" akU hanyalah inSan biaSa yang akan sentiaSa mengharapkn keredhaan Illahi"
senang-senang datang la lagi eyh..sahabaT amatlah dialU-alUkan...
Saturday, 27 November 2010
mEncaRi rahmaT ILLAHI~
Wednesday, 24 November 2010
soalan2 sebelUm bertUnang~
Membuat keputusan untuk berkahwin bukanlah suatu perkara yang mudah. Perkahwinan bererti memasuki suatu alam yang berlainan sama sekali dengan alam yang pernah dilalui sebelumnya, bak kata Tan Sri S M Salim dalam salah satu lagunya, ‘dulu lain sekarang lain, dulu bujang sekarang dah kahwin’.
Setiap pasangan yang berkahwin pastinya mengharapkan perkahwinan itu kekal bahagia buat selama-lamanya. Ramai yang berjaya. Namun tidak kurang pula yang kecewa.
Al-Ustaz Jasim Muhammad al-Mutawwa’, bekas kadi ahwal syakhsiyyah di Kuwait menyimpulkan antara sebab berlakunya keretakan dan kegagalan dalam perkahwinan adalah kurang taaruf atau tidak mengenali antara satu sama lain dengan mendalam sebelum berkahwin.
Monday, 22 November 2010
bercinTa dalam isLam...
CINTA adalah sebahagian daripada fitrah manusia. Cinta memang sudah ada dalam diri kita. Bersyukurlah orang yang diberi cinta dan mampu menyingkap rasa cinta dengan tepat dan menurut syariah.
Sunday, 21 November 2010
Bercerminlah Pada Cermin Sejati
Kerana kesimpulan akhir yang terungkap dari bayangan di cermin tentu saja dikeluarkan oleh orang yang bercermin. Ketampanan, kecantikan, dan bayangan seindah apapun yang terpantul dari cermin tentang diri kita tetap saja merupakan sesuatu yang tidak objektif. Lantas, siapakah cermin sejati itu ? Jawapannya adalah orang lain...
Penilaian yang diberikan orang lain mengenai diri kita akan lebih objektif kerana bagaimanapun orang lain bebas dari nilai-nilai ego yang begitu kuat mengenai diri kita.
Namun apa yang dihasilkan dari hasil bercermin kepada orang lain bukanlah sesuatu yang dapat kita peroleh secara sepenUhnya...
aPa yang dihasilkan ternyata harus diterima dengan kerelaan kita untuk menerima penilaian bukan hanya yang bernilai positif namun juga yang negatif.
Dikatakan sUsah ya disini kerana memang sangat jarang manusia yang mampu berlapang dada mengakui kekurangan dalam dirinya. Manusia akan merasa terhina ketika kelemahannya diberitahukan kepada dirinya. Dan akan merasa bahagia ketika hal yang sebaliknya dilakukan.
Secara jujur, kita harUs mengatakan bahwa banyak dari kita yang belum mampu berlapang dada untuk menerima berita kelemahan mengenai diri kita yang biasanya diberikan dalam bentuk kritikan.
Kita cenderung hanya mampU menerima penilaian mengenai diri kita yang sempurna tiada cacat sedikitpun. Padahal inilah rahSia mengapa Allah menyuruh kita untuk saling bertaushiyah, yaitu menyampaikan kritikan antara sesama kita dan bersamaan dengan itu berlapang dada untuk menerimanya.
Dan memang seperti itulah seharusnya manusia yang baik. Bahkan seseorang dalam memUhasabah diri daripada kritikAn, akan menjadiKan seSeorang itU menjadi pemimpin yang semakin hari semakin memiliki kualiti diri.
Hal ini tanpa disedari terjadi kerana pada hakikatnya kelapangan dada untuk menerima kritik adalah selaraS dengan usaha melakukan pembaikkan dan peningkatan kualiti diri kiTa ini...
Kerana selain sebagai cara untUk melatih diri agar telUs terhadap diri sendiri, juga sebagai pengingat kepada kita sebagai hamba Allah adalah makhluk yang lemah dan tidaKlah sempUrna...
Saturday, 20 November 2010
kahwin ketika belajar..
