SOALAN:
Saya seorang hamba Allah yang telah separuh usia tetapi hingga kini masih belum berkahwin kerana masalah-masalah peribadi.
Sejak akhir-akhir ini saya kerap dipermainkan oleh kawan-kawan kononnya saya membelakangkan sunah nabi dan sekali gus saya tidak diakui umatnya.
Soalan saya, apakah hukum seorang lelaki seperti saya yang tidak berkahwin sepanjang usianya? Sebesar manakah dosa yang bakal ditanggung oleh saya?
Benarkah saya tidak diakui umat Nabi Muhammad s.a.w? Jika perkahwinan itu merupakan usaha menghayati sunah nabi, sebesar manakah pula pahala yang bakal diterima, terutama bagi lelaki yang berjaya berkahwin lebih daripada satu?
JAWAPAN:
Setinggi-tinggi terima kasih saya ucapkan kepada anda yang bertanya. Sangka baik anda dan rakan-rakan yang mengirim soalan menambahkan lagi keyakinan saya untuk terus menjawab segala kemusykilan yang dimajukan.
Islam adalah agama yang menggalakkan seseorang yang mampu kahwin dan bersedia menjalankan tanggungjawab sebagai suami dan ketua keluarga supaya berkahwin dan membina rumah tangga. Rasulullah s.a.w. tidak menyukai orang yang membujang seumur hidup, kecuali dia mempunyai masalah yang tidak mengizinkannya untuk berkahwin. Mungkin anda termasuk dalam golongan yang dikecualikan.
Nabi Muhammad s.a.w. dan rasul-rasul terdahulu terdiri daripada golongan orang yang berkahwin dan mempunyai zuriat keturunan. Kebanyakannya beristeri lebih daripada satu. Hakikat ini dinyatakan dalam firman Allah yang bermaksud:
Dan sesungguhnya Kami telah mengutus rasul-rasul sebelummu dan Kami jadikan untuk mereka isteri-isteri dan zuriat keturunan (al-Ra'd: 38).
Dalam hadis pula, nabi s.a.w. mengecam segolongan sahabat yang pernah menyatakan hasrat mereka untuk berkasi dan terus membujang sepanjang hayat bagi menumpukan sepenuh usia mereka kepada ibadat dan solat malam.
Baginda menasihati mereka: ``Kahwinlah kamu dengan wanita yang penyayang dan ramai anak. Sesungguhnya aku berbangga dengan ramai bilangan umatku pada hari kiamat.''
Meskipun rangsangan kahwin begitu jelas, namun hukumnya berbeza antara seorang individu dengan yang lain, mengikut keperluan dan keadaan. Bagi mereka yang mampu berkahwin, berkemahuan tinggi serta menaruh kebimbangan terjebak dalam maksiat, maka hukumnya wajib kahwin dan berdosa jika ditangguhkan.
Bagi mereka yang ada kemahuan berkahwin, tetapi tidak mendatangkan apa-apa masalah jika hidupnya membujang, maka hukumnya sunat kahwin. Bagi mereka yang yakin tidak mampu melaksanakan tugas-tugas sebagai suami isteri, atau sebenarnya dia tidak berminat kepada hidup berpasangan, maka haram baginya kahwin. Hukum ini sama sahaja bagi lelaki mahupun wanita.
Anda tidak menyatakan dengan terus terang masalah yang dihadapi yang menghalang anda untuk meneruskan perkahwinan. Jika halangan itu disebabkan tekanan nafsu yang rendah, atau kerana tidak mampu menjalankan kewajipan selepas kahwin, atau mungkin ada sebab-sebab lain lagi yang munasabah, maka saya sependapat dengan sikap anda untuk terus membujang sepanjang usia. Mungkin anda termasuk dalam golongan orang yang haram kahwin.
Anda tidak perlu melayani suara kawan-kawan yang suka bergurau kerana mereka sebenarnya tidak tahu masalah anda. Jika anda berasa cukup bahagia dengan hidup tanpa kahwin dan memangpun anda telah menjalani kehidupan itu hingga ke separuh usia, maka anda tidak perlu risau terhadap masa depan yang masih ada. Mungkin usia yang tinggal tidak sepanjang yang telah pergi.
