senang-senang datang la lagi eyh..sahabaT amatlah dialU-alUkan...

Showing posts with label macam-macam. Show all posts
Showing posts with label macam-macam. Show all posts

Monday, 7 February 2011

siLa baCa dan sebarkannya pada sahabat2 yang lain...( aJaran seSat )





AJARAN SESAT DI MALAYSIA 1996.

1.TAKRIF AJARAN SESAT
2.SEJARAH RINGKAS
3.PERISTIWA-PERISTIWA AJARAN SESAT
4.SUMBER AJARAN SESAT
5.MANGSA AJARAN SESAT
6.SENARAI AJARAN SESAT DI MALAYSIA

1.      Takrif Ajaran Sesat.


Ajaran sesat ialah sebarang ajaran atau amalan yang dibawa oleh orang-orang Islam atau orang-orang bukan Islam yang mendakwa bahawa ajaran dan amalan tersebut adalah ajaran Islam atau berdasarkan kepada ajaran Islam sedangkan hakikatnya ajaran dan amalan yang dibawa itu bertentangan dengan Islam berdasarkan Al-Quran dan al-Sunnah serta bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.

2.      Sejarah Ringkas.


Ajaran sesat yang paling lama usianya di Malaysia ialah ajaran Taslim yang dibawa oleh Mohamad bin Shafie @ Mohammad Matahari pada akhir abad ke 19 di Kg.  Seronok, Bayan Lepas, Pulau Pinang.Ia berkembang ke negeri lain seperti Kedah, Perak, Negeri Sembilan dan Johor. Di Kelantan wujud ajaran Subud yang disebarkan pada tahun 1950an dan ajaran Martabat Tujuh pada tahun 1960-an.

3.      Peristiwa-peristiwa Ajaran Sesat.


a.   Pada 19 Ogos 1979, seramai 4 orang pengikut Ajaran Ilmu Kashaf pimpinan Hj. Kamarudin @ Abdullah Sani Kajang, Selangor mati terbunuh dalam satu peristiwa di Kerling, Selangor.
b.   Pada 19 Oktober 1974 seorang dari kumpulan ajaran sesat Empat Sahabat pimpinan Syed Mutalib di Kg.  Kedap, Rantau Panjang, Kelantan mati ditembak dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan.
c.   Pada 16 Oktober 1980, 8 orang dari kumpulan ajaran sesat pimpinan Ahmad Nasir Ismail (Kemboja) yang mengaku Imam Mahadi telah terbunuh apabila mereka menyerang Balai Polis Batu Pahat, Johor.
d.   Pada 7 Julai 1979, Tajul Ariffin yang mengaku dirinya Imam Mahdi telah mencederakan Tuan Haji Damanhuri Hj.  Abdul Wahab, imam masjid Rapat Setia, Ipoh, Perak.

4.      Sumber Ajaran Sesat


1.BATINIAH
2.TASAWUF TEOSOFI
3.AMALAN KHURAFAT

1. BATINIAH
Ajaran ini dibawa melalui buku Kashf Al-Asrar terjemahan dan susunan Syeikh Mohamad Salleh bin Abdullah Al-Mangkabowi yang ditulis pada tahun (1344H / 1922M).
Ia kemudiannya disalurkan melalui buku Hidayah Al-Anwar oleh Syed Ghazali Jamalullail, Pulau Pinang pada tahun (1355H / 1933M) yang mengembangkan ajaran Taslim dari bapanya Hj. Mohamad Matahari. Kemudian Hj.  Ahmad Laksamana bin Omar (Kelantan) menulis buku Hakikat Insan (1985) dan Ilmu Tajalli yang berkembang ke seluruh Malaysia.
Ajaran Batiniah terpengaruh dengan teori angka simbolik seperti angka 7 dan 12 yang diambil dari 7 huruf Bismillah dan 12 huruf Lailaha Illallah yang semuanya berjumlah 19. Teori inilah yang mempengaruhi falsafah Ismailiyah Batiniah.
Ajaran Batiniah mempengaruhi aliran Tasawuf Teosofi dalam 3 unsur :
Fahaman Hulul iaitu menempatnya Tuhan dalam diri hamba seperti yang dibawa oleh Al-Hallaj.  Fahaman Takwil Batin iaitu tiap-tiap yang zahir ada batin dan tiap-tiap ayat al-Quran ada takwil iaitu Takwil Batin.
Fahaman guru batin iaitu memperolehi ilmu melalui guru batin yang telah meninggal dunia.
Antara ajaran sesat yang mengandungi unsur Batiniah ialah ajaran Taslim. Ciri-ciri kesesatannya ialah:
a. Memisahkan pengikutnya daripada masyarakat.
b. Berkahwin sesama sendiri, mempunyai masjid, kubur dan tempat belajar sendiri.

