senang-senang datang la lagi eyh..sahabaT amatlah dialU-alUkan...

Tuesday, 28 December 2010

menghaRaPkan balaSan bila berbUaT kebaikan??












aSsalamUalaikum..



Semakin kita sering menganggap diri penuh berjasa dan penuh kebaikan pada orang lain, apalagi menginginkan orang lain tahu akan jasa dan kebaikan diri kita, lalu berharap agar orang lain menghargai, memuji, dan membalasnya maka semua ini bererti kita sedang membangun penjara untuk diri sendiri dan sedang mempersiapkan diri mengarungi samudera kekecewaan dan sakit hati.

Ketahuilah bahawa semakin banyak kita berharap sesuatu dari selain Allah SWT, maka semakin banyak kita akan mengalami kekecewaan. Kerana, tiada sesuatu apapun yang dapat terjadi tanpa izin Allah. Sesudah bermati-matian berharap dihargai makhluk dan Allah tidak menggerakkan orang untuk menghargai, maka hati ini akan terluka dan terkecewa kerana kita terlalu banyak berharap kepada makhluk. Belum lagi kerugian di akhirat kerana amal yang dilakukan tidak tulus dan tidak ikhlas, iaitu beramal bukan kerana Allah.

Selayaknya kita menyedari bahawa yang namanya jasa atau kebaikan kita terhadap orang lain, sesungguhnya bukanlah kita berjasa melainkan Allah-lah yang berbuat, dan kita dipilih menjadi jalan kebaikan Allah itu berwujud. Sesungguhnya terpilih menjadi jalan saja sudah lebih dari cukup kerana andaikata Allah menghendaki kebaikan itu terwujud melalui orang lain maka kita tidak akan mendapat ganjarannya.

Jadi, ketika ada seseorang yang sakit, lalu sembuh berkat usaha seorang doktor. Maka, sememangnya bukan doktor yang menyembuhkan pesakit tersebut, melainkan Allah-lah yang menyembuhkan, dan sang doktor dipilih menjadi jalan. Seharusnya doktor sangat berterima kasih kepada sang pesakit kerana selain telah menjadi ladang pahala untuk mengamalkan ilmunya, juga telah menjadi jalan rezeki dari Allah baginya. Namun, andaikata sang doktor menjadi merasa hebat kerana jasanya, serta sangat menuntut penghormatan dan balasan yang berlebihan maka selain memperlihatkan kebodohan dan kekurangan imannya juga semakin tampak rendah mutu keperibadiannya (seperti yang kita maklumi orang yang tulus dan rendah hati selalu bernilai tinggi dan penuh pesona). Selain itu, di akhirat nanti nescaya akan termasuk orang yang rugi kerana tidak beroleh pahala ganjaran.

Juga, tidak selayaknya seorang ibu menceritakan jasanya mulai dari mengandung, melahirkan, mendidik, membiayai, dan lain-lain semata-mata untuk membuat sang anak merasa berhutang budi. Apa lagi jika dilakukan secara emosional kepada anak-anaknya, kerana hal tersebut tidak menolong mengangkat wibawa seorang ibu bahkan boleh jadi yang terjadi adalah sebaliknya. Kerana sesungguhnya anak sama sekali tidak memesan untuk dilahirkan oleh ibu, juga semua yang ibunya lakukan itu adalah sudah menjadi kewajipan seorang ibu. 



Percayalah bahawa kemuliaan dan kehormatan serta kewibawaan seorang ibu/bapa justeru akan bersinar-sinar seiring dengan ketulusan ibu menjalani tugas ini dengan baik, Insya Allah. Allah-lah yang akan menghujankan rasa cinta di hati anak-anak dan menuntunnya untuk sanggup membalas budi.
Seorang guru juga harus boleh menahan diri dari ujub dan merasa berjasa kepada murid-muridnya. Kerana memang kewajipan guru untuk mengajar dengan baik dan tulus. Dan memang itulah rezeki bagi seseorang yang ditakdirkan menjadi guru. Kerana setiap kebaikan yang dilakukan muridnya berkah dari ketekunan siguru akan menjadi ganjaran tiada terputus dan dapat menjadi bekal penting untuk akhirat. Kita boleh bercerita tentang suka duka dan keutamaan mengajar dengan niat bersyukur bukan ujub dan takabur. Perlu lebih hati-hati menjaga lintasan hati dan lebih menahan diri andaikata ada salah seorang murid kita yang berjaya, jadi orang besar. Biasanya akan sangat ghairah untuk mengumumkan kepada siapapun tentang jasanya sebagai gurunya dan kadang dengan bumbu penyedap cerita yang kalau tidak pada tempatnya akan menggelincirkan diri dalam riya dan dosa.

Andaikata ada sebuah kereta yang rosak lalu kita membantu menolongnya sehingga injinnya hidup dan boleh berjalan dengan baik. Namun ternyata pemandunya sama sekali tidak berterima kasih. Jangankan membalas jasa, bahkan menengok ke arah kita pun tidak sama sekali...andaikata kita merasa kecewa dan dirugikan lalu dilanjutkan dengan acara memarahi, menyumpahi, lalu menyesali diri dan memaki pemandu. Maka lengkaplah kerugiannya lahir maupun batin. Dan tentu saja amal pun jadi tidak berpahala dalam pandangan Allah kerana tidak ikhlas, iaitu hanya berharap balasan dari makhluk.

" Mari kita bersungguh-sungguh untuk terus berbuat amal kebajikan sebanyak mungkin dan sesegera mungkin. Setelah itu mari kita lupakan seakan kita tidak pernah melakukannya, cukuplah Allah yang Maha Melihat saja yang mengetahuinya". 



Allah SWT pasti menyaksikannya dengan sempurna dan membalasnya dengan balasan yang sangat tepat baik waktu, bentuk, ataupun momentumnya. Salah satu ciri orang yang ikhlas menurut Imam Ali adalah senang menyembunyikan amalannya bagai menyembunyikan aib-aibnya.

Selamat berbahagia bagi siapapun yang paling gemar beramal dan paling cepat melupakan jasa dan kebaikan dirinya, percayalah hidup ini akan jauh lebih nikmat, lebih ringan, dan lebih indah. Insya Allah.


Sekian untuk kali ini, jumpa lagi...


waALLAHualam...



No comments:

Followers