Anda perlu tenangkan fikiran dan hadapi masa depan dengan penuh kepercayaan. Sebagai ganti kepada kahwin, berikan sumbangan kepada masyarakat sebanyak yang anda mampu. Carilah kebahagiaan melalui sumbangan anda kepada masyarakat. Anda sebenarnya tidak keseorangan dalam kehidupan seumpama itu, malah masih ramai orang yang hidup membujang sepanjang usia tetapi menikmati kebahagiaan yang sungguh bermakna sama ada lelaki atau wanita.
Saya cuba kemukakan di sini beberapa ulama dan ilmuwan Islam yang tidak pernah berkahwin dan membujang sepanjang usia. Nama-nama mereka masih disebut-sebut oleh para pencintanya.
Anda mungkin terkejut apabila saya menyebutkan nama-nama ulama yang membujang sepanjang usia seperti Ibn Jarir al-Tabari (224-310H). Beliau ialah pengarang kitab Tafsir al-Quran yang terkemuka, pakar dalam bidang sejarah dan pengasas sebuah mazhab Fiqh pada zamannya. Demikian juga dengan Imam Jar Allh al-Zamakhsyari (467-538H), Jalal al-Din al-Suyuti (849-911H) dan lain-lain.
Tiga tokoh yang disebutkan ini ialah antara tokoh-tokoh besar dalam tafsir al-Quran yang sukar ditandingi. Pemikiran mereka masih segar dalam ingatan umat Islam, nama-nama mereka selalu disebut dalam majlis-majlis forum dan seminar-seminar akademik.
Kitab-kitab karangan mereka memenuhi rak-rak buku dalam perpustakaan di seluruh dunia.
Ratusan penyelidik pula berjaya mendapatkan ijazah sarjana atau doktor falsafah hasil kajian tentang sejarah dan sumbangan mereka kepada ilmu-ilmu Islam.
Penulis sendiri ialah salah seorang peminat al-Suyuti dan berjaya memperoleh ijazah sarjana dengan mengkaji sumbangannya kepada ilmu hadis. Sesetengah orang berpendapat keilmuan al-Suyuti boleh dikaji dalam apa jua bidang sekalipun, semuanya layak untuk dinilai pada peringkat sama ada sarjana atau doktor falsafah.
Ramai lagi ulama dalam berbagai-bagai bidang ilmu yang memilih untuk hidup tanpa kahwin seperti Imam al-Nawawi iaitu pakar hadis dari negeri Syam, Ibn al-Nafis ahli perubatan Arab, Ibn Yunus ahli nahu dari Basrah, Bisyr al-Hafi ahli Sufi, Abu Ali al-Farisi sasterawan Arab dan lain-lain. Meskipun mereka tidak pernah mendidik anak-anak kandung kerana tidak pernah membina keluarga, tetapi mereka pernah membangunkan ummah dan pernah mengasaskan beberapa institusi dalam pemikiran Islam melalui anak-anak murid mereka.
Kembali kepada sindirian tajam sesetengah kawan terhadap anda kerana tidak kahwin, kononnya anda tidak mengikuti sunah nabi dan kemungkinan nabi tidak mengaku anda sebagai umatnya.
Anda boleh sebut kepada kawan-kawan anda itu nama-nama ulama yang disenaraikan di atas. Pastinya mereka lebih tahu tentang hukum dan keperluan sebenar dalam kehidupan mereka dan pastinya juga mereka tidak rela diri mereka tidak menjadi umat Nabi Muhammad s.a.w.
Terdahulu telah disebutkan hukum kahwin dalam fiqh Islam yang banyak bergantung pada suasana dan kedudukan seseorang. Ulama yang memilih hidup tanpa kahwin tentu ada sebab-sebabnya sama ada peribadi atau lain-lain.
Biasanya mereka memilih cara hidup seumpama itu disebabkan kewajipan dan tanggungjawab mereka yang besar terhadap masyarakat dan ummah. Mereka rela hidup tanpa kahwin sepanjang usia sebagai bayaran kepada hidup sepenuh masa sebagai ulat buku, sebagai ahli ibadat, sebagai pengarang dan lain-lain.