2. TASAWUF TEOSOFI @ WUJUDIAH @ MARTABAT TUJUH.
Tasawuf Teosofi dipengaruhi oleh fahaman Greek, Parsi, Yahudi, Kristian dan Hindu-Budha.
Tasawuf ini mengandungi berbagai konsep yang bermula dengan wahdatul wujud dan kemudiannya diserap kepada ajaran martabat tujuh dari karangan Syeikh Mohamad b Fadhlullah Al-Burhanpuri, (w 1029 H/1619M ) melalui bukunya al-Tohfah al-Mursalah Ila Roh Al-Nabi, yang diterjemah ke bahasa Jawa tahun (1680M).
Tasawuf ini kemudian diserap oleh beberapa tokoh Nusantara seperti :
a. Syeikh Syamsuddin al-Sumatrani (w 1690M) yang mengarang buku Jauhar al-Haqaeq.
b. Abdul Rauf Singkel yang mengarang buku Daqaiq al-Huruf (1661M).
c. Syeikh Hamzah Fansuri (w 1606M) dalam buku-bukunya di bidang tasawuf ketuhanan terutama buku Asrar al-Ariffin, Syarb al-’Asyikin dan al-Muntahi.
d. Berkembang pula melalui kitab al-Durr al-Nafis oleh Syeikh Mohamad Nafis al-Banjari (w 1778M) yang ditulis tahun (1200H).
Pada asasnya Tasawuf ini telah banyak mempengaruhi guru-guru ajaran sesat, ditambah pula oleh buku Kasyf Al-Asrar oleh Syeikh Mohamad Salleh b. Abdullah al-Mangkabowi yang ditulis tahun 1922M.
Tasawuf wahdatul wujud pula adalah bersumber daripada Hindu dan Neoplatonisma.
Sementara ajaran Martabat Tujuh adalah bersumberkan falsafah Neo Platonisma yang dikenali dengan teori emanasi atau as-Sudur iaitu Tuhan menzahirkan dirinya secara berperingkat-peringkat dalam bentuk makhluk yang nyata ini dalam 7 peringkat :
Pertama: Ahadah @ Ahadiyah iaitu martabat zat qadim, azali, abadi, martabat La Taayun ertinya martabat tuhan belum nyata.
Kedua: Wahdah, Martabat Allah Wahdah Qadim, azali, abadi, roh Qudsi yakni nyawa Muhammad atau Taayun Awal.
Ketiga: Wahidiyah, Martabat Taayun Thani, nyata yang kedua iaitu Roh Adam dan Aayan Thabitah namanya iaitu kenyataannya telah ada bagi Allah.  Keempat: Alam Arwah iaitu alam segala nyawa dan alam segala roh Aayan Kharijah ertinya kenyataan yang sudah terbit daripada ilmuNya.  Kelima: Alam Mithal ialah kalbu sanubari bererti tempat hati. Inilah alam segala rupa namanya iaitu daripada kehendak Allah Taala.
Keenam: Alam Ajsam ialah alam syahadah, alam yang boleh dipandang, daripada anasir yang empat; air, tanah, udara dan api.
Ketujuh: Alam Insan yang disebut: Insan itu rahsiaKu dan Aku rahsianya.
Antara contoh ajaran tasawuf Teosofi ialah Ajaran Ilmu Tajalli Ahmad Laksamana.
Ciri Utama Ajaran Tasawuf Teosofi.
1.Guru mursyid boleh menghubungkan murid dengan Allah Taala.
2.Taasub membuta tuli kepada guru.  3.Guru mursyid telah mencapai Insan Kamil iaitu mereka telah melalui taraqqi roh tujuh peringkat iaitu nafsu Ammarah, Lawwamah, Mulhamah, Mutmainnah, Radiah, Mardiah dan Kamaliah.

