senang-senang datang la lagi eyh..sahabaT amatlah dialU-alUkan...

Showing posts with label hidUp sbgai seOrang gUru... Show all posts
Showing posts with label hidUp sbgai seOrang gUru... Show all posts

Saturday, 14 May 2011

jasa guruku..







aku kini juga seorang Murabbi...








Mengapalah hati ini, di manakah salahnya?

Aku ada guru, dia telah berjasa padaku
tetapi cintaku padanya tidakpun ada

Guruku tidak ada pun di hatiku, di manakah salahnya?
Sepatutnya guru patut dicintai dan diingati
Mereka ada jasa padaku, sepatutnya aku terhutang budi

Sepatutnya aku ingat selalu
Sepatutnya aku doakan mereka selalu
Agar Tuhan mencucuri rahmat dan
memberi keampunan kepada mereka
Sepatutnya setelah mereka kembali kepada Allah,
tanda kasih kepadanya aku sepatutnya menziarahi
keluarga mereka

Tetapi aku tidak pun mencari, aku tidak pun bertanya - tanya
di mana keluarganya?

Agar aku dapat berbuat baik kepada mereka
Sebagai membalas kebaikan dan mengenang jasa guruku
yang telah memberi aku ilmu

Sepatutnya hubungan rahim dengan guru tidak boleh diputuskan
Penghubungnya keluarga mereka, itulah penghubung dengan guru
yang sudah tidak ada di dunia

Begitulah ajaran Tuhanku
Tetapi aku tidak pun melakukannya
Ingatanku kepada guru lebih-lebih lagilah terus kulupakan

Aku sedih sebenarnya mengapa terjadi begini?
Di manakah salah silapnya?
Silap akukah atau silap guru?

Apakah berlaku kesilapan kedua-duanya?
Aku baik sangkalah dengan guru, yang silap aku sebenarnya

Maafkan aku wahai guru-guruku
Aku selama ini telah melupakanmu
Jasamu sungguh banyak kepadaku

Tidak sepatutnyalah aku melupakanmu
Ampunkanlah aku wahai Tuhanku karena kesilapanku ini
Ampunlah dosa-dosa guruku dan cucurilah rahmat ke atasnya
karena jasa mereka kepadaku
Di waktu aku menulis ini aku menangis wahai Tuhanku
Kalau aku tidak memberitahu pun Engkau memang tahu
Aku menangis karena sedih,
tidak sepatutnya aku melupakan guruku yang telah berjasa padaku
Tidak ada jalan lain untuk menebus kesilapanku ini
Melainkan aku doakan mereka



Allahummaghfirlahum warhamhum wa’afihim wa’fu’anhum

Amin




( Syeikh Imam Ashaari Muhammad At Tamimi )




Tuesday, 8 March 2011

karnival jom masUk maktab..





AssalamUalaikum...


jom..


sesiape nak masuk maktab atau adik lepasan spm 2o1o




sila klik sni...http://apps.moe.gov.my/kplspm/kplspm2011/index.cfm


jom2..




1 lagi jangan lupe beli no pin..=)



Kementerian Pelajaran Malaysia memperlawa calon lulusan Sijil pelajaran Malaysia ( SPM ) yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti program yang ditawarkan dalam Kursus Perguruan Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia.
Syarat dan kelayakan:
  • Warga negara Malaysia
  • Umur tidak lebih 20 tahun pada 20 jun 2011 iaitu lahir pada atau selepas 20 Jun 1991
  • Sihat fizikal dan mental
  • Aktif dalam ko kurikulum
  • Mempunyai kelayakan akademik di peringkat SPM dengan mendapat cemerlang dalam 3 mata pelajaran dan
  • sekurang2 kepujian dalam 3 mata pelajaran Bahasa melayu, sejarah, satu mata pelajaran yang lain serta lulus bahasa inggeris
  • Memenuhi syarat dan kelayakan khusus bidang pengajian yang dipohon.
Berminat sila beli no pin ID maktab perguruan KPLSPM di Bank simpanan Nasional mulai esok dengan harga Rm6.00
Boleh mula mengisi di Laman web Kementerian Pelajaran Malaysia dengan mengisi di sistem permohonan online mulai 7/3/2011
Tarikh tutup ialah pada 22 Mac 2011
Untuk maklumat lanjut dan tepat sila rujuk


Sunday, 20 February 2011

gUru sebagai seorang pencinTa alam sekitar




aSsalamUalaikum....