Ramai ulama beranggapan kahwin membunuh cita-cita sebagai ilmuwan. Umar ibn al-Khattab radiallahuanhu pernah menasihati muridnya supaya belajar bersungguh-sungguh sebelum kahwin. Setelah berkahwin, masa akan tertumpu kepada keluarga, tidak lagi kepada ilmu.
Imam Abu Hanifah radiallahuanhu menasihati murid pintarnya Abu Yusuf. Katanya: Hati-hati engkau dengan wanita. Jangan kahwin semasa belajar, nanti masa kamu terbuang kerana melayani isteri dan anak-anak.'' Nasihat Imam Abu Hanifah ini perlu diamati pelajar-pelajar di sekolah-sekolah tinggi hari ini. Ramai pelajar yang tidak sabar-sabar lagi untuk berkahwin sebaik sahaja menjejak kaki ke universiti.
Imam Abu Hamid al-Ghazali (505 H) dalam kitabnya Ihya `Ulum al-Din berpendapat sebaik-baiknya ulama memilih hidup tanpa kahwin kerana kesibukan keluarga biasanya menjejaskan kehidupan seseorang sebagai ulama. Jika tidak dibimbangi menjejaskan kewibawaan sebagai ulama, maka kahwin lebih afdal daripada hidup membujang.
Ibn Taimiyyah (660 H) sependapat dengan al-Ghazali. Beliau hidup selama 67 tahun tanpa isteri dan anak-anak yang menghiburnya. Beliau akhirnya meninggal dunia ketika dalam penjara di Syam setelah dihalangnya daripada menyentuh kitab, memegang pena dan kertas yang sangat dicintainya.
Ibn Taimiyyah tidak kesempatan menjadi suami atau ketua keluarga kerana beliau sibuk dengan urusan masyarakat dan negara. Beliau berjuang dengan lidah dan penanya yang tajam, kadang-kadang tenang buat seketika, tetapi belumpun sempat berkahwin, suasana dengan tiba-tiba kembali menjadi kacau bilau. Beliau terpaksa menangguh perkahwinannya hingga akhirnya meninggal dunia.
Ada orang berpendapat kelatangan Ibn Taimiyyah menegur dan mengkritik sesuatu yang dilihatnya salah, termasuk dasar-dasar kerajaan yang dilihatnya sebagai mungkar, adalah disebabkan beliau ketiadaan isteri dan anak-anak. Andainya beliau mempunyai isteri dan anak-anak, kemungkinan sikapnya tidak sekasar itu.
Saya berpendapat kemungkinan inilah menjadikan Ibn Taimiyyah memilih untuk hidup tanpa kahwin. Beliau menyedari lebih awal bahawa jika dia hidup sebagai seorang suami dan ketua keluarga yang mempunyai anak-anak, nescaya banyak prinsip beliau gagal pertahankan. Bukankah pengaruh isteri itu sangat besar bagi seorang suami.
Wallah A'lam...
sayer ade dengar cerita seorang wanita berjumpa rasullullah(s.aw)
dan bertanya tentang tanggungjawab seorang isteri.....
selesai baginda menjelaskannya dia berkata tidak akan berkahwin sepanjang hidupnya kerana tidak sanggup memikul beban yang berat sebagai seorang isteri.
berdosakah kalau tidak mahu kahwin......lebih2 lagi dengan lelaki zaman sekarang yang tidak boleh dipercayai(bukan semua ye).yang sebelum kahwin baik macam orang alim...lepas kahwin tuhan saja yang tahu perangainya yang macam .........pikir lah sendiri.
dan perasaan takut itu juga disebabkan banyak kes2 isteri dipukul dan diperhambakan....
dan juga kes2 penceraian.
Maybe tu ujian ntuk hamba2 Nya, hamba2 yang disayangiNya..Insyaallah..
Selalu je Allah beri kita nikmat2Nya..N kadang2 ujianNya hadir..Hadir ntuk menilai kita sejauh mana kita mensyukuri nikmat2Nya yng telah kita kecapi..
Surah ar-rahman,ayt 13..
Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?
N saya pernah tengok deraan2 yng dihadapi oleh wanita2..