3. AMALAN KHURAFAT.
Amalan Khurafat berpunca dari tiga unsur iaitu Sinkritisma, Hindu-Budhha, Animisma dan Dinamisma. Ia menjelma dalam amalan perbomohan secara batin dan silat kesaktian.

5. Mangsa Ajaran Sesat.


Golongan yang menjadi mangsa ajaran sesat ialah :
a) Mereka yang jahil dan kosong jiwa kerana tidak mempunyai pengetahuan agama yang cukup, dan mendapat dorongan kawan-kawan supaya berguru atau belajar melalui orang tertentu yang mengajar secara rahsia dan sulit.
b) Mereka yang ghairah mencari ketenangan jiwa dan kesempurnaan beragama terutama melalui unsur kerohanian dengan cara jalan dekat tanpa mengikut sunnah.
c) Golongan yang salah atau menyeleweng dalam hal yang berhubung dengan usul; hal ini terjadi kerana mereka kurang mantap dalam usul syari’yyah dan lemah dalam hal-hal al-Sadik dan ikhlas. Mereka mendakwa diri hampir dengan Allah dan berada di maqam tertinggi.
d) Mudah dieksploitasi kerana kejahilan dan kedahagaan kepada kesempurnaan kerohanian, lalu digunakan untuk mendapat kekayaan, pangkat, kuasa dan seks bebas.
e) Berpegang kepada konsep kebebasan intelektualisma.
f) Mengagungkan rasionalisma dan pendekatan apa yang dikatakan secara saintifik dan empirikal dalam soal agama.
g) Membawa fahaman modenisasi dalam Islam yang bertentangan dengan akidah dan fahaman yang diiktiraf dan diterima oleh masyarakat negara ini.

sUmber dari :

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Jabatan Perdana Menteri


ape pUnca anak derhaka? jOm bincangkan..






Sabda nabi saw, "Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu
hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)." dimana yang nak dipukul tu? tapak kakinya..... bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif.... itu salah....

"Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah,ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan.


Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan. Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka".


Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan

tergamak menderhaka.

"Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam.


Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok.


"Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk.

Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur,pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun
anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup,".

Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan "bodoh,kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada

mereka".. inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita...

 

DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL


Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah.

Jangan rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau menyusur di bawah akar.
Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak berdosa dan doa mereka mudah diterima. Begitu juga dengan Rasulullah, kalau berjumpa anak-anak
kecil,Baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak tidak berdosa.

Lagipun kanak-kanak kalau menegur memang ikhlas dan jangan ambil endah tidak endah.

Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah orang tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan ekor mata dan herdikan.
Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan tempat mereka mengadu bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa yang samseng, ia sudah tentu membawa padah.

BERTAUBAT SEBELUM MELARAT


Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat. Tetapi apa caranya jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya kita

derhaka dan melawan mereka?

Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak ayah kita dan bacakan ayat-ayatsuci untuknya. Jumpa semula kawan-kawan baik ibu atau jiran-jiran

yang masih hidup dan buat baik dengan mereka. Sedekah ke masjid atas nama ibu ayah. Walaupun ibu ayah sudah meninggal, minta maaf berkali-kali
semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa.
Allah maha pengampun dan luas rahmatnya. Tetapi jangan ambil kesempatan buat jahat kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram atau bala turun.

Cuba kita perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari. Misalnya tayar kereta pecah, jangan lihat dengan mata kasar, selidik apa salah yang

telah kita buat hari ini. Pertama bagaimana hubungan kita dengan Tuhan,jika semuanya baik turun ke peringkat kedua, bagaimana pula hubungandengan ibu?