Sebagai seorang guru, kesedaran alam sekitar penting didedahkan kepada pelajar. Berdasarkan gambarajah yang diberikan ,kesedaran ini boleh dilakukan melalui pelbagai program seperti:

mengadakan kempen alam sekitar dimana penceramah dijemput untuk menyampaikan ceramah mengenai tanggungjawab memelihara alam sekitar.

lawatan ke jabatan alam sekitar juga boleh dilakukan kepada pelajar supaya pihak jabatan dapat memberi taklimat mengenai betapa pentingnya pelajar menjaga alam sekitar terutamanya pencemaran air.

guru perlu memasukkan isu alam sekitar ini didalam pengajaran dan pembelajaran dimana menceritakan kepada pelajar tentang langkah-langkah mengatasi pencemaran alam sekitar terutama air. 




Antara langkah-langkah tersebut ialah mengharamkan pembakaran sampah sarap di kawasan terbuka. Manakala kilang-kilang hendaklah dibina jauh dari kawasan perumahan. 




Aktiviti pembinaan,perlombongan, dan pembalakan juga haruslah dikawal supaya tidak menyebabkan hakisan dan pemendapan tanah sekaligus membahayakan penduduk yang tinggal berhampiran kawasan tersebut.guru juga perlu sentiasa memberi kesedaran kepada pelajar terutamanya supaya menjaga kebersihan alam sekitar. 


Perlu juga ditunjukkan kepada pelajr tentang proses-proses kitar semula bahan-bahan buangan supaya pencemaran air terutamanya tidak berlaku.



menguatkusakan undang-undang untuk mengatasi pencemaran air.



mengawal aktiviti pembalakan untuk mengurangkan pencemaran air.



perhutanan semula iaitu menanam semula hutan dengan benih baru setelah pokok boleh ditebang.



pendidikan; dimana mendidik pelajar sekolah dan orang ramai 






waALLAHualam...










Tuesday, 18 January 2011

cabaRan menjadi gUru di bandaR.....



Oleh AZMY MOHAMED



KUALA LUMPUR 11 April - Mengajar di pedalaman memang memeritkan fizikal dan mental para guru. Masalah infrastruktur dan tiada bekalan tenaga elektrik serta air sememangnya memberi tekanan.

Guru yang sudah terbiasa dengan jalan berturap pasti tertekan bila terpaksa melalui jalan berlopak dan meredah belantara untuk sampai ke sesuatu destinasi. Apatah lagi jika perlu bersampan atau menaiki bot tanpa jaket keselamatan.
Tiada bekalan air bersih dan air paip memburukkan lagi keadaan. Tenaga elektrik hanya bersumberkan set generator atau sel bateri basah pasti menimbulkan kesulitan.

Bangunan sekolah dan tempat tinggal yang daif memang satu cabaran untuk guru di pedalaman.

Bagaimanapun, guru di bandar juga punya cabaran tersendiri. Dalam bentuk berbeza namun amaun tekanan tetap sama.

Bagi guru bahasa, Fenty Khosny, 36, mengharungi kesesakan jalan raya setiap kali pergi dan balik sekolah merupakan cabaran utama yang membazirkan masa dan wang.

Menurutnya, dia terpaksa bangun seawal 5.30 pagi untuk mengelakkan kesesakan supaya sampai ke sekolah tepat pada masanya.

"Perjalanan memakan masa selama 45 minit dari Seri Kembangan ke Gombak melalui Jalan Lingkaran Tengah Dua (MRR2)," katanya.

