senang-senang datang la lagi eyh..sahabaT amatlah dialU-alUkan...

Sunday, 14 November 2010

mengaPa penyanyi dibaYAr lebih berbanding uStaz??


Bezanya macam langit dengan bumi.....
Mengapa penyanyi di bayar lebih tinggi dari ustaz ? apa yang kiTa cari didUnia ni?? dunia semata-maTakah?

Pemujaan orang ramai terhadap artis memang hebat sejak dulu hinggalah sekarang.Kadang-kadang pemujaan tersebut berlebihan sehingga artis itu menjadi super.Tidak seperti seorang ustaz atau guru agama,pemujaan tidaklah sehebat begitu.Begitu juga dengan pendapatan antara seorang ustaz dengan seorang artis amat jauh sekali,macam langit dengan bumi.Seorang artis seperti seorang penyanyi yang popular dan terkenal sanggup di bayar sebanyak antara RM60,000 hingga RM80,000 bahkan ada penganjur yang sanggup membayar sehingga RM100,000 untuk satu atau pun dua jam saja.


Penonton pula sanggup membeli tiket sehingga RM100 untuk satu orang dan mampu mengadap penyanyi itu menyanyi lebih dari satu jam atas pentas. Setelah menonton konsert artis itu selama lebih dari satu jam misalnya,apa hasilnya yang kita perolehi? Adakah kita mendapat ganjaran apa-apa?Malah kita pulang dengan tangan kosong dan kosong dada.Kita tidak dibekalkan apa-apa dari pertunjukan selama satu jam itu.Hanya artis itu sahaja yang mendapat ganjaran yang lumayan hasil dari pertunjukan itu.

puashaTi dan seronok.itUlah yang seringkali bermain di mulut remaja-remaja maSa kini...ingat bahawa itu semUA rancangan yahUdi untuk menyesatkan kita...


Sebenarnya rencana ini saya cuba hendak memperkatakan pendapatan antara seorang artis dengan seorang ustaz dan cuba mahu menunjukkan sikap orang-orang kita(Islam)terhadap seorang artis dengan seorang guru agama. Kerana kejahilan setengah dari orang-orang kita dalam soal hiburan dan ilmu,maka ada diantara kita-kita ini sanggup membeli tiket untuk menyaksikan konsert seorang penyanyi begitu mahal.Mereka sanggup berdepan dengan penyanyi itu dalam jangka masa yang lama antara satu jam hingga satu jam setengah.


Malah kadang-kadang kita melihat ada orang-orang tua yang usia mereka yang pada pendapat umum memanglah tidak patut untuk menyaksikan konsert serupa itu turut menyaksikannya.Tetapi oleh kerana adanya ajakan syaitan dan faktor-faktor tidak ada ilmu atau dengan lain kata "kosong dada",orang-orang tua yang kubur kata "mari",masih mampu untuk mengeluarkan wang untuk menyaksikan konsert tersebut.Kita tentulah tidak melarang untuk menyaksikan konsert serupa ini,tetapi kenapa kuliah agama,ceramah agama tidak ada seorang pun yang sanggup membayar ustaz sebanyak mana yang di terima oleh seorang penyanyi?


Bukan itu saja,pendapatan seorang guru agama yang memberikan ceramah agama kira-kira satu jam ataupun lebih hanya dibayar antara RM60 hingga RM100.Kadang-kadang dalam hujan,ribut,petir sabung menyabung,ustaz terpaksa juga datang memberikan kuliahnya kerana murid-murid sudah sedia menanti. Bukan main letih ustaz menempuh hujan lebat dan kadang-kadang terpaksa mengharung banjir untuk sampai ke madrasah atau ke masjid di mana kuliah ataupun ceramah agama itu diadakan.Tempat ustaz menyampaikan ceramah itu,tidak ada "penghawa dingin" hanya kadang-kadang duduk bersila bersandarkan kepada tiang masjid.Jarang benar kita temui ustaz memberikan ceramahnya dalam sebuah dewan yang berhawa dingin kecuali kalau majlis serupa ini atas undangan ataupun di hadiri orang-orang kenamaan.Kemudian bayarannya terlalu rendah sekali.Berbanding dengan bayaran kepada seorang penyanyi begitu tinggi sekali.Misalnya seorang guru agama memberikan kuliahnya setiap malam selama 30 malam maka pendapatannya hanya RM1,800 sebulan.