Assalamualaikum wbt.. tapi bukan lah drpd pengalaman sendiri..sekadar berkongsi ilmu yg diperolehi drpd pembacaan dan pemerhatian… kahwin ketika belajar ni, ade pro dan kontra nya.. tapi kedua2 kesan tersebut berbalik kepada bagaimana dan sejauhmana kebijaksanaan mereka (pasangan suami isteri tersebut mengendalikan) bahtera rumah tangga mereka.. maklumlah nak ngadap buku lagi..keluarga..anak2 dan amanah2 lain yg dipikul bersama.. sebab tu kalu nak mndirikan masjid ketika blajar nih..sebaik2nya kedua2nya perlu memiliki persediaan yang mantap drpd segi.rohani dan jasmani, fizikal dan mental, material serta ilmu2 yang berkaitan dgn pengurusan rumah tangga dan kekeluargaan… persoalannya..bagaimana kalu persediaan yg ade still tak mantap tetapi kedua2 belah pihak bersedia utk mendirikan rumah tangga?...maka ade baiknya kita semua mengambil kira hal2 yg berikut…. 1).memberi peluang terhadap pasangan masing2 utk mempelajari,memperbaiki kelemahan diri..mengadaptasi suasana baru sebagai suami isteri..esp diawal2 usia perkahwinan (3-5 tahun pertama). 2). Sabar,saling mempercayai,bertolak ansur, saling Bantu membantu kepada pasangan anda..berusaha memahami kondisi masing2 yg mempunyai komitmen lain sebagai pelajar,suami/isteri, bapa/ibu,tanggungjawab sebagai anak (tanggungan keluarga) dan yg seumpama dengannya…dalam hal ini..kita perlu saling memberi semangt,sokongan dan saling menguatkan pasangan masing2 sekiranga rumah tangga anda menghadapi masalah..esp drp segi kewangan dan sebagainya… 3). Sekiranya berhadapan dgn masalah yang melibatkan kedua belah pihak…cubalah cari penyelesaian yang terbaik dan menguntungkan kedua2nya…bersikap matang dan rasional serta selalulah berbincang dari hati ke hati utk mewujudkan persefahaman antara satu sama lain… justeru itu, kedua2nya perlu memiliki mind setting yg betul+tepat mengenai perkahwinan yg dibina…ikatan perkahwinan bkn utk sehari dua, tetapi utk selamanya bahagia dalam redha Allah dunia dan akhirat…maka kedua2nya perlu berfikir kearah yg positif…jika belahrlaku permasalahan atau salah faham..segera diselesaikan..tetapi bukan dgn mengambil jalan mudah..perceraian tetapi keputusan tersebut perlu kearah mencari jalan perdamaian antara kedua belah pihak…memikirkan masa depan anak2,hubungan baik kedua2 belah keluraga suami dan isteri serta mahligai yg dibina.. 4).bersedia utk sama menghadapi susah dan senang hidup bersama…tidak meminta permintaan atau perkara2 yang tidak munasabah mahupun yang diluar kemampuan pasangan masing2.. 5)menerima pasangan anda seadanya..tidak memperlekehkan keupayaan mereka,saling menghormati antara satu sama lain…ini kerana , selepas berumah tangga baru kita kenal perangai sebenar pasangan kita..’alakulillha..lihatlah pada kelebihan mereka..sekiranya nampak kekurangan..tegur lah secara berhikmah…saling ingat mengingatkan…agar kedua2nya dapat memperbaiki mana2 yg kurang pada diri sendiri… 6) menghormati serta menerima keluarga pasangan anda seadanya…Sokongan drpd pihak keluraga (suami dan isteri)ini amat penting sekali bg pasangan yg berkahwin ketika belajar …sebaik2 nya..biarlah keputusan anda yg ingin mendirikan masjid ini mendapat keredhaan dan restu drpd mereka esp kedua2 ibu dan bapa..hal ini kerana..keluarga adalah mereka yg paling dekat kita utk membantu kita dalam kesusahan… 7) membetulkan niat utk mendirikan masjid…sedar pernikahan dan perkahwinan bukan shja mengenai keseronokkan setelah sah menjadi suami dan isteri..tetapi juga melibatkan mengenai amanah yg dipikul sebagai suami keatas isteri,isteri terhadap suami, ibu dan ayah terhadap anak2 yang akan lahir dan sebagai anak/menantu kepada keluarga kedua2 belah pihak..hal ini kerana..keluraga adalah merupakan satu unit yg berperanan utk melahirkan generasi rabbani pada masa akan datang… hal ini perlu diambil berat kerana antara salah satu punca keruntuhan moral yg berlaku pada hari inu adalah berpunca drpd keluarga yg tidak bahagia… 8) meninggalkan 9) mengenai aspek material