Pernah tak pada satu-satu masa, Anda merasa apa yang Anda buat kurang setanding dengan apa yang dihasilkan oleh orang lain?
Pernah tak Anda merasa kerdil bila terfikir nama mereka dan hasil kerja mereka?
Elak untuk bersikap sebegitu. Sebenarnya, jika Anda selalu buat apa yang dikatakan tadi, Anda memandang rendah pada kebolehan diri sendiri, sebab Anda tidak memberi ruang kepada fikiran untuk menggali kebolehan diri Anda.
Anda telah meletak rasa sangsi pada bakat dan kekuatan diri Anda. Inilah sebab mengapa ramai orang merasa kurang yakin, atau berfikir tidak boleh melakukan sesuatu sehebat orang lain.
Pedulikan orang lain, fokus saja pada diri sendiri dulu. Jadikan orang lain sebagai mentor, model, idola atau seseorang yang Anda cukup kagumi, tapi jangan sesekali selalu merasa apa yang Anda buat kurang setanding dengan apa yang dihasilkan oleh mereka.
Anda membunuh bakat diri sendiri jika selalu berfikir camtu. Kita semua dilahirkan unik.
Cara terbaik adalah dengan menjadikan mereka sebagai aras ukur kualiti usaha Anda. Fokus pada proses pembaikan diri sendiri secara berterusan, jadikan tahap mereka sebagai pembanding pencapaian Anda.
Kenal pasti level mereka, kenal pasti juga level pencapaian Anda, tahap ilmu Anda dan tahap attitude Anda. Selepas itu, tekad untuk buat sehabis baik, cabar diri sendiri supaya sampai ke tahap pencapaian mereka.
Jika masih jauh, usaha lagi, cari ilmu lagi. Elak membanding-banding sebelum usaha Anda mencapai target sebab ia akan meruntuhkan motivasi Anda. Elak mindset persaingan, tetapi gunakan kreativiti mencipta cara baru untuk mendahului pencapaian mereka.
Elak selalu merasa diri kurang bagus, tapi terapkan sikap kagum pada kehebatan orang lain, kerana serta merta ia membentuk Anda menjadi semakin bagus!
waALLAHualam...
No comments:
Post a Comment