Maybe perasaan saya,apa yng saya rasa, atau cuba saya nak rasa..
Takkan sama degn mereka..Ya Allah,hebat sungguh dugaan2 mereka..
Kalau saya, belum tentu dapat menghadapinya..Saya tak setabah itu..
Mereka still boleh tersenyum..Air mata yng keluar disebabkan simpati kat mereka,
takkan sama dgn air mata empunya diri,diri yng menghadapi deraan2 tu..
Tapi selalu je dangar orang2 kata, doa2 orang2 yng teraniaya mustajab..Haha..
Maybe betul..Insyaallah..
Ni antara quote2 kawan saya bagi, masa saya tengah down,sedih +++...
"Carilah HIKMAH dalam setiap ketentuan Allah, supaya timbul rasa kesabaran dan KESYUKURAN, setiap yang payah itu pasti ada KESENANGAN, setiap kesabaran itu pasti ada GANJARAN. Jika sesuatu itu bukan ditakdirkan untuk kita, pasti takkan kita dapat walaupun sudah dalam genggaman..."
Sesuatu yg diimpikan x selalu menjadi kenyataan. Tetapi apa yg x diduga seringkali berlaku dgn tiba2. Biarlah kita menangis hari ini krn kesakitan smlm. Tapi usah kita ketawa memanjang krn kemenangan yg belum pasti utk selamanya. Tiada abid yg ma’sum tanpa dosa…apalagi bila berjiwa muda. Namun, kegagalan bukanlah mengajar erti kekalahan. Tetapi mengingatkan tentang kemenangan yg masih tertunda. Mungkin hari ini kita kuat dan selesa. Tapi x mustahil esok kita pula rebah x berdaya. Salam mujahadah…kuatkan hati wahai pejuang Allah....
Apabila kamu merasa letih krn berbuat k'baikan..maka s'sungguhnya k'ltihan itu akan hilang..dan k'baikan yg d'lakukan akn terus kekal..dan s'kiranya kmu b'sronok dgn dosa,maka s'sungguhnya k'sronakan itu akan hilang..dan dosa yg d,lakukan akn terus kekal...
" KaDaNg-KaDaNg DaLaM HiDuP KiTa MeStI BeRkORbAn.. SaTu HaRi KeaDaAn AkAn MeMbuaTKaN KiTa KoRbAnKaN SeSuAtu YaNg PaLiNg KiTa SaYaNg.. MeMaNg..MeMaNg ItU LuMrAH HiDuP.. KaDaNg-KaDaNg Kita TidAk SeDaR,ApA YaNg ADa DiDePaN MaTa,SaMpaI sAtU HaRi BiLa SuMe ItU suDah HiLaNg,BaRu KiTa AkAn TeRasA.. BuKaN sEnAnG HeNdAk MemBuAt SaTu KePuTuSan,LeBiH-LeBiH LaGi BiLa KePutUsAn ItU PeRlUkAn sAtU pEngOrBaNan,MuNgKiN KiTa aKaN MeNyeSaL,TaPI SeTiAp ApE YaNg KiTa LaKuKaN,TeLaH DiTeTaPkAn,,AdA HiKmAhNya,WaLaUpUn KiTa RaSa HiDuP ItU tIdAk AdIL,TaPi SeSuAtU YaNg BaIk AkAn TeTap bErLaKu....."
N banyak lagi,takkan nak post kat sini semua kot..Haha..Dah jadi satu file dah..Hee..
Terima kasih banyak2 sahabatku..
p/s: Sama2 la kita ingat memperingati..Saya type2 ni pun, mengingatkan diri sendiri juga..Kadang2 Allah akan uji dgn apa yng kita cakap..Bila teringat je macam ni, rasa takut la pula..Sebab pernah kena..
Wallahu'alam..
4 comments:
Apble kte sndri diuji dgn ape yg sering kte dakwah'n, i2 ptande ALLAH swt sdg m'didik kte agr mlaksana'n ape yg kte perkte'n.....B'syukurla krn ALLAH swt msih sudi mngingati kte dlm usaha kte mngingati manusia....~ ^__^
inSyaALLAH... =)
Post a Comment