dan ekonomi juga perlu bijak menguruskannya..maka sekiranya tidak berkemampuan, maka janganlah mendesak pasangan anda atau mengharapkan kehidupan yang serba mewah…hal ini perlu ditekankan..kerana setelah berkahwin..sekiranya anda memilih utk tinggal dirumah sewa..anda perlu berfikir mengenai soal kos kehidupan..belanja sewa rumah, barang2 dapur2..keperluan anak2..api dan elektrik dan sebagainya..berbincang dan carilah jalan yang terbaik utk mengatasi masalah ini..insyaAllah sekira matlamat perkahwinan ini kerana Allah…walau bagaimana susah sekalipun anda berhadapan dgn masalah kewangan..pasti ade jalan keluarnya..tapi yang penting..mesti ada inisiatif ,usaha dan kesungguhan…cari alternatiF utk sumber kewangan..bukan just duduk goyang kaki… 10)..berusahalah utk memenuhi ilmu didada terutamanya ilmu agama agar kita diperteguh kan iman dan diberi kekuatan jiwa dalam melayari kehidupan dalam alam rumah tangga.. berusahalah utk sama2 mewujudkan suasana harmoni dalam rumah tangga berteraskan islam(sunnah rasulullah saw.) insyaAllah…walau terpaksa berhadapan dgn pelbagai kepayahan..namun sentiasa ade keberkatan dalam rumah tangga tersebut…inilah hikmahnya apabila kita sentiasa istiqamah utk menghidupkan suasana keluarga yang ade roh islam (biah soleh) dan kembali kepada Allah subhanahu wataala dalam segala urusan yang kita laksanakan… insyaAllah..zuriat yang lahir menjadi anak2 yang soleh dan solehah yang sentiasa mendoakan kesejahteraan hidup dunia dan akhirat kita semua,amin ya rabbal’alamin…. Maka disini dapatlah saya simpulkan bhw..perkahwinan dalam usia muda bagi mereka yg sedang belajar ini,insyaAllah..bukanlah penghalang kepada tumpuan kita dalam bidang pelajaran . perkahwinan ini bukan sahaja dapat mencegah drpd kemungkaran dan maksiat, malah memberi banyak manfaat drpd segi ketenteraman jiwa, aspek pembentukan peribadi muslim sejati (sbg peminmin keluraga ), melahirkan genarasi rabbani, mewujudkan suasana keluarga yg harmoni semata2 utk mendapatkan keredhaan Allah dunia dan akhirat… Dan last but not least..renungilah… “sesungguhnya apa yang allah kehendaki pasti akan terjadi meskipun tidak seiring dgn kehendak kita..tetapi apa yang kita ingini TAK mungkin menjelma apabila tidak seiring dengan kehendak ilahi…”-imam as-syafie waallahu’alam moga ilmu yang sedikit ini..dapat memberi manfaat kepada kita semua,insyaallah… kalu ade yang kurang…harap shbt2 semua sudi menambah dan berkongsi pandangan dan pengalaman…jazakumullahukhairan kathira’.... |
Friday, 19 November 2010
Pesan Roh Kepada Manusia
Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut".
"Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh".
Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :
"Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh".
Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.
Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi janda. Maka janganlah kamu menyakitinya.Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian
menyakiti mereka.
Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya". Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada
jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.
Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: "Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku".
"Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku".
"Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku".
Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama.
Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab: "Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku".
Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka.
Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya. Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari...
Sunday, 14 November 2010
mengaPa penyanyi dibaYAr lebih berbanding uStaz??
Bezanya macam langit dengan bumi.....
Mengapa penyanyi di bayar lebih tinggi dari ustaz ? apa yang kiTa cari didUnia ni?? dunia semata-maTakah?