Laporan Khas Utusan Malaysia pada 15 Mac lalu menyatakan menggunakan MRR2 seolah-olah melalui 'zon perang' kerana keadaan jalan itu yang terdapat banyak 'periuk api' dan 'jerangkap samar' selain menyamakan keadaan jalan seperti menaiki 'roller coaster'.

Dari segi bahaya, kata ibu yang mengandung tujuh bulan ini, risikonya hampir sama dengan melalui jalan di kawasan pedalaman.

Malah mungkin lebih berbahaya kerana kadar kematian jalan raya di Malaysia merupakan antara yang tertinggi di dunia.

Situasi serupa juga dilalui oleh guru pendidikan khas, Hasri Ismail, 38, yang bersolat subuh setiap hari di surau sekolah.

Hasri yang menetap di Klang, Selangor dan mengajar di Petaling Jaya perlu keluar awal dengan menaiki motosikal biarpun memiliki kereta untuk mengelakkan kesesakan dan sebagai satu langkah penjimatan.

"Menunggang motor tidak kena tol dan lebih cepat sampai ke sekolah," jelasnya.
Bermotosikal ke tempat kerja sudah menjadi trend kehidupan di bandar dan melibatkan semua jenis profesion.

Pergi subuh balik maghrib sudah menjadi rutin harian Fenty dan Hasri.
Berbeza pula halnya, dengan Nurazlina Ahamad Thamizi, 31, yang tinggal berhampiran dengan tempat dia mengajar.

Guru Matematik di Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Baru Bangi ini memberitahu, kesesakan bukan satu masalah tetapi kos sara hidup di bandar agak tinggi dan membebankan.

"Segala kemudahan memang tersedia namun ia datang dengan kos," ujarnya.
Kata Nurazlina, barang keperluan harian dan upah pengasuh di bandar secara relatifnya lebih tinggi berbanding dengan kawasan kampung.

Tambahnya, masalah yang sama turut membelenggu guru bandar yang tinggal di kuarters.

Kelebihan tinggal di kuarters - di desa atau kota - ialah boleh berjalan kaki ke sekolah. Cuma di kota, kereta menjadi satu keperluan menyebabkan si guru menanggung bayaran ansuran bulanan.

Hal ini tentunya memberi kesan kepada ekonomi keluarga guru di bandar berbanding di pedalaman.

Sementara itu, bekas guru, Muninah Masiran, 57, berpendapat, cabaran utama mengajar di bandar adalah memenuhi harapan ibu bapa yang mahukan prestasi akademik anak mereka pada kedudukan tertinggi.

Beliau berkata, tahap kesedaran ibu bapa di bandar tentang pentingnya pendidikan kepada masa depan anak masing-masing jauh lebih baik daripada ibu bapa di kampung atau kawasan pedalaman.

"Mereka akan mempersoalkan kewibawaan para guru jika prestasi pelajar tidak memuaskan," katanya.

Berdepan dengan ibu bapa yang 'intelektual' ini menuntut kesabaran tahap tinggi kerana jika tersalah jawab boleh menyebabkan pertelingkahan atau kes diheret ke mahkamah.

"Masalah disiplin ada di mana-mana dan memerlukan kebijaksanaan para guru untuk menyelesaikannya," jawab Muninah ketika disoal perbandingan kes salah laku pelajar di bandar dan di pedalaman.

Namun, bagi penuntut tahun akhir jurusan Pendidikan Dalam Sains (Fizik), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Farizatul Shima Hashim, faktor disiplin pelajar menjadi cabaran utama kepada dirinya.

Pengalaman menjalani latihan mengajar selama enam bulan di sebuah sekolah di Subang Jaya, Selangor membuatkan dia membatalkan hasrat menjadi guru dan beralih cita-cita menjadi pensyarah.

"Ketika mengajar dalam makmal hanya pelajar barisan depan sahaja yang menumpukan perhatian manakala yang lain tidak ambil peduli malah membuat bising hingga mengganggu perjalanan kelas," ceritanya yang akan menyambung pengajian ke peringkat sarjana dan Ph.D.

