senang-senang datang la lagi eyh..sahabaT amatlah dialU-alUkan...

Friday 8 April 2011

kebaikan bUdu...




Budu merupakan makanan traditional Kelantan 
dan Terengganu yang diperbuat daripada ikan bilis atau udang bari yang dijeruk 
sehingga hancur. 

Budu atau sos bilis yang berasal dari negeri sebelah 
pantai timur Malaysia ini mendapat perhatian dan menjadi kajian para ahli 
pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Jerman. 
Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki gluthaione sebagai 
bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh 
(immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser. 
Kenyataan ini bagaikan satu kejutan bagi golongan yang selama ini memperlekehkan 
kewujudan budu yang dianggap makan "kuno". 

Budu didapati berpotensi 
untuk melawan radikal bebas dan dipercayai mampu menghalang proses penuaan dan 
mencegah terjadinya penyakit degeneratif sep erti aterosklerosis, koroner 
jantung, penyakit kencing manis, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal. 
Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab 
[[diarrhoea| cirit (diarrhoea)] , penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit 
jantung dan hipertensi. 

Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna, 
diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain. Khasiat 
budu yang diproses dari ikan bilis yang diperam terbukti mampu mengatasi masalah 
kanak-kanak yang menderita penyakit diarrhoea kronik akibat kurang zat pada 
tubuh. Dengan pengambilan budu sebagai makanan sampingan, ia mampu menggalakkan 
pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diarrhoea kronik 
ini serta menyembuhkannya dalam waktu singkat. 

Ia juga dapat 
mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya. kerana ia merangsangkan 
sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta 
menguatkan neuron-neuron yang lemah. Pemakanan budu turut bertindak membantutkan 
pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab utama gejala flatulensi 
dan masalah kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. 2 kelompok vitamin 
yang terdapat pada budu iaitu, vitamin larut air (vitamin B kompleks) dan 
vitamin larut lemak (vitamin A, D, E dan K). 

Budu merupakan sumber 
vitamin B yang paling banyak menyumbang kepada pecahan lain sep erti vitamin B1 
(thiamin), vitamin B2 (riboflavin) , asid pantotenat, asid niasin, vitamin B6 
dan vitamin B12 (sianokobalamin) . Secara saintifik, budu merupakan penyumbang 
utama vitamin B12 yang dihasilkan oleh bakteria klebsiella pneumoniae dan 
Citrobacter frundiin - yang mana vitamin B12 ini tidak dimiliki dari mana-mana 
sumber makanan laut, ikan-ikan dan daging-daging lain. vitamin B12 ini perlu 
untuk pembentukan sel darah merah, di mana kekurangan vitaman ini mengakibatkan 
terjadinya penyakit anemia perisiosa (pucat), sakit perut dan berat badan 
menurun. 

Kadar vitamin B12 dalam budu adalah di antara 1.5 sehingga 6.3 
mikrogram per 100 gram bagi setiap satu hidangan atau 2 sudu besar. Jumlah ini 
jauh lebih cukup untuk keperluan badan manusia dalam sehari. Dengan adanya 
vitamin B12 para pengamal diet (jaga badan) tidak perlu lagi merasa khuatir akan 
kekurangan vitamin B12 di dalam badan. 

Selain pembekal kepada protein 
yang tinggi, ia turut mengandungi mineral makro dan mikro dalam jumlah yang 
cukup. Jumlah mineral zat besi, kalsium dan magnesium adalah sebanyak 9, 39, 2, 
87 dan 8.05 mg bagi setiap 100 gram budu. Budu juga mengandungi zat antioksidan 
dalam bentuk isoflavon. 

Seperti halnya vitamin C, vitamin E dan 
karotenoid, isoflavon juga merupakan antioksidan yang sangat diperlukan oleh 
tubuh untuk menghentikan reaksi pembentukan radikal bebas. Radikal bebas
merupakan atom atau molekul yang mempunyai satu atau lebih elektron yang tidak 
berpasangan, sehingga menjadi sangat aktif hingga menyebabkan ketumbuhan tumor, 
kanser, penuaan dan kematian sel. Radikal bebas didapati berpunca dari makan 
seharian yang dimakan dan juga dari reaksi yang terjadi di dalam tubuh. Adanya 
antioksidan di dalam budu akan mencegah pembentukan radikal bebas tersebut. 

Kebiasaannya di dalam apa jua jenis ikan terdapat 3 jenis isoflavon 
unsur antioksidan iaitu daidzein, glisitein dan genistien. Pada budu, di samping 
2 jenis unsur ini, terdapat juga antioksidan faktor 11 (6, 7, 4 trihidroksi 
isoflavon) yang mempunyai sifat antioksidan paling kuat dibandingkan isoflavon 
dalam ikan-ikan lain. 

Penelitian yang dilakukan di Universiti North 
Carolina, Amerika Syarikat menemukan bahawa unsur genestein dan phytoestrogen 
yang terdapat pada budu terbukti dapat mencegah penyakit kanser, proses penuaan 
dan barah payu dara. 

Penyakit jantung koroner (PJK) merupakan salah satu 
bentuk kelainan pembuluh darah koroner akibat penumpuan lemak di dalam dinding 
pembuluh darah iaitu satu keadaan yang disebut aterosklerosis. Ini mungkin 
disebabkan oleh faktor usia, pemakanan, jantina dan keturunan. Manakala faktor 
dimodifikasi adalah peningkatan kadar lipida darah (hiperkolestrolemia ), 
hipertensi, obesiti, stress dan kurang aktiviti lasak. Pemakanan budu yang 
mempunyai sifat hipokolesterolemik (menurunkan lemak darah) sep erti kandungan 
protein, serta makanan, niasin, vitamin E, karotenoid dan kalsium. Satu ujikaji 
rambang yang dijalankan, mendapati pengambilan budu sebanyak 150 gm sehari 
selama 2 minggu dapat menurunkan kadar kolestrol ke tahap luar dari jangkaan. 

Selain dari sumber protein yang berkualiti tinggi, budu turut dikenali 
sebagai sumber serat (dietary fiber) yang baik. Kandungan serat di dalam budu 
mampu mencapai di antara 8 hingga 10% bagi setiap 100 gm. Ia menyumbangkan 
kepada 30% dari umlah serat yang dianjurkan oleh National Cancer Research. 

Berbanding serat di dalam ikan-ikan atau sumber protein lain, serat pada 
budu lebih mudah untuk dicernakan. Dari apa yang dinyatakan ini jelas sekali 
bahawa khasiat serta kebaikan sep iring budu yang dimakan bersama hidangan nasi 
pagi, tengahari dan malam melampau jangkauan yang anda fikirkan. Budu seumpama 
cecair pelbagai vitamin yang memenuhi segala keperluan untuk tubuh badan.



waALLAHualam...



1 comment:

Farahiyah Smart said...

budu best tp xley nk mkn sgt ble ad alahan...mkn sket da start alahan...tp mkn je, pastu telan ubat...hehe~ budu punya pasal~

Followers