secara kasarnya semasa berdiri tegak dan mengangkat takbir; secara tidak langsung rongga toraks di dalam peparu kita di besarkan isipadunya. Isipadu rongga toraks yang tinggi membenarkan lebih banyak udara yang masuk ke dalam peparu dan lebih banyak oksigen diserap ke dalam badan. Sebagai mana yang kita maklumi udara sejuk pada waktu malam, menjadi lebih tumpat daripada udara pada waktu siang harinya. Ini menyebabkan udara lebih tepu di permukaan bumi. Nikmat menghirup oksigen ini hanya dapat dirasai oleh mereka yang bertahajjud sahaja.
        
         Didalam keadaan sujud , seluruh berat dan daya badan dipindahkan sepenuhnya pada otot tangan, kaki, dada, perut, leher dan jari kaki.
        
         Proses ini berulang-ulang sehingga berapa rakaat kita mengerjakan tahajjud.Selepas oksigen disedut, ia akan diedarkanke seluruh badan dengan lancarnya kerana pergerakan otot semasa rukuk dan sujud.
        
         Selain itu, dalam solat juga duduk antara dua sujud & tahiyyat dapat melibatkan pergerakan daripada tumit, pangkal peha, kelengkang, jari-jari kaki dan lain-lain.
        
         Berbagai cara yang dilakukan oleh manusia bagi menghilangkan perasaan ‘stress’kerana perasaan ini boleh menyebabkan seseorang itu menjadi gila. Ada yang menenangkan hati dengan menonton tv, ada juga yang mendengar radio dan sebagainya. Islam telah meletakkan panduan untuk menenangkan hati. 


           Allah berfirman di dalam  Al-Quran ‘adalah dengan mengingati Allah dapat menenangkan hati....

        
         Tahajjud dapat mengubati keadaan ini kerana semasa bertahajjud , kita sentiasa mengingati Allah. Segala kekusutan di dunia dapat dilupakan buat sementara. InsyaAllah akan menjadi tenang...


belUm pernah tahajjUd?? jOm mulakan dari seKarang inSyaALLAH...




waALLAHualam...




Followers