"Pastikan hubungan dengannya sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi menjalinkan hubungan yang baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu panjang untuk bersama kita."


HUBUNGAN DENGAN BAPA


Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidak dipedulikan anak-anak. "Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, nabi suruH utamakan ibu dahulu. Tiga kali ibu barulah sekali kepada bapa".


"Bagaimanapun sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanya tidak berkecil hati. Begitu juga dengan nenek, walaupun kata-katanya ada yang mengarut tetapi jangan melawan di depan mereka.

"Sebenarnya golongan nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita.

Walaupun Allah tidak ambil kira kata-kata mereka tetapi kita wajib mentaati dan menghormati golongan tua."


USAH DERHAKA KEPADA MENTUA


"Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri.

Kalau mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita sayang anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga?"
"Saya tahu, ada menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap

mentua yang terlalu ambil berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf mereka sama seperti ibu bapa kandung," jelasnya.

Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah , kedua rasul, ketiga emak dan emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri.Isteri kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar.

"Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga suami. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan ayahnya. "Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke


atas menantu. Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail,

suatu hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak
ada di rumah isterinya pun tidak kenal dengan mentuanya. "Menantu berkasar
menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia berpesan
kepada menantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru. Bila
Nabi Ismail balik isterinya pun menggambarkan rupa lelaki tersebut menyampaikanpesan. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya.

"Nabi Ismail insaf di sebalik simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya

bukan daripada kalangan wanita yang berakhlak, lalu diceraikan. "Nabi Ismail berkahwin kali kedua dan bapanya masih tidak mengenali menantu.

Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan menantunya melayan dengan

bersopan santun walaupun tidak kenal siapa Nabi Ibrahim. Nabi Ibrahim tertarik
hati dan sebelum balik berpesan lagi, katakan alang rumah anaknya sudah
cukup baik dan jangan ditukar kepada yang lain." bukan saya nak bawa
kisah ni untuk mudah orang nak bercerai dak pakat elok-elok....

sekian wallahua'lam.... sehingga berjumpa lagi....


 

Friday, 21 January 2011

kOmunikaSi yang boleh menggUgat sebUah persahabatan..




Sebenarnya banyak pergaduhan dan pertengkaran dapat dielakkan sekiranya kita pandai berkomunikasi. Memang, sikap marah, merungut, membebel apatah lagi mengamuk tidak akan mengubah keadaan. Malah sikap negatif sebegini hanya akan merosakkan bibit-bibit persahabatan yang mungkin telah terjalin sekian tama. Sikap sedemikian timbul natijah wujud salah faham ketika berkomunikasi. Di sini saya ingin kongsikan gaya komunikasi yang boleh menggugat tali persahabatan.








Menilai


Menilai bererti memberi penilaian yang wajar kepada orang lain dan secara gopoh cuba memberi penyelesaian masalah yang dihadapi oleh mereka. Apabila anda menilai, anda tidak mendengar apa yang diperkatakan oleh orang lain. Sebaliknya anda lebih suka menilai wajahnya, nada suara serta perkataan yang digunakannya.

Contohnya:

Mengkritik secara melulu, "Awak memang tidak faham satu apa pun."
Melabel/memberi gelaran, "Awak tu memang bodoh dan lembab. Siapa tak tahu?"
Membuat kesimpulan awal, "Awak memang tidak suka berkawan dengan saya!"

Memberi Penyelesaian Yang Bersahaja


Sikap sebegini juga boleh menghalang komunikasi walaupun orang yang mendengar menunjukkan sifat mengambil berat dan ingin membantu. Sikap sebegini boleh menimbulkan anggapan sahabat kita bahawa perasaan, nilai, dan masalah mereka tidak penting. Malah mereka akan terasa diperkecil-kecilkan.

Contohnya:
Mengarah, "Awak mesti ikut saya ke kedai itu..,"
Mengancam, "Kalau awak tidak mahu meminjamkan saya buku nota awak, saya akan..."
Menyoal-siasat, "Awak pergi ke mana?""Dengan siapa awak pergi!""Apakah yang awak buat dengan dia?"
Memperkecil-kecilkan, "Macam tu pun awak dah anggap masalah... itu perkara kecil saja!"