Pemujaan orang ramai terhadap artis memang hebat sejak dulu hinggalah sekarang.Kadang-kadang pemujaan tersebut berlebihan sehingga artis itu menjadi super.Tidak seperti seorang ustaz atau guru agama,pemujaan tidaklah sehebat begitu.Begitu juga dengan pendapatan antara seorang ustaz dengan seorang artis amat jauh sekali,macam langit dengan bumi.Seorang artis seperti seorang penyanyi yang popular dan terkenal sanggup di bayar sebanyak antara RM60,000 hingga RM80,000 bahkan ada penganjur yang sanggup membayar sehingga RM100,000 untuk satu atau pun dua jam saja.
Penonton pula sanggup membeli tiket sehingga RM100 untuk satu orang dan mampu mengadap penyanyi itu menyanyi lebih dari satu jam atas pentas. Setelah menonton konsert artis itu selama lebih dari satu jam misalnya,apa hasilnya yang kita perolehi? Adakah kita mendapat ganjaran apa-apa?Malah kita pulang dengan tangan kosong dan kosong dada.Kita tidak dibekalkan apa-apa dari pertunjukan selama satu jam itu.Hanya artis itu sahaja yang mendapat ganjaran yang lumayan hasil dari pertunjukan itu.
puashaTi dan seronok.itUlah yang seringkali bermain di mulut remaja-remaja maSa kini...ingat bahawa itu semUA rancangan yahUdi untuk menyesatkan kita...
Sebenarnya rencana ini saya cuba hendak memperkatakan pendapatan antara seorang artis dengan seorang ustaz dan cuba mahu menunjukkan sikap orang-orang kita(Islam)terhadap seorang artis dengan seorang guru agama. Kerana kejahilan setengah dari orang-orang kita dalam soal hiburan dan ilmu,maka ada diantara kita-kita ini sanggup membeli tiket untuk menyaksikan konsert seorang penyanyi begitu mahal.Mereka sanggup berdepan dengan penyanyi itu dalam jangka masa yang lama antara satu jam hingga satu jam setengah.
Malah kadang-kadang kita melihat ada orang-orang tua yang usia mereka yang pada pendapat umum memanglah tidak patut untuk menyaksikan konsert serupa itu turut menyaksikannya.Tetapi oleh kerana adanya ajakan syaitan dan faktor-faktor tidak ada ilmu atau dengan lain kata "kosong dada",orang-orang tua yang kubur kata "mari",masih mampu untuk mengeluarkan wang untuk menyaksikan konsert tersebut.Kita tentulah tidak melarang untuk menyaksikan konsert serupa ini,tetapi kenapa kuliah agama,ceramah agama tidak ada seorang pun yang sanggup membayar ustaz sebanyak mana yang di terima oleh seorang penyanyi?
Bukan itu saja,pendapatan seorang guru agama yang memberikan ceramah agama kira-kira satu jam ataupun lebih hanya dibayar antara RM60 hingga RM100.Kadang-kadang dalam hujan,ribut,petir sabung menyabung,ustaz terpaksa juga datang memberikan kuliahnya kerana murid-murid sudah sedia menanti. Bukan main letih ustaz menempuh hujan lebat dan kadang-kadang terpaksa mengharung banjir untuk sampai ke madrasah atau ke masjid di mana kuliah ataupun ceramah agama itu diadakan.Tempat ustaz menyampaikan ceramah itu,tidak ada "penghawa dingin" hanya kadang-kadang duduk bersila bersandarkan kepada tiang masjid.Jarang benar kita temui ustaz memberikan ceramahnya dalam sebuah dewan yang berhawa dingin kecuali kalau majlis serupa ini atas undangan ataupun di hadiri orang-orang kenamaan.Kemudian bayarannya terlalu rendah sekali.Berbanding dengan bayaran kepada seorang penyanyi begitu tinggi sekali.Misalnya seorang guru agama memberikan kuliahnya setiap malam selama 30 malam maka pendapatannya hanya RM1,800 sebulan.
Tetapi seoran penyanyi yang hanya menyanyi satu jam akan menerima bayaran sebanyak antara RM30 ribu dan RM40 ribu.Kemudian apakah manfaat yang diterima oleh orang mendengar seorang penyanyi menyanyi dengan seorang ustaz memberikan kuliahnya?
Jawapannya tentulah berbeza.Kita yang menghadiri majlis kuliah agama tadi,bukan sahaja mendapat ganjaran pahala dari Allah,malah kita dapat membawa balik ilmu hasil dari ceramah yang disampaikan oleh seorang ustaz.
