senang-senang datang la lagi eyh..sahabaT amatlah dialU-alUkan...

Saturday, 5 March 2011

mencari kawan yang setia...












Bukan mudah untuk mendapat kawan yang setia...dapat berkawan waktu susah dan senang

Di waktu dukacita dan gembira..di waktu kita buntu fikiran dialah yang memberi pandangan

Ketika tidak ada apa yang hendak dimakan, diberi bantuand..dapat memberi pertolongan sebelum diminta,kerana faham masalah kawan..Apatah lagi apabila diminta...

Waktu sakit diziarahi...

Di waktu kita mendapat nikmat, dia menampakkan kegembiraan

Kesusahan kawan kesusahannya...

Kesedihan kawan adalah kesedihannya

Keluarganya dijaga dan diambil perhatian tentang kehidupannya

Kehormatan kawan dan keluarganya amat dijaga..Ia merasakan kehormatan kawan sebagai kehormatan diri sendiri juga...

Apabila sudah agak lama tidak berjumpa sudah bertanya-tanya..apa halnya, apa masalahnya, lama tidak berjumpa..

Kebaikannya dicerita-cerita dan dipuji-puji di belakangnya

Keaibannya ditutup, kecacatannya tidak digosipkan....

Mengutamakan kawan dari dirinya..

Setelah mati keluarganya tetap dihubungi

Silaturrahim dengan keluarganya terus bersambung
Susah payah keluarga kawannya setelah mati tetap ditolong

Aduh, mana hendak dapat kawan di waktu ini..macam kita gambarkan tadi..

Penulis ini pun belum boleh setia dengan kawan...

Aku memohon ampun kepada Tuhan..kerana belum boleh setia dengan kawan..namUn kite boleh berUbah bUkan??






\\

1 comment:

Kiasan Hidup said...

masih wujudkah lagi kwn setia??sy xmampu rasanya nk setia hggakn lps tiada masih berhubung ngn keluarga arwah..

~masih mencari & ingin jadi kwn setia~

Followers