Menafikan Kepentingan Orang Lain


Sikap menafikan kepentingan orang lain bererti menafikan terus masalah, perasaan, dan nilai orang lain. Sebagai sahabat dan pendengar, anda tidak mahu melayan kebimbangan, ketakutan serta kerisauan orang lain.

Contohnya:

Memberi nasihat, "Adalah lebih baik kalau awak ikut saja cara saya..."
Menyimpang daripada tajuk perbualan, "Ah! lupakan saja hal itu. Petang esok awak free?"
Bertengkar, "Sebenarnya, cara awak tu salah! Bagi saya..."

Demikian antara beberapa gaya komunikasi yang boleh menggugat tali persahabatan, jika diamalkan selalu. Seseorang sahabat berkawan dengan kita kerana ingin berkongsi perasaan dengan kita; bukan sekadar menjadi "Pak Turut" kemahuan kita. :)









waALLAHualam...





Thursday, 20 January 2011

bila lelaKi sUdah jatUh cinTa...

Cinta lelaki memang pelik dan aneh, tetapi juga unik.  Ia pelik kerana
hadir di jiwa seorang lelaki, yang sebelumnya keras, kasar dan kurang romantis; aneh apabila dia sudah lembut dan romantis mudah pula dia berasa sayu pilu dan sensitif hanya dengan kata-kata orang yang dicintainya.

Semuanya ini melambangkan keunikan hati lelaki yang sukar difahami ada kalanya lunak tetapi selalunya keras dan kurang simpati.

Lelaki tidak berupaya hidup tanpa wanita di sisinya tetapi tatkala sudah
memperolehinya, jarang pula hendak menghargainya sepanjang usia.




Lelaki yang benar-benar lelaki, adalah yang disenangi pasangannya, seorang wanita bernama kekasih mahupun sudah bergelar isteri.  Kesungguhan cinta lelaki terpancara melalui :

Kesungguhan dalam melakukan sesuatu buat kekasih/isteri -   tanpa sedikit keterpaksaan. Semuanya dilakukan dengan rela, ceria dan penuh bahagia.

Dia berasa puas apabila dapat menghiburkan pasangannya.

Dia lebih banyak menasihati kerana dia amat menyayangi kekasih/isterinya.

Dia mencemburi kekasih/isteri - lantaran itu dia akan mengongkong kebebasan mereka. Konkongan semata-mata oleh perasaan sayang dan cemburu yg meluap-luap.

Dia akan kerap menyatakan ketakutan jika kehilangan kekasih/isteri.

Dia akan mudah merajuk dan sensitif apabila anda tidak menumpukan perhatian penuh terhadapnya.

Kadang-kadang dia seperti anak kecil utk mendapatkan layanan yang
terbaik dari pasangan.

Kerajinannya ketara, tergambar melalui kesungguhan melakukan apa saja asalkan dapat membahagiakan kekasih/isteri.

Mudah merajuk kerana mahukan kata-kata lembut daripada kekasih/isteri.

Merasa lega bila pasangan memujuknya.

Dia akan gelisah apabila berjauhan dengan kekasih/isteri.

Dia akan kerap menelefon dan menghantar SMS.

Dia akan kerap bertanya apakah kekasih/isterinya mencintainya.





waALLAHualam..

Thursday, 23 December 2010

jerSey world cUP veRSi paK aRab???





World Cup 2010 sudah pun habis. ZB pasti banyak kenangan yang korang tak boleh lupakan. Antaranya mungkin gol Lampard yang tak dikira, ramalan tepat si sotong Paul, Sepanyol menjadi juara dan banyak lagi 

yang tak dapat kami senaraikan kat sini.


Ok la, sekarang mari layan jersey World Cup 2010 versi Pak Arab kat bawah ni.

JERSEY WORLD CUP 2010



JERSEY WORLD CUP 2010


JERSEY WORLD CUP 2010


Kipas susah mati Lionel Messi

Followers