Menghadiri majlis taklim dan majlis agama seperti itu ganjaran yang di berikan oleh Allah tidak sama dengan seseorang yang bersembahyang sunat 1,000 rakaat.
Begitulah besarnya dan ganjaran pahala yang di berikan.dengan erti kata lain..menghadiri kuliah agama atau majlis taklim ini amatlah besar pahalanya bUat kita sahabat-sahabat...
Walaupun bukan hak kita untuk menentukan sama ada dapat ganjaran pahala atau tidak,tetapi itulah janji Allah mengenai majlis yang mulia ini.Tetapi bagaimanakah bagi seorang yang menghadiri majlis konsert seperti seorang penyanyi menyanyi di pentas?
Apakah ganjaran yang di perolehinya?
Apakah faedah yang di dapati bila dia melihat beberapa orang penari sebagai "penari latar" mengelinjang di sekeliling penyanyi itu ?
Tentulah kita sendiri dapat menjawabnya soalan-soalan tersebut.Itulah yang menghairankan kita bagaimana hal ini boleh jadi begini.
Kenapa seorang artis,seorang penyanyi mendapat sanjungan yang lebih mulia dengan dengan bayaran begitu tinggi di bandingkan dengan seorang guru agama ?
Di mana silapnya ?
Adakah kesilapan ini datang dari sikap orang islam kita yang melihat majlis hiburan itu lebih mulia dari majlis taklim ?
Bagaimana pun bolehlah di kaitkan iSu ini sebagai tanda-tanda dunia sudah akhir zaman ya sahabat-sahabat.Tanda-tanda yang diberitahu oleh Nabi saw kepada kita ialah dengan tercabut ilmu agama.
Maksudnya ialah orang ramai sudah mula tidak mahu mendekati majlis-majlis agama,tetapi lebih mandekati majlis-majlis hiburan dan menyanjung penyanyi-penyanyi contohnya karnival sure heboh yang di adakan round satu malaya.Untuk apa karnival itu?Terangkatnya ilmu agama ialah bila orang ramai mendewa-dewakan yang tidak sepatutnya di dewakan dan di sanjung sebaliknya mencemuh mereka yang tidak sepatutnya di cemuh.Kalau hal-hal ini masih lagi tidak disedari oleh setengah dari kita-kita ini,tunggulah masanya di mana Allah swt akan memperlihatkan kuasanya.Sekarang pun dah terlihat cuaca kita begitu panas,banyak kematian berlaku dan sebagainya.Contoh terbaik adalah negara Turki apakah gempa bumi yang melanda negara itu fenomena alam atau bala dari tuhan?...Semoga kita terlindung dan sentiasa di lindungi oleh Allah.Amin.
Renungkan firman Allah dalam ayat 25 surah Al-Anfal ini:
"DAN PELIHARALAH DIRIMU DARI BENCANA YANG BUKAN KHUSUS MENIMPA ORANG-ORANG YANG BERSALAH SAJA DI ANTARA KAMU,DAN KETAHUILAH BAHAWA ALLAH ITU KERAS SIKSAANNYA'".
waALLAHualam....
berhaTi-haTi semaSa di jalanRaya..
Bila Tayar Kereta Pecah
1. Sebaik sahaja tayar pecah JANGAN PANIK dan JANGAN TEKAN PEDAL BREK!!!
2. Pasang signal awas, lepaskan minyak dan pegang stering kuat2 dengan kedua2 belah tangan.
3. Turunkan ke gear rendah apabila kereta telah stabil spt 5-3-2- atau D-2-L dan bawa kereta ke tepi jalan.
4. Berhentikan kereta dengan membrek perlahan-lahan di gear 2.
5. Pastikan kereta berhenti di luar garisan tepi jalan dan tukar tayar kereta.
Jika tidak menekan brek, insya Allah semuanya akan selamat walaupun tayar pecah pada kelajuan 150 km/j. Jika ada penumpang di sebelah anda, minta bantuan untuk memegang stering semasa anda turunkan gear. Jika tayar kereta anda botak, jangan memandu terlalu laju semasa cuaca panas. sekian.
UTAMAKAN KESELAMATAN.
sekadar mempeRingaTi.....