Tetapi seoran penyanyi yang hanya menyanyi satu jam akan menerima bayaran sebanyak antara RM30 ribu dan RM40 ribu.Kemudian apakah manfaat yang diterima oleh orang mendengar seorang penyanyi menyanyi dengan seorang ustaz memberikan kuliahnya?

Jawapannya tentulah berbeza.Kita yang menghadiri majlis kuliah agama tadi,bukan sahaja mendapat ganjaran pahala dari Allah,malah kita dapat membawa balik ilmu hasil dari ceramah yang disampaikan oleh seorang ustaz.
Menghadiri majlis taklim dan majlis agama seperti itu ganjaran yang di berikan oleh Allah tidak sama dengan seseorang yang bersembahyang sunat 1,000 rakaat.

Begitulah besarnya dan ganjaran pahala yang di berikan.dengan erti kata lain..menghadiri kuliah agama atau majlis taklim ini amatlah besar pahalanya bUat kita sahabat-sahabat...


Walaupun bukan hak kita untuk menentukan sama ada dapat ganjaran pahala atau tidak,tetapi itulah janji Allah mengenai majlis yang mulia ini.Tetapi bagaimanakah bagi seorang yang menghadiri majlis konsert seperti seorang penyanyi menyanyi di pentas?

Apakah ganjaran yang di perolehinya?

Apakah faedah yang di dapati bila dia melihat beberapa orang penari sebagai "penari latar" mengelinjang di sekeliling penyanyi itu ?

Tentulah kita sendiri dapat menjawabnya soalan-soalan tersebut.Itulah yang menghairankan kita bagaimana hal ini boleh jadi begini.


Kenapa seorang artis,seorang penyanyi mendapat sanjungan yang lebih mulia dengan dengan bayaran begitu tinggi di bandingkan dengan seorang guru agama ?

Di mana silapnya ?

Adakah kesilapan ini datang dari sikap orang islam kita yang melihat majlis hiburan itu lebih mulia dari majlis taklim ?

Bagaimana pun bolehlah di kaitkan iSu ini sebagai tanda-tanda dunia sudah akhir zaman ya sahabat-sahabat.Tanda-tanda yang diberitahu oleh Nabi saw kepada kita ialah dengan tercabut ilmu agama.

Maksudnya ialah orang ramai sudah mula tidak mahu mendekati majlis-majlis agama,tetapi lebih mandekati majlis-majlis hiburan dan menyanjung penyanyi-penyanyi contohnya karnival sure heboh yang di adakan round satu malaya.Untuk apa karnival itu?Terangkatnya ilmu agama ialah bila orang ramai mendewa-dewakan yang tidak sepatutnya di dewakan dan di sanjung sebaliknya mencemuh mereka yang tidak sepatutnya di cemuh.Kalau hal-hal ini masih lagi tidak disedari oleh setengah dari kita-kita ini,tunggulah masanya di mana Allah swt akan memperlihatkan kuasanya.Sekarang pun dah terlihat cuaca kita begitu panas,banyak kematian berlaku dan sebagainya.Contoh terbaik adalah negara Turki apakah gempa bumi yang melanda negara itu fenomena alam atau bala dari tuhan?...Semoga kita terlindung dan sentiasa di lindungi oleh Allah.Amin.

Renungkan firman Allah dalam ayat 25 surah Al-Anfal ini:
"DAN PELIHARALAH DIRIMU DARI BENCANA YANG BUKAN KHUSUS MENIMPA ORANG-ORANG YANG BERSALAH SAJA DI ANTARA KAMU,DAN KETAHUILAH BAHAWA ALLAH ITU KERAS SIKSAANNYA'".

waALLAHualam....



2 comments:

Tinta Al-Murabbi said...

Salam~

aiwah ya akhi..sebuah karangan yang sgt signifikan utk menjentik minda2 org sekarang yang byk telah diracun hedonisme keparat itu~

Firman Allah s.w.t:-

“Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah dan mauizah hasanah (nasihat yang baik), dan berbahaslah dengan mereka dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk"

(Surah al-Nahl: 125).

semoga anda terus istiqamah utk menyebarkan kebaikan.Gud job beb! (^_^)

Hamba Allah said...

insyaALLAH...buat renungan kita bersama inSYAALLAH...

Followers