Mungkin susuk tubuhnya yang kecil molek dan usianya yang masih muda serta status guru pelatih menyebabkan pelajar kurang menghormati Farizatul Shima.
Walau apa pun, senario dan situasi yang dilalui oleh guru tidak kira di mana mereka mengajar memang mencabar dan perlu dihargai sama ada dalam bentuk insentif kewangan atau melalui ucapan terima kasih cikgu.





Sunday, 16 January 2011

saya sayaaang cikgu-cikgU saya.....terima kaSih cikgU...



                      cikgU banyak mengajar kita tentang erTi kehidUpan nie kan??




Mengapalah hati ini, di manakah salahnya?
Aku ada guru, dia telah berjasa padaku...
tetapi cintaku padanya tidakpun ada..........
Guruku tidak ada pun di hatiku, di manakah salahnya?
Sepatutnya guru patut dicintai dan diingati...
Mereka ada jasa padaku, sepatutnya aku terhutang budi........

Sepatutnya aku ingat selalu...
Sepatutnya aku doakan mereka selalu.......
Agar Tuhan mencucuri rahmat dan memberi keampunan kepada mereka...

Sepatutnya setelah mereka kembali kepada Allah,
tanda kasih kepadanya aku sepatutnya menziarahi keluarga mereka...

Tetapi aku tidak pun mencari, aku tidak pun bertanya - tanya
di mana keluarganya?
Agar aku dapat berbuat baik kepada mereka
Sebagai membalas kebaikan dan mengenang jasa guruku
yang telah memberi aku ilmu
Sepatutnya hubungan rahim dengan guru tidak boleh diputuskan
Penghubungnya keluarga mereka, itulah penghubung dengan guru
yang sudah tidak ada di dunia
Begitulah ajaran Tuhanku
Tetapi aku tidak pun melakukannya
Ingatanku kepada guru lebih-lebih lagilah terus kulupakan
Aku sedih sebenarnya mengapa terjadi begini?
Di manakah salah silapnya?
Silap akukah atau silap guru?
Apakah berlaku kesilapan kedua-duanya?
Aku baik sangkalah dengan guru, yang silap aku sebenarnya
Maafkan aku wahai guru-guruku
Aku selama ini telah melupakanmu
Jasamu sungguh banyak kepadaku
Tidak sepatutnyalah aku melupakanmu
Ampunkanlah aku wahai Tuhanku karena kesilapanku ini
Ampunlah dosa-dosa guruku dan cucurilah rahmat ke atasnya
karena jasa mereka kepadaku
Di waktu aku menulis ini aku menangis wahai Tuhanku
Kalau aku tidak memberitahu pun Engkau memang tahu
Aku menangis karena sedih,
tidak sepatutnya aku melupakan guruku yang telah berjasa padaku
Tidak ada jalan lain untuk menebus kesilapanku ini
Melainkan aku doakan mereka
Allahummaghfirlahum warhamhum wa’afihim wa’fu’anhum
Amin



( Syeikh Imam Ashaari Muhammad At Tamimi )




         cikgU anda sentiasa ingin tahU khabar anak2 mUridnya, taPi..anak2 mUridnya???



renUng2kanlah...anda sayang taK cikgU2 anda?? waALLAHualam...






Tuesday, 21 December 2010

sedih yang kUrasakan..











Ketika sedang saya memandU kereta , tiba2 saya tersentak kerana bUnyi pesanan ringkas masuk ke handfon saya, lantas saya baCa. "Sahabat kita, syamil dah kembali ke rahmatullah sekejaP tadi." Begitulah bunyi pesanan ringkas itu, lalu berderai airmata saya mengenangkan sahabat baik saya dah pergi menghadap Allah SWT, lantas terus berdoa, "Ya Allah rahmatilah dia, ampunkan segala dosanya, cucuri rahmat ke atas rohnya dan terimalah segala amal baiknya....ameen."

Kesedaran akan hadirnya kematian ini semakin kuat, ketika orang yang dekat dengan kita telah sampai pada akhir waktu kehidupannya. Keadaan yang terasa pada jiwa kita pastinya adalah kesedihan. 

"Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar" (QS. Al-Baqarah 2:155). 

Allah Yang Maha Pencipta amat mengetahui keadaan kejiwaan hamba-hambaNya. Dukacita atas wafatnya orang yang dicintai pastilah singgah di perasaan manusia. Hingga kisah jatuhnya titisan air mata Rasulullah shallallahu ‘alahi wa sallam saat ditinggal puteranya yang bernama Ibrahim mengukuhkan manusiawinya kesedihan hadir pada keadaan itu. Beliau pasti senantiasa redha terhadap keputusan Allah SWT yang terjadi adalah ekspresi kasih sayang dan dukacita. Dan ini adalah fitrah pada manusia.

Saya tidak dapat menahan sebak atas kehilangan sahabat saya itu dan lantas berfikir mengenangkan diri bilakah agaknya Allah akan panggil saya kembali ke pangkuanNya. Sebentar lagi, tanpa tahu bila dan di mana, malaikat maut akan menjemput. Kematian itu tiba-tiba sudah di depan mata, malaikat maut sudah siap mencabut nyawa. 

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman, “Tiada seorang pun yang dapat mengetahui dengan pasti apa yang akan dikerjakannya esok hari, dan tidak seorang pun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati.” (QS. Luqman: 34) 

Saya bertanya kepada diri saya cukupkah amalan yang akan saya bawa untuk dipersembahkan kepadaNya atau dengan dosa terpahat setiap hari yang boleh mendatangkan kemurkaanNya pada saya...ALLAH AKHBAR.

Setiap makhluk yang hidup pasti akan mati. Sesungguhnya kematian tetap akan menjemput insan untuk kembali kepada penciptaNya. Sekuat mana pun kita lari, sejauh mana pun kita cuba hindari, namun kematian akan tetap mengekori kita. Sampai waktunya dan ketikanya kita tetap akan pergi jua. 

Firman Allah SWT, "Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan. (QS Ali 'Imran 3:185)

Allah SWT senantiasa menginginkan kebaikan bagi hamba-hambaNya. Pedihnya musibah dunia ini Dia basuh dengan kesejukan keyakinan dan keimanan, bahawa kita adalah milikNya dan kita akan kembali kepadaNya. Dan Dia akan memberikan keberkahan serta kasih sayang yang sempurna. KeranaNya kesedihan ini tidak akan menggoyahkan keyakinan si hamba. Dan ia akan senantiasa mendapatkan bimbingan hidayah dari Allah SWT.

Sesungguhnya bagi orang-orang cerdas dan bijak, kematian adalah panglima nasihat dan guru kehidupannya. Sedikit saja lengah dari memikirkan kematian, maka ia telah kehilangan guru terbaik dalam hidupnya. “Cukuplah kematian itu sebagai penasihat.” (Hadith Thabrani dan Baihaqi)

Kalau kita melupakan kematian bagaimana mungkin menjadikannya sebagai penasihat? Seperti buku yang berisi banyak informasi penting, bagaimana kita boleh mendapatkan informasi kalau buku itu diabaikan tanpa dibaca. Kerana itulah Rasulullah shallallahu ‘alahi wa sallam berpesan kepada kita agar senantiasa mengingati kematian. “Sungguh sekiranya kamu mau memperbanyak untuk mengingat ‘pemutus kelazatan’, apa yang aku lihat (tertawa dan perkataan sia-sia) telah menyibukkan kamu. Perbanyaklah untuk mengingat ‘pemutus kelazatan’, yakni kematian.”

Hal itu baginda sabdakan saat menyaksikan banyak orang yang tenggelam asyik dalam perkataan sia-sia ditingkahi dengan gelak tawa. Betapa hairan Rasulullah shallallahu ‘alahi wa sallam melihat pemandangan demikian. Bukankah orang muslim itu mesti sedar betul bahawa dirinya akan mati, dan kematian itu sering datang secara tiba-tiba. Al-Imam Syafi’i rahimahullah memberikan sebuah nasihat, “Tidak sepantasnya seorang mukmin lalai dari mengingat mati dan menyiapkan diri untuk menyambutnya.”

