" akU hanyalah inSan biaSa yang akan sentiaSa mengharapkn keredhaan Illahi"
senang-senang datang la lagi eyh..sahabaT amatlah dialU-alUkan...
Monday, 14 March 2011
persoalan yang biasa bermain di benak fikiran kita...
Alhamdulillah, saya ada menemui adress ustaz waktu saya menerokai dalam
Di masa ini saya tinggal di US mengikut suami saya kerna dia warganegara US. Agak sukar juga untuk mencara tok fatwa waktu2 ada kemuskilan ugama. Makanya itu saya ingin mengajukan beberapa persoalan ugama kepada ustaz. JazakaAllahu-khair and BarakaAllahu-fikom insyaALLAH.
Di bawah ini saya soalan2 saya.
1. Bapa mertua saya bukan muslim dan hanya suami saya saja masuk Islam dalam keluarganya. Soalan saya bolehkah saya membuka tudung/skarf/hijap saya dihadapannya (saya ada baca dalam quran, taraf bapa mertua adalah sama taraf bapa kandung) tetapi dalam kes saya , bapa mertua belum islam adakah sama atau bagaimana.
Begitu juga dengan emak mertua, dia pun bukan islam, jadinya bolehke saya membuka tudung dihadapannya, kerna kalau tidak silap saya wanita muslimah tidak dibenarkan membuka hijap dihadapan wanita bukan muslim.. sila jelaskan dalam persoalan saya ini.
2.Bolehkah atau tidak mengikut hukum syariah/islamic saya menaiki kereta bersama dengan bapa mertua saya, dan didalam kereta cuma saya dan anak kecilnya yang berusia 2 tahun lebih dan tidak ada orang lain. Sebagai maklumat, bapa mertua saya adalah baik orangnya, dia terlalu hormatkan saya bukan saja sebagai menantu tetapi juga kerana saya seorang muslim.
Sepanjang saya jadi menantunya dia tidak pernah berlaku tidak senonoh terhadap saya dan dari penilaian saya secara peribadi dia memang seorang yg baik.
Jadinya saya insyaALLAH tidak khuatir dia akan melakukan perkara2 sumbang terhadap saya, cuma saya hendak tahu disisi islam boleh atau tidak saya menaiki kereta bersamanya dimana org ketika cuma si anak kecil, adakah dlm ketogeri "berkhalawat". Suami saya memberi keizinan kerna dia percaya dgn sahasiah bapanya. Bapanya berusia dlm linkungan 55 tahun dan
bekas peguam, sekarang ini telah bersara. Saya menanyakan soalan ini kerna banyak kali bapanya hendak membawa saya untuk menziarahi emaknya (nenek suami saya) yang agak sudah tua, kebetulan pula suami saya selalu sibuk dan tidak berpeluang, dan bapa mertua pula tiap2 minggu menziarahi emaknya, emaknya pula selalu menanyakan tentang saya.
3.Sepanjang yang saya tahu wanita dibenarkan memotong rambut asalkan potongan rambutnya tidaak menyerupai lelaki. AstagfiruAllah kalu saya tersilap. Saya ada berbincang dengan kawan saya hal tersebut, kawan saya kata adalah haram bagi perempuan memotong rambut atas paras bahu, Saya terkejut, dan dia tunjukan hadith tersebut tapi saya macam tak percaya dengan hadith tersebut. Kerana org yang beritahu hadith tersebut ialah dari mufti fatwa South africa dan dari maklumat yg dipercayai fatwa itu dipengahruhi oleh tradisi..kalau kita masih ingat pasal orang hindu..kasta/dan sebagainya..
Kalaau tidak silap saya cerita mengenai isteri Nabi Ayub Alaisalam, waktu Allah uji Nabi Ayub alaisalam, dan mereka tidak ada apa2 lagi, maka isterinya telah keluar dan memotong rambutnya dan menjualkan utk membeli makanan...adakan hadith mengenai pengharaman memotong rambut merujuk kepada cerita Nabi Ayub alaisalam atau macam mana..
4.Saya ingin hendak tahu mengapa kita letak nama Abdullah sebagai ganti nama bapa kepada new muslim, apakah ada cerita disebaliknya, adakah dibenarkan kita mengkekalkan naama bapa yg masih kufr (non-muslim), sebagai contohnya suami saya mengkekalkan nama bapanya..adakah salah atau tidak disisi syariah/islamic..
saya ada kawan perempuan, dia telah berkahwin dengan pemuda pakistan. Kawan perempuan saya itu new muslim. Dia telah menukarkan namanya kepada nama muslim dan kemudian meletakan nama keluarga suaminya sebagai ganti nama bapanya yg masih bukan islam. Apakah hukumnya disisi Islam dengan apa yg dibuatnya itu. Adakah ini menyerupai seperti orang2 bukan islam, kerna melalui pengalaman saya dgn keluarga suami saya, para2 isteri akan
membuang nama bapa dan meletak nama keluarga suami sebagai last name.
Setakat ini dulu, insyaALLAH dilain masa jika saya ada kemuskilan akan saya ajukan lagi.
wassalam...
Ahlulbait Shafiq Santora
*
" And whomsoever Allah guides, he is the follower of the right way, and
whomsoever He causes to err, you shall not find for him guardians besides
Him; and We will gather them together on the day of resurrection on their
faces, blind and dumbs and deaf; their abode is hell; whenever it becomes
allayed We will add to their burning. "
JAWAPAN
Walaikummusallam
1. Ada satu pendapat daripada Ulama' muktabar membolehkan muslimat membuka
kepalanya dihadapan ibu-bapa mertua yang bukan Islam.
2. Dibolehkan dengan syarat tidak berlaku fitnah dan dengan izin suami.
3. Dibolehkan muslimat memotong rambut pandek dengan syarat mendapat izin suami
dan tidak membukanya dihadapan ajnabi.
4. Hukum disuruh menukar nama bapa yang buka Islam kepada Abdullah supaya
memelihara daripada kesamaran dengan orang yang bukan Islam dan anak yang Islam
tidak lagi mewarasi pengenalan bapanya yang bukan Islam.
Menukar nama bapa yang bukan Islam kepada nama keluaraga suaminya itu
dibolehkan adapun jika menukar nama bapa yang Islam kepada nama keluaraga
suaminya maka iaitu haram.
Wallahua'lam
No comments:
Post a Comment