aSsalamUalaikum..
USIA adalah anugerah yang begitu berharga yang diberikan Allah kepada manusia. Dengan bergantinya tahun maka semakin bertambah umur kita akan tetapi sesungguhnya semakin berkurang waktu hidup kita di dunia.
Setiap detik menuju ke sana kita rasakan dalam getaran hati dan jiwa ini, sungguh semakin dekat seakan ajal menghampiri kita. Lalu apakah yang telah kita perbuat selama ini dihadapan Allah. Sudah bersiapkah kita jika sewaktu Allah mengambil kita.
Orang yang cerdik adalah orang yang berjuang keras mempergunakan umurnya dengan berbakti kepada Allah SWT.
Tiada jalan lain selain mengisi umur kita dengan berbagai macam kebaikan dan kemuliaan. Dengan demikian kita telah menempuh hidup atau mengisi usia ini dengan tidak sia-sia. Agama Islam menganjurkan agar hidup kita di hari ini lebih baik daripada semalam. Jika tidak demikian maka kita termasuk orang yang rugi.
Usia adalah masa yang menentukan baik-buruknya manusia. Siapa yang menyia-nyiakannya maka sia-sialah hidupnya. Dan kelak dapat menemui hasil yang telah disia-siakan selama hidupnya. Keyakinan dengan membenarkan sebenar-benarnya akan hidup akan datang dan di saat kedatangannya itu tiada berguna kerana sudah berlalu masanya.
Selanjutnya hadapilah keadaan hidup yang tiada batas akhirnya nan abadi dengan ganjaran setimpal dari hasil yang diperolehnya tatkala itu. Oleh kerana itu tidak sesuai kita sebagai seorang Muslim yang beriman menyambut setiap pergantian tahun dengan hura-hura apalagi berpesta.
Seharusnya kita merayakannya dengan muhasabah diri bertaubat kemudian merapikan diri. Adapun rasa kegembiraan sebagai sifat dasar yang umum sebagai manusia maka cukuplah dengan mengungkapkan kegembiraan yang tidak berlebihan.
Allah SWT berfirman yang ertinya
“Wahai orang-orang yang beriman bertakwalah kepada Allah dan hendaklah tiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok dan bertakwalah kepada Allah sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (QS al-Hasyr 59 : 18)
Allah telah menciptakan manusia dalam bentuk yang paling baik, memberikan berbagai kelebihan, dan memuliakan mereka di antara semua makhluk~Nya. Sudah menjadi ketetapan Allah bahawa manusia akan mengalami perkembangan dan pertumbuhan dalam perjalanan hidupnya, tahap demi tahap, dari masa bayi ke masa kanak-kanak, lalu menjadi remaja, setelah itu menapaki usia dewasa, kemudian separuh baya, dan akhirnya memasuki usia lanjut dalam keadaan lemah dan tidak bermaya.
Meskipun urutannya demikian, tak seorang pun akan dapat memastikan bahawa hidupnya akan berlanjut terus hingga tua, kerana boleh jadi belum sempat tua, bahkan mungkin masih muda remaja, ajal telah menjemputnya. Ya, usia memang misteri yang tak pernah terungkap dalam kehidupan manusia. Tiada siapa pun dapat meneka dengan tepat atau tahu dengan terperinci berapa tahun ia akan hidup di dunia yang fana ini, pada tahun berapa ia akan mati, di mana akan berakhir hidupnya. Kerana itu, Islam terus mengingatkan penganutnya untuk sebaik mungkin memanfaatkan usia yang sedang dijalani, kerana waktu yang berlalu tak akan kembali.
Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Belum hilang jejak telapak kaki orang-orang yang menghantarnya ke kubur, seorang hamba akan ditanya mengenai empat hal, iaitu tentang usianya ke mana dihabiskannya, tentang tubuhnya untuk apa digunakannya, tentang ilmunya seberapa banyak yang diamalkannya, serta hartanya dari mana diperolehnya dan untuk apa dibelanjakannya." (HR At-Tirmidzi).
Bagi seseorang soleh, setiap kali Allah disebut Rahman dan Rahim yang dirindukan kampung halaman iaitu kembali ke alam arwah. Jadi kalau alam rahim ertinya alam yang penuh kasih sayang, alam arwah, maksudnya dalam kehidupan yang damai bersama Allah yang Rahman dan Rahim.
Ada semacam kerinduan, sehingga orang Sufi mengatakan, "Kematian adalah pintu gerbang untuk lebih dekat kepada yang dicintai."
Jadi kematian tidak perlu ditakuti, tapi bila lebih dekat kepada Allah iaitu melalui kematian. Jadi semakin tua jangan takut dengan kematian tapi harus gembira kerana akan kembali ke kampung halaman.
Marilah kita hidup dengan baik dan menjadi manusia yang berguna. Ya Allah, cukupkanlah umur dan waktu kami di dunia ini untuk hidup sesuai dengan keinginan~Mu agar pada saatnya nanti kami siap “bertemu” dengan~Mu. Redhailah semua usaha yang kami lakukan ini, usaha untuk membuat kami “siap” bertatap wajah dengan~Mu.
Ya Allah, terimalah amal kami hari ini, ampunilah dosa-dosa kami. Ya Allah kiranya engkau panjangkan usia kami esok, semoga ketika kami bangun, Iman dan Islam masih tetap ada pada diri kami. Dan kalau Engkau mengambil diri kami, kerana sememang kami milik~Mu.
SubhanakaLlahu wabihamdika, asyhadu an la ilaha illa Anta, astaghfiruka wa atubu ilaik.. والله اعلم
Barang siapa telah melampaui usia 40 tahun sedangkan kebaikannya tidak dapat mengalahkan kejahatannya, hendaklah dia menyiapkan dirinya untuk masuk ke dalam neraka.
~Imam Al-Ghazali~
~Imam Al-Ghazali~
No comments:
Post a Comment