Selama masa penantian menunggu kematian, semoga kita dapat mengumpulkan “bekal” untuk kita bawa ke kehidupan setelah dunia ini, dan kita berharap semoga bekal tersebut cukup bagi kita untuk membuat kita masuk ke dalam golongan orang-orang yang akan masuk syurga Allah kelak. Semoga kita dapat memanfaatkan dengan baik umur yang Allah SWT berikan pada kita hingga detik ini. Entah apa yang kita dapatkan kelak kalau kita membuat hidup kita ini sia-sia. Semoga amal dan ibadah-ibadah kita selama ini diredhai olehNya.

Marilah kita hidup dengan baik dan menjadi manusia yang berguna. Ya Allah, cukupkanlah umur dan waktu kami di dunia ini untuk hidup sesuai dengan keinginan-Mu agar pada saatnya nanti kami siap “bertemu” denganMu. Redhailah semua usaha yang kami lakukan ini, usaha untuk membuat kami “siap” bertatap wajah denganMu.

Sekian, moga berjumpa lagi.







waALLAHualam...









Monday, 12 July 2010

akU..


sangaT rindUkan saaT-saaT itU..

raSa macam nak undUr jer baLik maSa...


baik ataU tak kiTa ni??



Memang fitrah setiap manusia cukup senang dan puas hati kiranya ada orang memujinya seperti,
“Awak ni….baiklah……” dan sebagainya. Tetapi, bagimana pula kalau sebaliknya? orang mengaTakan " pehaL
hah dengan kO ni" asyiK bUat maSaLah jer..sUka sangaT bUat akU marah" memang La agaK kaSar..
saKiT kan haTi keciL ini...ada yang menegUr kita dengan niaT menegUr"kEnaPa ni? taK baik bergUrau maCam
tU, keciK haTi kawan kiTa sOrang tU.." " jangan Lah sUka berkiRa sangat, samPai maSa nanTi akU bayar La,
inSyaALLAH"...

Tentu ramai yang tidak senang hati dan sekaligus menganggap orang yang tidak memujinya itu
adalah musuhnya...itULah segeLinTir manUsia yang jenis manuSia sePerTi ini sUka dipUji maLah tidaK
segan unTuk memUji diri.hebaT ataU henSem dan sebagainya..iTuLah riaK ataU dikeLaSkan sebagai
syiRik pada ALLAH..ya-ALLAH..amPunikanLah kami hamba-hambamU yang lalai darimU..amiin..
 
Nampaknya kebanyakan manusia hari ini sebenaRnya terLalu ghairah dan leka dengan pUjian dan sanjungan

sedangkan itu semua merupakan satU jalan yang memUdahkan seseorang itu terjun ke neraka Allah swt.
Wal’iyazubillah.
 
Lebih parah lagi, ada di antara manusia hari ini merasakan dirinya baik, malah diraSakan dirinay lebih baik

dan lebih mulia daripada orang lain. Atas alasan dan perasaan demikianlah mereka kini terlaLu gemar unTuk
menilik kelemahan orang lain, selalu menganalisa orang lain, selalu nampak kesalahan orang dan selalu
merasakan orang lain dalam doSa dan noda...sedangKan diri sendiRi?? maSyaALLAH... Alangkah tertipUnya
mereka yang bersikap demikian tanpa mereka sedari rupa-rUPanya sifat sombOng dan angkUh iniLah yang
menguasai diri dan jiwa mereka... Ia kini telah berjaya diperdayakan oleh nafsu ammarahnya...

ambiLLah sediKiT maSa unTuk sahabaT-sahabaT berfikir dan merenUng diri kiTa sendiri..bukan kiTa sebagai
manUsia yang mamPu menenTukan jaTuh ataU bangUn seSeOrang...janganKan hidUp orang lain,
naSib diri kiTa inipUn ALLAH yang tenTukan..kembaLiLah padanya..semOga kiTa tidak tergOLong daLam
gOlongan yang rUgi...


waALLAHuaLam..renUng2kanLah...

Followers